CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4397|Reply: 22

SELAMAT HARI ATM - ATM UNGGUL MEMARTABATKAN ASPIRASI KEMERDEKAAN NEGARA

[Copy link]
Post time 17-9-2007 11:44 AM | Show all posts |Read mode
berkesempatan ini, aku nak ucapkan selamat meyambut hari ATM kepada seluruh warga ATM, dan JP yang terlibat dengan ATM... semoga prestasi kerja kita akan terus cemerlang....

p/s : sekadar renungan : ANTARA ISI PERUTUSAN PAT
1. penekanan konsep hanruh
2. perkongsian dengan rakyat
3. peningkatan kualiti hidup
4. permodenan aset sejajar RMK9
5. peningkatan modal insan
6. peningkatan akademik/pembelajaran
7. perhubungan dengan media

TUDM : Sentiasa diangkasa raya
TDM : Gagah Setia
TLDM : Sedia berkorban
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2007 12:44 PM | Show all posts
Gempur....!!!......Wira..!!
Gempur....!!!......Wira..!!
Gempur....!!!......Wira..!!
Reply

Use magic Report

mat_toro This user has been deleted
Post time 17-9-2007 12:53 PM | Show all posts

Reply #1 venez's post

1. penekanan konsep hanruh
Gua rasa ramai lagi tak paham apa itu hanruh... gua sendiri pun masih konpius... naik panglima baru dia punya versi sudah ubah laaa... aiyaaaa...

2. perkongsian dengan rakyat
kongsi dgn JP ker?

3. peningkatan kualiti hidup
Kuarters baru, elaun tak mau kasi update ka?

4. permodenan aset sejajar RMK9
Itu Nuri bila mau tukar? Itu MiG bila mau upgrade?

5. peningkatan modal insan
Kalau dari pengambilan dah tak tapis nak buat camana?  Tu yg mat drug pun buleh masuk reramai tuhh...

6. peningkatan akademik/pembelajaran
Ye la tuhh... setahun 2 seat jer dia open untuk amik masters... yg menunggu beribu2 lemon...

7. perhubungan dengan media
perhubungan apa?? perhubungan seks ka? hehehehehe... ye laa... lain kali jgn la bubuh Adibah Noor pakai beret France jadik model askar pranita kita... macam la pranita kita nih tak fit sesangat... iklan pengambilan dah lama tak keluar TV... sekejap jer muncul... dah la tak best... disposable diapers la katakan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2007 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by mat_toro at 17-9-2007 12:53
1. penekanan konsep hanruh
Gua rasa ramai lagi tak paham apa itu hanruh... gua sendiri pun masih konpius... naik panglima baru dia punya versi sudah ubah laaa... aiyaaaa...

2. perkongsian den ...


fuhhhh... penjelasan yang tulus dan ikhlas dari MT....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2007 12:58 PM | Show all posts
KONSEP HANRUH - pertahanan menyeluruh......
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 01:24 PM | Show all posts
Soal Jawab: Konsep askar masa depan tingkat kualiti ATM
SELEPAS 74 tahun ditubuhkan, dengan pelbagai pengalaman ditempuhi dari era Perang Dunia Kedua, konfrontasi, darurat dan ancaman komunis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini dilihat semakin berkembang dan sedang menuju era pemodenan, yang secara tidak langsung meningkatkan keupayaan operasinya. Bertemakan ATM: Unggul Memartabatkan Aspirasi Kemerdekaan Negara, sambutan Hari ATM Ke-74 kali ini lebih bermakna kerana disambut dalam semangat ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 yang masih lagi hangat. Ikuti temubual wartawan Berita Minggu, Hardi Effendi Yaacob bersama Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal sempena Hari ATM Ke-74 hari ini.

SELAMAT Hari ATM Ke-74 Tan Sri. Apakah perasaan Tan Sri mengenai sambutan kali ini.

Terima Kasih. Alhamdulillah... syukur kepada Allah kerana dapat kita meraikan Hari ATM Ke-74 hari ini. Lebih bermakna kerana kita baru saja menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-50, 31 Ogos lalu. Sudah 74 tahun usia pasukan ini, dengan pelbagai pengalaman dan cabaran ditempuh. Malah, pelbagai kejayaan kita kecapi, terutama dalam mengekalkan keamanan negara, dengan rakyat dapat hidup gembira dan selesa. Itulah kejayaan terbesar yang perlu dibanggakan bukan saja warga ATM, malah setiap lapisan rakyat negara ini. Pada masa sama, saya berbangga dengan perkembangan ATM yang konsisten, termasuk usaha memodenkan pasukan yang giat dilaksanakan ketika ini.

