CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: de?erci

[MERGED] Issue: Orang Asli - Taraf Hidup dan Pelajaran dan Agama

[Copy link]
Post time 21-7-2008 01:48 AM | Show all posts
20 Julai, 2008  

Kementerian Diminta Beri Laluan Khas Untuk Anak Orang Asli Ke Universiti

JOHOR BAHARU, 20 Julai (Bernama) -- Kementerian Pengajian Tinggi hari ini diminta supaya memberikan laluan khas kepada anak orang Asli untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata ketika ini peluang untuk anak orang asli ke menara gading agak tipis kerana terpaksa bersaing dengan pelajar lain.

"Jika kementerian itu menyediakan laluan ini atau setidak-tidaknya memberikan sedikit kelonggaran atau keistimewaan kepada mereka ini, lebih ramai yang dapat masuk universiti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Masyarakat Orang Asli di sini.


Beliau berkata kini terdapat 264 orang anak orang Asli menuntut di Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan seramai 85 orang lagi diterima masuk pada pengambillan sesi Julai ini.

Sementara itu, Muhammad berkata sejumlah RM38.96 juta dividen hasil daripada ladang Risda, Felcra dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah diagihkan kepada 6,947 keluarga orang Asli di seluruh negara sejak tahun 2000.

Beliau berkata Pahang adalah negeri penerima dividen paling tinggi iaitu RM23.7 juta yang diberi kepada 2,959 ketua isi rumah, diikuti Perak RM6.8 juta (2,048 ketua isi rumah) dan Johor RM2.5 juta (792 ketua isi rumah).

Muhammad berkata kerajaan juga telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta untuk pelbagai bantuan seperti bantuan makanan tambahan, kos pengangkutan pelajar, bantuan wang saku pelajar dan input pertanian.

-- BERNAMA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

imho, tak ada salahnya kerajaan bagi lenient laluan pada anak2 orang asli untuk
memasuki IPTA memandangkan banyak taraf kehidupan mereka masih lagi
dalam low standard of living....  bagi kan kelonggaran pada mereka yang benar2
layak dan mungkin dengan ni dapat motivate kan lagi ramai anak orang asli untuk
memasuki pusat pengajian tinggi -

banyak cara boleh kerajaan menolong mereka terutama dari segi allowance buku dan
subsidized fees and hostel too -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2008 01:36 PM | Show all posts

Masyarakat Orang Asli Terima RM20j

KUALA LUMPUR 22 Julai - Sebanyak RM20 juta diperuntukkan kepada masyarakat Orang Asli melalui pelbagai program pembangunan bagi membendung masalah inflasi di kalangan mereka.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam satu kenyataannya hari ini memberitahu peruntukan itu melibatkan RM13.4 juta dalam bentuk bantuan makanan tambahan, RM2.7 juta bagi kos pengangkutan pelajar, RM2juta untuk wang saku mereka manakala RM1.9 juta lagi bantuan input pertanian.

Selain itu, katanya, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di bawah kementerian itu turut menerima RM19.2 juta untuk melaksanakan pembangunan tanah dan mengurangkan kadar keciciran di kalangan pelajar Orang Asli.

''Ini menjadi fokus JHEOA dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) terhadap 9,003 Ketua Isi Rumah (KIR) kumpulan miskin tegar dan 4,942 KIR golongan miskin masyarakat ini," katanya.

Kenyataan itu menambah, jumlah RM19.2 juta itu adalah bagi mencapai sasaran miskin tegar sifar yang ditetapkan kerajaan menjelang tahun 2010.

Katanya, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Orang Asli yang diadakan pada 20 Julai lalu di Johor Bahru. Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

''Sehingga kini, kerajaan telah membina 11,931 unit rumah bantuan melalui skim Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan 503 unit rumah batin. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan kemudahan jalan asas untuk 648 buah kampung, bekalan elektrik buat 19,865 KIR dan bekalan air kepada 25,273 KIR," jelas kenyataan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 01:39 PM | Show all posts
Urang Aseli Rombau dapat extra peruntukan tak
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 01:49 PM | Show all posts
DARI PADA 20J TU.... brapa yg agak gak akan tiris...?

brapa yg akan sampai ke puak puak rakyat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 01:54 PM | Show all posts
den dgn rasminya tuduh penipu yang bawak lari duit ke ostolia ni dan dilopehkan mahkamah sebab bahlol english akan mencilok skali laie duit utk bwk ke ostolia..

potong ******** klu dia tak cilok!:@
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 09:16 PM | Show all posts
Fahami masalah Orang Asli

Yayasan Emkay menyediakan peruntukan RM850,000 untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan sekali gus menaikkan taraf hidup Orang Asli Pulau Banding.



