CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Sekolah satu sesi

[Copy link]
Post time 26-9-2007 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by iddine at 26-9-2007 12:37 PM
sekolah kat mana tu sampai 1000 orang???



Sebab sekolah tu ada 1000 org murid maka sekolah tu dibahagi kepada dua sesi sekarang (mulai tahun ini). Murid Tahun 1,4,5,6 bersekolah belah pagi manakala murid tahun 2,3 belah petang.  Tak ada peliknya jumlah murid seramai tu ! Bilangan murid biasanya menentukan kategori sekolah pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2007 01:35 PM | Show all posts
cukupkah prasarana untuk menampung satu sessi?  Sekarang ni pun banyak masalah cthnya segi penggunaan makmal sains.
Ini MUNGKIN satu cara tapi tak semestinya satu-satunya cara yang terbaik untuk membendung jenayah terhadap kanak-kanak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 02:06 PM | Show all posts
sekolah satu sessi? masalahnye cukup ke tempat utk budak2 and cikgu2 kat bilik guru tu,..

sekolah 2 sessi pon cam dah crowded habih dahh

sekolah cam st John tu camna pulak yg ada school 1 and school 2..

cukup ke bas sekolah nak angkut sume budak2 ni sekali harung time pegi n balik??
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 02:07 PM | Show all posts
nampaknye sampai besar la anak aku akan tunggang terbalik kat taskaa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 02:21 PM | Show all posts
banyak perkara perlu di fikirkan sebelum memulakan sekolah satu sessi...tidak semudah bercakap...

bagaimana dengan kemudahan kelas,kantin,makmal dan perpustakaan terutama sekolah dua sessi yang mempunyai jumlah murid yang ramai..
cukup tak?

Siapa akan memantau anak-anak solat zohor dan asar di sekolah..

bagaimana pula tentang perbelanjaan harian anak-anak...?
mungkin ibu bapa kena bagi duit lebih untuk makan tengahari dan petang pula..

Lagi pun bukan semua ibu bapa bekerja ikut waktu pejabat...
bagi ibu yang tidak bekerja,mereka lebh suka anak bersekolah separuh hari...makan masakan ibu slps pulang ke rumah  dan mengulangkaji dengan pengawasan ibu di rumah...

Jangan pula nanti sekolah satu sessi menjadi penyebab ibubapa lepas tangan ...di sekolah pun macam-macam perkara buruk boleh terjadi terutama anak-anak remaja yang bosan seharian  di sekolah....balik dah penat...nak berinteraksi dengan keluarga pun tak sempat dah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 02:33 PM | Show all posts
ada baik dan buruknya jugaklah....tapi kalo alasan arwah nurin yg PM nak fikir camni, rasanya cam tak masuk akal.....

baik buat kelas malam.....anak2 takleh keluar pi pasar malam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2007 03:42 PM | Show all posts
aku tak setuju, aku setuju dgn pendapat peanut butter & jelly......
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 03:47 PM | Show all posts
Kalaulah PM boleh fikir begini rasanya lebih baik :-
1). Mana-mana sekolah yang ada ramai pelajar kena tambah bangunan sekolah tu dahulu baru boleh buat satu sessi,
2). Masa rehat hendaklah dipanjangkan untuk membolehkan murid makan thari dan sembahyang Zohor disekolah,
3). Hanya pada waktu pagi sahaja pembalajaran utama dan pada waktu petang lebih kepada kegiatan kokorikulum dan subjek keugamaan,
4). Semua sekolah hendaklah menambah keluasan kantin yang akan menampung pelajar yang akan makan thari,
5). Pihak Penguasa bus sekolah hendaklah ditambah,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2007 06:34 PM | Show all posts
Tak setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 07:45 PM | Show all posts
Originally posted by MrsJohn at 26-9-2007 03:42 PM
aku tak setuju, aku setuju dgn pendapat peanut butter & jelly......


laaa....setuju ngan akak rupanya...ingatkan sapa tadi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 09:33 AM | Show all posts
testing jap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 09:34 AM | Show all posts
Perkasakan pengajian agama pada persekolahan satu sesi

CADANGAN Perdana Menteri agar sekolah dijalankan pada satu sesi sahaja dengan waktu persekolahannya dipanjangkan adalah satu cadangan yang amat baik dan perlu diteliti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagaimanapun satu kajian yang terperinci haruslah dibuat agar ia tidak menjadi satu lagi landasan menguji sistem pendidikan dan pelajar menjadi mangsanya.

Berhubung dengan cadangan tersebut, saya berpendapat ia perlu mengambil kira berbagai-bagai faktor seperti masalah guru, pelajar dan juga ibu bapa.

Memanjangkan waktu persekolahan juga bermakna memanjangkan waktu pengawasan guru ke atas pelajar.

Saya percaya ramai guru yang pada masa ini pun menghabiskan waktu di sekolah selepas persekolahan untuk membuat kerja-kerja persiapan bagi mengajar pada keesokan harinya. Masa ini juga digunakan untuk menyemak kerja-kerja latihan yang telah diberikan kepada pelajar.

Sekiranya cadangan ini dilaksanakan sudah tentu bebanan tugas pengajar akan bertambah. Adakah kita mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi untuk melaksanakan cadangan ini?

