CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: falcon_9009

ALAM PERWIRA - Pict start at 6th page ..

[Copy link]
Post time 17-3-2008 10:30 AM | Show all posts
Aikk...nape tak naik ke atas thread ni ekk? Moskel moskel:cf:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2008 12:59 AM | Show all posts
Originally posted by sofeaki at 17-3-2008 09:55 AM
Sambung la lagi falcon, den teramat la berminat nak baca.

Dulu baca Alam Perwira nih, pinjam abang punya jek. Lepas sambung study tros takpat nak baca dah. Memang dah ingat-ingat lupa jalan ce ...


makacihh bagi sokongan...

aku sebenarnya malas nk tulis panjang2... mesti jd ngantuk

wehh... Ji Fat?

member aku ada sorang nama Ji Fat...

ntah2 abg ko kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2008 01:43 AM | Show all posts
sambungan...

setelah selesai kekecohan yg dilakukan oleh Marsyal Yau di istana Duke Ji Chang, Ji Fat telah mengalami kecederaan yg parah ekoran tamparan hebat yg telah dikenakan oleh Marsyal Yau terhadapnya. Marsyal Yau juga pada mulanya yakin bahawa serangannya itu pasti akan dapat memutuskan nyawa Putera Mahkota Ji Fat. namun anggapannya meleset sama sekali. Ji Fat masih lagi bernyawa cuma dia telah mengalami kecederaan yg sangat serius. jika tidak diubati, dia akan lumpuh selama2nya. Duke Ji Chang telah berusaha sedaya upaya utk menyelamatkan nyawa Ji Fat dan Rahib Esalah merupakan manusia budiman yg diharapkan oleh Duke Ji Chang utk membantu memulihkan anaknya Ji Fat.

Ji Fat telah diamanahkan oleh Duke Ji Chang kepada rakan segurunya sendiri Rahib Esa utk menyembuhkannya. Rahib Esa juga telah berjanji akan membantu sedaya upayanya utk memastikan keadaan Ji Fat pulih seperti sediakala. Rahib Esa sedar bahawa Ji Fat telah ditakdirkan utk menamatkan Dinasti Shang yg semakin hari semakin berleluasa kezalimannya. Ji Fat juga telah ditakdirkan tuhan (mengikut kepercayaan dia laa) akan menjadi maharaja yg adil lagi saksama suatu hari nanti. kerana itu, Rahib Esa telah memutuskan utk membantu Ji Fat walau apa jua kesukaran yg terpaksa dihadapinya sekalipun.

Sebelum memulakan rawatan, Rahib Esa telah berpesan kepada Ji Chang bahawa rawatan seperti itu amatlah sukar dan merbahaya sekali. dia juga turut berpesan kepada Ji Fat supaya tabah dan sabar semasa rawatan dilakukan. kerana rawatan itu juga cita2 Rahib Esa utk menjadi DEWA terpaksa dibatalkan. dia akan kehilangan banyak tenaganya nanti.

akhirnya rawatan telah dimulakan. Rahib Esa telah meningkatkan kuasanya dan menyedut kuasa dari angkasa lalu memasukkannya kedalam tubuh Ji Fat sedikit demi sedikit. 7 hari 7 malam berlalu. Rahib Esa terus memindahkan kuasanya tanpa henti. setelah itu, proses pembaikpulihan anggota badan pula dilakukan. air batu kapur telah dijadikan ubat utama dlm rawatan itu. ia juga bertujuan meningkatkan kesihatan dan jalinan otot2 badan.

Rahib Esa kembali ke dalam gua tempat tinggalnya utk mendapatkan akar bungan teratai yg akan digunakannya utk menggantikan anggota Ji Fat yg telah lumpuh. tetapi, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati pokok itu telah berbunga dengan besar sekali sedangkan biasanya setelah memakan hampir ratusan tahun barulah ia berbunga. akarnya juga tumbuh dengan baik. apabila dia ke tempat tadahan air batu kapur pula, didapatinya bekas yg diletakkan utk menadah titisan air itu juga hampir2 penuh. mungkin ia merupakan pemberian tuhan kepada Ji Fat yg berhati murni itu. Rahib Esa merasa kecewa kerana dia tidak dapat mengecapi semua itu sebaliknya Ji Fatlah yg akan beruntung. tetapi, di sebalik kekecewaannya itu, dia turut bergembira kerana Ji Fat merupakan anak rakan segurunya Ji Chang dan pewaris hikmatnya nanti. Rahib Esa ketawa keriangan.

kemudian, proses pembedahan pula telah dilakukan oleh Rahib Esa. sebelum itu, dia telah meminta Ji Fat menelan biji2 bunga teratai itu terlebih dahulu bagi mengurangkan kesakitan semasa pembedahan nanti. Rahib Esa kemudiannya telah membedah kedua belah tangan Ji Fat dan kemudiannya menggantikannya dengan akar teratai segar yg baru sahaja diperolehinya. kesakitan yg dialami Ji Fat tidak dapat digambarkan lagi. dia akhirnya telah pitam. namun, Rahib Esa tetap meneruskan kerjanya. setelah beberapa tempoh lamanya, selesailah pembedahan itu. Ji Fat juga telah sedar dari pengsannya.

