CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3115|Reply: 9

skuad bawah 19 tahun sertai Liga Perdana

[Copy link]
Post time 20-10-2007 01:58 PM | Show all posts |Read mode
DALAM usaha menjanakan pembangunan bola sepak negara, pasukan Bawah 19 Tahun (B-19) bimbingan K Rajagobal diberi peluang beraksi dalam Liga Perdana musim 2007-08, bermula 19 November ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dipengerusikan Presiden Sultan Ahmad Shah di Kelana Jaya semalam, bersetuju dengan usul kemasukan skuad B-19 negara dalam Liga Perdana yang menjadikan keseluruhannya 13 pasukan beraksi dalam saingan itu.

Selain skuad B-19, ia turut disertai Melaka, PKNS, Johor Pasir Gudang, Sabah, Kuala Lumpur, Kelantan, Tentera, Kuala Muda, Plus FC, Felda United, Shahzan Muda dan DBKL.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad berkata, skuad muda negara itu juga akan bersaing dalam Piala FA bagi menggantikan pasukan B-23 Singapura yang tidak dijemput bagi musim baru ini.

"Exco membuat keputusan memberi tempat kepada pasukan B-19 untuk bertanding dalam Liga Perdana dan Piala FA menggantikan Singapura B-23," katanya selepas mesyuarat tiga jam di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam.

Rajagopal yang ditemui berkata, beliau menyambut baik keputusan itu kerana ia dapat memberi lebih pendedahan berguna buat pemain muda yang akan bertemu pasukan kelab dan negeri serta berdepan pemain import lawan dalam Liga Perdana.

Sementara itu, mesyuarat turut melantik bekas Naib Presiden, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, sebagai seorang daripada lima anggota Exco yang dilantik.

Sebelum itu, beliau terlebih dulu dilantik ahli bebas bagi membolehkannya dilantik sebagai ahli Exco, dan kemudian dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib.

Empat lagi Exco yang dilantik adalah pengurus Kedah, Datuk Othman Abdul Aziz, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor, Hamidin Mohd Amin, bekas Pengerusi MSL, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman dan Ibrahim Shamsuddin dari Negeri Sembilan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2007 02:00 PM | Show all posts
ok gak cadangan ni, tapi harap FAM akan tetap dgn pendirian asalnye sebagai pendedahan kepada skuad muda ni. jangan dah setengah jalan nanti macam2 pulak jadinya, seperti dibenarkan ambik pemain import, etc. sama jugak dgn kes upb myteam tu. aku tak setuju sgt la dgn pengambilan pemain import dlm tu. biar la kekal pemain yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2007 02:40 PM | Show all posts
ok kot.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2007 02:48 PM | Show all posts
dulu bukan pernah buat macam ni? apapun, FAM perlu konsisten
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 01:05 PM | Show all posts
aku rasa patut buat macam ni, biarpun dulu kureng berjaya tapi sebenarnya ada impak positif, cuma FAM cepat melatah masa tu. sekarang ni usaha untuk U19 join Liga Perdana perlu dijadikan agenda setiap tahun. kalau ikut aku biar U21 terus (campur sekali U21+U19 dan U17) baru ada kombinasi mantap. pasukan negeri/kelab masih tak bersedia mainkan pemain muda ni, tengok apa jadi Syed Adney main kebangsaan tapi bila dalam skuad negeri, terpinggir sekarang ni terpaksa cari haluan kat UPB-MyTeam. ada gak pemain dalam skuad U23 Malaysia ni tak main regular pun dalam skuad negeri/kelab. memang kesian. bakat yang diorang ada dipersiakan. tapi aku tetap tabik spring kat Azraai Khor dengan jurulatih terengganu yang banyak dedahkan pemain muda dalam skuad utama diorang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 02:37 PM | Show all posts
Aku pun ingat2 mcm pernah gak budak2 olimpik M'sia dulu main kt liga M dulu. Tp tang tu je lah, pastu senyap sbb FAM buat bodo.

Kt Liga S'pore, Young Lions diorang mmg join liga. Boleh tahan jugak prestasi diorang bl lawan dgn kelab2 lain.

Aku sokong lah klu dihidupkan balik skuad muda main kat Liga. Keserasian jangka panjang kena ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2007 03:51 PM | Show all posts
bagus utk membentuk persefahaman..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 11:39 PM | Show all posts
more game more expirence
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2007 08:43 PM | Show all posts
Bagus utk pendedahan dan utk kasi more playing time utk players U19..cuma aku harap2, ianya menjadi satu agenda yg berkekalan..Tapi kalau kat Eropah leh buat Liga Youth Teams antara kelab2, apsal tak leh buat kat sini?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 11:31 PM | Show all posts
"Sementara itu, mesyuarat turut melantik bekas Naib Presiden, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, sebagai seorang daripada lima anggota Exco yang dilantik.

Sebelum itu, beliau terlebih dulu dilantik ahli bebas bagi membolehkannya dilantik sebagai ahli Exco, dan kemudian dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib. "




macam aku nak muntah dan nak tumbuk orang jer bila aku dengar si raja ahmad zainudin nih kene lantik jadi lembaga tatatertib dengan satu lagik jawatan dier tuh...takde orang lain kerrrrr????macam mana la bola sepak malaysia kita nih nak maju kalau orang macam nih dilantik...??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.063768 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list