CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

About vc 'VK Lingam': Latest -6 Individu Takkan Disiasat -

[Copy link]
dempol This user has been deleted
Post time 24-9-2007 07:16 AM | Show all posts
zaman bile punya cerita yg keldaian nak cerita ni...ni cerita zaman mahathir la..sekarng zaman pak lah..katak bawah tempurung betulla.....nak cari isu pun beragak la...

"Ketua Hakim (Dzaiddin) mengatakan yang beliau adalah saudara kepada Agong sekarang (Sultan Sirajuddin, Raja Perlis), maka beliau mahu kekal sehingga 68 (tahun).Jadi saya maklumkan kepada Tengku Adnan, semalam saya ada berjumpa Tengku."


bila mana Tuanku Syed Sirajuddin pakai gelaran Sultan da...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2007 11:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 11:54 AM | Show all posts
tapi semalam dengar komen2 bodo termasuk najib yang kata

beliau lega kerana hakim terbabit menafikan ..  lepas tu komen

nazri teksi bahawa ini semua kerja2 permbangkang menampakkan

kejahilan depa tentang hak perundang sesebuah negara .

patut depa biarkan saja benda ini disiasat tanpa perlu ada komen2

yang buleh menjejaskan peoses pernyiasatan .

tapi buat pembangkang ..  apa kata since kita juga ada tape perbualan tersebut ..

apa kata kita juga siasat sama ikut cara kita .  kalo di harap pada menteri2 bodo ini

besok takm pasai2 kita kena jual .  tak pasal2 depa kata kes dah di tutup pasal hakim

tersebut nak nafikan pembabitannya .
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 11:58 AM | Show all posts
Dtk VK Lingam ni masih hidup lagi tak?..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by car閒actor_z閞o at 20-9-2007 11:27 AM
Anwar dakwa percaturan dalam badan kehakiman
19-09-2007
Oleh SALHAN K. AHMAD  

PETALING JAYA: Satu klip video yang menunjukkan seorang peguam veteran didakwa sedang mengatur pencalonan bagi  ...

berat dakwaan tu lagi lagi nak dekat pilihanraya    betul ke ni   habislah umno  habisla  pak lah oiiii      wa sendiri pun sebenarnya bukannya yakin sgt dengan kehakiman kat m'sia ni


Apa bodoh benar contractor zero ni. Dia ingat badan kehakiman tu Kerajaan ka? hahahaha

Patutlah lah nama pon contractor zero...Dia tak tahu pasal Doctrine of Seperation of Powers rupanya. Hanya tahu menyalak kehulu menyalak kehilir...hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 12:15 PM | Show all posts

Reply #17 Maideen.'s post

tapi paklah and mahadey dulu banyak campurtangan dalam badan kehakiman....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2007 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 24-9-2007 12:09 PM


Apa bodoh benar contractor zero ni. Dia ingat badan kehakiman tu Kerajaan ka? hahahaha

Patutlah lah nama pon contractor zero...Dia tak tahu pasal Doctrine of Seperation of Powers  ...


Dan mungkin dia ingat...apa saja yg didakwa oleh Bung Nuar dia percaya bulat2 tak Maideen..lepas tu dia kaitkan dgn kerajaan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 12:46 PM | Show all posts
23 September, 2007 22:14 PM     

Tangani Segera Perkara Mengenai Sistem Kehakiman - Koh


BATU PAHAT, 23 Sept (Bernama) -- Bakal presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mahu keprihatinan berhubung sistem kehakiman negara ditangani segera.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata sekiranya dibiarkan, ia boleh menjejas kredibiliti dan integriti sistem kehakiman dan menyebabkan pelabur luar enggan melabur di Malaysia.

"Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang baik dan rangka kerja yang difahami pelabur luar berbanding dengan negara membangun yang lain.

"Ini merupakan kelebihan kepada negara untuk menarik pelabur asing. Tetapi sekali kita hilang kredibiliti, ia akan mempengaruhi keupayaan kita menarik pelabur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Gerakan Johor.

Koh berkata Gerakan menyokong arahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya siasatan segera dilakukan terhadap klip video yang merakamkan seorang peguam kanan kononnya sedang berbincang mengenai pelantikan hakim-hakim.

