CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Issue Bahasa : Update- Jgn Terlalu Obses Protect BM : Najib (p6)

[Copy link]
Post time 16-9-2007 05:59 PM | Show all posts

Reply #20 True-X's post

sape cakap?satawu aku kat kL neh dorang lagi pentingkan bahasa mandarin dari english...
lagipon, orang melayu neh bukan xreti cakap, cuma dorang xbrani jek nak cakap aka xconfident...
riso sangat grammar lintang pukang...
ingat cina teror sangat ler cakap english tuh...
padahal cina pon cakap grammar terabor...
got got...ey, u got watch oledi bla bla blaa...
tensen aku orang yang bajet reti cakap english neh...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2007 06:06 PM | Show all posts
bukan sumer omputeh reti cakap english..
orang jepun pon xreti cakap...
so kite sebagai orang melayu, xpayah lar malu...
english xpenting mane pon...
yang penting kite bahagie..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 10:27 PM | Show all posts
nasib nasib
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 11:01 PM | Show all posts

Reply #20 True-X's post

betul tu..anak buah saya pegi interview fail sebab tak fasih bahasa inggeris.padahal jawatan kerani biasa aje....
bahasa melayu ni  minat dipelajari oleh bangsa lain kecuali untuk lulus periksa je laa...
lagipun takde kepentingan pun bagi mereka untuk menggunakan bahasa melayu ni..
orang melayu pun banyak yang segan untuk menggunakan bahasa melayu terutama yang ada status atau yang kerja kat ofis...yelah,semua urusan pun dalam bahasa inggeris ye tak?tapi pelik pulak bahasa cina tu nak pulak digunakan.disitulah letaknya harga bahasa kita.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by Dunhill. at 16-9-2007 15:44
Apakah nasib kita. diketawakan bangsa lain??? apalah nak jadi dengan negara kite??? saye harap dapat lah kita bincang elok elok benda ini demi kebaikan bersama http://img47.imageshack.us/img47/11 ...


yg ni kena tanya pada puak2 UMNO kot ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 11:57 PM | Show all posts

Reply #65 TanSri_Malaysia's post

tapi tu tak bermakna kita kena merendahkan bahasa kita sendiri... bahasa lain pun banyak yang cedok mencedok, sampai kadang susah nak pastikan sesuatu perkataan tu berasal dari mana sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-9-2007 08:27 PM | Show all posts
2007/09/26
Evening classes: More can learn our language


Steve Irwin, despite being an Australian, could speak
proper Malay while some Malaysians still can't



WATCHING the late Steve 揅rocodile Hunter
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 10:32 PM | Show all posts
Originally posted by jf_pratama at 19-8-2007 03:13 AM


Daripada dipertikaikan terus dan juga untuk keuntungan Malysia sendiri, alangkah baiknya jika Bahasa Inggris digunakan sebagai bahasa resmi/nasional Malaysia seperti halnya Amerika Serikat, A ...


di canada. not just english bahasa rasmi tetapi jugak b. peranchis.
and how come bahasa peranchis berjaya berdaulat sejak 400 tahun lalu
walau canada jugak cakap english.. and u have no idea bagaimana bangganya quebecois|e
sehingga canadian english speaker sendiri kena belajar french kalau hendak ke quebec..

jadi kenapa malaysia tak boleh buat camtu... ini semua sebab jati diri.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2007 02:36 PM | Show all posts
Bahasa MElayu nie  Bangla dan pendatang India pun buleh belajar... sekejap sahaja.........

Munkin susun atur tatabahasa bahasa melayu adalah mudah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2007 06:22 AM | Show all posts
Bahasa Melayu dipertikai, peranan DBP dipersoal

KUALA LUMPUR 20 Nov.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2007 06:53 AM | Show all posts
Jangan letak bahasa Melayu di tempat kedua

KUALA LUMPUR 21 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 09:28 AM | Show all posts
Jangan Letak BM Di tempat ke 2?

