Originally posted by batunilam4a at 18-10-2007 12:47 AM
Org yang x suke pon leh tlg bukakkan thread ni ker..? ke dlm ati suke...minat sgt kat dewa....sedap ke? muke seko2 mcm mat indon keje kontrak jek....lagu2 pon sepesen je....
allo.. incik rock..
kalau ko menyampah ngan dhani91.. toksah nak kutuk band dewa lak okeh... aku starlight ko karang...
incik ahmad dhani91.. kalo nak collect kredit.. ko gi ler meroyan kat thread istana fabuloso... cepat jer ko jadil legend... aku gerenti...
kat sini kitorang nak diskas pesal album diddy... please understand... kalau rasa cam tak paham bahasa... gi baca buku.. jgn nak menyebok..
back to topic : aku dah beli album diddy.. best!!!!.. confirm lagi best compared album jore af4..
dah dengar ar album nie....ok ler...imbang ade lagu tangkap lentok n rancak....tp paling suke selain hilang lagu saat....lg kubu intro dia cam arab cikit...teng,teng,tedeng,teng(cm tur r kiranya)....genggam pun best....sebenarnya suke lg balada dr diddy jer....sbb diakan suara jantan....x de ar suara cam budak br(new boyz)
TANGGAPAN pertama sebaik melihat kulit album ini, menampakkan Diddy semakin berubah. Jika dulu masih tercari-cari imej yang bersesuaian dengan dirinya, ternyata kemunculan Diddy memperlihatkan kesungguhannya untuk menempatkan nama sebagai anak seni.
Imej sudah ditemui cuma dari segi persembahan nyanyian, masih terlalu banyak yang perlu dilakukan penyanyi yang dicungkil menerusi pertandingan realiti, Akademi Fantasia musim keempat ini. Biarpun menunjukkan peningkatan tetapi ia masih belum memadai, apatah lagi persaingan dunia rakaman semakin sengit.
Bukan menidakkan kemampuan Diddy, cuma maaf jika dikatakan album ini tidak menonjolkan sesuatu yang akan membuat peminat membuka mata dengan kelebihan bakatnya.
Produksi album ini biasa saja, tidak terlalu banyak mencungkil kelebihan Diddy. Mungkin jika diberikan sedikit lagi masa dan Diddy sendiri lebih bersedia, produksi ini akan tampil lebih mengesankan.
Pada beberapa lagu tertentu, paling ketara untuk lagu Lena, Bebas dan Saling, Diddy gagal mengimbangi vokalnya dengan berkesan hingga membuatkan penyampaiannya kurang menyentuh.
Kelebihan Diddy pada lagu balada, walaupun sesekali terganggu kerana gaya penyampaiannya agak mendatar tetapi masih boleh dinikmati. Hilang dan Genggam adalah antara sentuhan yang indah dan memberi kekuatan kepada produksi ini.
Album ini menyajikan 10 lagu yang pastinya menjadi ujian pertama untuk dilepasi Diddy selepas berakhir program realiti popular itu.
Kata Hip:
# DIDDY perlukan lebih persediaan dan melipat gandakan usaha untuk membuktikan dia mampu bersaing dengan penyanyi lelaki sedia ada. Pertingkatkan mutu vokal dan penghayatan jika ingin dikenali dalam genre pop balada. Sentuhannya mudah menangkap telinga pendengar tetapi sukar untuk menyentuh hati mereka dengan penyampaian yang kurang impak.