Katanya tindakan mesti diambil terhadap individu yang disabitkan dalam isu berkenaan sekiranya kandungan klip itu terbukti benar.

Kelmarin perdana menteri berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan mahu polis melakukan siasatan secepat mungkin.

Beliau berkata klip video itu mengandungi cerita yang boleh menjejaskan imej baik sistem kehakiman.

"Kita tidak boleh memandang mudah dan perkara ini mesti segera ditangani," kata Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Semalam Majlis Peguam dalam mesyuarat tergemparnya untuk membincangkan isu klip video itu mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut.

Presidennya Ambiga Sreneevasan berkata suruhanjaya tersebut perlu menyiasat masalah berhubung kehakiman.

Majlis Peguam telah menghantar memorandum kepada perdana menteri Rabu lepas menyeru kabinet membincangkan isu penubuhan suruhanjaya itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2007 12:46 PM | Show all posts
senang betui jadik org amenoo ni ye..... asal kata nafi jer... kira tak bersalah lah tu.
tak yah siasat laa........ nazri ohhh nazri.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 12:48 PM | Show all posts
23 September, 2007 22:14 PM     

Tangani Segera Perkara Mengenai Sistem Kehakiman - Koh


BATU PAHAT, 23 Sept (Bernama) -- Bakal presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mahu keprihatinan berhubung sistem kehakiman negara ditangani segera.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata sekiranya dibiarkan, ia boleh menjejas kredibiliti dan integriti sistem kehakiman dan menyebabkan pelabur luar enggan melabur di Malaysia.

"Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang baik dan rangka kerja yang difahami pelabur luar berbanding dengan negara membangun yang lain.

"Ini merupakan kelebihan kepada negara untuk menarik pelabur asing. Tetapi sekali kita hilang kredibiliti, ia akan mempengaruhi keupayaan kita menarik pelabur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Gerakan Johor.

Koh berkata Gerakan menyokong arahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya siasatan segera dilakukan terhadap klip video yang merakamkan seorang peguam kanan kononnya sedang berbincang mengenai pelantikan hakim-hakim.

Katanya tindakan mesti diambil terhadap individu yang disabitkan dalam isu berkenaan sekiranya kandungan klip itu terbukti benar.

Kelmarin perdana menteri berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan mahu polis melakukan siasatan secepat mungkin.

Beliau berkata klip video itu mengandungi cerita yang boleh menjejaskan imej baik sistem kehakiman.

"Kita tidak boleh memandang mudah dan perkara ini mesti segera ditangani," kata Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Semalam Majlis Peguam dalam mesyuarat tergemparnya untuk membincangkan isu klip video itu mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut.

Presidennya Ambiga Sreneevasan berkata suruhanjaya tersebut perlu menyiasat masalah berhubung kehakiman.

Majlis Peguam telah menghantar memorandum kepada perdana menteri Rabu lepas menyeru kabinet membincangkan isu penubuhan suruhanjaya itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 02:09 PM | Show all posts
apa akan jadi bila sistem kehakiman pun jadi bahan lawak jenaka...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 02:19 PM | Show all posts
siapa hakim tersebut masih menjadi tandatanya lagi...tapi penguam VK Linggam tu dah memang ternyata...so apa lagi....tak bole ke press charges??
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:08 PM | Show all posts
MANA ADA KES ,ITU SEMUA SUPERIMPOSE .CASE CLOSED
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by ouragloco at 24-9-2007 12:15 PM
tapi paklah and mahadey dulu banyak campurtangan dalam badan kehakiman....

Ostad sarban tinggi mana cakap kat ko nih? Ostad yang cakap mayat Mustafa Kemal Attartuk tak diterima bumi ka? Suruh dia cerita pasal hikmah berpoligami ajer dah lah..........prrrrrrrpffffftght
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 06:42 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 24-9-2007 12:16 PM


Dan mungkin dia ingat...apa saja yg didakwa oleh Bung Nuar dia percaya bulat2 tak Maideen..lepas tu dia kaitkan dgn kerajaan..

