CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matwalla

[Edisi Fizik] Memupuk minat Ilmu Fizik teori & Realitinya di Malaysia

[Copy link]
Post time 29-8-2007 11:51 AM | Show all posts

salam...

what is the potential of this field in Malaysia? strategically  nak tahu jugak ni...nak elaborate, please...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matwalla This user has been deleted
 Author| Post time 30-8-2007 03:01 PM | Show all posts

Reply #21 mbhcsf's post

Bayangkan negara berpotensi melahirkan individu yang sebaris dengan nama nama besar seperti , Isaac Newton, Lagrange, Navier-Stoke, Prandtl, JC Maxwell, Einstein, Schrodinger, Niel Bohr, Feynman, Abdus Salam, Hawking, T' Hooft, Chandrasekhar,  Yukawa, Wilzcheck, dan ramai lagi yang memberi sumbangan besar kepada dunia dari segi pemahaman tentang kejadian alam sehingga melahirkan teknologi baru.

Mendahului zaman..

Yang memikirkan sesuatu bukan hanya untuk zaman mereka....

Itulah PURELY modal Insan....seminima ..MINDA..kertas dan pena.
Reply

Use magic Report

ejamita This user has been deleted
Post time 11-9-2007 05:17 PM | Show all posts

fizik

zmn skrg org mcm kejar ilmu utk tujuan karier je..nmpk sgt utk tujuan materialistik..sy suka fizik tp lebih berminat kpd nak apply fizik tu..kalo bleh sy nak semua org tau psl fizik..kalo xde fizik xdela perubatan,kejuruteraan dan mcm2 lg
matwalla grad dr universiti mana
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 11:26 PM | Show all posts
salah satu faktor aku minat fizik krana cikgu nya juga cunnn....tu yg rajin tuuuu pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 07:26 AM | Show all posts
iols amats xske kalo pizik ni yang teori2...
kalo final haruss iols xjawap pon soalan2 define tuh..
choi~
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 03:38 PM | Show all posts
aku rs ada je org yg minat cuma xde halatuju tu...kat mesia ni mana ada sgt saintis2 ni..sume nak yg apply je..bole je kalo org mesia nk menang adiah nobel..tpaku rs org 2 bkn blaja kat mesia la..smbung blaja kat luar..saper nak sponsor wei...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2007 11:30 PM | Show all posts
saya terfikir akan apakah  manusia manusia  YG MENGAHDIRI SOLVAY CONFERENCE - mana Sdr MAil Golok ? may dak tak der lagi dah kot?- telah menulis dalam tesis mereka di bawah tajuk - Study objectives / research objectives and KEPENTINGAN KAJIAN? ni yg interesting ... what would be the reaction or the response of

1) The institute that receives the thesis proposal may that be the private of gvrnment sector?

2) and how to convience those people ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 08:24 AM | Show all posts
aku penin gak blajo fizik masa skolah...tmbah plak gan kimia ....aduh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matwalla This user has been deleted
 Author| Post time 14-9-2007 05:20 PM | Show all posts

Reply #23 ejamita's post

dari Louisiana ke UM
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 09:46 PM | Show all posts

Realiti Penyelidikan Fizik Teori di Malaysia


Richard feynman antara sainstis yang popular dengan teori elektrodinamik kuantum dan beliau bertanggungjawab merapatkan hubungan antra mekanik kuantum dan general relativity.

Oleh : Mohd Faudzi Bin Umar



Bahagian 1


Fizik Teori ialah salah satu cabang bidang fizik yang menggunakan model matematik dan keabstrakan konsep fizik dalam memperihalkan fenomena tabii. Ini bermaksud ia menggunakan matematik fizik seperti aljabar dan kalkulus sebagai peralatan untuk mengkaji fenomena asas alam tabii tanpa mencabuli sebarang konsep dan hukum fizik yang telah dipatuhi. Penyelidikan fizik teori hanya menjurus kepada konsep asas pembinaan fizik tersebut dengan hanya menggunakan peralatan pen dan kertas serta papan putih untuk melihat gambaran abstrak fizik yang lebih besar. Ianya tidaklah seperti kajian fizik eksperimen yang memerlukan peralatan dan instrumentasi yang sangat tinggi kosnya. Antara bidang penyelidikan dalam fizik teori secara amnya adalah seperti fizik kuantum, kuantum informatif, fizik zarah, fizik tenaga tinggi, teori medan kuantum, mekanik kuantum, masalah jasad banyak (kimia kuantum), kekalutan dan pencacai, teori kenisbian am, kosmologi dan fizik kondensasi.
        

