CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

JPJ: Latest: JPJ Tapis Sebelum Beri Lesen Pada Orang Asli - Discrimination?

[Copy link]
 Author| Post time 15-4-2008 02:23 AM | Show all posts
April 14, 2008

JPJ Mula Pasang Kamera Automatik Di Lampu Isyarat Dan Lebuh Raya

KUALA KRAI, 14 April (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memulakan pemasangan Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES)di lampu isyarat dan lebuh raya bagi mengesan kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Salim Parlan berkata pemasangan kamera pengesan itu dilaksanakan secara berperingkat dengan peringkat pertama AES akan dipasang di sepanjang Lebuh Raya Plus dari Johor Baharu ke Bukit Kayu Hitam untuk mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju.

"Sebagai permulaan ia juga akan dipasang di lampu-lampu isyarat di seluruh bandar Shah Alam untuk mengesan pesalah yang melanggar lampu isyarat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan JPJ Bersama Rakyat di Dewan Kesedar, Mengkebang di sini, hari Isnin.

Menerusi sistem itu, semua kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya akan direkod melalui kamera automatik dan saman dikeluarkan serta-merta melalui sistem komputer JPJ.

Selain itu, rekod kesalahan itu akan dimasukkan dalam sistem demerit JPJ.

Salim berkata sistem AES juga lebih praktikal kerana ia berfungsi menggantikan pihak berkuasa serta beroperasi selama 24 jam.

Menurut beliau, pemasangan di lokasi yang terpilih itu dijangka dapat disempurnakan sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang masih belum menukar lampu bercahaya terang atau xenon dan cermin gelap keterlaluan untuk membetulkannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Ini kerana masih ramai pemilik kenderaan yang berdegil dan masih menggunakan lampu xenon dan bercermin gelap melebihi had ditetapkan.

"Ia masih banyak dikesan terutama pada kereta mewah yang diimport dari luar negara.

Kita harap pemiliknya mematuhi peraturan dalam negara dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan," katanya.

JPJ sebelum memberi tempoh sehingga akhir Julai ini kepada pemilik kereta yang memiliki lampu xenon dan cermin gelap keterlaluan untuk membetulkannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Sehingga Julai ini, JPJ akan mengeluarkan Notis Larangan Penggunaan (PG1) terhadap kenderaan yang menyalahi peraturan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan terlibat perlu melakukan ubah suai mengikut spesifikasi ditetapkan bagi membolehkan penarikan balik notis PG1 itu.

-- BERNAMA

----------------------------------------------------------------------------

keluar summon pun masih ramai yang tak hiraukan.. otherwise kita tak adalah
horrific bus accident happened twice in a week.. not to mention all the accidents
involving motorists  - cars, motorcycle, buses, lorries -   dulu lagi pernah ada
AES ni.. kat certain tempat.. tapi apa yang effect nya saya masih tak sure.. -

*yang lampu xenon tu memang menyakitkan mata.. sampai jadi becha  nak drive
pun susah.. ada pemandu yang tak reti bila masa nak guna highbeam highlight
lampu depa.. - drive behind us - dengan highbeam - betul2 tak ada consideration -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2008 02:49 AM | Show all posts
Syabas JPJ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 02:51 AM | Show all posts

Balas #*** lobai

Mana taknya.. selain mcm ko terperuk dalam forum.. keupayaan ko hanya lah tekan button report aja.. sebijik macam pondan tua..

Cakap orang aja lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 08:00 AM | Show all posts
eniwei... lesen memandu LLN (Lesen luar negara) bleh ke renew online??
kalau tak bleh... nampak gaya still kena renew lesen memandu manual...

Originally posted by ashna at 20-1-2008 09:06 PM
The best kept e-secret at JPJ ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 08:07 AM | Show all posts
senanglah keje pasni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 15-4-2008 08:00 AM
eniwei... lesen memandu LLN (Lesen luar negara) bleh ke renew online??
kalau tak bleh... nampak gaya still kena renew lesen memandu manual...


Kalooooo lesen LLN bleh renew online.. aku nak apply lesen 4/5 lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2008 12:36 PM | Show all posts
still bleh ehh.... tapi aku mana ada Mykad..
Originally posted by Dunhill. at 15-4-2008 12:15 PM

Kalooooo lesen LLN bleh renew online.. aku nak apply lesen 4/5 lah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2008 08:09 PM | Show all posts
JPJ gantung permit Syarikat Konsortium Bas Ekspres Semenanjung

ALOR STAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung permit operasi Syarikat Konsortium Bas Ekspres Semenanjung Berhad selama sebulan berkuat kuasa semalam.


Pengarah Penguatkuasa JPJ, Salim Parlan, berkata penggantungan itu adalah bagi semua 232 bas ekspress milik syarikat berkenaan.

Beliau berkata operasi syarikat berkenaan digantung kerana inkuiri Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menunjukkan bahawa banyak bas milik syarikat itu terbabit dalam kemalangan jalan raya.