Itu lah AN.....punya lah bodohnya dia terus kata habislah UMNO padahal Pak Lah sundri suruh siasat. Hari rabu ni, pasal Maideen ada kes kat Seremban ajer AN. Tidak kalu, Maideen sundri turut sama berarak bagi memo kat Pak Lah di Putrajaya tu.

Itulah bodonya contractor zero tuh....prrrrrpggfffftht
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 08:07 PM | Show all posts
Klip video dakwa ‘atur’ lantikan hakim: Apa pula selepas setback pertama ?







Tanpa mengambil kira faktor samaada ia sahih atau tidak – siapa saja yang melihat klip video selama lapan minit aksi perbualan telefon peguam VK Lingam yang didakwa sedang rancak ‘mengatur’ lantikan hakim-hakim pasti ‘melompat’.


Kesan dari klip video yang didakwa dicuri rakam pada tahun 2002 di rumah peguam berkenaan di Kelana Jaya boleh menjejaskan keyakinan kepada badan kehakiman negara.


Sebagai menteri yang jaga urusan undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz tentunya tahu beliau berdepan dengan situasi yang serius bila kena jawab soalan wartawan mengenainya selepas satu acara di Kuala Kangsar Sabtu malam.


Ini kerana semua ternanti-nanti apakah betul orang yang berbual dengan Lingam itu Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim yang kini Ketua Hakim Negara.


Beliau tidak menyebut nama orang berkenaan.Jawapannya ialah hakim kanan yang didakwa sebagai orang yang bercakap dengan peguam itu telah menghubunginya dan menafikan itu suaranya.


Apapun Nazri dipercayai merujuk kepada Ahmad Fairuz.

Ini kerana laporan laman web dan blog terus menyebut nama Ketua Hakim Negara itu ekoran dari sidang akhbar Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Petaling Jaya Rabu lalu dimana beliau mendedahkan klip video itu.


Orang kuat DAP.Lim Kit Siang secara terbuka mendakwa Ahmad Fairuz sebagai orang yang berbual dengan Lingam.

Beliau mengasaskan dakwaannya pada teorinya bahawa lantikan Ahmad Fairuz sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Ketua Hakim Negara dibuat tidak lama selepas perbualan telefon Lingam itu.


Selain dari Anwar sendiri,pihak Majlis Peguam dan beberapa pihak telah mendesak penubuhan sebuah Suruhajaya Diraja bagi menyiasat dakwaan itu.


Isu klip video ini juga mendapat reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kedua-duanya yang ditanya wartawan menegaskan kesahihan klip video itu harus dipastikan dulu sebelum sebarang langkah lanjut diambil.


Bagi mereka apa yang ada setakat ini ialah klip video itu hanya menunjukkan seorang peguam sedang bercakap dengan orang lain yang tidak dapat dipastikan identitinya.


Ini juga adalah reaksi Nazri.


‘‘Jadi kita kena siasat kesahihan klip video itu sebab kita hanya lihat seorang (Lingam) yang bercakap manakala orang yang sebelah sana, kita tidak tahu siapa,” katanya.


Menurutnya hanya selepas kesahihan rakaman video itu disiasat barulah kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberi jaminan jika ia sahih kerajaan akan mengambil tindakan kerana kes itu boleh mendatangkan rasa kurang yakin rakyat terhadap badan kehakiman.


Buat masa ini macam-macam teori dan andaian berlegar lebih-lebih lagi dengan kenyataanya bahawa hakim kanan yang didakwa berbual dengan Lingam itu menafikan beliaulah orangnya.

Tanpa identiti sahih orang yang bercakap disebelah sana klip video itu boleh kata jatuh kategori bahan yang ' tak boleh kemana' .


Dalam pada itu tidak kurang menarik ialah kenyataan Nazri mempertikaikan motif pihak yang membuat pendedahan mengenai klip video itu.


‘‘Apa perlunya dedah dalam media sedangkan belum tentu lagi kesahihannya. Saya pertikaikan niat mereka itu sama ada kerana kepentingan politik atau kerana mahu lihat badan kehakiman bersih,” ujar beliau.


Orang yang membuat pendedahan itu adalah Anwar.


Kalau mengambil kira dari sudut kepentingan politik Penasihat PKR itu tentu sekali sukar nak menolak andaian seumpama itu.


