CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

About vc 'VK Lingam': Latest -6 Individu Takkan Disiasat -

[Copy link]
Post time 27-1-2008 09:27 PM | Show all posts
Esok dijangka semakin panas. Belum selesai isu klip video VK Lingam yang sedang 慸ibicarakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2008 09:28 PM | Show all posts
kita tunggguuu di sanaaa ......disanaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 11:16 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by zamirra at 25-1-2008 03:50 PM
Saya boleh cakap apa saja
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 01:27 AM | Show all posts
auta puak cling ni semua org dah tau....dah tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 02:50 AM | Show all posts
apasal org hong kong ngan dubai tanak melabur kat malaysia sbb paklah..
sebab paklah ni kaki tido ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 09:48 AM | Show all posts
Panggil Anwar, Thirunama diputuskan hari ini

Oleh: NOOR AZMAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menyambung prosiding untuk minggu ketiga esok akan memutuskan sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan V. K. Thirunama, adik Datuk V.K. Lingam akan dipanggil sebagai saksi atau sebaliknya.

Suruhanjaya itu juga akan membuat keputusan sekiranya peguam R. Thayalan perlu berhujah berikutan permohonannya membawa dua saksi pakar forensik audio dan video yang diupah oleh Lingam dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Sekiranya dibenarkan, Thayalan akan mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong pendapat bahawa hasil analisis padanan suara anak guamnya, Lingam oleh pakar forensik dari CyberSecurity Malaysia, Mohd. Zabri Adil Talib tidak tepat.

Besar kemungkinan, hujah itu pula akan dibantah oleh peguam-peguam khususnya dari Badan Peguam Malaysia serta peguam yang mewakili Loh Mui Fah dan Loh Gwo Burne; Americk Singh Sidhu dan Alex De Silva.

Selain itu, ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang hadir di mahkamah pada Jumaat lalu dijangka memberi keterangan esok.

Beliau bakal memberi penjelasan tentang hubungannya dengan peguam, Lingam, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Begitu juga penglibatannya dalam mengatur pelantikan hakim-hakim seperti mana perbualan lelaki yang dipercayai Lingam dalam klip video kontroversi itu.

Turut disenaraikan bagi prosiding esok ialah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Eusoff Chin yang akan menyambung keterangan berhubung isu percutian bersama Lingam di New Zealand yang terhenti pada 18 Januari lalu.

Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Haidar Mohamed Noor itu bersidang di bilik Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini bagi menyiasat dan menentukan kesahihan rakaman klip video perbualan telefon seorang lelaki dipercayai Lingam yang dikatakan sedang mengatur pelantikan hakim.

Ia turut dianggotai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar, bekas Peguam Cara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Ahli Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam), Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim.

____________________________________________

agak2nya Anwar dan adik lingam akan dipanggil tak?
apa pandangan korang?

pada aku mrk perlu dipanggil kerana mrk2 tu adalah saksi yg telah disenaraikan untuk memberi keterangan.
apakah dengan keterangan Anwar dan Thirunama boleh membongkar segala sandiwara ni atau sebaliknya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2008 09:54 AM | Show all posts
Sebagai seorang peguam si Lingam nie sedang menggunakan skillnya sbg seorang peguam. Berbelit statement dia bagi selagi boleh corner dia lipat2 lidah dia hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 09:58 AM | Show all posts
suruhanjaya ditubuh utk dedahkan atau cover??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2008 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by MillionIdeazKid at 28-1-2008 09:58 AM
suruhanjaya ditubuh utk dedahkan atau cover??



nampak macam lebih kepada nak cover apa yg boleh

di sebalik alasan  'tidak masuk dlm skop suruhanjaya'
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 10:59 AM | Show all posts

Reply #389 AinFarisya's post

correct...correct..correct..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 02:31 PM | Show all posts
third part dh kuar :

http://www.anwaribrahim.com/
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 02:48 PM | Show all posts
dasar botol kicap pekat..:@
putar belit tol
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 02:55 PM | Show all posts
habis la si Linggam kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 09:40 PM | Show all posts
Karpal mohon Haidar tarik diri
KUALALUMPUR5 Feb. _ Peguam Karpal Singh hari ini memohon agar PengerusiSuruhanjayaSiasatan Diraja, Tan Sri Haidar Mohamed Noor menarik diriatas alasanmempunyai pertalian keluarga dengan bekas Ketua HakimNegara, Tun AhmadFairuz Sheikh Abdul Halim.

