CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 11-10-2007 03:11 AM | Show all posts

Reply #100 SPACENUT's post

dia tanya dia jawab..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2007 03:14 AM | Show all posts

Reply #102 kroit92's post

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 03:16 AM | Show all posts

Reply #101 AlienGurlz's post

sah.. xguna ayat skema nk niat xpe... dh mmg hari pd bulan ramadhan ni kita pose... mlm lak ingat nk sahur pe karang n nk bbuka dgn pe lak... tu dh byk niat tentang pose...

kat tred bwh ada bincang psl ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by debab76 at 9-10-2007 17:39
assalamualaikum semua..

saya ada soalan.. adakah mimpi basah (keluar air mani dgn tidak sengaja) disiang hari itu salah satu perkara yang membatalkan puasa?


JIKA ORANG YANG SHAUM MIMPI BASAH DI SIANG HARI RAMADHAN, APAKAH SAHUMNYA BATAL ?

Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Jika orang yang shaum mimpi basah di siang hari Ramadhan, apakah membatalkan shaumnya ataukah tidak ? Haruskah dia bersegera untuk mandi ?

Jawaban
Mimpi basah tidak membatalkan shaum, karena hal itu terjadi tanpa unsur kesengajaan dari orang yang shaum tersebut. Dan dia wajib mandi janabah ketika melihat keluarnya air mani.

Jika seseorang mimpi basah setelah shalat shubuh lalu dia mengakhirkan mandinya hingga menjelang dhuhur maka tidak apa-apa. Demikian pula jika seseorang menggauli istrinya di waktu malam dan dia belum mandi hingga terbitnya fajar, hal itu tidak mengapa, karena disebutkan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa ketika subuh Nabi masih dalam keadaan junub karena jima (di malam hari), kemudian beliau mandi dan shaum.

Demikian pula halnya dengan orang yang haidh dan nifas, seandainya keduanya telah suci di malam hari lalu baru mandi setelah terbit fajar, hal itu tidak mengapa, shaumnya tetap sah. Akan tetapi tidak boleh bagi keduanya maupun bagi yang junub untuk mengakhirkan mandi atau shalatnya hingga terbit matahari. Wajib bagi mereka untuk bersegera mandi sebelum terbit matahari untuk menunaikan shalat tepat pada waktunya.

Bagi seorang laki-laki hendaknya bersegera untuk mandi janabah sebelum shalat subuh sehingga memungkinkan baginya untuk menghadiri shalat jama'ah. Wallahu waliyut Taufiq
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by debab76 at 9-10-2007 17:39
assalamualaikum semua..

saya ada soalan.. adakah mimpi basah (keluar air mani dgn tidak sengaja) disiang hari itu salah satu perkara yang membatalkan puasa?


JIKA ORANG YANG SHAUM MIMPI BASAH DI SIANG HARI RAMADHAN, APAKAH SAHUMNYA BATAL ?

Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Jika orang yang shaum mimpi basah di siang hari Ramadhan, apakah membatalkan shaumnya ataukah tidak ? Haruskah dia bersegera untuk mandi ?

Jawaban
Mimpi basah tidak membatalkan shaum, karena hal itu terjadi tanpa unsur kesengajaan dari orang yang shaum tersebut. Dan dia wajib mandi janabah ketika melihat keluarnya air mani.

Jika seseorang mimpi basah setelah shalat shubuh lalu dia mengakhirkan mandinya hingga menjelang dhuhur maka tidak apa-apa. Demikian pula jika seseorang menggauli istrinya di waktu malam dan dia belum mandi hingga terbitnya fajar, hal itu tidak mengapa, karena disebutkan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa ketika subuh Nabi masih dalam keadaan junub karena jima (di malam hari), kemudian beliau mandi dan shaum.

Demikian pula halnya dengan orang yang haidh dan nifas, seandainya keduanya telah suci di malam hari lalu baru mandi setelah terbit fajar, hal itu tidak mengapa, shaumnya tetap sah. Akan tetapi tidak boleh bagi keduanya maupun bagi yang junub untuk mengakhirkan mandi atau shalatnya hingga terbit matahari. Wajib bagi mereka untuk bersegera mandi sebelum terbit matahari untuk menunaikan shalat tepat pada waktunya.

Bagi seorang laki-laki hendaknya bersegera untuk mandi janabah sebelum shalat subuh sehingga memungkinkan baginya untuk menghadiri shalat jama'ah. Wallahu waliyut Taufiq
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 9-10-2007 02:00 AM
nak tanya sket..

