CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

About vc 'VK Lingam': Latest -6 Individu Takkan Disiasat -

[Copy link]
Post time 25-9-2007 07:12 AM | Show all posts
hehehe..kita tgok bagai mana Nazri Teksi menangani masalah ini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2007 08:30 AM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 24-9-2007 06:42 PM

Itu lah AN.....punya lah bodohnya dia terus kata habislah UMNO padahal Pak Lah sundri suruh siasat. Hari rabu ni, pasal Maideen ada kes kat Seremban ajer AN. Tidak kalu, Maideen sundri turut sa ...


Tapi..cuba tanya dia plak Maideen..klip2 video dan akuan bersumpah yg dilistkan ni dia percaya atau tidak?..tentu dia percaya habislah PKR dan habislah Bung Nuar..

1) klip rakaman perbualan talifon manja sukma dan anwar juga sebagai betul
2) klip rakaman perbualan talifon manja mior dan anwar sebagai betul.
3) klip rakaman perbualan talifon anwar dan norlela sebagai betul.
4) klip sukma dengan lelaki gay ireland sebagai betul.
5) klip VIDEO pengakuan sukma sebagai betul
6) klip VIDEO pengakuan hairany depan taib azamudin sebagai betul.
7) klip pengakuan VIDEO (secara rahsia) norlela depan penyiasat sebagai betul
8 ) klip pengakuan VIDEO ann raj rodriqueze depan penyiasat sebagai betul
9) klip pengakuan VIDEO ismail harun depan penyiasat sebagai betul.
10) akuan bersumpah depan pesuruhjaya sumpah secara bertulis azizan abu bakar sebagai betul
11) akuan bersumpah mior abdul razak depan pesuruhjaya sumpah sebagai betul.
12) klip video anwar berpura pura sakit dalam hospital sebagai betul.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 07:55 PM | Show all posts
Panel khas siasat ketulenan video dakwa skandal hakim
25-09-2007

PUTRAJAYA:  Sebuah panel bebas khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kesahihan rakaman video mengenai perbualan telefon kononnya antara seorang peguam dan seorang hakim kanan mengenai urusan pelantikan hakim, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata panel tiga orang itu diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor dan dianggotai aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar.

"Keputusan ini diambil memandangkan dakwaan dan spekulasi yang dibuat berhubung rakaman tersebut boleh menimbulkan keraguaan terhadap kredibiliti dan integriti sistem kehakiman negara," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Najib berkata panel itu akan memulakan tugas dalam masa terdekat dan akan menyediakan laporan terperinci secepat mungkin kepada kerajaan.

"Hasil laporan panel itu yang dijangka diketahui dalam beberapa minggu lagi akan diumumkan kepada orang ramai," katanya.
Video lapan minit itu yang dirakamkan empat tahun lalu disiarkan dalam Internet setelah sebuah parti pembangkang mendedahkan mengenai dakwaan itu.


Najib berkata panel itu akan menjalankan siasatan penuh terhadap kesahihan rakaman video itu termasuk kemungkinan menyoal mereka yang dikaitkan.

Kepada satu soalan, beliau berkata kerajaan tidak bercadang menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara itu.
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 25-9-2007 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 25-9-2007 08:30


Tapi..cuba tanya dia plak Maideen..klip2 video dan akuan bersumpah yg dilistkan ni dia percaya atau tidak?..tentu dia percaya habislah PKR dan habislah Bung Nuar..

1) klip rakaman perbu ...



aku pilih yg no 12 tu AN...video betulka ni..palesu kot.....ni ha video nya,,

http://www.youtube.com/watch?v=2lfRf-j90h0
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 12:01 AM | Show all posts
translate bahasa urdu ada tak
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by dempol at 25-9-2007 09:32 PM



aku pilih yg no 12 tu AN...video betulka ni..palesu kot.....ni ha video nya,,

http://www.youtube.com/watch?v=2lfRf-j90h0


Haaa...cuba tanya mereka dempol..mereka percaya tak video tu.?..

