CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

About vc 'VK Lingam': Latest -6 Individu Takkan Disiasat -

[Copy link]
Post time 1-11-2007 11:12 PM | Show all posts
Originally posted by undurdexa at 1-11-2007 11:03 PM
tapi undur berfikir Mawi tak lut punya sebab dia ada pakai spenda 5 lapis walaupun dia pergi ke mana2.


  semua fanatik kagum habis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2007 11:16 PM | Show all posts
apahal BPR sibuk2 pula nak menentukan kesahihan klip video tu
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 1-11-2007 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by biezie_slalu at 1-11-2007 23:16
apahal BPR sibuk2 pula nak menentukan kesahihan klip video tu


dah keje BPR..kita jangan masuk campur Dempol nasihatkan...

Teruskan Revolusi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 11:50 PM | Show all posts
Ini lah islam hadhari
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 12:00 AM | Show all posts
Originally posted by dempol at 1-11-2007 11:33 PM


dah keje BPR..kita jangan masuk campur Dempol nasihatkan...

Teruskan Revolusi..


secara logik sepatutnya polis yg ada hak dan kepakaran utk mengesahkan kesahihan klip itu.
selepas polis sahkan klip itu, barulah BPR boleh ambil tindakan seterusnya....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 04:04 AM | Show all posts

Reply #14 biezie_slalu's post

polis kan tgh sibuk... berebut2 nak kumpul 27juta sebelum pencen

tak sempat nak ambik port kes2 mcm ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2007 08:32 PM | Show all posts

Suruhanjaya Diraja Ditubuh Siasat Kes Klip Video "Lingam"

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan bagi menyiasat kes klip video "Lingam" yang dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka dan seorang yang dikatakan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata penubuhan suruhanjaya itu difikirkan wajar berdasarkan laporan panel khas yang menyiasat kesahihan klip video itu baru-baru ini.

"Soal penubuhan suruhanjaya itu sesuatu yang diputuskan boleh kita (kerajaan) tubuhkan.

"Pada waktu ini cuma kita hendak tetapkan bidang tugasnya. Kita nak tetapkan apakah tugas yang akan ditentukan untuk suruhanjaya ini," katanya kepada pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada Presiden Uruguay Dr Tabare Vasquez dan isterinya Maria Auxiliadora Delgado de Vasquez yang menamatkan lawatan lima harinya ke Malaysia di sini.

Abdullah berkata ketiga-tiga menteri yang dilantik Kabinet untuk meneliti dari segi perundangan laporan panel khas itu, akan membentangkan pandangan dan saranan mereka dalam mesyuarat jemaah menteri Rabu depan.

Perdana Menteri berkata siapa yang akan menganggotai suruhanjaya diraja itu hanya akan ditentukan selepas bidang tugas suruhanjaya itu ditetapkan.

Ditanya sama ada kerajaan terdesak untuk menubuhkan suruhanjaya diraja selepas beberapa pihak menggesa ia ditubuhkan, Abdullah berkata keputusan itu dibuat kerana ada kewajaran untuk menubuhkannya selepas meneliti laporan panel khas berkenaan.

"Dulu kita kata tunggu dulu supaya laporan (panel khas) itu (dikeluarkan). Laporan dah dikeluarkan maka berasaskan laporan itu kita tengok kewajaran. Nampaknya ada kewajaran menubuhkan suruhanjaya diraja. Maka kita tubuhkanlah," katanya.

Panel khas itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor, aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar.

Tiga menteri yang diberi tugas meneliti laporan panel khas itu ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 08:38 PM | Show all posts
aik tibe2 swinggg nak tubuh plak..dulu lembu botak bodoh nak mampos tu gak kata tak payah..

teori den senang je..melalui SD ni..depa boleh panggil saksi yg merakamkan perbualan Lingam dgn lembu2 lain tu..pehtu depa boleh tangkap saksi utama..pukul secukup rasa..sumbat dalam ISA..paksa minum air kencing..bogelkan..tendang kottey sampai mati pucuk...pehtu lopeh kes dah senyap bolela bebaskan tanpa rasa bersalah dan berdosa..nak dosa apo..islam hadhori tak ajar dosa pahala ni..biar Pak Lah tentukan nasib depa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2007 08:38 PM | Show all posts
keh..keh....baru nak tubuh kaa??
Apa kata panel....
Kan dah lama orang suruh tubuh..tapi tak nak....habiskan masa dan duit saja....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by acura at 16-11-2007 08:38 PM
keh..keh....baru nak tubuh kaa??
Apa kata panel....
Kan dah lama orang suruh tubuh..tapi tak nak....habiskan masa dan duit saja....


Kira oklah Pak Lah nak tubuhkan..kang tak tubuhkan kang....meroyan plak kang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 08:53 PM | Show all posts

Reply #4 Anak_Nogori's post

oo... "kira OK " aje la ye?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 08:54 PM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 16-11-2007 08:53 PM
oo... "kira OK " aje la ye?


Habis..nak kata karaoke plak ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 09:04 PM | Show all posts
mmg okla tu..terima kasih pak lahanat..ni yg den percaya pak lahanat telus ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 09:06 PM | Show all posts
setelah tak dapat spin lagi...terpaksa laa buat gak suruhanjaya diraja.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 09:07 PM | Show all posts
Orang suruh buat awal2 tarak magu...kang dah kena buat gak.....

Errr apa result penal bebas kata??
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 09:12 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 16-11-2007 08:54 PM


Habis..nak kata karaoke plak ke?..

kalo belah pembangkang yg buat, panjang lebar plak komen AN ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2007 09:15 PM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 16-11-2007 09:12 PM

kalo belah pembangkang yg buat, panjang lebar plak komen AN ye...


Habis..dah pak lah nak buat...kita tunggu jelah suruhan jaya yg nak ditubuhkan tu..takkan nak jadik macam berok jalanan tu..melompat sana melompat sini..akhirnya sendiri gak yg malu...terjun prigi buta la wei.

Kang panjang dah komeng AN..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 09:16 PM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 16-11-2007 09:12 PM

kalo belah pembangkang yg buat, panjang lebar plak komen AN ye...


Habis..dah pak lah nak buat...kita tunggu jelah suruhan jaya yg nak ditubuhkan tu..takkan nak jadik macam berok jalanan tu..melompat sana melompat sini..akhirnya sendiri gak yg malu...terjun prigi buta la wei.

Kang panjang dah komeng AN..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 16-11-2007 09:15 PM


Habis..dah pak lah nak buat...kita tunggu jelah suruhan jaya yg nak ditubuhkan tu..takkan nak jadik macam berok jalanan tu..melompat sana melompat sini..akhirnya sendiri gak yg malu...terjun  ...

ala... dacing tu dah berat sebelah,nak buat cemana AN. dok betol2 tau kang dacing tu terlebih senget, tercampak plak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 02:06 AM | Show all posts
aku pelik la..
camne nazri aziz yang dah ada pre-judgement tu boleh dipilih untuk buat laporan?
bukan sebelum ni dia pernah declare yang video klip tu palsu ke?
camne dia nak siasat something yang secara terbuka dia dah umumkan sebagai palsu?
lagi satu, dia kata dia lega sebab VK lingam bagitau nazri yang itu bukan vk lingam dalam video klip terbabit..
camne dia boleh tanya secara terus pada orang terbabit?
tidakkah itu memungkinkan sesuatu yang meragukan?

amik kau, berjela2 soalan aku tanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.649422 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list