hari demi hari berlalu, Rahib Esa setia menemani Ji Fat siang dan malam, dia juga turut menyampaikan ilmunya kepada Ji Fat manakala Ji Fat pula begitu cepat berjaya menghafal segala apa yg diajarkan oleh Rahib Esa kepadanya. Rahib Esa telah mendidik rohani Ji Fat dengan sempurna sekali. dia berpesan supaya Ji Fat menjadi seorang yg baik di kemudian hari. dia juga berpesan supaya jangan mudah terpedaya dengan wanita kerana baginya wanita merupakan perosak segala2nya. siang dan malam silih berganti. dengan rawatan yg diberikan oleh Rahib Esa, Ji Fat telah membesar dengan cepat sekali. walaupun baru sahaja berusia 2 tahun (aku pon x pasti...rasanya betul dah kot) dia kini telah mempunyai badan seorang pemuda yg telah berusia belasan tahun. tubuh badannya juga semakin sehat dan tegap. namun, Rahib Esa belum membenarkan Ji Fat menggerakkannya kerana khuatir ia belum benar2 sembuh lagi.

* mataku dah ngantuk...:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by falcon_9009 at 27-9-2007 12:12 AM
Pada pemerintahan Maharaja Zhou, dinasti Shang mengalami zaman pemberontakan rakyat yang tidak puas hati dengan corak pemerintahan yang bersifat zalim, kejam, brutal, gila seks, cukai tinggi (lin ...





kalu jenis komik nipis aku paling minat giler alam perwira
tapi mase tu aku student lagi tak mampu nk beli tiap2 minggu


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 07:32 PM | Show all posts

Reply #122 falcon_9009's post

Sian ko sampai ngantuk2 tulis. Makaceh-makaceh. Jangan risau, tak sia-sia hasil tulisan ko tuh, sebab aku setia membaca

Ko ada member nama JiFat? Kat mana ko kenal dia? Ntah-ntah memang abang aku kots hihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 03:41 PM | Show all posts
ramainya peminat alam pewira...
mmg layan gak masa skolah dlu..
tp ader koleksi sampai kota kayalan musnah jer..
lepas pd tu baca yg kawan punya..kesnya tgk cam tak abih2 jer...
last sekali baca masa ayah ji fat duke ji chang kawin dengan siluman aper tah..
yg duk kat tempat buangan tu...
pas2 beralih pada Dragon ball n Pendekar Laut...
dua2 komik ni pn best gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2008 03:42 PM | Show all posts
ramainya peminat alam pewira...
mmg layan gak masa skolah dlu..
tp ader koleksi sampai kota kayalan musnah jer..
lepas pd tu baca yg kawan punya..kesnya tgk cam tak abih2 jer...
last sekali baca masa ayah ji fat duke ji chang kawin dengan siluman aper tah..
yg duk kat tempat buangan tu...
pas2 beralih pada Dragon ball n Pendekar Laut...
dua2 komik ni pn best gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2008 02:11 AM | Show all posts
Originally posted by sofeaki at 23-3-2008 07:32 PM
Sian ko sampai ngantuk2 tulis. Makaceh-makaceh. Jangan risau, tak sia-sia hasil tulisan ko tuh, sebab aku setia membaca

Ko ada member nama JiFat? Kat mana ko kenal dia? Ntah-ntah  ...


mana nyer x ngantuk... dah kul 1 2 pagi baru nk bukak mende nihh

eh, ko jer tolong sambung x bleh ker... aku ni pemalas btol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2008 02:12 AM | Show all posts
Originally posted by chikrah at 24-3-2008 03:41 PM
ramainya peminat alam pewira...
mmg layan gak masa skolah dlu..
tp ader koleksi sampai kota kayalan musnah jer..
lepas pd tu baca yg kawan punya..kesnya tgk cam tak abih2 jer...
last sekali b ...


rugi tau x baca sampai abis.. citer nyer bukanlah meleret sangat..
x sama cam Pedang Setiawan ngan Raja Rimba yg x abis2 sampai skg..

tp, part yg aku paling minat ialah semasa Ji Fat gado2 kat Kota Khayalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2008 02:32 AM | Show all posts
meh ler aku tolong abiskan skit..

setelah dirasakan kedua belah lengan Ji Fat dan anggotanya yg lain sudah benar2 sembuh, Rahib Esa kemudian membenarkan Ji Fat menggerakkan keempat kerat tulangnya..