        Instrumen atau metod kajian yang diperlukan oleh fizik teori, adalah imaginasi atau lebih popular di Jerman dengan istilah “Gedanken experiment”, yang mana ia boleh dilakukan melalui daya imaginasi tentang sesuatu fenomena fizik dan memperihalkannya tanpa mengenepikan konsep fizik asas yang lain. Sebagai contoh yang klasik, Albert Einstein telah cuba merealisasikan Teori Kenisbian Khas (Special Relativity) beliau pada rangka gerakan pecutan, dengan hanya membayangkan pencerap di dalam sebuah lif yang tertutup berada di bumi secara statik dengan pencerap yang bergerak dengan pecutan 9.81m/s2 secara menegak dan fenomena ini adalah setara meskipun berbeza rangka dinamiknya. Ia dikenali sebagai Prinsip Kesetaraan dan juga telah merintis kepada pembinaan Teori Kenisbian Am (General Relativity) melalui Prinsip Kesetaraan tersebut.


        Seperti yang kita sedia maklum pada perenggan sebelum ini, penyelidikan fizik teori adalah sekadar memerlukan buku rujukan asas, pen, kertas dan kemahiran berfikir yang baik iaitu kemahiran berimaginasi dan biaya penyelidikan bidang ini tidak memerlukan kewangan yang besar. Makalah ini adalah bertujuan untuk memberi sedikit gambaran mengenai halatuju penyelidikan fizik teori di Malaysia, berserta isu dan cabarannya berdasarkan pengalaman, pencerapan dan pembacaan penulis mengenainya. Sebelum kita membincangkan dengan lebih terperinci, adalah wajar untuk penulis memetik sedikit kandungan daripada ucaptama Prof Chia Swee Ping (Presiden Institut Fizik Malaysia) ketika konferensi Expository Quantum Lecture Series 4 di UPM baru baru ini. Dalam ucapan beliau, dinyatakan bahawa di negara barat, bidang fizik teori mendahului dan menjadi peneraju kepada penyelidikan fizik kemudian disusuli dengan pengesahan melalui ujikaji, tetapi fenomena itu adalah sebaliknya di Malaysia, iaitu fizik eksperimen lebih terkehadapan mendahului berbanding kajian fizik teori.


        Jika dilihat budaya penyelidikan di universiti, iaitu peringkat Projek Tahun Akhir Sarjanamuda, pelajar-pelajar didedahkan dengan penyelidikan-penyelidikan bidang fizik gunaan, yang hanya sekadar memenuhi syarat-syarat untuk bergraduan. Tambahan pula, penyelidikan-penyelidikannya adalah seperti kajian yang sekadar menaiktaraf daripada silibus amali dalam kursus, tiada budaya menyelesaikan masalah, hanya memperolehi hasil akhir dan tiada sikap ingin tahu diterapkan dalam penyelidikan. Apa yang menjadi keutamaan ialah “dapatkan data” dan “bentang kan hasil kajian”. Jika ditanya; Kenapa digunakan kaedah tersebut? atau apakah yang menyebabkan keputusan eksperimen jadi begitu dan begini, pelajar tersebut tidak dapat menjawabnya. Ini kerana berkemungkinan pelajar tersebut lemah dalam pengetahuan asas fizik, atau pelajar tersebut tidak dapat menghubungkaitkan hasil dapatan kajiannya dengan konsep asas fizik atau pelajar tersebut melakukan apa yang disuruh oleh pensyarahnya sahaja untuk memenuhi syarat-syart bergraduan.