1. Insuran..kawan saya kata, mak dia kata, disampaikan dari atuk dia..dia kata insuran ni tak boleh pakai.. dia kata macam nak orangkemalangan jek, macam nak orang mati je, pastu dapat duit.. sebenarnyaapa pandangan insuran ni dari segi Islam?


tak de sapa nak jawab soklan aku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2007 09:10 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 11-10-2007 03:16 AM
sah.. xguna ayat skema nk niat xpe... dh mmg hari pd bulan ramadhan ni kita pose... mlm lak ingat nk sahur pe karang n nk bbuka dgn pe lak... tu dh byk niat tentang pose...

kat tred bwh ada bi ...


Oh..ok.tq ye sbb sudi jwb..
Tkt plak pose x sah...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2007 04:02 PM | Show all posts
From UTUSAN MALAYSIA, dated October 13, 2007:
http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Berhari raya di kuburan
Oleh MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS


LAZIMNYA pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan berpusu-pusu memenuhi tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka.

Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadi seperti kawasan perayaan yang meriah. Terdapat gerai-gerai menjual bunga-bunga dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan.

Ramai juga membaca surah Yasin, berzikir malah ada yang melakukan upacara tahlil di situ untuk disedekahkan pahalanya kepada mayat. Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan membawa makanan serta minuman di kawasan perkuburan dan membuat jamuan di situ.
Ini semua perbuatan yang tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w dan tidak juga pernah diamalkan oleh mana- mana para al-salafussoleh termasuk imam kita Imam Muhammad Idris al- Syafie rahimahullah. Sekiranya perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yang besar kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya.

Syaikh Wahid Abdussalam Bali ketika mengulas pengkhususan Hari Raya Aidilfitri dijadikan hari menziarah kawasan perkuburan berkata:

Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi s.a.w atau salah seorang sahabatnya mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah kubur.

Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari kesedihan dan tangisan.

Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang yang masih hidup, dan bukan untuk mengunjungi orang yang sudah mati. - (Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 429).

Sebenarnya Rasulullah telah mengharamkan untuk dilakukan ibadah di kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai kawasan perayaan.

Ini sebagaimana sabda baginda: Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan.
Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. (riwayat Imam Muslim)

Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa rumah yang tidak dikerjakan ibadah seperti membaca al-Quran dan solat adalah sama seperti kawasan perkuburan. Oleh itu secara tidak langsung ia memberitahu kepada kita bahawa kawasan perkuburan bukan merupakan tempat untuk beribadat seperti membaca al-Quran.

Tambahan pula amalan mengirim pahala bacaan al-Quran seperti surah Yasin kepada mayat menurut pendapat Imam al-Syafie adalah tidak sampai pahalanya kepada mayat tersebut. Ternyata di dalam kitab-kitab Imam al-Syafie tidak pernah tertulis tentang amalan mengirim pahala bacaan al-Quran kepada mayat.

Firman Allah, (Dalam Kitab-Kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. (Al-Najm: 38-39)

Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w tidak pernah mensyariatkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan al-Quran kepada yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarinya atau memberikan petunjuk kepada mereka baik dengan nas (dalil yang jelas lagi terang) dan tidak juga dengan isyarat dan tidak pernah dinukilkan daripada seorang pun sahabat (bahawa mereka pernah mengirim pahala bacaan al-Quran kepada orang yang telah mati).

Jika amalan itu baik tentu para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya. Dan dalam masalah ibadah ia hanya terbatas pada dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qias-qias atau pendapat-pendapat.


Oleh itu bagi masyarakat Islam di Malaysia yang rata-ratanya mengaku berpegang teguh dengan mazhab Syafie sewajarnya meninggalkan amalan membaca al-Quran di kuburan bertujuan mengirim pahalanya kepada mayat bukan hanya pada pagi Hari Raya Aidilfitri tetapi juga pada hari-hari selainnya.

Perayaan


Rasulullah bersabda: Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan dan janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan. (riwayat Abu Dawud)

Sekiranya kubur manusia yang paling mulia di atas muka bumi ini iaitu kuburnya Rasulullah s.a.w diharamkan untuk dijadikan kawasan perayaan, apatah lagi kuburan manusia biasa yang selainnya. Maka haram hukumnya untuk mengkhususkan Hari Raya Aidilfitri sebagai hari berkumpulnya manusia di kawasan perkuburan kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan dijadikan kawasan perayaan.

Tambahan pula apabila manusia berkumpul beramai-ramai dan melakukan pelbagai aktiviti di kawasan perkuburan kita sering melihat mereka duduk di atas kubur atau memijak-mijaknya. Mereka seolah-olah tidak pernah mengetahui amaran keras daripada Rasulullah terhadap mereka yang duduk di atas kubur.