Bagaimana pula dengan program pengisian sambutan kali ini. Difahamkan, ia lebih menekankan konsep kesederhanaan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Disebabkan sambutan kali ini kebetulan pada bulan puasa, saya mengarahkan ia disambut secara sederhana, tetapi meriah. Tahun ini tiada perbarisan secara besar-besaran, malah perutusan Hari ATM Ke-74 hanya diadakan di Dewan Kementah esok (Isnin). Ada acara yang sudah dianjurkan sebelum ini, termasuk makan malam meraikan bekas panglima, selain Pameran Perdana Jubli Emas ATM sempena Hari Kebangsaan Ke-50 dan Festival Tatu Antarabangsa KL 2007 yang baru saja selesai.

Selebihnya, aktiviti kebajikan seperti derma darah, penyampaian sumbangan kepada anggota cedera, balu dan anak yatim, Karnival Pendidikan ATM 2007, selain bacaan Yassin dan tahlil di Masjid Negara, Jumaat lalu. Turut diadakan program siaran langsung Al-Kulliyah, yang beliau sendiri turut menjadi ahli panelnya. Ini adalah kali pertama Panglima ATM menjadi ahli panel siaran langsung program TV. ATM akan turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Perdana Menteri di Masjid Kem Sungai Besi esok. Selepas Hari Raya Puasa, akan diadakan pertandingan golf, majlis meraihkan penasihat pertahanan asing dan program Sehari ATM Bersama Media.

Difahamkan, Hari ATM Ke-74 sebelum ini bertemakan ATM: Generasi 2020. Bagaimanapun ia ditukar pada saat akhir kepada ATM: Unggul Memartabatkan Aspirasi Kemerdekaan Negara. Mengapa perubahan ini dilakukan.

Tema ini memang saya pilih sebagai simbolik sambutan kemerdekaan negara ke-50. Saya mahu setiap warga ATM menghayati nikmat dan erti kemerdekaan ini secara lebih mendalam, terutama pengorbanan generasi terdahulu dalam membebaskan negara dan bangsa kita dari belenggu penjajahan. Tema ini juga jelas membuktikan kesungguhan ATM untuk terus mempertahankan kedaulatan negara pada masa depan walau terpaksa berkorban nyawa sekalipun.

Tan Sri ada menyebut mengenai usaha memodenkan ATM. Boleh Tan Sri menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Apa yang kita laksanakan ke arah itu (pemodenan), semuanya berdasarkan perancangan yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebelum ini. Ini bukanlah mengambil masa singkat, sebaliknya dilaksanakan secara berperingkat kerana bukan saja membabitkan aset dan keperluan logistik, malah budaya kerja serta pemikiran warga ATM. Apa yang ingin saya sampaikan di sini... ke arah pemodenan itu, ATM akan melalui satu transformasi yang saya gelarkan 'Evolusi Dimensi Ke-4'. Saya mahu pasukan ini bergerak maju ke era 2020. Kita mahukan pasukan keupayaan kita nanti mampu menangani konflik pada peringkat 'medium density' berbanding tahap 'low density' ketika ini. Isu ini ada saya kupas dalam Perutusan Hari ATM Ke-74.

Apakah perkembangan terbaru cadangan penubuhan Markas Angkatan Tentera Bersama (MAB) menggabungkan Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tarikh penubuhan secara rasminya pada 16 Julai lalu dan perjawatan untuk MAB juga sudah diluluskan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Keseluruhannya, ada 400 perjawatan dimohon dengan diketuai seorang panglima berpangkat Leftenan Jeneral. Kita sudah ada calon, tetapi biarlah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan mengumumkannya. Sebenarnya, penubuhan MAB adalah untuk menggantikan Pemerintahan Angkatan Bersama (PAB) sebelum ini.

