CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cheq-sue

BUASIR & RAWATAN

  [Copy link]
Post time 7-6-2006 09:59 AM | Show all posts
buasir lepas bersalin plak?

- punca
- kaedah rawatan
- tips yang boleh dilakukan sendiri dirumah?

TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2006 09:17 PM | Show all posts
diet kene ubah beb...sape yg kerap sembelit tu,minum air lebih dari 8 gelas (air kosong) 1 hari,makn byk ulam,buah2an,sayur2an...amal kan hari2..bukan sekali sekala....kalau rasa payah nak amik semua tu..meh sni,aku belikan organic...semua ader dalam tuu...khas utk mereka yg kurg amik fibre...dan amat baik utk mereka yg mengidap buasir...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 08:07 AM | Show all posts
Originally posted by zerocredit at 6-6-2006 06:41 PM

aku br beli ubat daflon tu
daflon 500mg
harap2 berkesan la...tp aku still mencari klinik pakar...sapa2 tau tolong bgtau erk tq


ubat tu kira mcm mana...? jenis kena beli sebotol atau boleh mintak brp biji kita nak...?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by Fast-N-Furious at 1-6-2004 12:09 AM
Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekana ...


Amalkan minum susu aje......sekarang  payah jumpa orang dewa minum susu kecuali susu pekat manis  yang dicampur dengan teh dan sebagainya......

Kalo dibincangkan susu mana yang sesuai  untuk korang....mungkin nespray ker dumex ker...tapi kalo nak tau kalo korang lebih serasi susu yang mana...korang baca maklumat nie......http://susulembu.cjb.net

Pilihan di tangan anda......
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 04:06 PM | Show all posts
Ada yang bertanya... liz buang toot kat Pantai Medical Cheras.. rm4K+.. Company cover RM4k.. liz byr ++
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by zerocredit at 6-6-2006 12:39 AM

ui yooo.....mcm jd kat aku la...
bahaya nie..esok ak nak gie check kat klinik...ade suggestion klinik pakar tak?


boleh pergi klinik Dr Cakk ... kan..  kene PR:ting: si zerokredit ni...:nerd:

(PR.. per rectal examination)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2006 05:48 PM | Show all posts
Originally posted by zaida at 8-6-2006 08:07


ubat tu kira mcm mana...? jenis kena beli sebotol atau boleh mintak brp biji kita nak...?

dia jual dalam pack..satu kotak rm 64...tp aku br je cuba...
tak brani nak suggest kat ko...better ko tanya org2 farmasi dulu..effect dia..sesuai tak ngan ko...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by mix_chinese at 8-6-2006 16:06
Ada yang bertanya... liz buang toot kat Pantai Medical Cheras.. rm4K+.. Company cover RM4k.. liz byr ++

hehe..agak2 boleh cover ngan insurans tak?
hahhaa yea la kan..kalau dah beli insurans...takkan tak boleh claim..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2006 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by rebas at 8-6-2006 16:20


boleh pergi klinik Dr Cakk ... kan..  kene PR:ting: si zerokredit ni...:nerd:

(PR.. per rectal examination)

kat mana klinik dia...hehehe
dr cak aa nie lelaki ke pompuian.. hahahahhaahaahah
kalau pompuan segan la plak aku
hahaha:nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 01:01 AM | Show all posts
hhehe...td aku dah gie klinik..sebenarnya doc tu ckp aku bukan kena buasir la... aku je yg gabra lebih... takde ape2 pun...lega je aku dgr doc tu ckp...anyway..thanks la kpd kwn2 yg sudi bg petua dan nasihat
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 10:52 AM | Show all posts

Reply #86 rebas's post

HEHEHE.....tak perlu la travel jauh2 datang Klinik aku lak.....

Mana2 GP pun boleh diagnose Piles laaa...

YG penting jangan malu dan segan....dah da prob tu gi check...