Manakala di peringkat sarjana dan doktorat pula, jarang kedengaran pentelaahan dalam bidang fizik teori dilakukan. Malah jika diperhatikan dalam Jurnal Fizik Malaysia pun agak sedikit bilangan makalah-makalah dalam bidang fizik teori diutarakan, jika adapun ia dari penyelidik yang sama.
        



Jika disemak semula kursus-kursus fizik di IPT, ia kelihatan agak kurang memberi penekanan kepada kursus-kursus fizik tulen dalam silibus ijazah sarjanamuda fizik, seperti mekanik kuantum lanjutan, fizik matematik, mekanik klasik, mekanik statistik, teori medan kuantum dan teori kerelatifan. Dari perspektif pelajar, kursus tersebut boleh diklasifikasikan sebagai kursus merendahkan gred akademik mereka atau lebih popular di kalangan pelajar sebagai “killer subject”. Ditambah pula dengan pensyarah yang mengajar kursus tersebut bukanlah pakar dalam bidang yang diajar, tapi sekadar “bidan terjun”. Ini adalah pengalaman penulis sewaktu bergelar mahasiswa dahulu. Kenyataan tersebut, tidaklah menjadi kesimpulan secara keseluruhan kepada universiti-universiti di Malaysia, cuma sekadar pencerapan terhad dan pengalaman cetek penulis sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 09:48 PM | Show all posts






Oleh
: Mohd Faudzi Bin Umar


Bahagian 2
               


                Bidang penyelidikan di Malaysia juga dipengaruhi oleh iklim politik negara. Ia bergantung kepada hasrat kerajaan dalam menentukan halatuju negara, sudah tentulah hasrat para Menteri dan jemaah kabinet. Jika sebelum ini hasrat kerajaan adalah untuk memenuhi permintaan makanan penduduk Malaysia yang terpaksa diimpot makanan daripada luar negara dengan jumlah yang mencecah billion ringgit, maka dasar kerajaan telah memperuntukan dana-dana untuk penyelidikan mengenai agrikultur dan bioteknologi bagi mengurangkan jumlah kewangan impot makanan tersebut Dengan itu bagi penyelidik yang menyediakan proposal atau kertas cadangan untuk memperuntukkan jumlah dana penyelidikan dalam bidang tersebut, akan segera dan mudah untuk mendapat kelulusan. Hal ini juga berlaku pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, yang mana kerajaan mensasarkan industri perkilangan sebagai sektor utama kepada pertumbuhan dana ekonomi negara, maka nanoteknologi yang menjadi subjek utama dalam penyelidikan, oleh itu banyak dana Penyelidikan Mengikut Keutamaan (Intensification of Research in Priority Areas, IRPA ) diluluskan atas nama penyelidikan nanoteknologi dengan jumlah dana yang sangat banyak. Hampir semua penyelidikan di universiti-universiti di Malaysia akan menumpukan kepada subjek nanoteknologi dalam kajian mereka.