Impresif! Itu yang mampu saya labelkan album diddy ini. Pakejnya hampir sempurna dari segala segi. Sekali pandang sahaja, saya teruja untuk mengambilnya dari rak cd di kedai Speedy lantas membelinya. Kata orang love at the first sight! Kulit depan cd ini sudah mempamerkan ketelitian dan kualiti. Adakah ia sekadar good first impression sahaja? Bagaimana pula isinya? Berbaloikah untuk dibeli?.. atau ia sekadar satu lagi cd penyanyi lelaki yang akan pudar dalam edaran masa dan timbunan artis segera yang lain? Kamu bacalah lagi..
lena ~ unik
Sulaman horns dan wurlitzer electric piano semasa korus lagu ini yang sangat unik! Apatah lagi dengan cara nyanyian diddy yang seakan menggoda pendengaran. Mungkin pertama kali dengar agak sukar menyukainya terus tetapi setelah mendengarnya betul-betul baru saya suka dan suka dan suka!
hilang ~ dramatik
Ia seolah menonton persembahan opera bunyi. Maksud saya, menyelami rasa dan tona suara diddy yang dilatari vokal opera nikki mampu meremangkan bulu roma. Lagu ini bercerita dengan penghayatan yang betul-betul sehingga saya terbayangkan suasana tragik 'kehilangan' seorang kekasih di era klasik.
bosan ~ dansa
Rentak lagu ini dan nyanyian diddy membuat saya ketagih untuk berdansa! Muzik sebegini ialah 'makanan' kegemaran telinga saya. Adunan keyboard & programming lagu ini mengimbas suasana disco akhir 80an dengan bunyian marimba dan remix synthetizer.
kubu ~ hipnosis
Lagu ini sesuai untuk berangan dan berkhayal sehingga hipnosis. Selang-seli ketukan udu dan programming itulah puncanya. Suara diddy dan suara latar lagu ini mampu melayangkan fikiran saya ke langit dan terus ke angkasaraya!
bebas ~ agresif
Gabungan gitar elektrik dan gitar akustik dalam lagu ini ialah tulang belakang kerancakan dan agresif suara diddy yang sangat laju. Ini lagu penyemarak semangat untuk bebas dari apa jua situasi.
saling ~ funky
Ini lagu duet diddy dan yanie dalam anyaman irama funk & disco. Lagu ini agak pelik pertama kali mendengarnya tetapi ia akan perlahan-lahan menjadi kegemaran setelah mengulangnya berkali-kali. Satu lagi lagu unik seperti lagu lena.
sana ~ santai
Lagu nyanyian diddy ini amat sesuai didengar semasa memandu kereta dengan rooftop terbuka di persisiran pantai. Itu gambaran saya setiap kali mendengarnya. Sangat santai dan menenangkan fikiran.
genggam ~ syahdu
Kemampuan vokal balada diddy amat terserlah dalam lagu ini. Irama mendayu strings yang mengiringinya terasa amat memilukan. Oh! Mungkin saya sentimental? Ia salah satu lagu terbaik dalam album ini.
puja ~ geram
Ini lagu lepas geram berirama rock bersesuaian dengan liriknya dan kelantangan vokal diddy! Satu kejutan bagi sebuah album yang saya sangkakan hanya ada pop sahaja!
saat ~ damai
Perlahan-lahan meruntun jiwa bila mendengarnya. Lagu ini seakan bukti janji diddy pada si dia yang bakal menjadi suri hidupnya. Iramanya sangat damai dan tenang dalam mainan piano yang klasik.
Kesimpulan?
Mungkin kelemahan kecil album ini ialah dalam 2 lagu iaitu lena dan genggam dimana vokal diddy kedengaran 'berlapis-lapis' yang hanya mampu dilakukan semasa proses rakaman studio. Saya tak dapat bayangkan bagaimanalah diddy hendak 'mencuri' nafas untuk menyanyikan lagu-lagu itu semasa persembahan live? Bagaimanapun, saya berani menyatakan bahawa setiap persoalan di atas tadi sudah terjawab secara positif. Oh ya! suara 'besar' diddy mengingatkan saya dengan vokal utama kumpulan Lighthouse Family dan Simon Webbe [ahli grup BLUE]. Album diddy ini selayaknya dibeli dan dihormati. Semoga diddy akan terus menghasilkan album sebagus ini di masa akan datang. Tahniah!