CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: popp

sokong tak kalau shahidan nak jadi timbalan presiden FAM?

[Copy link]
Post time 1-8-2007 10:41 PM | Show all posts
Timbalan Presiden FAM bagi saja pada saya dan Khairy" Shahidan Monday,
30 July 2007

KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau
sanggup memikul tanggungjawab untuk mengembalikan maruah bola sepak
negara dan meminta supaya jawatan Timbalan Presiden Satu Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) diberikan kepadanya.

"Tak payahlah bertanding, beri sahaja jawatan Timbalan Satu kepada saya
dan Khairy Jamaluddin (jawatan) Timbalan Dua kerana kami boleh
bekerja," katanya.

Shahidan yang ditemui Bernama selepas pelancaran Wilayah Ekonomi
Koridor Utara (NCER) peringkat Perlis oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini berkata beliau dan Khairy mempunyai
keserasian dan tidak ada masalah untuk bekerjasama demi bola sepak negara.

FAM dicemuh oleh peminat bola sepak tanah air kerana prestasi yang
semakin merosot bola sepak negara terutama kekalahan teruk pasukan
kebangsaan pada kejohanan Bola Sepak Piala Asia baru-baru ini.

Kekalahan itu menyebabkan Timbalan Presiden Satu Tengku Abdullah Sultan
Ahmad Shah meletak jawatan diikuti dengan Setiausaha Agung Datuk Seri
Ibrahim Saad dan beberapa pegawai, sementara Norizan Bakar digugurkan
sebagai jurulatih.

Shahidan merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) manakala
Khairy yang menjadi anggota bebas Majlis FAM, turut melepaskan
jawatannya. Bernama.

Jap,jap...aku nak gelak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 11:06 PM | Show all posts
  oiiii shahidan .. buat malu kpg aku ajer mamat neh..
sedar diri sikit .. jawatan mb perlih tu org dah menyampah kat hang .. org perlih semua nak lantik azmi khalid , hang terhengeh2 bawak sepuluh bijik pi merayu kat pak lah...

tak payah la berangan nak pegang fam , perlih yg 10 tahun dah pegang tu takda apa2 buat , hrp highway bagi kat adik beradik hang jugak buat...boleh kat hang fam, main dgn pasukan bhutan pun nanti kena 10 bijik lak.. asyik karau diut fam dok bagi poket hang lak..

bagi org yg reti main bola ... hari tu dell akhabar yg reti main bola,fama pi tendnag sebab dia tahu pasal bola , komplen sesuka bapak ajer fam tukar jadual perlwanan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 11:07 PM | Show all posts
barua pnya shahidan..nak bodek Kj la tu..mentang2 plihanraya dah dekat..xyah la politik2 nh dalam FAM..last2 rakyat gak yg sakit ati..bola x kemana..duit dok songlap kat depa..:@
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 01:11 PM | Show all posts
JHehe...u guys shud read today's metro. Aside from perlis FA, dis guy is the president/ chairman of Renang M'sia....n Persatuan Kabbadi m'sia....
Giler ah!! setakat jawatan tu dipegang utk sign surat, terima surat, carik sponsor (utk kroni)...duk meeting pki blazer.....hmm...

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 04:02 PM | Show all posts
that lahanatullah???:@
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 09:28 PM | Show all posts
tolongla...jangan ada orang politik dalam bola sepak malaysia lagik!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2007 10:45 AM | Show all posts

Berita Terbaru

manager perlis , adzmi saad yg jadi manager selama 5 tahun pun tak tahan dgn shahidan skrg .. pastu president FAPs ,sahidan telah melantik datuk ismail kassim jadi manager baru perlis ...tahu takde ismail kassim ni?? adik kpd shahidan kaasim , dulu2 beriya di pushkan oleh shahidan masuk ameno perlis sbg backing dia , dgn memasukkan senarai nama adik dia utk anugerah datuk oleh raja perlis..9 biasa le kroni , akalu aku pun aku pun massukan nama pak jeng dgn epitome dpt title datuk gak )

adoi shahdian eloklah tu , mula2 melingkupkan persatuan bola perlis dulu dgn adik hang , pastu hang boleh lak cuba masuk jarum ke fam lak , bagi tutup terus fam tu.. janji kantung penuh..
Reply

Use magic Report

keptenmarbel This user has been deleted
Post time 3-8-2007 10:52 AM | Show all posts
aku sokong sahidan jadi waterboy jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2007 10:55 AM | Show all posts
baru-baru ni Pak Lah dah keluarkan arahan menteri dan timbalan menteri letak jawatan dalam persatuan sukan.. lepas ni aku rasa menteri besar lak kot.. putih mata la shahidan.. aku rasa KOAM pun dia kena lepas kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 10:55 AM | Show all posts
SAY NO TO SHAHIDAN KASSIM... baik dia concentrate tingkatkan taraf hidup Rakyat PERLIS
Reply

Use magic Report

W2020 This user has been deleted
Post time 4-8-2007 09:02 PM | Show all posts
kj dan shahidan, dua ekor politikus amno yg xleh dipakai
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2007 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by cekodok78 at 3-8-2007 10:55 AM
SAY NO TO SHAHIDAN KASSIM... baik dia concentrate tingkatkan taraf hidup Rakyat PERLIS

aku sokong ko...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 09:06 AM | Show all posts
tak sokong...biarlah org yg tiada kepentingan politik jaga persatuan2 sukan...nnt yg dikejar tak dpt, yg dikendong keciciran....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 10:13 AM | Show all posts
tak setuju:geram::geram::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 11:16 PM | Show all posts
alaa..shahidan..
amik pmr pon nk kecoh..
tu blum cite rekaan gambo bogel die dlm tenet..
ntah ape2 laa shahidan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 12:07 PM | Show all posts
Ni Shahidan jawab dlm Harian Metro semalam..Datuk Azalina pun dia bantai..

Apa salah menteri?Oleh Shamsul Kamal Amarudin



JANGAN marahkan nyamuk, kelambu dibakar. begitu reaksi Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung kritikan ramai pihak terhadap pembabitan ahli politik termasuk anggota kabinet, menteri besar dan ketua menteri dalam persatuan sukan.

揝aya rasa (Datuk) Azalina Othman dan rakyat Malaysia marah kepada bola sepak, tetapi mereka juga penakut nak tegur FAM... jadi dihukum menteri (yang pegang jawatan dalam sukan), apa pula salah menteri.

揧ang ada masalah hanya satu persatuan, kenapa rangkum semua. Kerana nak buang satu, kita hukum semua. Kenapa persatuan sukan yang diurus dan ditadbirkan dengan baik (oleh pemimpin politik) kita nak ganggu.

揝ebagai contoh, saya masuk kerana dijemput, yang mempromosikan saya masuk ke persatuan sukan ialah media juga kerana pemimpin persatuan sukan sebelum ini bergaduh antara satu sama lain disebabkan mempunyai kekuatan (pengaruh) yang seimbang,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 11:28 PM | Show all posts
apsal la bodoh betul menteri perlis tuh...banyak songeh la plak...macam la dia tuh alex ferguson ker hapa......dasar fikiran otak melayu tipikal betoll!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 12:47 AM | Show all posts
terima kasih daun pandan jer la..makin lalok FAM kalo shedang jadik TP
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 01:51 AM | Show all posts
meroyan si shahidan nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 06:54 AM | Show all posts
bimbang takut ranking malaysia jadi makin teruk lagi bila org politik ambil alih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.065943 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list