|
Issue Bahasa : Update- Jgn Terlalu Obses Protect BM : Najib (p6)
[Copy link]
|
|
08 November, 2008
Bahasa Melayu Ada Nilai Komersil Di Kota Suci
MADINAH, 8 Nov (Bernama) -- Mungkinkah bahasa Melayu menjadi bahasa kedua penduduk Kota Suci Mekah dan Madinah 100 tahun lagi?
Berdasarkan keadaan sekarang, ini tidak mustahil kerana bahasa Melayu sudah pun digunakan secara meluas kaum peniaga di kedua-dua kota suci pada masa ini, menjadikannya bahasa kedua paling meluas digunakan di Semenanjung Arab.
Hasil interaksi sejak beratus tahun dengan jemaah haji dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Kemboja, kaum peniaga di kedua-dua kota suci Islam ini boleh bertutur dalam bahasa Melayu pasar walaupun kosa kata mereka terhad kepada tawar menawar harga barangan jualan.
Kuasa membeli jemaah dari negara-negara tersebut yang semakin tinggi mendorong kaum peniaga Arab dan Asia Selatan serta kakitangan mereka mempelajari bahasa tersebut untuk memudahkan urusan perniagaan dan melariskan jualan.
"Frasa seperti mari-mari kualiti bagus tetapi murah, Malaysia Boleh, Malaysia bagus," lazim terdengar di pasar dan kedai di kompleks beli belah di sekitar Tanah Suci di kedua-dua kota tersebut.
Istilah tawar menawar seperti "tidak boleh, ana rugi" lazim kedengaran semasa jemaah tawar menawar dengan peniaga.
Kaum peniaga di sini tidak perlu menggunakan skrin alat mengira elektronik untuk menunjukkan harga barangan jualan mereka kepada pelancong seperti di negara-negara lain.
"Saya tidak menghadapi masalah berkomunikasi untuk membeli belah dan tawar menawar barang keperluan dan cenderamata di sini," kata seorang jemaah haji dari Malaysia, Kassim bin Ahmad dari Johor yang nampaknya gembira dengan keadaan itu.
Bagi jemaah yang boleh berbahasa Arab, ada kelebihan dari segi mendapatkan tawaran harga yang lebih istimewa.
Penulis pernah terdengar seorang peniaga Arab cuba berkomunikasi dengan dua lelaki yang kelihatan seperti dari India apabila mengetahui mereka tidak boleh berbahasa Arab, menunjukkan bahasa kedua cuba dicapainya ialah Bahasa Melayu apabila hendak berinteraksi dengan orang luar.
Penggunaan bahasa Melayu di kedua-dua kota tersebut bukan sahaja terhad di kalangan peniaga tetapi juga di kalangan pekerja rumah penginapan dan hotel.
Buku dan rakaman ceramah agama dalam bahasa Melayu juga dijual di kedai-kedai buku di sini.
-- BERNAMA
**************************************************************************************
yang ironinya kat mekah sana depa value bahasa melayu ni
tapi kat negara sendiri... siap nak multilingual lagi (read: papan tanda) -
just to show kadang2 orang luar lagi value apa yang kita ada -
tapi kita sendiri yang tak hargai bahasa kita itu -
well - nampaknya kawasan 'arab' kat bukit bintang tu --
tak ada arabic pun okay la juga tu -- sebab ramai dah
arab boleh belajar bahasa melayu ni ---
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak orang melayu dah tak mahu mengaku melayu......sebab tu agaknya dah tak mahu cakap melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #101 dexa's post
lepas beli bila tengok 'made in china'.. |
|
|
|
|
|
|
|
paling ramai bersoping kat sane org malaysia la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Rakyat seluruh dunia datang malaysia. Balik negara depa bawa sekali bahasa kita ...sebab tu kat vietnam pun ramai dah tahu bahasa Melayu.
Kalau yang balik Indo pula .... Kena tekan harga masa beli barang sebab penjual ingat pelancong Malaysia.
Mereka ni bila dah kerja kat sini lepas balik cari negara lain termasuk belah arab sana.. maka bahasa ni pun berkembang.
Kita walaupun tak jadikan BI bahasa rasmi ...itulah bahasa yang digunakan kebanyakan syarikat swasta. Malah dalam friendster...kita lebih suka petik kata2 BI sebagai mesej.
