CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Point of View by Tun Hanif Omar (articles)

[Copy link]
 Author| Post time 23-8-2007 09:46 AM | Show all posts
Apa sumbangan Tun Haniff basmi rasuah PDRM?


UCAPAN terima kasih saya kepada bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar kerana pandangan beliau yang berani mengenai kepincangan dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dewasa ini terutama mengenai perpecahan dalam pasukan dan 40 peratus pegawai polis yang menurut Tun, terlibat dengan rasuah.

Saya yakin kenyataan tersebut dibuat kerana kecintaan beliau kepada PDRM dan bukan kerana ada agenda-agenda tersembunyi.

Tun Haniff bagaimanapun terlupa bahawa budaya sesebuah organisasi bukan sesuatu yang boleh dibentuk dalam sekelip mata.

Ia terbentuk melalui peredaran masa apabila tindakan-tindakan individu dalam organisasi sama ada yang berbentuk positif atau negatif diterima sebagai satu norma dan akhirnya membeku sebagai sebahagian daripada budaya organisasi.

Tun telah mengetuai PDRM selama 20 tahun daripada 200 tahun umur pasukan. Ini telah menjadikan Tun Haniff, tokoh paling lama menjadi orang nombor satu sebuah pasukan polis di dunia.

Ketika beliau berada di puncak PDRM, apa agaknya yang telah beliau lakukan untuk membentuk pasukan polis Malaysia sehingga menjadi sebuah pasukan sebagaimana yang beliau kehendaki pada hari ini.

Kini beliau bersara dengan aman dan menjadi ahli lembaga pengarah beberapa buah syarikat tersenarai.

Baik atau buruk budi bahasa dan budi pekerti anak-anak adalah cermin kepada didikan dan asuhan yang telah mereka (anak-anak) peroleh semasa membesar.

Ia adalah cermin kepada budi bahasa dan budi pekerti ibu bapa yang telah membesarkan mereka.

Tun Haniff adalah bapa kepada PDRM selama tempoh 20 tahun. Apakah yang telah beliau lakukan sebagai seorang bapa untuk setidak-tidaknya mengurangkan jika tidak menghapuskan langsung budaya rasuah, salah laku dan salah guna kuasa dalam pasukan?

Apakah langkah-langkah yang telah beliau ambil untuk menjamin bahawa kepimpinan dan pengurusan PDRM hari ini terletak dalam tangan pegawai-pegawai kanan polis yang berdedikasi, bersih, cekap dan amanah, bukan mereka yang menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Saya teringin sangat untuk tahu apakah jasa-jasa terbilang yang telah Tun curahkan kepada warga PDRM semasa menjadi Ketua Polis Negara dahulu.

Jangan lupa Tun, bahawa pegawai tinggi polis yang Tun dakwa terlibat dengan rasuah hari ini, satu masa dahulu adalah pegawai rendah polis yang berada di bawah jagaan dan tunjuk ajar Tun sendiri.

Jika kami hari ini, adalah sebuah pasukan yang berpecah-belah, rasuah dan tidak cekap, itu adalah legasi yang telah Tun wariskan kepada kami.

Tun telah meninggalkan kami dengan kelemahan logistik, pengurusan dan keperluan tenaga manusia yang masih belum dapat diselesaikan sehingga hari ini.

Mengapa Tun tidak menghalang dan membasmi reput dalam pasukan daripada merebak semasa Tun berkuasa dahulu?

Pernahkah Tun membela dan melindungi integriti dan maruah kami? Pernahkah Tun melihat kepada hak, keperluan penugasan dan kebajikan kami semasa berkuasa dahulu?

Tun telah meninggalkan kami dengan sebuah rumah yang cantik dari luar tetapi telah teruk dimakan anai-anai dari dalam. Dan sekarang apabila Tun telah bersara dengan selesa, tuan mahu menikam kami dari belakang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 11:05 AM | Show all posts

Reply #21 Syd's post

sekali fikir ade betulnya jugak ckap cik baharuddin nie...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 05:07 PM | Show all posts
Tun telah meninggalkan kami dengan sebuah rumah yang cantik dari luar tetapi telah teruk dimakan anai-anai dari dalam. Dan sekarang apabila Tun telah bersara dengan selesa, tuan mahu menikam kami dari belakang.