Baginda s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya jika seseorang kamu duduk di atas bara api membakar sehingga menembusi pakaiannya lalu membakar kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan. (riwayat Muslim)

Tidak dinafikan bahawa kita sememangnya disunatkan menziarah kubur agar mengingatkan kita kepada kematian. Ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w: maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian. (riwayat Muslim)

Namun demikian Rasulullah tidak pernah memerintahkan kita untuk mengkhususkan pagi Hari Raya Aidilfitri sebagai hari untuk menziarah kubur. Ternyata tidak wujud satu hadis pun yang sabit daripada baginda tentang amalan menziarah kubur khusus pada Hari Raya Aidilfitri.

Tambahan pula apa yang disunatkan untuk kita lakukan ketika menziarah kubur hanyalah mendoakan kesejahteraan mayat dan doa yang telah diajar oleh Rasulullah adalah: Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya-Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian. (riwayat Imam Muslim).

Sesungguhnya ketika Allah mewafatkan Nabi s.a.w, agama Islam itu sudah lengkap dan apa-apa ibadah yang bukan sebahagian daripada agama ketika itu maka ia bukan sebahagian daripada agama Islam selama-lamanya. Ini sebagai mana dinyatakan dalam surah al-Maidah: 3.

Assalamualaikum dan salam aidilfitri kepada semua... saya masih baru lagi di thread ini, ingin memohon penjelasan ahli-ahli forum yang arif mengenai satu perkara yang tersebut dalam artikel di atas, iaitu tentang  hadiah bacaan Al-Quran kepada yang telah meninggal dunia.

Menurut pengetahuan saya daripada pendidikan agama, kita digalakkan menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kepada mereka yang telah meninggal dunia.  Namun dalam artikel di atas mengatakan pahala itu tidak akan sampai kepada si mati.   Ketika melayari internet, saya dapati ada blog yang membincangkan hal-hal ini dan dinyatakan bahawa pahala itu sampai. Terdapat perbezaan pendapat di antara mazhab.  Sila layari http://rahma02.wordpress.com/2007/10/09/menghadiahkan-pahala-bacaan-al-quran/

Saya juga pernah diberitahu yang pahala hadiah bacaan ayat Al-Quran ini bukan sahaja boleh dihadiahkan kepada yang telah tiada tetapi juga kepada yang masih hidup.  Dan bagaimana pula dengan kisah-kisah tauladan yang sering kita dengari mengenai betapa roh-roh orang yang telah tiada akan menunggu-nunggu hadiah bacaan daripada waris yang masih hidup.  Roh-roh yang menerima hadiah wajahnya akan berseri-seri kegembiraan sementara yang tidak mendapat kiriman hadiah berwajah murung dan sedih.

Mohon penjelasan dari ahli-ahli yang arif dalam hal ini. Maafkan saya sekiranya telah ada perbincangan yang menyentuh bab ini dan saya terlepas pandang.  Sila beri tunjuk ajar.  Terima Kasih.

[ Last edited by  darlingangel at 15-10-2007 03:38 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2007 09:12 PM | Show all posts

Reply #109 darlingangel's post

  betul jugak, mungkin kita terikut2 budaya nenek moyang..jadi, kita nantikan jawapan nya..  ada sesaper nak jawab??
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2007 11:53 PM | Show all posts
Assalamualaikum..bleh tny x??
Boleh x kita puasa ganti n puasa enam pd hari yg sama??
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2007 01:16 PM | Show all posts

Reply #111 AlienGurlz's post

waalaikumsalam... aliengurlz, baru-baru ini saya baca dalam bacaria page belakang sekali, ada satu Ustaz kata tak boleh.. tajuk dia tiada dua dalam satu.. erm nanti saya cari kalau-kalau masih ada... pastu dia elaborate sikit kata kena ganti yang wajib dahulu baru berpuasa sunat.. Insya Allah saya cuba cari artikel tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2007 09:09 PM | Show all posts
Originally posted by darlingangel at 16-10-2007 01:16 PM
waalaikumsalam... aliengurlz, baru-baru ini saya baca dalam bacaria page belakang sekali, ada satu Ustaz kata tak boleh.. tajuk dia tiada dua dalam satu.. erm nanti saya cari kalau-kalau masih ad ...