Duk simpan2 buat apa???.....:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 10:53 AM | Show all posts

Reply #89 zerocredit's post

AKu ada misai laa......ko agak jantang ke pompuang ???  :cak:

lol
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by Cakkkk....aaaa at 12-6-2006 10:53
AKu ada misai laa......ko agak jantang ke pompuang ???  :cak:

lol

hahahaha... tau tau...hahhaha
dah pegi check dah... sebenarnya bukan buasir..cuma kulit je yg terkoyak skit sebab sembelit ari tu.. aku je tergelabah skit...

ala...misai pon ok ape.....slurrrrpppppppppp
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 12:39 PM | Show all posts
GH pon ada penyakit buasir nie... dulu masak peknen anak 2nd memang dah start ada... bkn yang jenis berak berdarah tu tp benjolan kat luar tu...
Lepas deliver baby dah OK .. takdelah benjol2 sangat... n tak sakit.. pastu skrg peknen 3rd baby jadi smulla buasir tuh... pi klinik nurse nak refer kat doc.. lom jumpa doc... cmana nak wat hek.. sbb air banyak minum.. sayur buah semua minum... nak ilangkan bengkak tu.. ada ubat sapu hek.. apa namanya?? mana leh dapat?? sbb kalau ubat makan maybe tak digalakkan sbb tgh peknen kan...
Reply

Use magic Report

fajar This user has been deleted
Post time 16-6-2006 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by kamtzm at 7-6-2006 09:17 PM
diet kene ubah beb...sape yg kerap sembelit tu,minum air lebih dari 8 gelas (air kosong) 1 hari,makn byk ulam,buah2an,sayur2an...amal kan hari2..bukan sekali sekala....kalau rasa payah nak amik sem ...



Organic apa yang kamtzm maksudkan.... kalau berkesan bagus jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 11:57 AM | Show all posts
Buasir punca dan rawatan

Keadaan ini berlaku kepada orang yang kerap mengalami keadaan sembelit atau kesusahan membuang air besar. Buasir terjadi akibat daripada turunnya lapisan permukaan dalam (mukosa) liang dubur akibat daripada geseran najis yang keras. Darah yang keluar berwarna merah terang dan kadangkala memancut.

Pada amnya, seseorang yang mengalami pendarahan sebegini buat pertama kali akan merasa takut dan gelabah. Pendarahan berterusan dan dalam jangka masa yang lama (kronik) akan menyebabkan penghidapnya mengalami sindrom kekurangan darah (anemia) dan berasa tidak bermaya dan mudah letih. Muka akan nampak pucat dan tidak menarik.

Penyakit buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang. Penyakit ini memang kerap berlaku di kalangan orang awam, cuma tandanya berbeza bergantung kepada peringkat mana ia terjadi.

Pada peringkat pertama pesakit akan mengalami pendarahan selepas buang air besar. Pada peringkat kedua pesakit akan mendapati dubur akan keluar selepas episod susah membuang air. Walau bagaimanapun dubur akan masuk dengan sendiri selepas ia mengecut.

Di peringkat ketiga, dubur yang keluar selepas membuang air besar didapati tidak mahu masuk ke dalam badan tanpa ditolak dengan jari. Di ketiga-tiga peringkat, pendarahan adalah simptom utama.

Jika kesusahan membuang air ini dibiar berterusan tanpa rawatan, keadaan buasir akan bertambah besar dan teruk sehingga menjadi bengkak, sakit, berkudis dan mengalami perdarahan dalam buasir tersebut.

Rawatan buasir Oleh kerana keadaan 'sembelit' adalah punca utama berlakunya penyakit ini, keadaan yang menyebabkan susahnya membuang air besar dan najis keras perlu dijauhi dengan sedaya upaya.

Walaupun selepas menjalani rawatan dan pembedahan, amalan hidup memakan sayuran, buah-buahan dan serat gentian secukupnya perlu diteruskan kerana dikhuatiri penyakit yang serupa akan berulang.