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 07:11 PM | Show all posts
bila kerusi yang slama ini disangka empuk dah rasa 'panas' baru laaa nak bagi point of view......konon2 hanif ni bagi comment yang'IKLAS SGT LAA'.. ke, ada sebab lain, samada dia sendri or kroninya yang dah nak terjerut leher and then tersempit, so sengaja nak melaga-lagakan orang aaa supaya masyarakat pun lagi "BERTANDA SOALAN".... porahhh, View yang tak membina langsung .....
kira byk perubahan yang positif yg nampak skang berbanding zaman hanif jadi IGP selama 20 Tahun tu..... jgn pandai bercakap jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2007 12:44 PM | Show all posts
MERDEKA!

Point of View: By TUN HANIF OMAR.

With more openness, transparency and accountability, we can still be not only a good but even a great country to live in.

MERDEKA! What a great emotive word it was that our Father of Independence, Tunku Abdul Rahman, shouted seven times to the expectant crowd in Merdeka Stadium that Aug 31st drizzly morning 50 years ago this Friday.

With his right arm and open hand raised heaven-ward, Tunku shouted this seal of our independence as soon as he had intoned the vision of our founding fathers as to what our new nation was going to be: 搒overeign, democratic and independent State founded upon the principles of liberty and justice and ever seeking the welfare and happiness of its people.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2007 12:11 PM | Show all posts
慠asuah bukan legasi saya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2007 12:11 PM | Show all posts
Saya ingat banyak lagi yang boleh dihuraikan tapi memadai saya sebutkan PZ, kapal terbang dan helikopter, C3I, sistem komputer, persamaan gaji untuk anggota-anggota wanita yang dijuangkan dengan begitu tekun oleh Datuk Zakiah Laidin dengan sokongan padu kami semua, dan keistimewaan pasukan dalam skim gaji Suruhanjaya Mahathir di mana pasukan diletak mengatasi semua jabatan dan perkhidmatan kerajaan kecuali tentera.

Tahukah Baharuddin Idris keadaan zaman yang saya lalui? Negara tidak semewah sekarang ini. Pada tahun 1974, tiap-tiap jabatan kerajaan dikehendaki mengitar semula sampul-sampul surat dan kertas-kertas 憫taiping拻 terpakai dan mengambil lain-lain langkah berjimat cermat? Perdana Menteri Tun Abdul Razak inginkan kolam renang untuk Seri Taman yang kawannya menganggarkan boleh dibina dengan kos hanya RM56,000 tapi itupun difikirkan di luar kemampuan kerajaan. Apabila Tan Sri Abdul Rahman Hashim dibunuh oleh pengganas PKM pada Jun 1974, Perdana Menteri mengarahkan pembelian empat buah kereta saloon Mercedes berperisai untuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Turus Angkatan Tentera dan KPN. Enam bulan kemudiannya beliau meminta maaf kerana kerajaan hanya berkemampuan membeli dua buah sahaja.

Selain itu sepanjang perkhidmatan saya, pegawai dihantar atau dibenarkan mengambil kursus ijazah, diploma dan profesional sehingga ke luar negara. Ini termasuklah ke Wolfson College, Universiti Cambridge, dengan ihsan Tunku Ahmad Yahaya dan Sime Darby. Sebelum itu mereka terpaksa berhenti kerja. Latihan di maktab polis dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan zaman. Diploma Sains Polis, siasatan secara forensik dan Kajian Strategik dengan bantuan universiti tempatan diperkenalkan. Buku Manusia dan Islam gubahan tokoh-tokoh terkenal Islam, Ghazalba dan Datuk Dr. Harun Din, diperkenalkan. Begitu masyhur pasukan sehingga mendorong 14 buah negeri menghantar pegawai-pegawainya menyertai kursus di Maktab PDRM
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 01:48 PM | Show all posts
dari cara penulisan Tun tu..Tun macam bengang giler jer kat Baharuddin tu..sampai ke lobang cacing dia carik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2007 02:05 PM | Show all posts
Maka Superitendent Baharuddin Ismail musti dipanggil org atasannya .... & berdepan ngan Tun Haniff Omar.