Terima kasih ye Darling ats jwpn anda. Sy pon ade trbaca kt Utusan psl hal ini..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 02:24 AM | Show all posts

Reply #113 AlienGurlz's post

aliengurlz.. ada link tak? kalau ada bleh paste kat sini? kita nak baca gaks..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 10:30 PM | Show all posts
aliengurlz.. ada link tak? kalau ada bleh paste kat sini? kita nak baca gaks..


Ari tu sy baca kt Utusan 15 October...tp dh x jmp dh..jd sy amek yg ari nih pny..
X tau la kalo Darling dh baca ke..



Puasa enam terbaik - Tunaikan secara berasingan

Oleh ZUARIDA MOHYIN

MENURUT Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fatah Wan Ismail, ibadat puasa mengandungi fadilat yang amat besar tanpa mengira sama ada ia wajib ataupun sunat.

Kenyataan ini, di sandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Imam Bukhari bermaksud: Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

"Hakikatnya, hadis ini menyebut secara umum, tanpa mengira puasa itu sunat ataupun wajib. Di antara fadilat paling besar yang terdapat di dalam puasa enam dan puasa yang lain, iaitu Allah s.w.t. menjauhkan orang yang melakukannya daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.

"Sabda Rasululullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim bermaksud: Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t., nescaya akan Allah menjauhkannya daripadanya api neraka sejauh tujuh puluh tahun.

"Maka jelaslah di sini, dengan berpuasa kita akan dapat menyelamatkan diri daripada azab Allah s.w.t., walaupun ia hanya puasa sunat," kata Wan Abdul Fatah sewaktu ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Tambah beliau, mereka yang melaksanakan puasa enam juga akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun. Ini dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, diikuti enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya seperti ia berpuasa selama setahun genap.

Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."

Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Selain itu kata beliau, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan hawa nafsu.

Malah dari sudut kesihatan, terang Wan Abdul Fatah lagi, pada bulan Ramadan sistem pencernaan kita berehat selama sebulan pada siang hari, iaitu tanpa menerima sebarang makanan ataupun minuman.

Kedatangan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah lagi amalan masyarakat kita suka mengadakan rumah terbuka.

"Oleh itu, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Menjawab waktu yang terbaik untuk berpuasa enam, kata Wan Abdul Fatah secara amnya waktu untuk seseorang itu berpuasa enam ialah bermula pada 2 Syawal sehingga tamat Syawal.

"Namun berdasarkan pendapat para ulama, waktu yang terbaik, ialah memulakan puasa enam pada 2 Syawal. Walau bagaimanapun, tidaklah disyaratkan berbuat demikian, bahkan tetap akan mendapat pahala sekiranya melakukannya pada hari-hari lain pada bulan Syawal," katanya yang terbaik puasa enam hendaklah dilaksanakan secara berturut-turut tetapi sekiranya dilakukan secara berselang-seli juga tidak menjadi satu kesalahan. Ini sebagaimana dinyatakan oleh Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni Muhtaj.

Menjelaskan beberapa salah faham yang sering kali wujud berkaitan puasa enam, akui beliau persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam di antaranya ialah; Adakah harus menggabungkan dua puasa, iaitu puasa qada dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal? Manakah yang lebih afdal, sama ada digabungkan kedua-duanya ataupun dibuat berasingan?

Dalam hal ini, kata Wan Abdul Fatah, di kalangan para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;

i. Sudah cukup bagi seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada pada bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran, sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

ii. Ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

iii. ada yang menyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal pada bulan Ramadan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain pada bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah s.a.w. agar berpuasa pada bulan Syawal.

"Sebenarnya, bagi mereka yang mengqada puasa pada bulan Syawal dan berniat melakukannya bersama puasa enam, sememangnya telah mendapat pahala. Namun pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang melakukannya secara berasingan, iaitu melakukan puasa qada terlebih dahulu. Setelah selesai qada, baru dilakukan pula puasa enam.

"Ini kerana kita berbalik kepada hadis yang dinyatakan sebelum ini, iaitu mereka berpuasa sebulan penuh dalam bulan Ramadan dan diikuti enam hari pada bulan Syawal, menyamai puasa selama setahun.

"Kemudian diperjelaskan lagi oleh hadis yang lain, iaitu berpuasa sebulan Ramadan sama dengan sepuluh bulan dan berpuasa enam hari pada bulan Syawal sama dengan dua bulan. Maka gabungan antara kedua-duanya menyamai setahun.

"Tapi bagi mereka yang meninggalkan puasa, sekalipun kerana uzur syarie dan tidak cukup bilangan hari seperti yang dinyatakan di dalam hadis, iaitu sebulan Ramadan dan enam hari Syawal, sudah tentulah tidak menyamai mereka yang berpuasa cukup bagi bilangan tersebut.