Logo Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
               


Jika dilihat kepada aspek dana penyelidikan di universiti, ia mensasarkan setiap penyelidikan harus menghasilkan produk akhiran kajian. Lebih baik produk tersebut adalah produk yang boleh dipegang dan boleh digunapakai, kerana universiti akan mendapat nama dan terkenal jika produk tersebut memenangi pingat-pingat di pameran inovasi tempatan dan luar negara. Pada pandangan penulis tidak mengapalah, sekurang-kurangnya berlaku jugalah proses-proses penyelidikan di universiti.
Realiti tempat kerja di IPTA juga menjadi salah satu dilema kepada penyelidik atau pensyarah yang memerlukan masa terluang untuk berfikir dan menyemak makalah-makalah fizik, itu telah pun dicuri oleh rutin-rutin yang tiada nilai-nilai akademik, antaranya ialah menghadiri mesyuarat fakulti, melakukan urusan-urusan pentadbiran dan membuat fail meja atau fail pengajaran dan pembelajaran kualiti ISO. Kerja-kerja tersebutlah yang menodai kemahiran berfikir penyelidik dan juga masa terluang mereka. Kajian fizik teori adalah salah satu kajian sepanjang masa tidak terhad kepada masa atau ruang, kerana proses berfikirnya adalah berterusan, iaitu masa untuk mengenalpasti masalah yang difikirkan dan cuba untuk menyelesaikannya. Kekadang penyelesaian masalahnya tidak berlaku ketika masa pejabat atau masa bekerja formal, tetapi ia juga sering berlaku pada masa tidak formal seperti ketika mengayuh basikal untuk bersiar-siar, ketika mengenakan tali leher di baju atau ketika sebelum masuk tidur dan keadaan ini juga terjadi kepada tokoh-tokoh fizik teori terkenal dunia seperti Einstein, Bohr, Dirac dan lain-lain. Berbeza dengan fizik ujikaji, mereka memiliki sedikit idea dan menggajikan pembantu penyelidiknya untuk menjalankan ujikajinya sama ada menyediakan sampelnya atau mengukur sifat fizik sampel tersebut, maka tak hairanlah mereka mempunyai banyak masa untuk menghadiri mesyuarat eksekutif dan kebanyakan daripada mereka mendominasi jawatan profesor dan jawatan tertinggi universiti.

                Sebelum ini, penulis pernah menghadiri satu lawatan rasmi ke sebuah universiti, penulis bertemu dengan seorang profesor. Beliau bertanyakan mengenai sama ada universiti penulis mempunyai peralatan ketuhar suhu tinggi atau tidak, kerana beliau memaklumkan bahawa fizik eksperimen boleh dianalogikan seperti “Chef” memasak. Chef akan memasukkan perencah dan ramuan dan kemudian akan merasai makanan tersebut. Seterusnya resepi kemudian diubahsuai dan proses yang sama berulang-ulang dengan menukar parameternya. Begitulah analogi yang diberikan. Ahli fizik eksperimen sekadar mengubah parameter atau mengubah peratusan kandungan dalam sampel tersebut dan kemudiannya sampel itu kita cerap atau ukur sifat fiziknya, makalah dapatlah satu makalah akademik.



Sebagai contoh, kita menyediakan sampel semikonduktor aloi InGaAs (indium-galium-arsenida) melalui Metalorganic vapour phase epitaxy (MOVPE) dengan nisbah seperti berikut In0.25Ga0.75As, kemudian kita cerap sifat elektroniknya dengan X-ray photoelectric spectroscopy (XPS), maka daripada prosedur itu dapatlah ditulis satu makalah untuk nilai nisbah atom-atom tersebut. Setelah selesai itu, kita tukarkan pula nisbah atom tersebut kepada In0.75Ga0.25As dan kita lakukan rutin yang sama dan urusan tersebut dijalankan oleh GRA (graduted research assistant) atau RA (research assistant) ketua penyelidikan atau pemilik geran penyelidikan tersebut.



                Jika dibandingkan dengan kajian fizik teori, ianya sebaliknya, yang mana ia lebih memberikan penekanan kepada konsep asas fizik tersebut dan selidiki melalui pengiraan bermatematik dengan pemahaman konsep yang mendalam, malahan menilai konsep asas fizik tersebut (aras tertinggi taksonomi bloom, iaitu “Penilaian”). Model demi model matematik diperketengahkan untuk menyelesaikan masalah fizik yang difikirkan tanpa menafikan konsep fizik lain yang diterima (kekadang konsep fizik tersebut boleh juga ditambahbaik atau diperbaiki). Lembaran demi lembaran kertas dicontengnya, papan putih dilakari dengan symbol-simbol Yunani yang tidak difahami. Jika dilihat secara amnya, penyelidikannya adalah sangat sukar, tak hairanlah jika dihimbau sejarah peribadi ahli fizik teori, mereka memiliki perwatakan yang agak unik. Tetapi yang perlu dikagumi pada mereka adalah usaha yang bersungguh-sungguh dan ikhlas pada ilmu dan kebenaran. Kedudukan, pangkat, jawatan dan harta tidaklah menjadi sandaran bagi mereka untuk terus menyelidik rahsia alam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 09:49 PM | Show all posts