ASPEK kesihatan, pendidikan dan kebersihan akan diterapkan
dalam komuniti masyarakat Orang Asli.



PULAU Banding bukan sahaja bakal menjadi gerbang ke alam semula jadi malahan membawa limpahan nikmat kemajuan kepada masyarakat Orang Asli di kawasan persekitarannya.

Dengan keluasan sekitar 240 hektar, kini ia dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Emkay, yang akan melabur anggaran RM600 juta untuk pembangunan di kawasan itu bagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, melalui Piagam Pulau Banding, yang diwujudkan syarikat itu bersama panel penasihat yang berpengalaman dan berpengetahuan sebelum membangunkan kawasan tersebut, penekanan turut diberi kepada kepentingan komuniti tempatan terutama masyarakat Orang Asli yang mendiami Kompleks Hutan Hujan Belum-Temenggor.

Beliau berkata, piagam tersebut digubal dengan mengambil kira kebajikan dalam semua aspek, bukan sahaja aspek pemuliharaan hutan semasa pelaksanaan pembangunan, malah memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan.

揗elalui kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Hulu Perak dan Baling, satu projek perintis telah mengenalpasti bahawa masyarakat orang Asli di Perkampungan Sungai Tiang, Kampung Semelor dan Rancangan Penempatan Tersusun Air Banun perlu dibantu dari segi kemudahan pembelajaran peringkat awal kanak-kanak pra sekolah, kesedaran kesihatan dan peluang pekerjaan kepada mereka di Belum Rainforest Resort,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2008 09:21 PM | Show all posts
orang asli nie satu budaya jugak .  dah itu cara diaorang ..

bercucuk tanam kemudian berpindah randah .  lantak depa laa .

yang nak berubah ,  berubah laa .  bukan takde cara .

tapi yang masih nak cara depa ..  biarkan lah .

kan itu hak depa .
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 09:37 PM | Show all posts

Reply #67 dess402's post

sorry but thats such a cop out statement -

it is like you have one student at school -
didnt progress much -
perhaps tak ada motivation
tak ada kelengkapan yang boleh tolong improve

and you can help him to improve
by giving extra help -
such as - extra books, conducive class,
better food to improve the health etc....

mungkin dengan adanya tu dapat
improve dia punya self esteem
not gonna change WHO he is...
but will improve his circumstances -
his education etc

but your statement said -
biar aje la  kalau dia nak - okay la
kalau dia tak nak sudah la

but you oughta look at the circumstances juga
kalau itu untuk positive result why not

perhaps u need to visit some of the orang asli
petempatan - then you might understand better -

kalau tinggal kat johor - boleh pergi Rengit -
i went there already - what a great place
but of course needs a lot of improvement
for this native settlement -

it's getting there though -

and the program kat Banding ni - would be such
a great program for them -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2008 09:43 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 25-7-2008 09:37 PM
sorry but thats such a cop out statement -

it is like you have one student at school -
didnt progress much -
perhaps tak ada motivation
tak ada kelengkapan yang boleh tolong improve

and  ...


tapi dekat kampong i n 9 ..  dekat pekan pantai pon

ada kampong orang asli .  maju pon ..  bukan takda yang maju .

sebab depa sendiri yang mai dekatkan diri depa dengan masyarakat sekeliling .

bercampor dengan orang kampong ..  tapi yang tak mahu tu depa akan jauhkan diri .

pasai tu i kata biarkan depa sendiri yang tentukan cara depa .

bukan buleh paksa .
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 09:50 PM | Show all posts
Mubaligh kristian sanggup meredah hutan belantara untuk menyebar agama kristian di kalangan orang asli kat sabah & sarawak , tapi tak dak pulak mubaligh Islam yang sanggup buat gitu kat sana  , lagikan orang asli yang dah masuk Islam pun tak begitu dititikberatkan sangat kebajikan batiniah dan rohaniah mereka sehinggakan banyak yang hanya Islam kat luaran aje tapi masih percaya macam-macam benda khurafat , yang kembali ke kepercayaan lama mereka lagi laa banyak .