Ia akan menjadi satu ketumbukan tetap dan cabang baru dalam ATM dalam usaha meningkatkan sistem koordinasi dan mekanisme operasi bagi setiap cabang pasukan, khusus bagi misi tertentu. Kita perlu memperkemaskan organisasi dan mekanisme MAB untuk menjayakan konsep bersepadu. Operasi bersama ini sangat penting untuk menghasilkan kesan sinergi yang maksimum daripada TDM, TUDM dan TLDM. Kita menjangka MAB akan beroperasi sepenuhnya sebelum hujung tahun ini. Konsep MAB ini digunakan secara meluas di United Kingdom dan Amerika Syarikat, malah keberkesanannya terbukti dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dalam bidang ketenteraan di negara terbabit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2007 01:25 PM | Show all posts
sambungan......

Dalam usaha memastikan kredibiliti ATM sentiasa berada pada tahap tertinggi, bolehkah Tan Sri menjelaskan perancangan selanjutnya.

ATM akan memperkenalkan konsep askar masa depan seperti diamalkan Amerika Syarikat dalam usaha melahirkan anggota berkemahiran dan berdisiplin yang mampu menghadapi senario peperangan masa kini. Ini bermakna anggota tentera akan didedahkan kepada teknologi maklumat (IT), peralatan canggih dan senjata terkini. Pada masa sama disiplin mereka dipertingkatkan bagi memastikan kesiapsiagaan anggota pada tahap tertinggi. Konsep ini diluluskan Kementerian Pertahanan dan menunggu masa dilaksanakan.

Ramai penganalisis pertahanan, termasuk di luar negara berpendapat Malaysia memerlukan sistem peluru berpandu jarak jauh sebagai langkah keselamatan tambahan, terutama dengan kewujudan banyak ancaman baru pada peringkat global. Apa pandangan Tan Sri.

Kita tidak terdesak untuk menggunakan sistem persenjataan itu. Dari segi keperluan, memang kita tidak memerlukan peluru berpandu jarak jauh sebab negara kita tidak terancam. Itu hanya pandangan mereka dan sesiapa pun ada hak memberi pandangan masing-masing. Bagaimanapun, ingin saya beritahu di sini, ATM sentiasa bersedia menghadapi apa saja keadaan. Aspek keselamatan dan kedaulatan negara memang sentiasa diutamakan.

Isu keselamatan sesebuah negara sering dibangkitkan sejak akhir-akhir ini, termasuklah dalam Persidangan Ketua Perisikan Pertahanan Asia Pasifik 2007 (APICC2007) di Kuala Lumpur, 7 September lalu. Dalam hal ini, apa pandangan ATM dengan sistem pengesan musuh sedia ada.

Malaysia boleh dikatakan masih selamat dan keamanannya terjamin, ditambah pula dengan peralatan yang dilengkapi sistem radar yang baik ketika ini. Namun, ATM masih memerlukan alat pengesan canggih yang dapat mengesan, menentukan lokasi, mengenal pasti identiti musuh dengan tepat bagi memudahkan kita mengambil tindakan. Begitu juga dengan alat telekomunikasi memudahkan kita menyelaras operasi di bawah kelolaan Markas Angkatan Bersama. Ia sekali gus dapat memantapkan kecekapan kita dalam memastikan kedaulatan negara terjamin.

Bagaimana pula dengan kerjasama ketenteraan dengan negara jiran lain.

ATM sentiasa berusaha mengekalkan hubungan baik dengan pasukan tentera negara jiran. Ini boleh dilihat melalui pelbagai kegiatan sebelum ini, termasuk lawatan kerja, latihan bersama dan program persidangan. Kita sering bertukar maklumat dalam usaha meningkatkan keselamatan dan mengekalkan keamanan serantau. Bagaimanapun, hubungan kerjasama ini tidak hanya bertumpu kepada aspek pertahanan, sebaliknya merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah misi kemanusiaan dan bencana alam. Dalam beberapa tragedi yang melanda negara jiran sebelum ini, ATM turut menghantar anggota bagi membantu. Mengenai gempa bumi di Selatan Sumatera, baru-baru ini, kita bersedia menghantar bantuan, tetapi belum ada permintaan rasmi dari mereka (Indonesia). Mungkin keadaan sudah terkawal di sana.

Sejak 1968, 18 pesawat Nuri terbabit dalam nahas, termasuk kejadian terbaru di Genting Highlands, 13 September lalu yang mengorbankan enam anak kapal. Berikutan itu, kerajaan meluluskan cadangan menggantikan pesawat itu dalam tempoh sehingga 2012. Boleh Tan Sri menjelaskan perkembangan terkini mengenai usaha itu.