Dari sudut pelajar pula, saya berpendapat agak kurang sesuai dilaksanakan, walaupun cadangan ini baik di mana pelajar boleh menghabiskan waktu tersebut untuk membuat kerja rumah dan kokurikulum.

Ini juga bermakna kita terpaksa mengorbankan waktu persekolahan agama anak-anak kita bagi yang masih bersekolah rendah.

Sependapat dengan cadangan Perdana Menteri, saya rasa sudah sampai masanya kita mengambil langkah drastik demi kebaikan anak-anak kita, gejala sosial semakin meruncing di kalangan pelapis negara kita ini.

Cadangan ini wajar kita laksanakan tetapi saya mencadangkan agar waktu petangnya ditukar kepada sesi persekolahan agama.

Pada masa ini didapati sekolah agama kita amat mengecewakan. Kemudahan infrastrukturnya amat terhad. Setiap kelas memuatkan hampir 50 hingga 60 pelajar yang mewujudkan satu suasana yang amat merimaskan untuk belajar dan sukar dikawal. Sampai bila kita mahu sekolah agama menjadi seolah-olah sekolah kelas kedua.

Sebenarnya sistem ini sudah banyak dilaksanakan oleh sekolah swasta dan didapati ia benar-benar berkesan. Paginya pelajar menjalani mata pelajaran biasa dan selepas waktu rehat tengah hari, pelajar menyambung waktu dengan persekolahan agama. Pada waktu ini juga pelajar diwajibkan solat berjemaah.

Langkah ini juga akan menjimatkan masa dan kewangan ibu bapa, di mana ibu bapa tidak perlu lagi terkejar-kejar untuk mengambil anak-anak mereka dari sekolah kebangsaan dan menghantarnya ke sekolah agama.

Sewa bas sekolah juga dapat dijimatkan, pakaian juga tidak perlu berasingan dan bebanan ibu bapa membayar untuk pusat jagaan (transit) juga dapat dijimatkan.

Saya percaya tiada ibu bapa yang menentang cadangan ini, sudah sampai masanya kita perlu bertegas demi kebaikan anak-anak kita. Terlalu banyak anasir yang kurang sihat sekarang ini sedang menyerapi jiwa anak-anak kita.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2007 09:02 AM | Show all posts
8,032 sekolah laksana satu sesi

PUTRAJAYA 27 Sept.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 10:13 AM | Show all posts
aku tak setuju
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 10:28 AM | Show all posts
klu nk buat skola 1 sesi tuh kene la make sure skola-skola tuh cukup prasarana...
klu kt kwsn pendalaman tuh mungkin xjd masalah sgt... sbb student sikit...
tp klu skolah yg byk student tuh, kang susah plak nk kene arrange kelas utk diorg stay smpai abes skola...
jgn la nnt asek kelas lompat2 plak.... lps abes kelas ni, g plak berhijrah kelas lain...

lg satu... takot nnt bdk2 bosan dok kt skola jek... klu skang ni.. abes kelas pagi, blk umah, rehat2 jap then g skola petang...
so bebdk xde la dok melepet jek kt skola... otak diorg bergerak sket...

then, skang pn skolah yg stengah hari jek pn dh kecoh psal beg diorg berat.... klu dh skolah smpai petang, bertambah lg la beban beg skola tuh....

mmg bg ibu bapa, save la sket duit perbelanjaan sbb xyah anta anak g nursery sementara nk tgu diorg blk ke umah tuh, tp kecian kt bdk2...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by reewanie at 28-9-2007 10:28 AM
klu nk buat skola 1 sesi tuh kene la make sure skola-skola tuh cukup prasarana...
klu kt kwsn pendalaman tuh mungkin xjd masalah sgt... sbb student sikit...
tp klu skolah yg byk student tuh, ka ...



aku setuju dengan syarat, petang kelas agama dibuat disekolah yg sama.
tspi aku setuju kalau guru/cikgu kerja sampai pukul 5 petang macam orang lain jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2007 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by shidahameera at 28-9-2007 01:32 PM



aku setuju dengan syarat, petang kelas agama dibuat disekolah yg sama.
tspi aku setuju kalau guru/cikgu kerja sampai pukul 5 petang macam orang lain jugak


cikgu2 bole keje sampai kul 5..dgn syarat bukan ngajar..tp buat keje2 opis jek......
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:28 PM | Show all posts
I agree. But school starts at 9 am not 7.20 am.  Pastu latest by 3 pm balik rumah not until 5 pm.  

I need to have time with my boys.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by shidahameera at 28-9-2007 01:32 PM



aku setuju dengan syarat, petang kelas agama dibuat disekolah yg sama.
tspi aku setuju kalau guru/cikgu kerja sampai pukul 5 petang macam orang lain jugak


iyoo...kesiannya cikgu2 ...dah lah gaji ciput, nak jaga anak2 jin sampai kol 5 ptg...

tak boleh samakan workload cikgu dgn org keje ofis, esp gomen staff...really unfair!! cam langit dgn bumi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 30-9-2007 06:55 PM


iyoo...kesiannya cikgu2 ...dah lah gaji ciput, nak jaga anak2 jin sampai kol 5 ptg...

tak boleh samakan workload cikgu dgn org keje ofis, esp gomen staff...really unfair!! cam langit  ...


IYER KER GAJI CIPUT, adikku ngajar sekolah rendah baru 2 thn gaji dah rm1500+++ byk gak kan
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.539173 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list