Guna laa duit zakat untuk tolong orang-orang Asli yang dah masuk Islam , agar kehidupan depa lebih selesa dan keperluan dipenuhi , tak dak laa depa hidup dalam kemiskinan macam la ni .

[ Last edited by  blastoff at 25-7-2008 09:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 10:02 PM | Show all posts

Reply #70 blastoff's post

Mubaligh kristian sanggup meredah hutan belantara untuk menyebar agama kristian di kalangan orang asli kat sabah & sarawak , tapi tak dak pulak mubaligh Islam yang sanggup buat gitu , lagikan orang asli yang dah masuk Islam pun tak begitu dititikberatkan sangat kebajikan batiniah dan rohaniah mereka sehinggakan banyak yang hanya Islam kat luaran aje tapi masih percaya macam-macam benda khurafat , yang kembali ke kepercayaan lama mereka lagi laa banyak .

Guna laa duit zakat untuk tolong orang-orang Asli yang dah masuk Islam , agar kehidupan depa lebih selesa dan keperluan dipenuhi , tak dak laa depa hidup dalam kemiskinan macam la ni .


bukan setakat duit zakat aje tapi banyak lagi peruntukkan yang
dah disediakan... antara hendak dan tak hendak aje gov't menolong
improvekan kehidupan mereka -

bina surau untuk mereka yang baru masuk Islam
adakan kelas2 mengaji untuk anak2 orang Asli yang
dah memeluk Islam...

adakan juga kelas2 tadika dan playground yang sesuai
untuk budak2 tu -

pada orang dewasa juga - yang mana masih tak tahu agama apa
sepatutnya sedikit demi sedikit approach mereka - bagi kemudahan
pada mereka untuk pergi ke sekolah2 yang bukan hanya tertumpu
pada orang2 asli sahaja -

saya setuju tentang pandangan blastoff tentang mubaligh
christian yang sanggup bertungkus lumus untuk sebarkan
ajaran mereka -   dan hopefully ada ustaz2 yang tahu lebih
bidang agama tak limit untuk mengajar keluarga orang2 Asli
ni -
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 10:11 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 25-7-2008 10:02 PM


bukan setakat duit zakat aje tapi banyak lagi peruntukkan yang
dah disediakan... antara hendak dan tak hendak aje gov't menolong
improvekan kehidupan mereka -

bina surau untuk mereka yan ...


kerajaan punya stail bagi duit zakat pelik sikit laa, ada ka orang miskin kena pi mintak sendiri duit zakat , dah la pejabat yang uruskan hal ehwal zakat nih kat mana ntah kedudukannya dan agak jauh dari rumah depa , pi sekali bukan cukup , disuruhnya depa pi berulang kali , mana orang2 miskin nak carik duit buat tambang sedangkan depa nak makan pun tak cukup duit ?  tu pun berbulan baru nak tengok duit zakat tuh .
Sepatutnya kerajaan kena hantar pegawai2 la masuk kampung ke seluruh M'sia untuk cari orang2 Islam yang miskin untuk dibantu dengan wang zakat yang bertimbun tuh , tak kira laa orang asli ke tak .
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 11:49 PM | Show all posts
Biasanya aku tengok pegawai jabatan agama Islam nie cuma rajin berdakwah jer, tapi tak rajin nak maintain akidah mereka yg mualaf tu. Sbb tu mereka masih lagi Islam luaran tapi budaya masih budaya lama.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 09:00 AM | Show all posts
27 Orang Asli peluk Islam

GUA MUSANG: Program kesedaran beragama yang dijalankan secara berterusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) berjaya menarik minat 27 penduduk Orang Asli pelbagai peringkat umur di Pos Sigar, dekat sini, untuk memeluk Islam.


Majlis mengislamkan mereka dilakukan Pegawai JHEAIK Lojing, Mahzami Muhammad dengan diketuai penghulu Pos Sigar, Limau Rongen dan diikuti ahli keluarganya serta anak mukim pos berkenaan.

Mahzami berkata, ini adalah program kesedaran kali kedua diadakan di pos berkenaan susulan kejayaan program yang sama dilaksanakan bulan lalu dengan berjaya menarik 41 penduduk Orang Asli pos itu untuk memeluk agama Islam.