Bahagian 3

       


        Aspek penghasilan makalah tidaklah semudah kajian fizik eksperimen, kebanyakan makalah fizik teori banyak yang ditolak dalam jurnal-jurnal fizik berimpak tinggi, jika dilihat dalam laman sesawang arxiv.org (himpunan makalah sains), didapati terdapat sebilangan besar makalah-makalah fizik teorinya tiada nama rujukan jurnalnya, ini menunjukkan bahawa makalah tersebut telah ditolak daripada jurnal fizik teori, oleh hal yang demikian penyelidik tersebut mengambil inisiatif untuk menerbitkannya juga dalam laman web tersebut. Makalah fizik saintis terkenal Peter Higgs juga pernah ditolak. Makalah tersebut adalah mengenai penemuan secara teori iaitu zarah yang bertanggungjawab ke atas konsep jisim bagi zarah asas melalui pencabulan simetri U(1) setempat berspontan dengan gandingan tolok elektromagnet. Makalah mengenai zarah tersebut ditolak daripada jurnal fizik, walhal penemuan zarah tersebut yang telah menjadi inspirasi kepada masyarakat fizik sekarang dalam menyertai program Large Hadron Collider (LHC), terutamanya di kalangan ahli fizik eksperimen.



Perkembangan semasa fizik teori tidak dibincangkan atau disiarkan secara umum di Malaysia melalui persidangan-persidangan atau seminar-seminar atau makalah arus perdana, apatah lagi perbincangan secara teknikal. Jika dilihat daripada penyelidikan di negara Barat terutamanya, mereka telah lama membincangkan masalah zarah Higgs, manakala di Malaysia baru sedang menghantar pelajar-pelajarnya ke Summer School di Pusat Penyelidikan CERN di Geneva. Jika di negara Barat, ahli fizik teori sangat disegani malah menjadi sanjungan, manakala di Malaysia situasinya berbeza Bukan sahaja ahli fizik teori, malahan ahli fizik eksperimen pun dipandang sipi oleh golongan profesional. Komuniti yang disegani pada mereka adalah ahli politik dan jutawan, tidak kiralah apa pun partinya atau apapun latarbelakangnya.

        Melalui pengalaman penulis, kesusutan bilangan dan kekangan ahli fizik teori turut dipengaruhi dengan sistem pendidikan negara Ini dapat dilihat dengan penilaiannya berdasarkan kepada peperiksaan, yang menyekatkan kebebasan pelajar untuk berfikir kreatif di luar kotak fikiran dan menimbulkan minat atau kesungguhan kepada sesuatu ilmu, kerana semua pelajarannya yang disuapkan kepada pelajar-pelajar mestilah merangkumi silibus-silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. Budaya galakan di rumah juga mempengaruhi tumbesaran pemikiran kanak-kanak, yang mana anak-anak kecil tidak didedahkan dengan sikap ingin tahu, atau kemahiran berimaginasi, atau menjalankan penyelidikan sains yang ringkas, atau mendedahkan mereka tentang objek-objek samawi di angkasa, atau diceritakan kepada mereka cerita-cerita yang boleh menarik minat mereka mengenai dunia sains dan penyelidikan. Albert Einstein pernah dihadiahkan kompas ketika umur tiga tahun dan mencetuskan sikap ingin tahu “kenapa jarum kompas selalu menunjuk arah ke utara?”, Richard Feynmann pula dihadiahkan radio dan daripada itu, beliau berupaya memperbaiki radionya sendiri. Apa yang jelas dalam masyarakat kita, ialah setiap kali anak-anak balik sekolah perkara pertama yang ditanya adalah “Cikgu ada beri kerja sekolah tak? Kalau ada, buat sekarang!”, kemahiran anak-anak berada di dalam ruang lingkup kerja sekolah tersebut, tidak pernah didedahkan kepada anak-anak dengan pertanyaan “Kenapa dan Mengapa”. Cita-cita pertama yang diterapkan juga oleh ibu-bapa dan guru di sekolah adalah doktor, jurutera, guru atau akauntan, tak pernah kedengaran cita-cita mereka adalah ahli fizik atau ahli matematik atau ahli pemikir. Mungkin budaya kita berbeza dengan budaya ketika zaman kanak-kanak Gerard ‘t Hooft, iaitu seorang ahli fizik yang memenangi Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1999 yang mana ketika itu beliau telah ditanyakan mengenai cita-cita beliau apabila dewasa kelak, beliau menjawab, beliau mahu menjadi seorang yang “Tahu Segala Perkara”.