Jangan harap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
^
Post time 6-10-2007 04:03 AM | Show all posts
Video kehakiman: BPR siasat Anwar di pejabat
05-10-2007 09:22:37 PM

PETALING JAYA:  Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini mengambil keterangan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan bagi menentukan kesahihan klip video kononnya mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam dengan seorang yang dikatakan seorang hakim mengenai pelantikan hakim-hakim.

Dua pegawai penyiasat dari pejabat BPR Putrajaya tiba di pejabat Anwar di Seksyen 16 di sini petang ini.

Kedua-dua mereka yang enggan dikenali apabila ditemui pemberita dua jam kemudian enggan mengulas mengenai pertemuan mereka dengan Anwar yang disertai peguamnya William Leong.

Sementara itu, Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sidang akhbar selepas itu berkata beliau bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan BPR mengenai siasatan mereka terhadap kesahihan klip video berkenaan.

Anwar berkata memang wajar BPR bertanyakan kepadanya kerana beliaulah yang mula-mula mendedahkan klip video berkenaan.

Anwar berkata beliau berpuas hati dengan jaminan BPR mengenai kerahsiaan pemberi maklumat dalam siasatan itu.

Panel khas yang ditubuhkan kerajaan 25 Sept lepas bagi menentukan kesahihan rakaman klip video itu mengadakan mesyuarat pertamanya dua hari lepas.

Panel bebas itu diketuai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor dan dianggotai aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 07:30 AM | Show all posts
siasat aja laa lingam tu, tanya dia dia bercakap dengan siapa??
takan tu pun POLIS, BPPR tak boleh nak buat!!!

Lepas tu buat Suruhanjaya diraja...seisat penlibatan Kerajaan dan orangnya dalam sistem kehakiman negara.....

Siapa yg terlibat dikenakan hukuman maksima!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2007 11:49 AM | Show all posts
BN =banyak nakal
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 11:14 PM | Show all posts

BPR ni asyik kata takde masa aje, apa kejadahnya semua ini ???

BPR diberi lebih masa siasat klip video


KUALA LUMPUR 18 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 11:20 PM | Show all posts
tgh mood raya la tu, lobai dunhill. Sabo sabo.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 11:24 PM | Show all posts

Reply #2 pelaga's post

ermmm ana pon ada fikir itu macam jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2007 03:05 AM | Show all posts
BPR: Klip video tidak boleh jadi bukti
Oleh: RUHAIDINI ABD KADIR

KUALA LUMPUR 19 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 12:15 AM | Show all posts
Klip video tidak pernah disunting, siasatan BPR jadi tanda tanya  
Azamin Amin
Sat | Oct 20, 07 | 11:48:30 am MYT  
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Hrkh) - Kenyataan Badan Pencegah Rasuah (BPR) diselar kerana mendakwa klip video yang memaparkan perbualan telefon seorang peguam dengan seseorang yang dikatakan hakim kanan mengenai urusan pelantikan hakim dalam negara yang kini tidak boleh dijadikan bahan bukti kes kerana ia telah disunting sedangkan yang ditayangkan merupakan sebahagian awal klip tersebut.

Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali berkata video berkenaan tidak pernah disunting sama sekali dan yang dipaparkan selama ini merupakan 8 minit awal daripada keseluruhan klip tersebut.

"Manakala bakinya akan kita paparkan setelah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menggantikan panel bebas yang sudah hilang wibawa dan tidak dapat menjamin keselamatan dan perlindungan saksi dalam kes ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Ini penting kerana bahagian akhirnya akan menunjukkan beberapa orang yang hadir sewaktu perbualan itu dirakamkan dan akan mendedahkan saksi-saksi tertentu dalam kes ini," katanya.

Beliau juga membangkit persoalan dan menyelar BPR kerana tidak wajar bertindak menyiasat bagi pihak panel bebas sedangkan siasatan haruslah dilaksanakan oleh panel itu sendiri tanpa melibatkan agensi lain.