Ji Fat yg baru sahaja berjaya menggerakkan kaki dan tangannya ibarat seekor burung yg bebas dari sangkarnya sekarang... dia melompat tinggi2 sambil berteriak keriangan. dia sekarang dapat merasakan kebebasan dan kemanisan hidup setelah terlantar entah berapa lama sebelum itu.

namun, dalam pada dia keriangan berterbangan di udara itu, dia telah terlupakan sesuatu, iaitu tenaga dalamnya belum benar2 pulih dan dia belum benar2 mahir dengan ilmu yg telah diajar Rahib Esa kepadanya. dirasakan dirinya tidak berpijak di bumi nyata dan kemudian kakinya memijak kosong. Ji Fat mula kaget dan akhirnya, dia terjunam ke bawah. malang sekali, air terjun yg tingginya tidak terkira menanti di sana. Rahib Esa yg ketika itu berada agak jauh dari Ji Fat cuba memberi amaran tetapi sudah terlambat. dia segera berkejar utk mendapatkan Ji Fat sebelum ia terjunam ke bawah.

namun bagitu, Ji Fat telah terlebih dahulu terjunam ke dasar tasik itu di bawa arus yg mengalir deras. ia terus hilang dari pandangan. Rahib Esa pula terus menyelam ke dasar laut utk menjejaki Ji Fat, namun bayangnya pun tidak berjaya ditemui. Rahib Esa mula khuatir tentang apa yg telah berlaku kepada Ji Fat. dia juga gelisah kerana telah mengabaikan keselamatan Ji Fat yg telah diamanahkan Ji Chang kepadanya. 1001 persoalan melanda fikirannya.

pencarian Rahib Esa tidak menampakkan sebarang hasil. setelah lama berada di bawah, Rahib Esa mula berputus asa dan melompat keluar dari tasik tersebut.

alangkah terperanjatnya dia kerana secara kebetulan Duke Ji Chang telah datang utk melihat anaknya pada ketika itu. Rahib Esa sudah mati akal dan tidak tahu apa yg patut dilakukannya. mungkinkah dia akan dipersalahkan?

tetapi dia tetap juga menceritakan perkara yg sebenar. mujur Duke Ji Chang tidak menyalahkannya. pun begitu, hati Rahib Esa masih belum tenteram kerana Ji Fat masih belum dijumpainya.

senang mereka bercakap di kaki bukit itu, tiba2 mereka ternampak kepulan asap menjulang ke langit dari suatu tempat di bahagian atas bukit itu. Rahib Esa pula hairan kerana hanya dia seorang sahaja yg tinggal di tempat itu, masakan pula ada orang lain di sana? lalu dia segera berkejar ke tempat dari mana asap itu keluar.

alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati Ji Fatlah yg sedang memanggang ikan di atas bukit itu! Rahib Esa kemudian merasa geram bercampur gembira. Ji Fat mempelawa Rahib Esa utk merasa ikan yg dipanggangnya itu. pada ketika itu juga Duke Ji Chang telah sampai ke atas bukit itu. lalu Ji Fat yg sudah entah berapa lama berada di bukit itu bersama pak ciknya  Rahib Esa segera menerpa bapanya. mereka berpelukan dan saling bercucuran air mata kegembiraan. Ji Chang kagum kerana anaknya sudah begitu sehat sekali. dia juga sudah membesar seperti seorang dewasa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 03:09 PM | Show all posts
Kagumnya aku...ada org buat sinopsis citer Alam Perwira...

Aku respek laa ko Falcon..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2008 04:38 PM | Show all posts
Ko ada member nama JiFat? Kat mana ko kenal dia? Ntah-ntah memang abang aku kots hihi


hohoho.... member aku tu org kedah.

Kagumnya aku...ada org buat sinopsis citer Alam Perwira...

Aku respek laa ko Falcon..


weh! ni dah bukan sinopsis namanyer... panjang semacam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2008 04:39 PM | Show all posts
nanti lenkali aku tambah gambaw plak... malas nk taip...

ada sesape rajin nk taip??? cepat angkat keyboard!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 06:16 PM | Show all posts
jenuh la nak taip ,panjang ooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 05:22 PM | Show all posts
Hu ~ Hu ~ Hu ~


ni dia .. aku bawak koleksi gamba aku ..

tp, kat sini jilid 1 jer tadak .. mana ntah ilang ..


mungkin aku kene guna "Kuasa Minda" Ifrit Utama dulu utk kesan kat mana komik tu ..

dah2 .. merepek plak aku .. ni dia ..







[ Last edited by  falcon_9009 at 24-4-2008 05:32 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 05:47 PM | Show all posts
yg ni plak .. review muka depan nyer .. (sorry no.1 tadak .. nanti aku Cari.com.my )













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2008 05:56 PM | Show all posts

ada lagi ...













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 06:00 PM | Show all posts

ada lagiiiiiiiiiii ....









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 06:04 PM | Show all posts

aku x kira .. nk letak jgk ...









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 06:07 PM | Show all posts
waaaaaaaaaaaaaakakakakaak ..

jenuh aku nk upload ..





- sesape ada jilid satu .. ??

cepat tempek kat sini ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.068540 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list