        Ahli fizik teori di Malaysia semakin hari semakin menyusut. Hal ini turut diakui oleh Prof Shaharir Mohamad Zain, melalui perbualan ringkas dengan beliau suatu masa dahulu. Beliau mengeluh dengan kesusutan ahli fizik teori jika dibandingkan pada awal 70an. ”Itupun ketika itu bilangan ahli fizik teori boleh dikira dengan jari, sekarang ini tak pastilah pula bilangannya”, katanya sambil ketawa. Menjadi ahli fizik teori tidaklah mendamba pangkat dan jawatan tinggi, cukuplah sekadar memenuhi kepuasan untuk mengetahui sesuatu yang sedikit tentang aturan alam. Bak kata Prof Freddy Permana Zen, (seorang ahli fizik teori Institut Teknologi Bandung, Indonesia dalam bidang Adisimetri dan Graviti Newtonian Terubahsuai) iaitu “Menjadikan bidang ini, bukanlah untuk kaya”. Penulis agak tertarik dengan kenyataan Prof Madya Ithnin dari UM iaitu “Orang yang mengkaji Teori Aditetali (merujuk kepada beliau dan saudara Anuar Alias) telah memenuhi fardhu kifayah untuk negara Islam, kerana teori tersebut telah didominasi oleh orang bukan Islam”


        Wahai generasi baru, mulakanlah langkah kita semua untuk mendominasi bidang fizik teori meskipun kita telah ketinggalan dengan negara membangun yang lain. Kita patut berasa malu dengan Thailand dan Indonesia, apatah lagi jika dibandingkan dengan negara Singapura, negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Sebagai permulaan untuk mengorak langkah, maka adalah perlu kita semaikan kehidupan harian kita dengan perbincangan-perbincangan ilmiah dan budaya illmu sepanjang masa tidak kira di mana. Kedua, jadilah seorang yang relevan, setiap perkara yang dibawakan atau yang didengar adalah fakta dan bukti begitu juga dalam berhujah. Ketiga, pupuklah sikap ingin tahu dan keghairahan untuk meneroka pengetahuan tentang alam tabii. Keempat, perkemaskanlah kemahiran dan pengetahuan matematik. Kelima, mendominasi setiap sektor professional dan penyelidikan. Keenam, ciptakan suasana ilmiah dirumah bersama keluarga, mungkin anak-anak itu berkemungkinan menjadi generasi penggerak kepada dunia penyelidikan, terutamanya bidang fizik teori.



Kesimpulannya di sini bahawa halatuju fizik teori di Malaysia adalah negatif, memandangkan data dan pencerapan tak rasmi penulis adalah kabur untuk menyatakan bilangannya, ini menunjukkan bidang fizik teori adalah tenat. Manakala cabaran bagi perkembangan bidang fizik teori sudahpun bermula daripada pendidikan awal dirumah, seterusnya ke persekolahan, membawa kepada pendidikan di peringkat universiti dan kebangsaan, malahan ke peringkat penggubal dasar kerajaan.

KREDIT: MAJALAH SAINS
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 09:58 PM | Show all posts
Cara memeperkembangkan fizik dlm kalangan msyrkt:

1. Kita semaikan kehidupan harian kita dengan perbincangan-perbincangan ilmiah dan budaya illmu sepanjang masa tidak kira di mana.