Haidar tolak permohonan Anwar
KUALALUMPUR5 Feb
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 06:03 AM | Show all posts
LATEST:

12 Februari, 2008 21:05 PM           

Saya Diberikan RM3,000 Oleh BPR, Kata Bekas Setiausaha Lingam

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bekas setiausaha Datuk V. K. Lingam diberikan RM3,000 oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR)selepas diberitahu bahawa penyiasatan terhadap percutian ke New Zealand membabitkan peguam itu dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin ditutup, Inkuiri Suruhanjaya Diraja diberitahu hari ini.

L. G. Jayanthi, 45, berkata seorang pegawai BPR menelefon beliau menyatakan penyiasatan itu ditutup kerana ia melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Kepada soalan pengerusi suruhanjaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor kenapa wang itu diberikan kepadanya, saksi ke-19 inkuiri itu tidak menjawab.

Kepada soalan lain Haidar mengenai sama ada beliau mengambil wang itu, Jayanthi berkata: "Ya".

Semasa pemeriksaan semula oleh peguamnya R.S.N. Rayer sama ada RM3,000 itu sebagai ganjaran atau untuk menutup mulutnya, beliau berkata ia hanya diberikan kepadanya tanpa sebarang syarat.

Jayanthi berkata pada 1998, BPR merekodkan kenyataan beliau sebanyak tiga kali dan menurutnya tiga bulan kemudian, seorang pegawai BPR, Wong Chee Kong menelefon beliau untuk menyatakan kes itu ditutup.

Kepada soalan lain Rayer sama ada sepanjang beliau berkerja dengan Lingam, adakah beliau mengaturkan untuk penghantaran kek dan bunga ke rumah bekas ketua hakim itu, beliau bersetuju.

Selain daripada penghantaran itu, Jayanthi berkata beliau juga mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dari bank tetapi tidak tahu wang itu diberikan kepada siapa.

Kepada soalan seorang lagi peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, yang cuba mengaitkan hubungan rapat antara Lingam dan tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, Jayanthi berkata tiada komunikasi langsung antara kedua-duanya.

Katanya tiada alat interkom dalam bilik Lingam di pejabat peguam itu yang dihubungkan secara langsung dengan pejabat Tan.

Pada ketika itu, peguam yang mewakili Tan, Pradeep Kumar, membantah soalan itu.

Haidar mencelah: "Ini untuk menunjukkan hubungan rapat yang ingin ditunjukkan oleh Shafee," yang disambut gelak ketawa orang ramai dalam galeri.

-- BERNAMA

BPR
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 06:09 AM | Show all posts
mana an ? mana palatga ? mana dempol ? muahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 06:18 AM | Show all posts
ni lagi best:

Kejutan besar -- Lingam draf penghakiman Mokhtar Sidin, setiausahanya urus cuti Eusoff Chin

Oleh NOR ZAINAH NORDIN dan NOOR AZMAH IBRAHIM


HAKIM Mokhtar Sidin (gambar fail) dan gambar kanan, bekas setiausaha Lingam, Jayanti L. Govindarajulu Naidu selepas memberi keterangan pada prosiding siasatan klip video pelantikan hakim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 12 Feb.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 08:50 AM | Show all posts

Reply #397 ecomoda012's post

kes dah jadi semakin menarik ... harapnya lepas nih ada pula makhluk yg nak dedahkan sapa pula yg drafkan keputusan yg dibaca oleh augustine Paul semasa penghakiman DSAI dulu .....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by ecomoda012 at 13-2-2008 06:03 AM
LATEST:

12 Februari, 2008 21:05 PM           

Saya Diberikan RM3,000 Oleh BPR, Kata Bekas Setiausaha Lingam

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bekas setiausaha Datuk V. K. Lingam diberika ...

BPR ni badan pencegah rasuah ker badan pemberi rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 09:03 AM | Show all posts
Sebab tue lah BPR hanya berani tangkap ikan bilis tapi jerung2 ganas tak berani sentuh pun atas arahan pegawai2 kerajaan dan kepimpinan negara. Pak lah mungkir janji utk membersihkan kerajaan dari amalan rasuah dan penyelewengan tetapi hanya mampu tangkap ikan bilis aje....:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.066699 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list