CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cheq-sue

BUASIR & RAWATAN

  [Copy link]
Chippo This user has been deleted
Post time 14-7-2006 10:45 PM | Show all posts
Kenapa tidak menghuraikan masaalah ini dengan cara yang dianjjurkan oleh Rasulullah SAW. Baginda bersabda, untuk sesiapa yang menghadapi penyakit Buasir, maka sapukan Minyak Zaitun, Extra Virgin Olive Oil bersama Inai dipermukaan buasir itu. Sambil itu amalkan memakan minyak Zaitun. Insyallah sembuh. Itu kan barangan As Sunnah. Cara yang paling mujarab sebenarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by taxotere at 14-7-2006 02:55 PM


by rite,pharmacist perlu tanya Rx dari Dr untuk norvasc sbb ia termasuk
dalam B poison tapi utk ventolin inhaler pharmacist boleh dispense tanpa
Rx dari dr tapi perlu direkod dlm buku poison C..

...heyya sis!!...lama tak nampak???...amacam???...ada baik???...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by Chippo at 14-7-2006 10:45 PM
Kenapa tidak menghuraikan masaalah ini dengan cara yang dianjjurkan oleh Rasulullah SAW. Baginda bersabda, untuk sesiapa yang menghadapi penyakit Buasir, maka sapukan Minyak Zaitun, Extra Virgin Ol ...



ye ke.. baru Cub tau.. dulu cub pun kena sakit buasir ni.. so, ada la doc kasi 2 jenis ubat sapu.
1. Anusol
2. sejenis jelly.. bila nak buang kena sapu kat tempat tu dulu.. ni ala-ala pelincir la..:nyorok:

tp klu Cub lalai/leka jer tentang permakanan yg diambil, sure datang balik la penyakit tu.. Cub nak minta tolong la..saper2 tau nama ubat jelly tu.. warna packing dier, biru.. sbb jelly tu dah habis la..nak cari kat pharmacy tak pernah jumpa..klu anusol tu senang2 bleh dpt kat pharmacy...:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 14-7-2006 10:49 PM

...heyya sis!!...lama tak nampak???...amacam???...ada baik???...


ada...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by kecubung at 18-7-2006 10:45 AM



ye ke.. baru Cub tau.. dulu cub pun kena sakit buasir ni.. so, ada la doc kasi 2 jenis ubat sapu.
1. Anusol
2. sejenis jelly.. bila nak buang kena sapu kat tempat tu dulu.. ni ala-ala pelin ...


xylocaine jelly ke bro?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 02:30 PM | Show all posts

Buasir

Boleh tak sesapa inform saya apa tu buasir?? Apa kaedah2 utk merawatnya.

Tima kasih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2006 10:38 PM | Show all posts
kena byk minum air, makan byk sayur2an dan elakkan makanan yg pedas2.
kalau najis berdarah atau sakit pada bhg dubur tu, elok la cpt jumpa doktor.

blh baca info ttg buasir kat sini.

http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/2000/kosmik8.html
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 12:59 PM | Show all posts
smlm masa buang air besar saya rasa susah sgt nak keluar macam keras je benda tu. lepas tu dah sudah saya pun nak flush toilet then saya nampak byk darah bercampur dgn najis dalam toilet bowl.

adakah benda yg saya alami inie dipanggil buasir. masa tu mmg cuak la. untuk pengetahuan semua saya ni mmg suka makan pedas. Apa yg perlu saya buat nak mengatasi masalah nie???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2006 12:31 AM | Show all posts
hmmm.. nak share n nak mintak advise siket,
aku baru pregnant first baby, ::x sangka plak kena buasir n lepas baca ni suma baru tau ramai org pregnant kena. masalah aku skang nie, dah byk kali gi klinik DR kasi ubat yang sama tapi penyakit getting worst:geram: sebabnya aku nie dari kecik2 allergic NSAID, apa jenis penyakit aku selama nie demam ker, headache ker ape2 pun DR cuma leh kasi panadol jer... sama gak  dah kena buasir aku tetap kena makan panadol jer tuk tahan sakit...x tau nak berubat camner lagi,... any advise??? makin hari dah makin teruk.. air + prune kata  org elok tuk pengidap buasir, dah aku try tapi x jalan gak..plzzzzzzzz:tq::tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 11:05 AM | Show all posts

BUASIR...

