CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

About vc 'VK Lingam': Latest -6 Individu Takkan Disiasat -

[Copy link]
Post time 14-5-2008 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 14-5-2008 11:09 AM
Loh: A lot more to Lingam clip
By LOONG MENG YEE


KUALA LUMPUR: The VK Lingam video clip shown to the Royal Commission of Inquiry is only some 20% to 30% of what was recorded that night at t ...
However, from memory, Loh, 34, said he remembered that Lingam had mentioned about how he had manipulated cases to his advantage by using certain lawyers against certain judges to make sure the judgments would be in his favour.


ini loyar banyak jahat punya.....Criminal Lawyer ----(the word 'criminal' is redundant)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2008 10:04 PM | Show all posts

Video Lingam: Suruhanjaya diraja gesa siasat Mahathir

Oleh Malaysiakini     

KL: Suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi, disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim.

Yang lainnya ialah bekas ketua hakim negara - Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin - peguam kanan Datuk VK Lingam; bekas menteri di jabatan perdana menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat di bawa Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.

Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata hari ini bahawa kabinet telah mengarahkan pejabat peguam negara untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka.

Sebelum itu, Zaid berkata kerajaan memutuskan untuk mengumumkan laporan suruhanjaya diraja itu.

Orang ramai boleh membeli laporan tersebut mulai esok pada harga RM542.10 senashkah.Salinan laporan tersebut tidak diedarkan kepada pihak media tetapi Zaid membaca satu perenggan dalam laporan tersebut.

Laporan berjumlah 186 muka surat itu telahpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Suruhanjaya Diraja itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguamcara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Suruhanjaya itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam, Datuk V.K Lingam, sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang dikatakan seorang hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim .

Seramai 21 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga bekas ketua hakim negara dipanggil memberi keterangan dalam inkuiri yang memakan masa selama 17 hari bermula 14 Januari lalu.

RM542.10
186muka surat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 12:40 AM | Show all posts
mak aiiii harga.....
agak-agak kat library ada tak buku ni....
wa nak pinjam baca aje....


Originally posted by cloroc at 16-5-2008 10:04 PM
RM542.10
186muka surat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 01:07 AM | Show all posts
Laporan Polis Berikutan Tindakan Akhbar Siar Hasil Siasatan Suruhanjaya
BERNAMA - 16 Mei, 2008 21:33 PM

PUTRAJAYA, 16 Mei (Bernama) -- Satu laporan polis telah dibuat oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berikutan tindakan beberapa akhbar tempatan menyiarkan sebahagian hasil siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video Lingam sebelum Kabinet memutuskan untuk memaklumkannya kepada umum.

Difahamkan laporan tersebut dibuat oleh seorang pegawai kanan bahagian itu bagi mengetahui bagaimana hasil siasatan itu boleh dikeluarkan lebih awal sedangkan ia masih rahsia.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan bahawa laporan polis itu dibuat pada jam 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.

Beberapa akhbar tempatan hari ini dan pada 10 Mei lepas telah menyiarkan sebahagian hasil siasatan tersebut.

Laporan akhbar itu antara lain menyebut suruhanjaya itu membuat kesimpulan bahawa bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan secara langsung mempengaruhi pelantikan serta kenaikan pangkat hakim-hakim.

Menurut laporan itu juga Suruhanjaya itu mencadangkan beberapa individu yang memberi keterangan dalam inkuiri berkenaan disiasat mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan.

---

sapa pulak yg bakal jadi mangsa ni?
akta rahsia rasmi? arghhh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 01:20 AM | Show all posts
erkk... rupanya selama ini hasil siasatan suruhanjaya tak bleh reveal kat public ehh....
no wonder lah aku tak pernah dengar segala keputusan hasil siasatan suruhanjaya M'sia nyer....  