2. Jadilah seorang yang relevan, setiap perkara yang dibawakan atau yang didengar adalah fakta dan bukti begitu juga dalam berhujah.

3. Pupuklah sikap ingin tahu dan keghairahan untuk meneroka pengetahuan tentang alam tabii.

4. Perkemaskanlah kemahiran dan pengetahuan matematik.

5. Mendominasi setiap sektor professional dan penyelidikan.

6. Ciptakan suasana ilmiah dirumah bersama keluarga, mungkin anak-anak itu berkemungkinan menjadi generasi penggerak kepada dunia penyelidikan, terutamanya bidang fizik teori.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 09:59 PM | Show all posts
Sedih sekali mengenangkan ilmu fizik yg makin dipinggirkan rakyat kita - Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 10:36 PM | Show all posts
"kaitkan fizik dgn kehidupan seharian"..itu pesan cikgu aku 8thn lepas
baru boleh paham konsep fizik dan lbh paham dan igt smpai mati..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 11:08 PM | Show all posts
Reply 6# john_pablo

yup...baru kita boleh fhm konsep sebenar di sebalik teori

pablo amik fizik ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2011 11:19 PM | Show all posts
Reply  john_pablo

yup...baru kita boleh fhm konsep sebenar di sebalik teori

pablo ...
dauswq Post at 6-7-2011 23:08


hahaha mcm tu la lbh kurang..x la amik fizik..dlu2 ja masa blajaq kt skolah,politeknik...so igt smpai ari ni sbb slalu guna..bnda ni logik..fizik mmg best...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 06:33 PM | Show all posts
Ada byk benda perlu improve kalau nak kedepankan theoretical physics.

Theoretical physics byk berpacaran dengan math. Kalau student tu ada disleksia math, apa yg boleh diharap sgt? Of coure skill math bleh diperkemas, bleh diraut kat mana yg kasar tapi boleh ke lecturer buat suma benda nih?

Hidup skang penuh dengan contradiction. Dari satu segi, kat mana sudut pun kita baca masing2 cerdik pandai laung anti spoonfed, suruh analytical thinking, jgn exam oriented.

Tapi bila result kuar student skor terok mula la bising plak. Masa student nak compile past year question skali dengan jawapan, x bagi....alasan? Nak student usaha sendiri...xnak spoonfed. Abih nk kumpul soalan tu bkn usaha?

Bincang soalan, wat exercise, go through exam questions...tu bukan spoonfed. Tu cara nak kuasai math/fizik. Retorik anti-spoonfeed takkan selesaikan masalah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:13 PM | Show all posts
Reply 9# Halilintar

apakah cadangan yang saudara ingin utarakan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 10:37 AM | Show all posts
Bukan cadangan...lebih kepada lontaran perasaan

Ada banyak yg perlu dibaikpulih. Lecturer atau sistem skang byk sgt bagi freedom kat student...atas nama maturity, liberation.

Diorang expect sebaik saja melangkah masuk ke menara gading, pelajar tu dah besar...dah boleh urus diri sendiri. Dah grasp semua basic concept...cuma perlu dibimbing sket2 cara nak optimizekan potential tu.

Padahal student tu walaupun dah 19-20 tahun, mentaliti masih separuh masak. Kena byk lagi bimbingan. Kukuhkan apa yg patut. Method ms kat sekolah jgn terus cincang masuk plastik tong sampah...applykan mana yg perlu. Nih tak...ajar math atau fizik mcm bagi kuliah sejarah. Kalau tak percaya pergi tgk sendiri dlm dewan kuliah.

Teori mmg penting...tapi calculation yg matters. In the end, dalam exam berapa kerat je soalan conceptual. Byk student fizik rasa susah bukan masalah konsep fizik, tapi sangkut dengan aplikasi math. Core problem adalah math. Kalau math dah ok, baru bincang masalah konsep.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.252616 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list