Assalamualaikumm..

Mamason nak bertanya on behalf of my friend.  Dia dah kahwin, beranak sorang.  Dia ada citer pada mamason masalah dia hadapi nie.  Dia malu nak berjumpa doktor, bukan aper, dengar macam2 pasal benda alah nie..kena potong larr..jadi makin teruk larr...sebagainyer.

Dia notice dia ada macam 'daging lebih' di duburnya selepas melahirkan anak.  Now anak dia dah berumur 4 tahun.  Masalahnyer 'daging lebih' tu membuatkan dia tidak selesa terutama sekali selepas buang air besar.  Dia memang ada masalah pembuangan larr...jarang dapat buang dengan teratur.

Dia mengalami kesakitan kat bahagian dubur dan semakin teruk lately.  Tapi tak larr berak keluar darah lagi.  Cuma 'daging lebih' tu mengganggu dan dia akan sakit setiap kali lepas buang air besar.

Mohon pandangan dan panduan doktor2 di sini atau ada sesiapa yg tahu cara nak atasi masalah dia nie, supaya tidak jadi makin teruk.  Dia merancang untuk dapat anak kedua.  Tapi masalahnyer dia takut coz nanti nak meneran baby bukan senang...takut makin panjang benda yg keluar dari bahagian duburnyer.  Tolong kengkawan.  At least mamason boleh bagi nasihat dekat dia which is the best for her.  Kesian tengok dia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 11:38 AM | Show all posts
Wsalam.

Mamason,ada daging lebih di dubur itu tidak semestinya buasir. Berkemungkinan ianya adalah kulit yang terkeluar kerana aktif meneran. Memang normal waktu mengandung ada masalah seperti ini. Sila minum air putih 8 gelas sehari. Kurangkan makanan pedas dan daging merah. Lakukan senaman untuk meransang usus lebih cergas untuk pencernaan. Elakan minum kopi dan teh kerana najis boleh jadi keras. Sauna juga tidak digalakkan kerana menyebabkan saraf2 mengembang di kawasan bengkak.

Sekiranya sakit means ade luka di dalam. Segerlah jumpa doktor. Apa yang nak dimalukan coz dah pernah bersalin pun. Lagi bagus gune ubat Daflon. Tapi segeralah jumep doktor kerana silap hari mungkin kawan anda mengidap kanser kerana gejala buasir dan kanser di tempat berkaitan hampir sama sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 11:41 AM | Show all posts
Punca

Buasir terjadi kerana kelemahan pada dinding salur darah dan kelemahan pada injap-injap pada salur darah vena.

Faktor Risiko

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-

v Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
v Mengandung
v Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan
v Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat
    buasir.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala

v Gumpalan lembut  atau gumpalan-gumpalan  boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
v Perasaan gatal atau pedih di sekitar dubur.
v Pendarahan, darah yang segar terutamanya selepas atau semasa membuang air besar.
v Sakit

Rawatan

v Pelali tempatan untuk melegakan sakit buat sementara.
v Pelincir disapu pada kawasan dubur.
v Pengecut salur darah ? ubat-ubat yang mengakibatkan pengecutan salur-salur darah,
    terutamanya buasir yang telah membengkak.
v Astringen ? menggumpalkan protein pada kulit dan oleh itu menghasilkan satu tisu
    perlindungan di atas tisu-tisu di bawahnya.
v Bagi buasir yang tergelincir keluar (iaitu buasir menjulur keluar dari dubur), rawatan adalah
    biasanya melalui pembedahan.