Kenapa masih ramai orang Cina yang tak boleh cakap melayu? Bila kita telefon diorang dan kita cakap BM, mereka siap warning, 'can you speak in English please?'
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 09:35 AM | Show all posts

Reply #93 WonBin's post

pesal ko tak warning dia balik .... :bg: :bg: :bg: :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 09:36 AM | Show all posts
alahai
kekadang melayu sendiri malu nak cakap bahasa melayu
aku nie kalo urusan ape2
walaupon dengan datuk or sum1 else
kalau nama dh MELAYU aku TETAP cakap MELAYU
aku xkan kompromi kalu diorang nak speaking ke ape
sebab aku tau dari dulu bahasa melayu adalah bahasa kita
melainkan aku dalam satu mesyuarat ape2 ke, aku akan speaking
kebanyakannya (termasuk aku) memang la ade rojak2 sket
nak blaja mule2 dulu memang ade rojak
tp kalo dh sampai lupa bahasa negara sendiri
x yah la dok mesia
biar la org jepun atau memane ke yg pandai cakap melayu dok cni
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 09:36 AM | Show all posts
nape post aku ilang?
dh panjang aku taip
ni yg nak marah nie:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2008 06:16 AM | Show all posts
28 Julai, 2008
Ungku Aziz Minta Dibuat Perubahan Dalam Pendidikan Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Seorang ahli akademik terkemuka meminta kerajaan agar melakukan beberapa perubahan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran khususnya mengenai bahasa Melayu bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.


Profesor Diraja Ungku Aziz berkata perubahannya perlu merangkumi semua peringkat persekolahan termasuk di Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi.

"Bahasa Melayu penting untuk mewujudkan perpaduan sementara Bahasa Inggeris boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi negara.

"Pada masa kini, usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui bahasa dilihat sebagai tidak begitu berjaya kerana berdasarkan kepada pemerhatian, kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi masih belum sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu.

"Sistem pembelajaran adalah penting untuk wujudkan perpaduan negara. Saya rasa perpaduan negara melalui sistem ini masih tidak begitu berjaya," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Seminar Permuafakatan Kementerian Pengajian Tinggi Bersama Kementerian Pelajaran di Universiti Putra Malaysia dekat sini hari ini.

Ungku Aziz berkata kementerian berkaitan perlu menyediakan satu agihan sistem pelajaran supaya pelajar dapat mempelajari bahasa Melayu bermula daripada peringkat yang mudah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

"Maknanya pelajar boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik, tidak rojak dan tidak telo. Kalau kita ada sistem pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang betul, kita boleh lahirkan pelajar yang baik serta mewujudkan perpaduan kaum," katanya.

Mengulas saranan itu, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

"Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Pak Ungku (Ungku Aziz). Laporan Abdul Razak 1956 juga menekankan kepada matlamat pendidikan adalah untuk menyatukan dan menekankan kepada perpaduan.

"Melalui bahasa kita dapat eratkan lagi perpaduan dan kita tahu perpaduan adalah penting," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar tersebut.

Alimuddin berkata dalam era globalisasi ini, rakyat seharusnya dapat menguasai bahasa dengan baik kerana bahasa boleh menyatukan masyarakat melalui komunikasi.

Beliau berkata selain penguasaan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris juga perlu dikuasai oleh pelajar memandangkan bahasa itu digunakan dalam urusan antarabangsa seperti bidang ekonomi dan politik.

Mengenai seminar itu, beliau berkata ia bertujuan mencapai lima matlamat utama berdasarkan pelan strategik kedua-dua kementerian berkenaan yang sentiasa menekankan kepada kemahiran asas di kalangan pelajar.

"Selain diberikan ilmu pengetahuan, pelajar juga harus dilengkapkan dengan soft skills seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran membuat keputusan, kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif serta kemahiran berbahasa jika mereka ingin mencapai kemajuan dalam kehidupan," katanya.


Seminar ini juga akan mencari kaedah untuk mengekalkan kecemerlangan pelajar hingga mereka meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi terutama dalam bidang kritikal termasuk bidang baru dalam teknologi maklumat dan nanoteknologi yang perlu difahami pada peringkat lebih awal.