Katanya, hasil daripada kekerapan program ini dilakukan di penempatan Orang Asli, ia berjaya melahirkan rasa kesedaran di kalangan kaum berkenaan untuk memeluk agama Islam.

"Syukur kepada Tuhan, berkat pelaksanaan program ini, boleh dikatakan sepanjang masa ada penduduk Orang Asli dengan ikhlas memeluk agama Islam," katanya.

Mahzami berkata, beberapa guru agama termasuk dari JHEAIK, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) ditempatkan di sini mengajar masyarakat Orang Asli meningkatkan kefahaman mengenai Islam.

Katanya, pihaknya akan sentiasa mendekati kaum ini supaya dapat mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam bagi memastikan mereka sentiasa menjauhi perkara yang ditegah Islam.


"Saya mengakui, sebelum ini mereka tidak menerima gambaran yang mengenai agama Islam, tetapi apabila JHEAIK mengadakan pelbagai program keagamaan dengan menerangkan perkara sebenar berhubung Islam, akhirnya mereka sudah menunjukkan penerimaan yang baik.

"Insya-Allah, dalam tempoh terdekat, mungkin semua masyarakat Orang Asli di Pos Sigar ini akan memeluk Islam. Kini hanya tinggal 10 orang lagi belum berbuat demikian dan kami berusaha untuk mendekati kumpulan ini,
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 07:35 PM | Show all posts
Orang Asli hidup ringkas dalam tradisi
Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI


Bagaimanakah masa depan kanak-kanak
Orang Asli apabila satu-satunya bentuk
kehidupan yang mereka ketahui dan
dibesarkan terus diancam kepupusan?



Sama seperti kanak-kanak sebaya yang lain, dua beradik keturunan Orang Asli dari Kampung Pos Keding, Sabudin, 12, dan Rahman, 11, kaya dengan sifat ingin tahu.

Mereka berdua turut berlari-lari menyertai rakan-rakan anak Orang Asli lain yang mengerumuni kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang singgah di depan rumah bapa mereka, Tok Batin Lupa.


Namun apabila manusia asing yang keluar dari kenderaan tersebut cuba mendekati, mereka segera melarikan diri dan hanya memandang dari jauh.

Malah kudapan coklat Hersey's Hugs and Kisses juga gagal mengumpan mereka untuk berbicara dengan penulis.

Nyata sekali mereka amat tebal dengan sifat pemalu memandangkan mereka menjalani cara hidup tradisi yang agak terpencil dari dunia luar.

Kehadiran penulis dan jurugambar Mega, AHMAD ZAKKI JILAN ke Kampung Pos Keding tersebut telah disambut mesra oleh Tok Batin Lupa, 54.

Kampung Pos Keding merupakan salah satu dari beberapa kampung Orang Asli Suku Semai yang terdapat di Ulu Slim, pekan kecil yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Tanjung Malim, Perak.

Di kawasan lembah bukit Ulu Slim tersebut terdapat beberapa kampung tradisi Melayu yang boleh dilawati dengan mudah.

Lebih jauh ke pedalaman, kira-kira satu jam perjalanan selepas melewati kampung tradisi Melayu yang terakhir, barulah beberapa penempatan Orang Asli dapat dilihat.

Penempatan-penempatan tersebut hanya dapat dilalui menggunakan kenderaan 4x4 atau motosikal yang dilengkapi dengan tayar khas memandangkan kawasannya berbukit bukau dan jalannya adalah laluan off road yang sukar dan berliku.

Kampung Pos Keding adalah salah satu daripada beberapa penempatan tetap Orang Asli Suku Semai yang kebanyakannya tinggal di Perak dan sempadan Pahang.


Dari sini, pengguna 4x4 boleh terus ke Cameron Highlands yang berjarak kira-kira satu jam selepas merentasi sebuah lagi bukit dan penempatan tetap terhujung Ulu Slim iaitu Kampung Pos Tenau.

Penduduk Kampung Pos Keding terdiri daripada kira-kira 20 buah keluarga dengan 120 ahli dan telah menetap di lokasi tersebut sejak tahun 1970 lagi.

Kemudahan yang wujud di kampung ini amat asas yang mana mereka hanya menggunakan air sungai sebagai sumber air selain terdapat kemudahan solar yang dipasang kerajaan untuk bekalan elektrik.