Jika Anda Ada Buasir

v Gunakan ubat yang disyorkan oleh doktor anda.
v Jika anda ada buasir dalaman, gunakan suppositori.
v Elakkan sembelit dengan mengambil makanan yang kaya dalam serat seperti sayur-
    sayuran
v dan buah-buahan.
v Minum banyak air.
v Gunakan laksatif yang sederhana, apabila dinasihat oleh doktor anda.
v Bersenam selalu untuk mengelak dari terjadinya sembelit.

Kebersihan Peribadi

v Bersihkan kawasan dubur selepas membuang air besar.
v Cuci dengan memancurkan air suam.
v Jangan gunakan sabun bagi tujuan pembersihan kerana ia akan menyakitkan membran
    mukus yang lembut.
v Tolak masuk buasir yang menjulur keluar dengan lembutnya ke dalam rektum.
v Ambil mandian ?itz? (yang melegakan ketidakselesaan dan kesakitan) menggunakan air
    garam (saline).

Bila Harus Berjumpa Dengan Doktor

v Jika anda mengalami buasir melebihi 3 bulan.
v Pendarahan yang teruk dan berterusan.
v Sakit yang teruk dan tajam  semasa membuang air besar (boleh menunjukkan kehadiran
    kekoyakkkan atau fisur dubur)
v Buasir yang menjulur keluar dan tidak boleh ditolak masuk.
v Pelelehan najis atau lendir
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 11:54 AM | Show all posts
RAZIFAH...THANKS FOR THE INFO.

Memang larr dia malu, segan satu hal agaknyer.  Dia pernah berak keluar darah dulu.  Sekarang nie mungkin dah jarang pasal dia tak bercerita pulak.  Cuma dia rasa that 'daging lebih' tu menyakitkan lepas dia berak.  Means dubur dia berdenyut2.  Lagi satu, ubat utk buasir nie boleh beli di Farmasi ker?  And please answer me, dia boleh ker plan utk dapat anak ngan keadaan dia tu?

Macam2 ubat di pasaran termasuk cara kampung.  Dia nak jugak cuba katanyer.  Pasal iyer larr...nak jumpa doktor segan (Mungkin dia tak bersedia lagi kot..).  In fact dia pernah jumpa doktor, tapi swasta larr bukan kerajaan.  Klinik Buasir.  Dia org kata memang buasir.  Doktor tu akan bagi ubat dan katanyer daging lebih tu akan jatuh ngan sendiri.  Mungkin kecut agaknyer.  Kos dalam RM600.00 or lebih.  Cuma kesian kat dia..suffer kalau time dia nak berak.  Biler dia berak (esp. najis keras) memang dia tak boleh nak bersama suami (Make love) coz sakit.  Tu yg buatkan dia tension.

lagi satu nak tanyer...Adakah masalah2 lain boleh buatkan buasir dia bertambah teruk, contohnyer cam tension ngan kerja, ngan masalah larr...tak kira larr, duit ker... anak ker.. kengkawan ker...so on..so on...  THANXX..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 12:06 PM | Show all posts
Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran

Buasir Dalaman:
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 12:07 PM | Show all posts
PENYEBAB UTAMANYA

Sentiasa duduk

Meneran (ketika najis keras atau sembelit)

Cirit-birit

Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama

Batuk yang teruk

Bersalin

Mengangkat berat
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 12:09 PM | Show all posts
PENCEGAHAN

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:

Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2006 12:09 PM | Show all posts
RAWATAN

Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.

Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas.

Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ianya tidak boleh mengecutkan buasir.

Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna.

Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.

Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.

Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.

Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ianya lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.

Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.

Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ianya perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.

Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 12:10 PM | Show all posts
BILAKAH ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 12:11 PM | Show all posts
PENGURUSAN SENDIRI

Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari

Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.

Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 12:14 PM | Show all posts
Kak...dia teruskan ker rawatan kos rm 600 tu?...Kalau tensen...tekanan kerja..semua penyakit akan datang. Perawatan tradisional bersifat sementara sahaja. Sakit tue kerana luka dalam. Suruhlah dia jumpe doktor yang bertauliah segera.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.461897 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list