Untuk penyakit peringkat pertama langkah-langkah yang disebut di atas sudah memadai. Bagi peringkat kedua, buasir yang kembang itu perlu disuntik ubat atau diikat supaya saiznya kecil dan hapus.

Penyakit di peringkat ketiga memerlukan pembedahan untuk membuang buasir dan memotong salur darah yang menjadi punca masalah.

Di samping langkah-langkah di atas pesakit kadangkala disaran menggunakan ubat suppositori untuk melembutkan najis. Walaupun begitu, 'rawatan' paling penting ialah mengajar semula perilaku usus kita - educate your bowel.

Buang air besar berdarah - sakit Kadangkala proses membuang air besar menjadi tidak selesa dan menyeramkan kerana adanya rasa sakit. Apatah lagi apabila kesakitan itu disertai oleh pendarahan. Kesakitan yang dirasai boleh berlaku sebagai satu episod sahaja atau boleh berlaku setiap kali anda membuang air besar.

Ada orang akan cuba melambatkan proses membuang air besar untuk menghindar rasa sakit. Sebenarnya, langkah sebegini akan lebih memburukkan keadaan kerana najis akan menjadi lebih keras dan mengakibatkan kecederaan di dubur yang lebih teruk.

Buasir yang tidak dirawat akan merebak kepada peringkat keempat dan boleh menyebabkan beberapa perkara boleh berlaku.

Buasir akan pecah selaputnya dan boleh mengalami jangkitan kuman. Pendarahan dalam ketulan buasir boleh berlaku dan menyebabkan ia lebih besar. Saluran darah dalam ketulan buasir boleh tersumbat dan menyebabkan tisu di ketulan buasir mati.

Keretakan di dubur boleh berlaku bila buasir tidak mendapat jagaan yang sepatutnya.

Jangkitan kuman boleh menyebabkan bisul berlaku di dubur dan ia boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Bisul akan pecah dan kemungkinan akan meninggalkan lubang fistula di dubur.

Keretakan di dubur boleh berlaku dan boleh menyebabkan kesakitan yang sangat kuat apabila seseorang cuba membuang air besar.

Retak di dubur dikenali sebagai anal fissure dalam istilah perubatan. Keretakan yang sedikit diketahui akan menyebabkan kesakitan yang memang tidak berpadanan dengan kecederaan itu. Keretakan boleh berlaku di bahagian belakang atau hadapan dubur.

Kadangkala ia akan mengeluarkan darah apabila najis yang melalui dubur itu keras. Retak di dubur boleh disebabkan oleh najis yang keras dan keadaan sembelit.

Retak di dubur boleh dilihat oleh pesakit dengan cara duduk bertinggung di atas cermin.

Penyakit radang usus seperti Crohn's Disease dan Ulcerative Colitis boleh menyebabkan keretakan di bahagian dubur. Keretakan di dubur pada amnya lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Kekerapan itu lebih jelas pada masa wanita yang mengandung.

Cara mengatasi Retak di dubur biasanya akan sembuh dalam masa dua atau tiga minggu. Walaupun begitu, najis hendaklah sentiasa lembut dan jangan sekali-kali dibiarkan menjadi keras.

Jangan sekali-kali menunda waktu buang air besar kerana ini akan lebih memburukkan keadaan. Amalan memakan sayur yang mempunyai banyak serat gentian akan menolong membentuk najis yang lembut dan mengandungi banyak air.

Amalan memakan buah adalah satu kaedah yang menguntungkan dalam keadaan terutama untuk kesakitan retak di dubur dan buasir. Sayuran dan buahan yang dimakan hendaklah dalam bentuk segar.

Jikalau amalan di atas tidak dapat menolong, menggunakan ubat julap dan meminum minyak akan menyebabkan najis menjadi lembut. Bagi pesakit yang mempunyai retak di dubur tetapi disebabkan oleh penyakit lain, penyakit utama perlu dirawat dahulu.