Baharuddin tu sapa? Kalau tahap Superitendent pon, buat la kajian dulu ... ada degree, tapi komplen hampeh diberi ...

Tak pasal2 kn bedil ngan Tun Haniff Omar. Apa sumbangan Baharuddin utk membasmi rasuh dlm PDRM atau memperbaiki imej PDRM? Apa sumbangan Baharuddin utk memperkasa PDRM?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 10:56 AM | Show all posts
Tun Haniff ni member aku kat Maxis cakap, kalau ada board meeting, dia lah orang pertama datang... always on time.. in fact kadang2 tu 1/2 jam awal..  tak macam kebanyakan chairman.. wajib datang seawal2nya 1/2 jam lepas time meeting sepatutnya start..  lagi lambat lagi bagus.. agaknya dah sebati disiplin dalam diri dia..

Kalau kail panjang sejengkal.. lautan luas usah diduga..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 04:38 PM | Show all posts

Reply #30 rikiruj's post

Tun Haniff, sehari selepas bersara menjadi KPN telah datang ke Bukit Aman. Dia mengarahkan pemandunya berhenti di Balai Pengawal untuk mengambil pas masuk. Pemandunya terpinga-pinga tetapi dia mengingatkan pemandunya bahawa dia sekarang adalah orang awam, bukan lagi seorang pegawai polis.

Seorang yang memiliki tahap pelajaran (ex MCKK) disiplin yang bagus dan baik dan sememangnya dididik untuk menjadi KPN.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2007 02:59 PM | Show all posts
Burglars break into former IGP Hanif Omar's house

By LOURDES CHARLES

SUBANG JAYA: Burglars broke into the house of former Inspector-General of Police Tun Hanif Omar in USJ 12 here and escaped with a DVD player and a bunch of keys.

No one was harmed during the 6.30am incident.  

According to Hanif, the burglar, or burglars, gained entry into his house via the bathroom window that was left unlocked by his maid.

"They entered the karaoke room and took a DVD player as well as a bunch of keys. They fled when my maid tried to enter the room,'' he said.

Hanif said the alarm did not trigger as it had been deactivated due to the renovation work on his house.

Several patrol cars including a K9 unit were seen at his house shortly after the burglary was reported.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 09:21 AM | Show all posts
Tidak adil salahkan Tun Haniff gagal basmi rasuah

SAYA ingin menyentuh soalan Baharuddin Idris dari Kelana Jaya, Selangor yang bertanya 揂pakah sumbangan Tun Haniff basmi rasuah PDRM? yang disiarkan dalam Forum, Utusan Malaysia bertarikh 23 Ogos.

Saya rasa adalah tidak adil untuk seseorang menyalahkan seorang bapa dalam mendidik anak. Pandanglah kepada keluarga kita sendiri dan cuba kita imbas kisah Nabi Noh a.s. cuma segelintir saja yang mengikutinya menaiki bahtera. Keluarga dan anaknya sendiri ingkar kepadanya.

Meletakkan segala kepincangan yang diutarakan oleh Tun Haniff sebagai legasi yang Tun wariskan kepada PDRM adalah satu kenyataan yang agak emosional umpama meletakkan dosa yang kita buat untuk ditanggung oleh orang lain.

Memanglah PDRM kini terbela. Tetapi setahu saya perlakuan sumbang (rasuah) segelintir yang saya dan keluarga saya sendiri alami beberapa kali adalah di luar kemampuan seorang ketua untuk membanterasnya.