Originally posted by Jiman at 17-5-2008 01:07 AM
Laporan Polis Berikutan Tindakan Akhbar Siar Hasil Siasatan Suruhanjaya
BERNAMA - 16 Mei, 2008 21:33 PM

PUTRAJAYA, 16 Mei (Bernama) -- Satu laporan polis telah dibuat oleh Bahagian Hal Ehwal  ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 10:36 AM | Show all posts
Laporan Lingam bocor: JPM buat aduan polis

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

PUTRAJAYA 16 Mei
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2008 11:45 AM | Show all posts
KISAH ENAM JAHANAM adakah mereka akan didakwa kita tunggu episode seterusnya

RAKYAT MENANTI DAN MENUNGGU APAKAN TINDAKAN YANG BAKAL DIKENAKAN TERHADAP ENAM JAHANAM NI YANG TELAH MENJAHANAMKAN INSTITUSI KEHAKIMAN:@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 03:15 PM | Show all posts
....6 jahanam dlm memalukan sistem kehakiman. Tengku Adnan...apsal Pak Lah buta hati pilih dia sbg S/U agung UMNO... 'kami' dr saluran 3 (bukan TV3 ye.. ) nak lihat komen hardcore2 UMNO spt yg dihormati encik revolusi30,tuan maideen,mr pelaga,mr axklinux,encik AN &yg sewaktu dgnnya berhubung isu klip ini dan yg bersabit terlibat mngatur hakim. harap encik2 beri komen bernas&fakta...bukan menegakkan benang totok yg basah. Kami dr saluran 3 boring dgn komen totok yg seghope&takde beza je dgn org2 taksub 'bulan' & 'mata lebam'.

Sekian. Maaf jua dipinta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 04:12 PM | Show all posts

Reply #448 kuda-liar's post

Paklah bukan buta hati pilih Tengku Adnan sbg. S/U Agung UMNO tapi dah takdak choice dah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 04:49 PM | Show all posts
Media boleh dikenakan tindakan - Zaid
17/05/2008

KOTA BHARU 17 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 05:10 PM | Show all posts
SELAMAT MENJALANKAN SIASATAN....................siasatan tu biar telus dan mulus:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 05:31 PM | Show all posts
Siasatan Harus Tertumpu Kepada Dua Individu, Kata Guan Eng

PULAU PINANG, 17 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata siasatan terhadap mereka yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video V.K. Lingam sepatutnya tertumpu kepada hanya dua individu.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata siasatan seharusnya tertumpu kepada dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin.

Oleh itu, keputusan Suruhanjaya Diraja berhubung klip video itu perlu dikaji semula memandangkan keputusan penghakiman yang dibuat oleh Ahmad Fairuz dan Eusoff dalam kes yang mereka adili berkemungkinan mengandungi unsur-unsur yang berniat jahat, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 2,013 penerima di Dewan Masyarakat Penyayang di sini hari Sabtu.

Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor telah mengeluarkan laporan setebal empat jilid dan akan dijual kepada orang ramai mulai Selasa.

Pada 9 Mei lepas, laporan hasil inkuiri selama 17 hari yang bermula 14 Jan lepas, diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 05:42 PM | Show all posts
rasa2 .. ada can ke hakim2 ni disabitkan kesalahan depa  ...
cam takkan berjaya ajer ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 05:44 PM | Show all posts
Patutnya fokus kat extra sorang lagi.... Tun M.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 06:47 PM | Show all posts
Saya sedia disiasat dan didakwa di mahkamah - Mahathir
17/05/2008

JOHOR BAHARU 17 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 07:28 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 17-5-2008 06:47 PM
Saya sedia disiasat dan didakwa di mahkamah - Mahathir
17/05/2008

JOHOR BAHARU 17 Mei — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau bersedia disiasat dan didakwa di ...


... belum kena siasat lagi, dah buat tuduhan melulu kehulu kehilir....

you're gonna sing, old toad!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 07:35 PM | Show all posts
panas................
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 07:39 PM | Show all posts
Originally posted by freebird at 17-5-2008 07:28 PM


... belum kena siasat lagi, dah buat tuduhan melulu kehulu kehilir....

you're gonna sing, old toad!!!

LOLZ...   
and you gonna get nuked and roasted by the old toad  cronnies in here, just you wait
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 08:01 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 17-5-2008 05:44 PM
Patutnya fokus kat extra sorang lagi.... Tun M.


tapi bukan ker Tun M tu idola PAS  ??
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 08:11 PM | Show all posts
teringat dulu lingam menafikan sora dlm klip video tu bukan sora dia...

so skrg pa kes??? ada lagi ke pecinta lingam ni nk cover???

kebenaran pasti terserlah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.075069 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list