CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putubambu

Salam Ramadhan..!

[Copy link]
Post time 10-9-2007 09:00 PM | Show all posts

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.........

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2007 09:52 PM | Show all posts
Selamat menyambut bulan ramadan untuk semua....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 10:34 PM | Show all posts
...salam ramadhan buat semua warga fd...

...moga2 tabah menghadapi godaan di bulan puasa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 11:01 PM | Show all posts
selamat menyambut ramadhan jugak utk suma warga fd....semoga semua mendapat keberkatan dibulan mulia neh....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 08:44 AM | Show all posts
Panduan untuk pesakit diabetes jalani ibadah puasa
11-09-2007 02:12:59 AM
Susunan DALILAH IBRAHIM  

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih 1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira satu juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam yang secara amnya bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama Islam dan doktor perubatan moden.

Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?

Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.

Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.

Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;

Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.

Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).

Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

Sedang mengalami jangkitan kuman.

Warga tua dan tinggal bersendirian.

Hamil yang memerlukan suntikan insulin.

Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.

Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi

Hipoglisemia

Menggigil
Terlalu lemah
Amat lapar
Berpeluh
Pucat
Berdebar-debar
Gelisah
Koma (tidak sedarkan diri)

Hiperglisemia

Kerap buang air kecil
Terlalu dahaga
Sangat letih


Dehidrasi

Amat dahaga
Kulit dan lidah yang terlalu kering
Fikiran terganggu
   

Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa

Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

Sahur  
Sekurang-kurangnya semangkuk oat/bijirin ATAU
3-4 keping roti ATAU
Nasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)


Berbuka

Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.
Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.
Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.


Senaman - Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.

Ubat - Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur.  Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.

Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.

Insulin - Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:

Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .

Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:

*Sebelum bersahur
*Dua hingga empat jam sebelum bersahur
*Sebelum berbuka puasa
*Dua hingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberi perhatian

Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi.  Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.

Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.

Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.

Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.


Nota editor: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 09:09 AM | Show all posts
selamat menyambut ramadhan..semoga ramadhan ini membawa seribu rahmat utk semua ahli FD dan lekuarga..semoga ramadhan ini dapat kita tempuhi dgn penuh kesyukuran dan ibadah...wassalam..........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2007 09:15 AM | Show all posts
Salam Ramadhan pada semua warga FD yang berugama Islam...

Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, gua menyusun sepuloh jari jemari memohon ampun dan maaf dari akar rambut ke hujung ibu jari kaki andai ada bahasa-bahasa gua yang telah menyinggung hati suci warga FD sekelian...

Adakalanya dalam niat bergurau senda mungkin telah terkasar bahasa, maka ampun dan maaf sekali lagi dipinta....

Selamat Bertarawih, Bertahajud dan Bertadarus dalam mencari keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 09:25 AM | Show all posts

Reply #20 dealova77's post

ada dea.. cuma sibuk je 2-3 bulan ni..

ni dah masuk bulan puasa.. slow le sikit kesibukan keroje..
bolehlah berforum balik.. ekekkee....

dea sihat ke?
baby dlm perut camne?
puasa ni.. agak2 penuh le ye? hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2007 09:57 AM | Show all posts
Selamat berpuasa dan beramal ibadah to all 卼his precious moment wont come everyday卙ope that we will grab this opportunity to improve ourselves

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:14 AM | Show all posts
Assalamualaikum to all my dear frens..
Semoga bulan Ramadhan pada tahun ini, kita memperoleh ampunan-Nya dan kembali pada fitrah yang suci.
Amin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:26 PM | Show all posts
assalamualaikum dan salam sejahtera....

ramadhan mubarak....to all fellow Muslim here...
enjoy the month, the food, the celebration....

last but not least....maaf di atas segala tulisan2 yg menyinggung yg pernah saya tulis....

p/s
love this forum....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2007 09:02 AM | Show all posts
ni ada nasyid mengenai kedatangan ramadhan..

http://www.youtube.com/watch?v=j27AHojX0oU&mode=related&search=

tak jadi pulak aku nak tepek kat sini... korang click le sendiri yek..

[ Last edited by  putubambu at 12-9-2007 09:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 09:55 AM | Show all posts
Assalamualaikum...

Di kesempatan ini, mamason ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, bulan penuh keberkatan, bulan penuh kemuliaan.  Sama-samalah kita mengisi bulan yang paling mulia antara bulan2 yang ada dengan amalan-amalan dan semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

Mama harap mama boleh puasa coz mama tengah sarat nie, harap2 larat menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang sia-sia.... aminnn..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 12:18 PM | Show all posts
Selamat menyambut Ramadhan untuk semua. Semoga di bulan ini bertambah-tambah pahala hendaknya dan mampu untuk menyelamatkan kita dari azab api neraka. amin...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 04:31 PM | Show all posts
Assalamualaikum kepada semue poreme2, sori le tetibe je inteprem...sy nak ucap selamat berpose gak kat semue..moge ibadat kite diberkati..nak mintak tolong kat poreme yg tau kat mana nak cr panduan solat sunat terawikh..letak le kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 05:03 PM | Show all posts
selamat berpuasa kepada semua warga FD...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 05:11 PM | Show all posts
selamat berposa kepada warga FD. banyakkan lah ibadah2 di bulan posa..moga diberkati dan di terima. dan kawallah napsu napsi ape yg patut...(jangan sampai kene ganti posa 2 bulan berturut2)
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 05:11 PM | Show all posts
selamat berposa kepada warga FD. banyakkan lah ibadah2 di bulan posa..moga diberkati dan di terima. dan kawallah napsu napsi ape yg patut...(jangan sampai kene ganti posa 2 bulan berturut2)
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 05:52 PM | Show all posts
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat berposa kepada semua yang beragama Islam.

Pesanan ini dibawa khas oleh:

Bugger

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 06:10 PM | Show all posts
selamat menyambut ramadhan al-mubarak utk
semua warga FD beragama islam.....

& to all moms to be..take it as a challenge....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.079721 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list