Baju T ...kata-kata banyak BI...harap baju sukan sekolah saja yang ada bahasa melayu...
Bila google bahasa melayu pun banyak laman negara jiran, laman malaysia semua Bi.
Filem dan drama ....bahasa campur.
saya lebih minat tengok filem melayu kalsik yang jaga bahasanya. sekarang pun masih belajar bahasa melayu sebenar...selain filem klasik, silalah dengar laman klasik nasional. Lagu sedap bahasa pun baik... |
|
|
|
|
|
|
|
Martabat Bahasa Kebangsaan masa kini
alahai2...baeu2 ni macam2 isu pasal darjat bahasa malaysia @ bahasa melayu @ bahasa kebangsaan di Malaysia. mula2nya bahasa rojak sana sini, pembelajaran sains dan matematik dlm bhs inggeris, skrg papan tanda berbilang bhs...
boleh ke bantah papan tanda berbahasa bkn melayu boleh naikkan martabat bm kalo membuat kaum bkn melayu terasa terancam bhs masing-masing? bukankah mereka akan lagi mempertahankan bhs ibunda mereka, silap2 menjadi seteruk kat negara belgium (di mana ada dua bhs rasmi, dan penutur bhs belandanya x suka berbahasa perancis)?
dan sejak ppsmi diperkenalkan, ada pihak yg kata bm dan bahasa ibunda tergugat, desas-desus x hormat perkara 152 perlembagaan ke, anak muda lemah bhs ibunda berbanding mak bapak sendiri ke...
adakah ini salah satu sebab kartun amerika perlu dialihsuara ke bm walaupun dah berbilion ringgit yg dihabiskan kerajaan utk meningkatkan kefasihan rakyat "berbahasa antarabangsa?" boleh dikatakan alih suara kartun ni penting utk pertahankan bahasa ibunda di kalangan generasi akan datang. mungkin orang2 penterjemah ni lebih biasa berbahasa rojak berbanding bahasa sejati kot
pastu adanya evolusi bhs, bila lagi dewan bahasa dan pustaka akan terima kata2 dan istilah2 baru untuk mengemaskini kamus dewan; boleh terimakah "kitorang", "korang", "diorang", "amacam", "apasal" dll asalkan kata2 ni semua berasal dr kosa kata melayu sedia ada? pernah teringat seorg pensyarah kata, penggunaan bm di kalangan muda-mudi melayu berubah jd menyimpang dr ketentuan sukatan pelajaran, sehingga kaum lain skor 100% dlm subjek bm belum tentu dpt memahami org melayu dgn baik
tapi kan, kalau dengar terjemahan bulat2 sana sini, selamatkah martabat bahasa kita? diriku tengok ramai penterjemah ke bm x sefasih bm berbanding bhs asal karya yg dikerjakan mereka; sama ada dlm sari kata tv mahupun dlm halaman-halaman wikipedia BM!
sampai sini keluhan sy. apa pendapat anda mengenai martabat bahasa malaysia/melayu/kebangsaan kita zaman sekarang?
[ Last edited by scorpio_mmiv at 11-11-2008 07:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 ahmadrizman's post
apa peranan pr? mereka dah pegang 5 negeri? makan gaji buta ke? apa mereka takde peranan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 sekngucing\ catat
pr akan ubahsuai mengikut keperluan
cam kat penang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sekngucing at 14-11-2008 05:56 PM
apa peranan pr? mereka dah pegang 5 negeri? makan gaji buta ke? apa mereka takde peranan ke?
umno plak takde peranan ke?dah pegang satu malaysia for 50 YEARS..bukan 5 bulan hokayy..makan gaji buta ka?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 totokreturn's post
Tu pun sebut UMNO jadi AMNO bukannya UM NO... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 highcastle's post
Kalau Gado-Gado dalam pati nanti nama UMNO jadik Ununited Malays National Organisation.
Atau, Unclean Money No Objection. Wah! bunyi pun macam bahasa orang putih.
Kalau UMNO boleh tendang keluar semua yang makan duit kotor di dalamnya maka UMNO boleh dapat maruah baru jadi,
United Malays Nononsense Organisation.
[ Last edited by satellite88 at 14-11-2008 11:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|