Timing pendedahan itu sendiri mendorong pada andaian berkenaan.


Ini lebih-lebih lagi dalam kontek menjelang pilihanraya dimana beliau menghadapi sekatan ‘ edah ‘ tidak boleh bertanding jika pilihanraya diadakan sebelum bulan April tahun depan.


Semasa sidang akhbar itu Anwar mendakwa beliau dinafikan penghakiman yang adil dalam rayuannya terhadap kes sodomi dan salahguna kuasa di Mahkamah Rayuan pada tahun 2000.


Rayuannya bagi kes sodomi diterima tetapi tidak pada kes salahguna kuasa.Ahmad Fairuz adalah salah seorang hakim yang mengadili rayuan berkenaan.


Satu lagi tandatanya yang pasti semua orang nak jawapannya tentunya siapakah gerangan orangnya yang merakamkan perbualan telefon Lingam itu.


Anwar tidak mahu mendedahkan orang berkenaan semasa sidang akhbarnya.


Klip video itu dikatakan sepanjang 14 minit tetapi telah disunting menjadi lapan minit sahaja.Ini dikatakan bagi melindungi identiti orang yang merakamnya.


Ada juga cakap-cakap yang mengatakan politiking nak naik pangkat dan sebagainya dikalangan orang-orang kanan dalam badan kehakiman pun tidak kurang hebatnya.


Ini mencetuskan andaian klip video itu mungkin datang dari kalangan mereka yang berkepentingan dalam soal ini.


Senarionya dikatakan sama saja seperti mana-mana bidang.


Dakwaan tentang wujudnya campurtangan keatas urusan lantikan dalam bidang kehakiman ada berbangkit dari masa ke semasa sejak dari dulu lagi.


Baru-baru ini timbul cerita yang mengatakan campurtangan sultan sebuah negeri dalam proses lantikan Hakim Besar Malaya telah menyebabkan ia ‘tersangkut’ selama beberapa bulan.


Sebelum lantikan itu akhirnya dibuat sebuah laman web tempatan giat mainkan isu berkenaan hingga memberi gambaran seolah Malaysia berada diambang krisis perlembagaan kerananya.


Isu berkenaan terus reda bila pengumuman lantikan jawatan kedua tertinggi dalam badan kehakiman itu dibuat.


Apapun diketika kesahihan klip video itu tidak dapat dipastikan pendedahan tentangnya telah berjaya ‘ mengocak suasana ’.


“Saat-saat menjelang pilihanraya ni ‘bom’ yang mengegarkan begini tentu ia sekali mencetuskan isu ,persoalan dan sebagainya dikalangan orangramai.

"Kalau aku di pihak pembangkang pun aku ambil peluang ini.Dalam keadaan sekarang segala strategi kena letupkan,”kata seorang pemerhati politik.


Katanya tengok saja semua mereka sudah bangun serentak menghalakan senapang kearah kerajaan.


‘Kenyataan Nazri adalah setback besar yang mereka hadapi sekarang.Namun kita dapat jangka kontroversi ini akan berlarutan semasa pihak berkuasa berkenaan menjalankan siasatan menentukan kesahihannya,”katanya.


Memandangkan klip video itu didakwa dirakam pada tahun 2002 iaitu semasa Tun Dr Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri tentu beliau menjadi buruan para wartawan jika sihat dan tidak menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara.


Sebagai tuan tubuh yang membuat keputusan keatas isu yang didakwa komen beliau pasti dapat memberi petunjuk yang lebih jelas .- 23/9/2007
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2007 08:08 PM | Show all posts
bahasa urdu ko balik india la bongek
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 08:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 24-9-2007 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by chiKenliTeL at 24-9-2007 20:09
http://www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_346b8a4b-cabec5bb-d1f0ad00-44dec868/1/vk-cj.jpg



gambar tok sheikh no 2 dari kiri tu pun cakap sistem kehakiman neara pincang juga ke..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 01:32 AM | Show all posts

Reply #21 dempol's post

gang gang contactor mangkuk hayun ni mana tahu apa yg diorang paste ..

[ Last edited by  Dunhill. at 25-9-2007 01:36 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066760 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list