Amalan menyapu ubat pelali di permukaan retak boleh mengurangkan sakit dan seterusnya memudahkan membuang najis. Jika rawatan konservatif tidak berkesan, penyakit ini akan berlanjutan ke peringkat kronik dan kerap kali buasir kecil akan muncul di muka retak tersebut dan dikenali sebagai buasir pengawal.

Rawatan anal fissure Rawatan pembedahan adalah dianjurkan untuk pesakit yang menderita retak di dubur untuk jangka masa lama atau yang tidak dapat dirawat dengan cara menggunakan ubatan sahaja.

Sebelum pembedahan dilakukan pesakit perlu mengasimilasikan cara pemakanan yang baik dan sesuai untuk masalah retak di dubur supaya tidak berlaku ulangan penyakit yang sama selepas menjalani pembedahan.

Rawatan pembedahan terbaik ialah dengan memotong otot yang mengawal permukaan dubur pada sebelah tepi kiri atau kanan, dikenali sebagai lateral sphincterotomy. Dengan memotong otot ini, kekemutan pada dubur akan berkurang dan memberi masa yang cukup untuk keretakan itu melalui proses penyembuhan.

Oleh: DR. HASSAN MAT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 23-5-2005 10:38 PM
...but..im as puzzled as u doc...however...it seems that private-owned pharmacy somehow doesnt really care about prescription slips...during my holidays in melaka...i was able to buy norvasc and ve ...


by rite,pharmacist perlu tanya Rx dari Dr untuk norvasc sbb ia termasuk
dalam B poison tapi utk ventolin inhaler pharmacist boleh dispense tanpa
Rx dari dr tapi perlu direkod dlm buku poison C..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 02:59 PM | Show all posts
Originally posted by drmnh at 23-5-2005 09:59 PM


OTC = over the counter i.e. tak yah prescription Dr.

Di hospital2 KKM Daflon, Anusol etc di bawah restricted list..the so-called List A drugs...cuma dr pakar aje yg boleh prescribe..how it b ...


in private sector daflon dan anusol ni dianggap OTC je doc...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 03:10 PM | Show all posts
minum air masak lapan gelas sehari..gulp..gulp..gulp..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 10:38 PM | Show all posts
ubat2 clinic nie mcm daflon 500 x selesaikan masalah buasir nie...dia bagi tahan jer...percayalah ckp aku...sebole2 jgn amik ubat chemical nie...jadik racun dalam badan utk jangka masa panjang...aku dah hampir 3/4 tahun...satu ubat klinik pun x makan....aku penah bantu sorang rakan yg mengalami masalah buasir stage pertama..dimana dia kerap buang air besar berdarah...dan kerap sembelit...dah hampir 5 tahun dia mengidap masalah nie....kalau korg nak tau tiap kali g klinik...Daflon 500 lah yg doc dok bagi...bersama Anusol..ubat utk dimasukkan kedalam dubur....masalah dia x penah selesai...malah makin terok...aku syorkan dia satu product MLM bernama Organic....makan setengah jam sebelum makan berat...beserta diet yg aku minta dia ubah...buah2 an n sayuran kena ambil lebih banyak...air begitu juga...x bole kurang..mesti lebih dari 8 gelas...pd mulanya dia x percaya...pd bulan2 awal...tanda2 nak pulih tu ada...tapi dia masih x yakin....aku suggest dia continue selama mane yg dia mampu...akhirnya selepas 3 bulan penyakit dia beransur pulih...dan yg paling menarik kesihatan dia juga semakin baik....kulit semakin bersih...rambut semakin cantik....segalanya berubah...antibodi badan juga semakin kuat....sekarg dia dah pulih sepenuhnya dari buasir...dan masih mengamalkan organic...tapi diambil sekali sekala sahaja...nie cerita benar..bukan rekaan...aku sendiri pengamal Organic....utk org perempuan yg mengamalkannya..bonus...siap bole slim lagi...sebb dia bakar lemak...nak percaya atau x..terpulang...sekadar berkongsi pengalaman....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.417429 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list