Sedang dilaksanakan, tetapi tender belum keluar lagi, mungkin sebelum Lima 2007. Ini (tender) terbuka kepada syarikat antarabangsa, terutama pengeluar helikopter. Kita menjangkakan proses menggantikan Nuri akan mendapat maklum balas positif dan kita berharap usaha ini akan berjalan lancar. Mengenai nahas Nuri di Genting Highlands, laporan mengenai punca nahas akan dikeluarkan dalam minggu ini dan akan dihebahkan kepada pihak media. Manakala, usaha mengeluarkan bangkai pesawat dari lokasi nahas sedang dijalankan. Beberapa komponen sudah dibawa keluar sebelum ini dan tumpuan sekarang ialah untuk mengeluarkan enjin, kotak gear dan fiuslaj untuk kajian selanjutnya. Kita sedang meneliti kaedah terbaik, yang selamat dan kos efektif untuk tujuan itu. Bagaimanapun, ada kemungkinan bangkai pesawat ditinggalkan jika terpaksa, selepas semua komponen penting dikeluarkan.

ATM dilihat mengamalkan konsep 'adil dan saksama' kepada anggota wanita, sekali gus memberi peluang kepada golongan itu berdaya saing dengan anggota lelaki. Ini terbukti melalui kenaikan pangkat beberapa pegawai wanita ke tahap tertinggi, termasuk memegang jawatan tertinggi, selain penghantaran ke luar negara untuk misi antarabangsa. Boleh Tan Sri komen mengenai perkara ini.

Kebolehan dan keupayaan anggota wanita tidak boleh dinafikan. Mereka kini setanding dengan anggota lelaki dan atas sebab itulah, kita perlu memberi peluang kepada mereka untuk lebih berdaya saing. Ini secara tidak langsung boleh mewujudkan persaingan sihat, yang boleh menghasilkan implikasi positif kepada ATM sendiri. Dulu, untuk misi antarabangsa yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), memang susah anggota wanita mendapat peluang bertugas di luar negara atas sebab-sebab tertentu, termasuklah isu keselamatan. Bagaimanapun, peluang lebih terbuka kini dan dalam misi Malcon II di Lubnan, Oktober ini, ATM akan menghantar 10 anggota wanita untuk berkhidmat di bawah panji-panji PBB bagi tempoh perkhidmatan empat bulan. Ini tahun kedua kita menyertai misi pengaman di sana... mungkin tugas ini tidak lebih dari tiga tahun.

Berbanding Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilemparkan pelbagai kritikan sebelum ini kerana membenarkan campur tangan politik, ATM dilihat lebih dihormati dan disanjung rakyat kerana tidak membenarkan perkara itu berlaku. Selepas 74 tahun penubuhannya, ATM dilihat mengekalkan polisinya itu. Apakah rahsia kejayaan ini.

Dari awal lagi memang kita tidak membenarkan campur tangan politik. Itu memang polisi kita dari dulu, malah dalam program latihan juga, perkara ini turut diberikan penekanan dengan anggota tidak digalakkan terbabit dengan politik. ATM mahu menjadi satu ketumbukan tentera yang rasional, selain mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi, begitu juga dari segi disiplin dan budaya kerja serta kepemimpinannya. Bagi ATM, taat setia pegawai dan anggotanya adalah kepada raja dan negara, selain pemimpin yang memimpin kerajaan memerintah. Itulah pegangan kita selama ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2007 01:33 PM | Show all posts

Reply #7 mmc's post

fuhhh... wawancara tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2007 01:35 PM | Show all posts
lupa plak, sempena hari ATM tempohari, Al-Kulliyah telah dilaksanakan di No 16 skn TUDM Subang dan dipancarkan secara langsung melalui TV3... korang tengok tak?
Reply

Use magic Report

mat_toro This user has been deleted
Post time 17-9-2007 01:39 PM | Show all posts

Reply #9 venez's post

Aiseh... kalau cerita porno gerenti gua tgk... al-kuliyyah nih... ehehehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2007 01:47 PM | Show all posts

Reply #10 mat_toro's post

ish3... lu le MT... ampesss
Reply

Use magic Report

mat_toro This user has been deleted
Post time 17-9-2007 02:29 PM | Show all posts

Interview dgn Jen Tan Sri MT hehehehe...

