CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2475|Reply: 3

Suka curi kuih raya

[Copy link]
Post time 20-10-2007 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Suka curi kuih raya



WALAUPUN sudah hampir seminggu Syawal berlalu namun Ziana Zain, 38, tidak dapat melupakan kenangan menyambut hari lebaran di mana bapanya, Zain Abdullah, 70, orang paling sibuk sekali. Zain juga handal dalam bidang masak memasak dan saban tahun beliau antara yang paling sibuk membuat kuih raya terutamanya biskut tat yang menjadi kegemaran Ziana seisi keluarga.

Cerita penyanyi bersuara lantang itu, bapanya mewarisi pelbagai kepandaian daripada ibunya seperti memasak, menjahit, solek menyolek dan mendandan rambut. Justeru, setiap kali Ramadan tiba, Zain paling sibuk di dapur membuat biskut raya dan menjelang hari raya pula beliau akan memasak pelbagai sajian termasuk rendang.

"Bila tiba masa membuat biskut tat, masing-masing ada tugasan. Abah memasak dan menggentel inti nanas. Emak (Rubiah Abdul, 56) pula menyediakan doh dan menerapnya. Saya dan Anuar akan meletakkan gentelan inti nanas itu ke dalam doh yang emak sudah aturkan dalam loyang pembakar.

"Bau biskut tat itu semasa dibakar membuatkan saya dan Anuar tidak sabar untuk memakannya. Apabila biskut sudah sejuk, kami berebut menyimpannya dalam balang kerana boleh curi makan.

"Tetapi abah kuat makan manis. Jadi emak akan menyukat gula untuk membuat inti nanas. Kalau dibiarkan abah menyukat sendiri, inti nanas jadi manis macam makan gula. Emak selalu usik, bukannya makan biskut tat tetapi biskut gula kerana terlalu manis," katanya.

Imbas Ziana, sejak ibu bapanya berkahwin sehinggalah Ziana dan adik-adiknya dilahirkan, mereka tidak pernah menggaji pembantu kerana bapanya rajin membuat kerja rumah.

"Ketika emak dalam pantang, abah menguruskan keperluan rumah tangga termasuk memasak, mengemas, menjaga emak dan bayi yang baru lahir. Jiran tetangga yang datang melawat terkejut melihat rumah bersih dan segalanya terurus.

"Begitu juga bila tiba hari raya, abah akan ke pasar membeli keperluan untuk hidangan raya. Emak hanya perlu menunggu di rumah. Balik dari pasar, abah akan potong daging dan ayam yang dibelinya. Emak cuma membantu mana yang patut.

"Abah juga memberi perhatian kepada penampilan kami sekeluarga. Kalau hendak keluar beraya, abah yang akan menyolekkan kami dan juga emak.



"Jika tak pakai gincu jangan harap dapat keluar berjalan-jalan dengan abah. Dia mahu anak dan isterinya nampak cantik. Tetapi sejak abah menjalani pembedahan jantung dua tahun lalu, abah tidak sihat sangat.


"Sekarang emak yang memasak dan abah tolong sikit-sikit saja. Emak pun tidak benarkan abah aktif sangat kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Apabila mengingatkan kenangan sekali," katanya.

Kini, kata Ziana, kebanyakan biskut raya beli saja Meraikan lebaran lalu, pagi raya pertama Ziana beraya bersama keluarganya di Shah Alam.

"Tengah hari kami ke rumah emak Armin di KL dan petang pula menjenguk nenek Armin di Raub, Pahang. Kesihatan nenek semakin merosot dan sukar kenal orang. Saya pun dia tak kenal. Maklumlah usianya sudah 80 tahun.

"Nenek yang besarkan Armin, jadi setiap tahun kami balik beraya bersamanya," katanya.

Raya ini juga Ziana hanya menyediakan sepasang baju raya untuknya dan tiga pasang untuk anak-anaknya, Mohd Aiman, 7, dan Mohd Ammar, 4.

Yang kelakarnya, kata Ziana, sebab sudah jemu pakai baju berkilat dan berkerawang setiap kali membuat persembahan, jadi raya ini dia memilih baju kurung potongan Pahang polos saja.

"Persediaan ringkas buat diri sendiri tetapi untuk anak-anak saya sediakan sebulan sebelum Ramadan," katanya.

Ziana juga muncul dalam drama raya, 4 Diva Sekampung, di TV3, pada hari raya kedua lalu. Dia juga tampil dalam program Nite Of Soulful Star untuk siaran ntv7.

Tambahnya, Ramadan tahun ini dia kurang sibuk kerana kebanyakan program raya disiapkan sebelum Ramadan.

Sumber: Harian Metro (20 Oktober 2007)
Links: http://www.hmetro.com.my/Saturday/Rap/20071020111603/Article

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2007 05:58 PM | Show all posts
tQ haq
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2007 10:41 PM | Show all posts
alahai..sweetnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 08:02 PM | Show all posts
sama2...cantik kak g..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.366483 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list