Saya sendiri pernah berkhidmat dengan sebuah agensi penguatkuasaan dan mempunyai kakitangan bawahan.

Sekalipun kita sudah kenal pasti beberapa pegawai yang melakukan perbuatan rasuah tetapi untuk memberkasnya bukan perkara mudah. Mereka ini hidup mewah. Sekarang pegawai-pegawai bawahan ini telah pun berpangkat.

Saya tidak mahu merumuskan setiap agensi kerajaan terdapat perlakuan rasuah atau lemah penguatkuasaan.

Tetapi akhir-akhir ini kita boleh baca, dengar dan lihat sendiri di sana sini ada kepincangan.

Biasanya bila satu-satu kepincangan sudah jadi parah, barulah minta ditambah anggota. Semasa api masih kecil tidak mahu dipadamkan, bila sudah merebak tambah anggota pun sudah tidak berguna lagi.

Untuk mengatasi rasuah sebenarnya terletak kepada individu itu sendiri. Seorang ketua kebiasaannya tidak mampu ataupun sanggup mengambil tindakan terhadap orang bawahannya yang melakukan rasuah.

Bukan senang seorang yang bertugas seperti Datuk Hassan Ibrahim atau seperti Datuk Harun Hashim,

Tetapi individu yang melakukan rasuah ini wajib diberkas dari semasa ke semasa. Oleh itu saya cadangkan diperkasakan BPR. Letakkan BPR di bawah Parlimen. Tidak di bawah JPM.

Setidak-tidaknya Perdana Menteri kita tidak dipersalahkan seperti Tun dipersalahkan.

Bila BPR sudah kebal siasat setiap laporan, sekalipun surat layang. Sesiapa yang mengamalkan hidup di luar kemampuan, maka boleh disiasat dan diambil tindakan.

Bukan susah hendak lihat seseorang hidup di luar kemampuan dan juga bukan susah hendak siasat dari mana punca pendapatan mereka.

Daripada menambah anggota jabatan yang pincang lebih baik tambah anggota BPR. Apabila BPR sudah perkasa, anggota pun sudah mencukupi, tidak usahlah BPR bayangkan hendak hapuskan rasuah 100 peratus, memadai ambil tindakan secara konsisten.

Siasat menyeluruh sama ada dari atas ke bawah atau dari kiri ke kanan atau pun dari depan ke belakang. 態ujur lalu melintang patah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 11:22 AM | Show all posts
Tun Haniff, Tan Sri Rahim Nor, Tan Sri Norian Mai dan Tan Sri Musa Hassan.... Keempat-empat hamba Allah ini mempunyai berlainan persepsi terhadap PDRM. Bagi mereka yang tahu saja faham apabila nama keempat-empat manusia ini di sebut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 12:27 PM | Show all posts

Reply #34 xcentric's post

hehe
citer lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 06:59 PM | Show all posts
jadi kesimpulan dia Tun nak ckp yang rasuah ni start bermaharajalela zaman Rahim nor dan Norian Mai la ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2007 04:59 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

well said... but need someone to start doing it...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 10:08 AM | Show all posts
Negate not the hard work

Point of View: By TUN HANIF OMAR

No clear punitive action is taken against the guilty in any AG抯 report. For this, the CID can play an important role.

HAVE you ever worn a flak jacket? In January 1964 when I was flying navigator in an Auster spotter plane over the Tawau-Tarakan border drawing Indonesian fire and radioing their positions back to our 揳rtie
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 10:09 AM | Show all posts
Diversified interests

It has large plantations in Malaysia and Indonesia, a housing development complete with a golf course and a hotel in Kedah; the list is long.  

Muslims in the Genting Group are engaged only in its many non-casino businesses. The revenue in 2006 from these non-casino operations alone totalled RM3.2bil
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 10:10 AM | Show all posts
Monitoring immigrant workers

The lack of control over the legal (let alone the illegal) immigrant workers
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.621669 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list