Bagaimana pula dengan program pengisian sambutan kali ini. Difahamkan, ia lebih menekankan konsep kesederhanaan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
-Itu maknanya budget tadak la tuhhh....

Difahamkan, Hari ATM Ke-74 sebelum ini bertemakan ATM: Generasi 2020. Bagaimanapun ia ditukar pada saat akhir kepada ATM: Unggul Memartabatkan Aspirasi Kemerdekaan Negara. Mengapa perubahan ini dilakukan.
-Saja jer... saya memang suka tukar-tukar fikiran... epos sampai sekarang dok tukar baju lagi... baju pun takleh nak decide... ni kan pulak tema hari ATM...

Tan Sri ada menyebut mengenai usaha memodenkan ATM. Boleh Tan Sri menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
-Alaaa... takkan tak paham lagi?  Itu perang 3D jadik 4D... takde kena mengena dngan magnum toto atau kuda aaa... dulu buleh menang sama bandit... sekarang buleh menang sama Abu Sayyaf... lawan negara lain confirm hancusss.... hehehehe...

Apakah perkembangan terbaru cadangan penubuhan Markas Angkatan Tentera Bersama (MAB) menggabungkan Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
- Saja jer nak banyakkan pos.... ramai sikit skot aku buleh jadik jeneral... kalau dah 12 tahun gaji langgar dinding sebab takde pos camaner beb?

Dalam usaha memastikan kredibiliti ATM sentiasa berada pada tahap tertinggi, bolehkah Tan Sri menjelaskan perancangan selanjutnya.
- Apa saja la askar masa depan yg korang nak... kitorang bagi training keras sikit kome ngadu ragging laa... apa laaa... ikut suka korang laaa...

Ramai penganalisis pertahanan, termasuk di luar negara berpendapat Malaysia memerlukan sistem peluru berpandu jarak jauh sebagai langkah keselamatan tambahan, terutama dengan kewujudan banyak ancaman baru pada peringkat global. Apa pandangan Tan Sri.
-Nak tu memang nak.... tapi takde duit... pastu takde JP yg mampu bagi maintenance... JP tak dapat persen gerenti projek tak lulus punya laaa...

Isu keselamatan sesebuah negara sering dibangkitkan sejak akhir-akhir ini, termasuklah dalam Persidangan Ketua Perisikan Pertahanan Asia Pasifik 2007 (APICC2007) di Kuala Lumpur, 7 September lalu. Dalam hal ini, apa pandangan ATM dengan sistem pengesan musuh sedia ada.
Musuh terang-terang depan muka... takyah cari... satu geng yg bangang pi mengamuk bakar bendera jer kerja depa sampai pelancong & pelabur taknak pi negara depa... satu lagi dok pandang rendah kita & perasan bagus jer memanjang tapi tak abis2 carik peluang nak jahanamkan kita...

Bagaimana pula dengan kerjasama ketenteraan dengan negara jiran lain.
-Itu semua peluang & alasan untuk saling intai mengintai jer tuhh....

Sejak 1968, 18 pesawat Nuri terbabit dalam nahas, termasuk kejadian terbaru di Genting Highlands, 13 September lalu yang mengorbankan enam anak kapal. Berikutan itu, kerajaan meluluskan cadangan menggantikan pesawat itu dalam tempoh sehingga 2012. Boleh Tan Sri menjelaskan perkembangan terkini mengenai usaha itu.
-Memang tgh cari.... tgh cari duit nak beli heli baru...

ATM dilihat mengamalkan konsep 'adil dan saksama' kepada anggota wanita, sekali gus memberi peluang kepada golongan itu berdaya saing dengan anggota lelaki. Ini terbukti melalui kenaikan pangkat beberapa pegawai wanita ke tahap tertinggi, termasuk memegang jawatan tertinggi, selain penghantaran ke luar negara untuk misi antarabangsa. Boleh Tan Sri komen mengenai perkara ini.
-Ini semua sebab political pressure, NGO pressure, pro lesbian group pressure sampai aku pun high blood pressure.  Aku bagi jer la pangkat kat memana pegawai pompuan yg sanggup bertahan selama pegawai jantan...

