CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4227|Reply: 31

Ziana Zain @ Rancangan TV Raya 2007

[Copy link]
Post time 21-9-2007 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Selebriti 'serbu' Melodi Raya!
21-09-2007 12:14:23 PM
oleh WAHIDA ASRANI
BARU mencecah seminggu umat Islam berpuasa, namun kedatangan bulan Syawal semakin hari semakin mula dirasai.
Malah, di dalam industri hiburan sendiri, bahang Hari Raya semakin hebat dengan begitu banyak program-program raya sudah mula dirakamkan kini.

Salah satu daripadanya adalah program sensasi, Melodi yang setiap tahun akan tampil dengan sebuah program khas Melodi Raya bagi melengkapkan sambutan Syawal dengan menyajikan informasi hiburan.

Bertempat di Berjaya Times Square Hotel and Convention Centre malam tadi,  lebih 400 tetamu yang terdiri daripada artis-artis serta penggiat-penggiat seni tanahair hadir memeriahkan rakaman program popular itu yang akan disiarkan di TV3 pada 14 Oktober dan 21 Oktober nanti, jam 12 tengahari.

Dengan rekaan set dan dekorasi yang bercirikan suasana perayaan di kampung, antara selebriti popular yang hadir menyerikan Melodi Raya kali ini adalah Fasha Sandha, Lisdawati, Hans Isaac, Hattan, Noraniza Idris, Adibah Noor, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Siti Sarah, Elyana, Nikki, Yanie, Spider, Noryn Aziz dan Ahli Fiqir.

Antara selebriti yang hadir memeriahkan rakaman Melodi Raya (Foto The Star oleh Azhar Mahfof)

Mengekalkan gandingan mantap dua pengacaranya, Fara Fauzana dan Wahid yang sentiasa mencuit hati tetamu dengan telatah mereka, Melodi Raya kali ini turut menampilkan Aidiel Abdul Ghafar sebagai hos di pentas persembahan di mana antara penyanyi yang menghangatkan suasana raya program tersebut dengan dendangan lagu-lagu raya ialah Amy Mastura, Ziana Zain, Misha Omar, Aishah, Nora, Rosma AF, Datuk Yusni Hamid, Farawahida dan Sofaz.

Artis lain yang turut membuat persembahan untuk program khas ini ialah Nieyl, Senario, Haziq, Raihan, Jalil Hamid, Pija, Andy Flop Poppy serta sketsa oleh Azlee, Lan Pet Pet, Syanie, A.Chong dan Din Beramboi.

"Melodi Raya 2007 tidak banyak kelainan seperti tahun-tahun sebelumnya. Memandangkan Melodi sudah sinonim dengan artis, jadi kali ini juga kita menyaksikan lebih ramai kehadiran artis ke rakaman program ini.

"Ada yang memang kita jemput dan ada artis itu sendiri yang hubungi kami untuk turut sertai program ini.

"Pada mulanya, memang kami ingin hadkan bilangan artis, tetapi kerana permintaan daripada ramai artis sendiri, kita akhirnya lebih bersikap terbuka dan mengalukan kehadiran mereka untuk menceriakan lagi Melodi Raya ini.

"Selain itu, Melodi Raya kali ini juga turut prihatin dengan memberi sumbangan kepada beberapa individu di dalam industri ini yang tidak bernasib baik.

"Kita ingin tekankan bahawa Melodi bukan hanya mengejar cerita-cerita artis saja, tetapi kita juga turut prihatin pada nasib yang menimpa penggiat-penggiat seni serta individu yang terlibat secara tidak langsung di dalam industri ini," ujar Jamil Hassan, selaku penerbit program.

Dua artis lelaki yang sedang mencipta nama, Diddy dan Faizal Tahir turut hadir

Keprihatinan tersebut ditunjukkan dengan menghulurkan sumbangan melalui Tabung TV3 Bersamamu kepada empat individu.

Mereka ialah Norasmah Jamaluddin (isteri kepada stuntman filem Jangan Pandang Belakang yang terkorban ketika di lokasi), Yazid Sobrani, Sudiro Sukiman dan Karim Sulaiman (editor Berita Harian yang diserang penyakit misteri).

Dalam pada itu, kelainan lain dalam Melodi Raya kali ini juga ialah sebuah rakaman istimewa yang berkonsepkan Journey to Raya yang turut akan diselitkan di dalam program khas itu.

Rakaman tersebut dijalankan di kampung halaman selebriti tanahair dengan memberi fokus kepada persediaan mereka di bulan Ramadhan sehinggalah saat menjelangnya Aidilfitri.

Melalui segmen ini, penonton bakal menyaksikan pengalaman dan kisah beberapa artis seperti Maya Karin yang akan menceritakan sambutan Malam 7 Likur, Dina dan Fazli Zainal berkongsi kisah berbuka puasa dan penyanyi Nurul tentang persediaan di malam Raya.

"Rakaman untuk segmen ini kita sudah selesai, cuma dengan Nurul saja kita belum buat kerana ketika ini dia mengerjakan umrah.  

"Segmen ini juga kita tampilkan Fara dan Wahid yang akan ke rumah artis-artis tersebut untuk berbuka puasa dan melihat aktiviti mereka di sana. Seperti biasa, kita juga akan cungkil cerita-cerita sampingan artis tersebut," jelas Jamil lagi.





[ Last edited by  Syd at 7-10-2007 10:16 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2007 01:24 PM | Show all posts
mane gambo ziana zain nye takdek kerrrrr??!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 01:29 PM | Show all posts
iye2 je ziana zain...tp xde gmbr ziana pon???
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 01:31 PM | Show all posts
ntahnya.. tension jer aku.. aku klik ni sebab nak tengok gambar terbaru dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 01:32 PM | Show all posts
ler.. gambo xde ke??
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 02:01 PM | Show all posts
hampeh sungguh:@ :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-9-2007 02:27 PM | Show all posts
gambo tuh suprise laa

nanti bila dah nyanyi esok

ada lah gambo nya kat tv ker
kat paper ker

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 06:17 PM | Show all posts
hmm.. ala bg la muka2 yg tah apa2 masuk paper. sian mrk tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2007 10:02 PM | Show all posts

Reply #3 lemonadenoi's post

ziana kan ratu propah 2007
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 10:58 PM | Show all posts
ada ni ha...credit tu klubkidd

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2007 04:13 PM | Show all posts

Reply #11 puteri-jelmaan's post

ahaks...gaya ziana ni dah sama dgn gaya avatar ziana2006
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2007 11:27 PM | Show all posts
sama ke??tolong la!
mata ko letak kat mana??hidung??
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2007 11:34 PM | Show all posts
mmg hampir sama..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 10:28 AM | Show all posts
beg ahkak zz same ngn beg tokti p tgk F1 sepang?! berkilat memancor2 dr jaoh nampk dahhh...thehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by honeYweLL at 24-9-2007 10:28 AM
beg ahkak zz same ngn beg tokti p tgk F1 sepang?! berkilat memancor2 dr jaoh nampk dahhh...thehehehe



tu lah sama jer kan
bila sepasang ker kak g oi??? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 10:24 PM | Show all posts
kalau sapa kata sama tu...kulit sama ke??eeiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


higher_energy This user has been deleted
Post time 25-9-2007 10:49 PM | Show all posts
wow!!! best ni....

baju cantik....

i`ll make sure that i`m watching it...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 10:52 PM | Show all posts
ok sama la nokkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 11:07 PM | Show all posts
fotopages brother jinggo ada..tp aku tk dpt paste..sbb napa ntah..pc arini lmbt la
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 10:28 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.069038 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list