"Maka yang terbaik dilaksanakan ialah secara berasingan," kata Wan Abdul Fatah ini kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah s.w.t., memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan, sebagai seorang hamba mencari keredhaan Allah.

Beliau turut mengambil contoh lain seperti solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dua pahala sekali gus, iaitu bersama pahala solat tahiyatul masjid. Namun ia tidak menyamai dengan mereka yang terlebih dahulu solat tahiyatul masjid kemudian solat berjemaah.

Manakala dalam kes-kes yang pernah berlaku, iaitu seseorang telah meninggalkan puasa Ramadan yang besar bilangannya sehingga Syawal tersebut tidak memberikan kesempatan untuknya melakukan dua puasa yang berasingan. Maka yang manakah patut diutamakan, sama ada qada atau puasa enam.?

Kata Wan Abdul Fatah, menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

"Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah s.w.t," tegas beliau jelas.


[ Last edited by  AlienGurlz at 17-10-2007 10:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 02:59 AM | Show all posts

Reply #115 AlienGurlz's post

terima kasih AlienGurlz kerana sudi post kan article tu di sini, terima kasih banyak- banyak, ya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 03:39 PM | Show all posts

Bulu kucing...

Saya ada memelihara kucing.

Saya nak tanya:

1.  Apakah bulu kucing yg tanggal itu dikatakan najis?

2.  Sah ke sembahyang saya jika anggota badan/kulit, pakaian & tempat (sejadah) dihinggapi bulu kucing?


Sebenarnya dah lama nak tanya hal ini.  Terima kasih pd yg sudi menjawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2007 08:59 PM | Show all posts

Reply #117 Naru's post

Assalamualaikum wrh wth
Terima kasih kerana memberi saya sedikit ruang untuk bertanya.
Saya difahamkan oleh seorang rakan bahawa bulu kucing adalah najis. Dan apabila kita dalam keaadaan berwudhu jika terkena/terpijak bulu kucing maka batal wudhu. boleh kah saya memdapat penjelasan
lanjut memandangkan saya juga ada membela kucing di rumah.

Jawapan
JAWAB:
Alhamdulillah inilah jawapannya:
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.

Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

SOAL: Apabila kita dalam keaadaan berwudhu jika terkena/terpijak bulu kucing maka batal wudhu?
JAWAB: Wuduk anda tidak batal. Kerana najis tidak boleh membatalkan wuduk. Najis akan menyebabkan sembahyang kita tidak sah, jika kita membawanya. Kerana salah satu dari syarat-syarat sah sembahyang ialah tubuh, pakaian dan tempat mestilah bersih dari najis.

In guna pendapat Hanafi dan Maliki...


http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab66.htm


[ Last edited by  indah1285 at 18-10-2007 09:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 11:09 PM | Show all posts

Reply #118 indah1285's post

terima kasih indah...

nampak gayanya saya pun akan berpegang pd pendapat Hanafi dan Maliki...
(sama kes mcm pembayaran zakat fitrah guna $ selain beras).

kucing peliharaan indoor ni, faham2 lah..... nak kena awasi bulu mereka punyalah sukar...  
Dengan penjelasan saudara/i indah, saya akan bertawakal saja....

terima kasih.


p/s: 1.  Atau ada hujahan/pendapat lain?  
      2.  Saya ada terbaca, sahabat Nabi, Abu Hurairah juga sangat menyukai kucing....  
           (Abu Hurairah adalah gelaran yg diberikan Nabi kerana sahabat baginda itu sangat suka & sayangkan kucing).
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 11:26 PM | Show all posts

Reply #119 Naru's post

In pun sgt suka kucing... 2th lepas baba beli kucing persian utk In.. xsampai stahun In bela dia sesat n kena langgar lori... In nekad xnak bela kucing lagi sbb In sgt sedih shingga demam n xlalu makan n asyik nangis jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 03:17 AM | Show all posts

alat muzik

assalamualaikum, nak tanya sket mengenai alat muzik..

Kroit tahu, dalam Islam, alat muzik bertali adalah haram hukumnya jika dimainkan, contoh, gitar..

kroit nak tahu, apakah dan bagaimanakah alat muzik yang dibenarkan dan diharamkan dari segi Islam?

p/s: sebab kroit tengah fikir ni, dari dulu, tak, dari kecik..teringin nak main seruling, flute...tapi, sebelum tu, nak tahu hukum-hakam dulu...

flute tiup kat tepi bibir tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.073829 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list