揓PJ akan memantau semua 36 terminal bas di Semenanjung untuk memastikan arahan ini dipatuhi,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 02:26 AM | Show all posts
tanya la org puspakom yg duk check bas ni sume..bapa byk diorang ni makan utk lepaskan bas yg tak cukup syarat utk berada di jalanraya..JPJ pun sama..ni sume kena sogok..lu mau pass lu bayar..lu tamau pass lu pikir la sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 02:27 AM | Show all posts
susah la camni nak balik kampung
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 12:17 AM | Show all posts
ramai yg nak balik kg hari jumaat lepas kat hentian putra sangkut.. bus konsortium x leh jalan.. dpt duit balik..

kene plak time cuti.. ramai yg ke kt utk cuti..

tp yg peliknya kat puduraya cam biasa je hari sabtu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 12:17 AM | Show all posts
ramai yg nak balik kg hari jumaat lepas kat hentian putra sangkut.. bus konsortium x leh jalan.. dpt duit balik..

kene plak time cuti.. ramai yg ke kt utk cuti..

tp yg peliknya kat puduraya cam biasa je hari sabtu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2008 07:44 AM | Show all posts
Bus company defies directive



Three days after bus company Syarikat Konsortium Bas
Ekspres Semananjung Bhd was grounded, at least two of
its vehicles were seen operating at the Puduraya bus station here

KUALA LUMPUR: Three days after bus company Syarikat Konsortium Bas Ekspres Semananjung Bhd was grounded, at least two of its vehicles were seen operating at the Puduraya bus station here.

Oblivious passengers were seen boarding the buses to Taiping and Ipoh. The commuters said they were not aware that the bus company had been grounded for a month from Wednesday because their vehicles had been involved in a number of road accidents.

Commercial Vehicle Licensing Board chairman Datuk Markiman Kobiran said he had instructed the Road Transport Department to seize any of the buses that operated in defiance of the suspension of the company's 232 buses.

揥e will not compromise on this,
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by azharfcsit at 17-5-2008 02:26 AM
tanya la org puspakom yg duk check bas ni sume..bapa byk diorang ni makan utk lepaskan bas yg tak cukup syarat utk berada di jalanraya..JPJ pun sama..ni sume kena sogok..lu mau pass lu bayar..lu  ...


Biasalah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 11:49 AM | Show all posts

Reply #253 dexa's post

JPJ/Polis dah buta huruf nampaknya.:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 12:04 PM | Show all posts
err.. dulu2 aku mmg suka pilih bas konsortium ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2008 12:06 PM | Show all posts

Reply #256 laislabonita's post

Aku pon. Dulu2 ok jer aku tengok... bas paling selesa aku pernah naik kalau nak berjalan jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by laislabonita at 19-5-2008 12:04 PM
err.. dulu2 aku mmg suka pilih bas konsortium ni..


aku suka bus ni dulu.. mana taknya kl-penang.. naik jam 1pagi.. kul 4pagi dah sampai.. huhuhu..

skrg aku suka naik maraliner.. beli pun online.. dpt tiket murah.. x de tipu2..
bus pun selesa.. pemandu pun berhemah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 08:11 AM | Show all posts
Pemandu KBES mengeluh
KOSMO


KAUNTER tiket syarikat KBES masih beroperasi di Puduraya semalam
tetapi perkataan `Konsortium’ ditutup dengan pita hitam.


TAIPING - Nasib kira-kira 384 pemandu bas ekspres Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Berhad (KBES) menjadi tanya-tanya akibat kehilangan punca pendapatan ekoran pengantungan permit kesemua bas pengangkutan awam milik syarikat tersebut sejak 5 Mei lalu.

Ia bukan sahaja menghalang pemandu terbabit daripada membawa penumpang malah menyebabkan mereka hilang punca pendapatan bagi menyara keluarga masing-msing.

Wakil Jawatankuasa Pemandu-Pemandu KBES, Mohd. Zaki Mohd. Zaini berkata, semua pemandu bas syarikat itu tidak mempunyai gaji pokok tetapi cuma dibayar komisen dan elaun berdasarkan perjalanan yang dilakukan.

Beliau memberitahu, pemandu terbabit hanya memperoleh RM104 untuk setiap perjalanan dan elaun tambahan berasaskan tiket bas terbabit yang dijual.

Seorang lagi pemandu yang mahu dikenali sebagai Ramli berkata, beliau dan rakan-rakannya kini tidak tentu arah memikirkan nasibnya sehingga 13 Jun ini setelah syarikat mereka seolah-olah lepas tangan tanpa membela nasib pekerja.

"Saya berkhidmat lebih kurang 18 tahun di sini dan mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah manakala isteri seorang suri rumah.


PERKHIDMATAN bas KBES juga masih beroperasi seperti biasa.


"Apabila kerajaan mengantung permit bas kami selama sebulan, ini bermakna selama itu jugalah kami tidak mempunyai sebarang pendapatan. Jika keadaan ini berterusan, bagaimanakah nasib kami sekeluarga?," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Depot Perhentian Bas KBES di Kawasan Perindustrian Kamunting dekat sini semalam.

---

kesian tu memang la kesian.. tapi.. yelah kan..
walaupun bukan semua pemandu teruk,
tapi pengajaran buat mereka & sykt bas tu
hope amik pengajaran & pasni2 lebih peka
ngan keadaan & penyelenggaraan bas..
pemandu2 pun harap lebih berhemah
& mematuhi peraturan jalanraya..

sian kat pemandu yg tak bersalah..
tapi nak buat camana.. tskk~!
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 08:12 AM | Show all posts
aku suka sangat naik konsortium ni sbb ruang kaki dia luas. bleh relax kaki aku yg panjang ni. tapi sejak kes eksiden yg melibatkan konsortium ni aku naik trans plak...

sebab masa depa jual tiket, kaunter trans kata...kita bawak pelan cik, 6 jam baru sampai KL...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.091402 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list