Pelita minyak tanah

Namun kebanyakan tiang solar tersebut boleh dikatakan hanya tinggal hiasan kerana tidak lagi berfungsi akibat tiada pemeriksaan berkala. Justeru kata Tok Batin Lupa, penduduk kampung kembali kepada penggunaan pelita minyak tanah.

Penduduk Pos Keding ini merupakan penganut kepercayaan Bahai berbeza dengan kebanyakan penempatan Orang Asli lain yang telahpun menerima ajaran Islam.

Di sini terdapat sebuah dewan kecil yang bertindak sebagai pusat ajaran Bahai selain pendeta Bahai yang melawat secara berkala setiap bulan.

Selain itu, dari segi pendidikan pula, semua kanak-kanak kampung tetap menghadiri sekolah rendah yang terletak di Kampung Pos Bersih.

Selain boleh menaiki motosikal untuk ke sekolah yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan itu, 'bas sekolah' yang sebenarnya sebuah kenderaan 4x4 juga disediakan.

Sebagaimana masyarakat Orang Asli yang lain, kumpulan suku kaum Semai ini mahu mengekalkan kehidupan tradisi mereka yang amat bersederhana dan tenang untuk diwariskan kepada generasi akan datang.


Kerana itu, mereka cukup mengutamakan pengunaan sumber alam secara lestari.

Pendapatan utama mereka ialah memungut hasil hutan terutama petai, serai gunung, tongkat ali dan rotan. Mereka juga mempunyai sistem pengurusan sumber hutan yang bijak iaitu mereka tidak akan menuai hasil hutan melebihi daripada apa yang diperlukan.

Mereka turut menanam sendiri tumbuhan-tumbuhan penting terutama petai di lokasi-lokasi tertentu di dalam hutan bagi memastikan sumber sentiasa kekal. Mereka tidak akan menjual hasil tuaian secara komersiol sebaliknya pembeli perlu menempah terlebih dahulu bagi mendapatkannya.

Herba popular, akar Tongkat Ali misalnya, meskipun dijual dengan harga yang terlalu murah iaitu RM5 setiap kilogram merupakan mata pencarian paling penting penduduk kampung ini.

Namun keluh Tok Batin Lupa, meskipun mereka hanya menuai hasil secara terancang dan terkawal, herba-herba penting terutama Tongkat Ali telah merosot dengan ketara akibat dicuri orang luar dan mereka masih ternanti-nanti tindakan pihak berkuasa mengenai isu ini.


Selain itu, katanya, rezeki mereka juga kian terancam akibat semakin banyak ruang hutan yang menghilang akibat penebangan hutan untuk pembalakan dan pertanian.

Sedangkan beliau selaku Tok Batin tidak menerima sebarang maklumat apakah kehilangan hutan tersebut berlaku secara sah memandangkan setahunya hutan di sekitar ini adalah hutan simpan kekal yang sepatutnya hanya boleh dituai oleh masyarakat Orang Asli.

Selain itu, tegas Tok Batin Lupa, kehidupan tradisi mereka sudah cukup sempurna selagi tiada campur tangan luar dan sudah pasti mereka tidak mahu hidup mereka dikomersiolkan atau dijadikan pameran untuk pelancong.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

saya harap suku semai ni akan kekalkan culture dan tradisi mereka -
perkara2 begini sangat mustahak dijaga untuk pengetahuan generasi
akan datang -

nanti in 2 weeks saya akan camping di perkampungan orang asli -
untuk 3 days - so akan ceritakan apa yang saya dapati di sana -
would be a great experience -

mereka juga dah develop dan maju - dan dapat menerima kemajuan juga -
dan ramai dah anak2 orang asli yang bijak2 juga di sekolah -

cuma diharap kerajaan kena banyak bagi mereka peluang dan improvekan
tempat dan kawasan tempat tinggal mereka -

dan kalau boleh --- hutan simpan tu dikekalkan -- sayang sangat tumbuhan
semula jadi tu kena log semua ---

jangan campurtangan banyak sangat tapi yang dapat improvekan kehidupan
tanpa mengubah budaya dan tradisi mereka yang mereka sudah biasa -
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 06:16 PM | Show all posts
07 September, 2008  

Pos Balar Diisytihar Pusat Islam Saudara Baru Pertama Di Hulu Kelantan

GUA MUSANG, 7 Sept (Bernama) -- Perkampungan Orang Asli Pos Balar, di sini, dijadikan Pusat Islam bagi saudara baru Orang Asli untuk mempelajari agama Islam dan memantapkan lagi institusi kekeluargaan mereka.


Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk menyediakan pelbagai kelengkapan bagi mengembangkan syiar Islam di kalangan mereka.

"Kita berbuat demikian supaya saudara baru kita ini dapat memberi tumpuan kepada mendalami agama Islam termasuk mengaji al-Quran, belajar solat dan hal-hal berkaitan agama Islam, " katanya ketika berucap pada Majlis Dialog Bersama Masyarakat Orang Asli di Pos Balar, dekat sini, hari ini.


Dialog yang diadakan itu sempena lawatan beliau bersama ketua jabatan kerajaan termasuk Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Mohd Sani Mistam, ke perkampungan berkenaan untuk mendapat maklum balas penduduk selepas pembinaan sebuah surau di situ beberapa bulan lalu.

Mohd Aiseri berkata, kerajaan negeri juga akan melantik 20 orang guru agama untuk ditempatkan di perkampungan Orang Asli di kawasan luar bandar Hulu Kelantan.

"Peringkat permulaan sekarang ini kita melantik dua guru agama ditempatkan serta-merta di Pos Balar bagi memudahkan saudara baru mendalami agama Islam," katanya.

Sementara itu, Mohd Sani berkata banyak perubahan perlu dilakukan untuk memajukan kehidupan masyarakat Orang Asli terutama untuk menyediakan perkampungan tersusun dan kemudahan jalan perhubungan.

Beliau berkata penduduk Orang Asli di sini menghadapi pelbagai masalah terutama kemudahan jalan perhubungan kerana terpaksa mengharungi empat sungai sebelum sampai ke kampung mereka.

Sehubungan itu, peruntukan RM600,000 diluluskan untuk membina dua jambatan bagi merentangi dua sungai ke Pos Balar kerana air sungai berkenaan kerap melimpahi tebing hingga menyulitkan perhubungan penduduk.

Jabatan itu juga akan menyiapkan 20 unit rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bagus betul usaha begini... patutnya ada lagi petempatan orang asli yang boleh dimajukan juga...
ha - ada few kat  gombak sana.. on the way to sungai pusu.. well dekat dengan UIA tu..
tapi situ kira okay juga... cuma need few more improvement... - juga tarbiyah islam kat sana -

masyarakat orang Asli sekarang dah boleh terima kemajuan.. electricity - paip air.. jalan raya.. etc..
tahniah pada pos balar semuga  ramai orang2 Asli yang akan mendalami Islam nanti - insyaAllah -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2008 06:44 PM | Show all posts
Tak cukup dengan isu Cina dan Kel!ng, apo Orang Asli pon mau tuntut ketuanan jugak ker nih?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 09:31 AM | Show all posts

an awesome article re: Orang Asli to share -

Sunday April 26, 2009
In danger of dying out
Stories by MARTIN VENGADESAN

With various orang asli tribes dwindling in numbers, the need to document their cultures becomes even more pressing.

UNTIL very recently, I was unaware of the rich diversity among the cultures of the orang asli tribes that inhabit Peninsula Malaysia. All that changed when I followed a team from Muzium Negara charged with documenting the traditions of the Semai, an orang asli tribe found largely in north-western Pahang.

I stayed for a couple of days at Kampung Kabang. a Semai village on the outskirts of the Kuala Lipis district. During that time I was able to observe some of the unique traditions of the Semai, including communal dancing and the playing of instruments such as the nose flute.

However, due to the demise of a neighbouring village elder, many of the festivities planned specially for our visit were scrapped. Nonetheless, I was determined to find out more about the orang asli. After speaking to a number of experts, I realise their situation is critical.


Bahbola a/l Bahnap, who is proud of his kampung, playing the
nose flute at the Semai settlement of Kampung Kabang in Kuala Lipis.


Sub-groups

There are nearly 150,000 orang asli today, representing about 0.6% of the national population. Did you know that they are divided into three main groups ‑ the Semang (Negrito), Senoi and Proto-Malays? And under these groups there are 18 distinct tribes, each with its own language and traditions?

Some of these tribes are relatively large
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.069274 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list