"Kita mahu pelajar yang cemerlang di sekolah sejak dari UPSR, PMR, SPM dan STPM supaya terus cemerlang apabila mereka masuk universiti. Selain itu, kita mahu pelajar sekolah memahami mengenai bidang-bidang kritikal yang baru lebih awal," katanya.

-- BERNAMA

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

memang ramai pelajar yang boleh bertutur dalam bahasa melayu -
tapi sebahagiannya bukan dalam penggunaan ayat atau perkataan
yang betul -

apa yang pak ungku utarakan tu benar - pendidikan bahasa tu sendiri
mestilah dari peringkat bawah di bawah sistem pembelajaran bahasa
yang bersistematik dan menekankan kemahiran asas -

mungkin dengan sebab inilah ramai juga pendidik yang tidak bersetuju
dengan penggunaan selain dari bahasa malaysia di dalam pelajaran
matematik dan sains seperti banyak yang didebatkan sebelum ni -

walaubagaimana pun - yang penting - sistem pendidikan di malaysia ini
akan memandang ni satu perkara yang perlu diambil berat dan akan
cuba meninggikan lagi taraf penggunaan bahasa yang betul dalam
sistem pendidikan kita khasnya dan penggunaan hari2 amnya -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2008 07:44 PM | Show all posts
Bahasa di tempat awam perlu berciri Timur

KOTA BHARU 3 Ogos - Kerajaan negeri Kelantan meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini memastikan penggunaan bahasa Melayu di tempat awam di Kelantan menggambarkan ciri wilayah timur sebenar.


Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias berkata, penggunaan bahasa yang baik pada papan tanda niaga, nama kawasan perumahan atau penunjuk arah tidak harus menggambarkan seolah-olah ia papan tanda di negara asing.

''Ia tidak harus menggambarkan kita berada Hong Kong, Miami atau Hawaii.

''Sehubungan itu juga, bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan bandar ini sebagai kota budaya, semua PBT perlu kembali dan memantau setiap papan tanda yang ada di kawasan masing-masing,'' ujarnya.

Aiseri berkata demikian ketika berucap melancarkan Majlis Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2008 Peringkat Wilayah Timur di Institut Perguruan di sini hari ini.

Beliau turut menyeru masyarakat di Kelantan supaya sentiasa memperteguhkan azam untuk mempertingkatkan kemahiran berbahasa Melayu, menghargai nilai seni, keindahan dan murni yang terungkap dalam sastera.

"Kita juga perlu memperbanyakkan penerbitan dalam bahasa Melayu demi memanifestasikan kecintaan kita terhadap bahasa di Wilayah Timur kita," katanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau kita kat kelantan - memang kita suka tengok papan2 tanda yang
semuanya guna bahasa malaysia - ada rumi ada jawi... senang difahami oleh
semua rakyat -

dapat juga improvekan pembacaan jawi pada yang tak begitu fasih nak
baca jawi -

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 08:53 PM | Show all posts

multi culture multi language

Bayangkan setaip individu kat malaysia ni pandai bahasa melayu,cina dan india?Kalau pemikiran capitalis market for china atau india yang sedang membangun adalah  lebih besar daripada belajar bahasa inggeris.Aku orang melayu.Sini malaysia ,kebanyakan yang penting $$.So  issue seperti  makcik india sangkut kat kastam tak akan timbul,atau sign board  multi bahasa [ tapi bagi semua orang pandai language lain gak dulu ] . So time sekarang ialah untuk lebih maju ke depan bukan kebelakang.Isu bahasa ni bukan isu orang melayu sahaja,tetapi orang cina.Macam macam gelaran aku dengar dari orang cina sendiri,tak reti baca paper cina,tak reti menulis?Orang melayu pun sama gak,berapa ramai yang reti bahasa jawi.Cuba lihat di bank islam,cuba eja kan bahasa jawi tu betul ke tak betul.Jangan agungkan bahasa inggeris je .
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 09:02 PM | Show all posts
ya betul, learn many language bagus, jangan too ultra sampai mundur
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 09:53 PM | Show all posts
ok je.asal jgn bahasa melayu terpinggir paling bawah penggunaanya dah lerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.072099 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list