"Untuk mengesahkan kesahihan atau ketulenan klip video ini, panel bebas sepatutnya memanggil pakar-pakar dalam bidang multimedia dan teknologi untuk mengkajinya secara teknikal bukan menunggu keputusan BPR," katanya dan turut menambah tindakan ini membuktikan panel bebas tersebut tiada kuasa dan mempunyai kredibiliti.

"Apa guna tubuh panel bebas yang tiada kuasa memanggil saksi terutama yang disebut dalam klip ini seperti V.K Linggam, Vincent Tan, Adnan Mansor dan Tun Fairuz malah saksi-saksi lain tidak mahu tampil ke depan jika jaminan keselamatan dan tiada perlindungan saksi," katanya.

Beliau menggesa kerajaan membubarkan panel bebas ini supaya Suruhanjaya Diraja dapat dibentuk bagi menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Sebelum itu dalam masa sama, dilaporkan Majlis Peguam menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Diraja bagi menggantikan panel bebas dan menurut Presidennya, Ambiga Sreenevasan, ini kerana, panel bebas yang ditubuhkan pada 25 September lalu tidak mempunyai kuasa penuh untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh mengenai kes tersebut.

Menurut beliau, suruhanjaya diraja yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, mempunyai kuasa untuk memanggil saksi, mewajibkan kehadiran dan menyediakan imuniti kepada para saksi bagi memastikan keberkesanan siasatan terhadap kes tersebut.

"Sekiranya mereka tidak mampu untuk menjalankan siasatan, lebih baik tubuhkan Suruhanjaya Diraja yang mempunyai kuasa menyeluruh untuk membuat siasatan," katanya.

Syed Husin berpendapat sikap melengah dan tidak mengendahkan tuntutan ini dilihat sebagai satu tindakan untuk menutup kes ini daripada didedahkan kepada umum memandangkan pilihan raya bakal menjelang yang boleh mengakibatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) hilang sokongan daripada rakyat jelata.

Beliau turut berpandangan bahawa BPR sudah dijadikan alat oleh parti pemerintah untuk 'membersihkan' para pemimpinnya yang terlibat dalam pelbagai salah laku tertuatama yaang melibatkan rasuah.

"Korupsi dalam BPR sendiri harus diselidiki sehingga ke peringkat atasan supaya ketelusan dan kewibawaannya boleh diyakini rakyat selama ini," katanya.

Pada 27 September lalu kerajaan menubuhkan panel bebas khas diketuai bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd. Noor dan dianggotai aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar untuk menjalankan siasatan terhadap kesahihan klip video berkenaan.

Panel yang hanya diberi tempoh 30 hari bekerja, mulai tarikh pengeluaran surat pelantikan anggotanya 27 September lalu dijadualkan bermesyuarat pada 29 Oktober ini.

Bagaimanapun mesyuarat yang dijadualkan itu terpaksa ditangguhkan kerana laporan siasatan daripada BPR masih belum diperolehi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 12:15 AM | Show all posts
Ketua pembangkang gesa Ketua Hakim Negara letak jawatan
PETALING JAYA 20 Okt
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 05:12 PM | Show all posts
Siasatan hampir selesai -- BPR panggil Anwar beri keterangan klip video esok

Oleh: RUHAIDINI ABD KADIR dan SAHBULAH DARWI

KUALA LUMPUR 20 Okt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


undurdexa This user has been deleted
Post time 30-10-2007 11:38 AM | Show all posts

BPR kecewa Anwar enggan serah klip video

kerajaan pun perlu fikir, mesti ada sebab anwar tak mau serah, betul tak?

BPR kecewa Anwar enggan serah klip videoOleh JAMDI NASIR
KOTA KINABALU 29 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 11:53 AM | Show all posts
beranilah kerana benar....simpan2 bukn dpt duit..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 11:56 AM | Show all posts
apsal tak mau bagi .......... nak cover sape lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 12:05 PM | Show all posts
Apehal pulak..kan dah DSAI dah mintak BPR dtg amik klip video tu..dh burung murai BPR terus jadik kecik sampai takut nak dtg amik, nak buat mcm mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.471088 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list