Berbanding Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilemparkan pelbagai kritikan sebelum ini kerana membenarkan campur tangan politik, ATM dilihat lebih dihormati dan disanjung rakyat kerana tidak membenarkan perkara itu berlaku. Selepas 74 tahun penubuhannya, ATM dilihat mengekalkan polisinya itu. Apakah rahsia kejayaan ini.
-kitorang memang tak suka politik... ahli politik pun tak suka kitorang... camaner nak join?? nak buat camaner... disposable diapers la katakan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2007 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by mat_toro at 17-9-2007 14:29
Bagaimana pula dengan program pengisian sambutan kali ini. Difahamkan, ia lebih menekankan konsep kesederhanaan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
-Itu maknanya budget tadak la tuhhh....

Di ...


huhuhu, wawancara ekslusif....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 03:10 PM | Show all posts

Reply #12 mat_toro's post

cess...ke situ pulak perginya
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 03:34 PM | Show all posts

Reply #12 mat_toro's post

hehehe...
satu pengakuan yg tulus dari MT...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 02:33 AM | Show all posts

Reply #12 mat_toro's post

MT Beramboi.....wakakaka....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2007 08:33 AM | Show all posts

Elektromagnetik Dimensi Baru ATM, Kata Panglima

17 September, 2007 14:05 PM     


KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pemodenan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dijana ke arah pembangunan dimensi keempat iaitu dimensi elektromagnetik yang memerlukan penguasaan sepenuhnya elemen-elemen peperangan iaitu bawah dan permukaan bumi, ruang udara dan siber.

Panglima ATM Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata ini penting kerana cabaran peperangan masa depan akan lebih tertumpu kepada evolusi dimensi keempat itu yang memerlukan penguasaan sepenuhnya elemen peperangan.

"ATM akan terus memperbaharui peralatan secara berperingkat serta mencorak struktur organisasinya agar lebih adaptif dan berorientasikan penugasan operasi ketenteraan semasa," katanya pada perhimpunan hari ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia ke-74 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata perkembangan itu sejajar dengan dasar pertahanan negara serta merupakan transformasi keupayaan yang bercirikan kebersamaaan, versatil dan cegah rintang.

Beliau berkata corak peperangan futuristik itu menuntut ATM untuk menjadi sebuah angkatan tentera konvensional yang berwibawa dan boleh digerakkan dengan pantas serta berdaya musnah.

Abdul Aziz berkata rancangan pembangunan ATM perlu direncanakan berdasarkan kepada kemampuan dan melakukan pendekatan yang membolehkan angkatan itu bergerak maju mengikut arus perkembangan dunia tanpa mengabaikan tanggungjawab sedia ada.

"ATM pada masa ini sedang giat memperkasa strategi dan pelan tindakan pembangunan keupayaannya bagi membolehkannya menuju ke arah evolusi dimensi keempat atau dikenali juga sebagai 4D MAF.

"4D MAF ini adalah pelan induk atau roadmap pembangunan keupayaan ATM yang digubal untuk menjadikan ATM sebagai angkatan tentera yang seimbang dan kredibel," katanya.


Beliau berkata dengan terlaksananya pelan pembangunan itu, kesedaran terhadap keadaan semasa serta dominasi ke atas elemen-elemen dimensi keempat akan dapat dipertingkatkan dan mendorong ATM melaksanakan peranannya dengan lebih berkesan.

Abdul Aziz mengingatkan anggota ATM supaya sedar bahawa tanggungjawab yang diletakkan di bahu mereka adalah amanah besar rakyat dan negara yang tidak boleh dipandang ringan dan leka dengan suasana aman yang dinikmati.

"Semua anggota tidak boleh alpa dengan tanggungjawab utama ini kerana maruah dan kedaulatan negara perlu dipertahankan dari sebarang ancaman sehingga ke titisan darah terakhir kita," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 08:34 AM | Show all posts
4D MAF nih ala2 3G negara selatan ka...........
Reply

Use magic Report

mat_toro This user has been deleted
Post time 18-9-2007 09:15 AM | Show all posts

Reply #18 jofizo's post

Takde kaitan dgn Magnum, Toto ataupun Kuda....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 02:09 AM | Show all posts
satu tan sri bagi harapan dan mimpi indah kat peminat2 setia atm, satu lagi tan sri bikin harapan jadi mimpi forever....muahahahaha.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.245671 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list