CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3309|Reply: 5

Telekom pula tarik diri Liga Malaysia

[Copy link]
Post time 22-9-2007 03:51 AM | Show all posts |Read mode
Telekom pula tarik diri Liga MalaysiaKUALA LUMPUR - Saingan Liga Malaysia musim 2007/2008 bakal hilang seri apabila giliran Kelab Bola Sepak Telekom Melaka (TMFC) pula menarik diri.
Telekom Malaysia Berhad (TM) telah mengemukakan permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menarik diri daripada saingan Liga Super yang dijadualkan bermula awal November ini.
Langkah itu diambil selaras dengan keputusan TM untuk menyelaraskan peranannya ke arah menyumbang kepada pembangunan sukan negara, terutama daripada segi penajaan sahaja dan bukannya untuk mengelolakan sebuah kelab bola sepak seperti TMFC.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Abdul Wahid Omar berkata, semua pemain TMFC yang terikat dengan kontrak secara tahunan telah dibayar baki kontrak sehingga Oktober ini.
揗ereka juga diberikan sagu hati RM5,000 seorang serta sijil penghargaan.
揗emandangkan TMFC didaftarkan di bawah Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) oleh itu beberapa pemain mungkin ditawarkan untuk mewakili Melaka.
揝etakat ini, daripada 23 pemain tempatan TMFC musim lepas, 10 sudah menyertai pasukan baru manakala 13 lagi sedang diintai oleh skuad lain,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2007 06:28 AM | Show all posts

Reply #1 kesempitan's post

macam tak berbaloi je dari segi perniagaan untuk telekom buat duit.

ye la...TMFC boleh dikatakan kurang berjaya. takde pencapaian membanggakan

dari segi pembangunan bolasepak pulak, satu kerugian.

makin kurang tempat untuk kumpulkan bakat dan tenaga muda dalam arena ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 07:22 AM | Show all posts
Originally posted by orang_letrik at 22-9-2007 06:28 AM
macam tak berbaloi je dari segi perniagaan untuk telekom buat duit.

ye la...TMFC boleh dikatakan kurang berjaya. takde pencapaian membanggakan

dari segi pembangunan bolasepak pulak, satu ke ...


betul tu...sekurang2 nya dpt jg kurangkan perbelanjaan TM.... if perbelnjaan mereka tinggi...sure la dorg akan kenakan charge yg tinggi ke atas perkhidmatan yg mereka beri....or bertambah sedikit keuntungan bersih yg TM akan perolehi setiap tahun

berbeza dgn penajaan... walau pun jumlah itu besar namun TM tak rugi cz jumlah itu akan mengurangkan jumlah cukai yg perlu dbayar oleh TM selain mendapat nama/muhibbah yg akhirnya dapat menaikkan nama TM
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 10:22 AM | Show all posts
tarik diri dari liga takper, jgn tarik diri dari jadi penaja........... kalau tarik diri sbg penaja, makin tenat la fam........
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 01:07 PM | Show all posts
telekom kan ada ongkos ....  why tarik diri     
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 24-9-2007 10:22 AM
tarik diri dari liga takper, jgn tarik diri dari jadi penaja...........
kalau tarik diri sbg penaja, makin tenat la fam........


    betul!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.074209 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list