CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alongee

About Mat Rempit & Minah Rempit - Update - Mat Rempit Langgar Polis! page 27

[Copy link]
Post time 19-4-2008 08:16 PM | Show all posts
bagus la bapak dia... walaupun sudah terantuk baru terngadah... tapi dia tetap hukum anaknye yg bersalah...
elok kalau mak bapak lain turut sama backhand anak2 rempit masing-masing...

harapnye takda yg saman polis sbb tangkap anak depa yg bawah umur tanpa waran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2008 08:25 PM | Show all posts
Elok kena lempang ngan bapak dia..  Kalau bapak aku pun akan lempang gak...

Aku agak, dia tipu bapak dia, kata nak gi solat jemaat.. rupanya rempit daaa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 08:25 PM | Show all posts

Reply #1 ultra78's post

bagus beri pengajaran ckit
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 06:36 AM | Show all posts
Kekasih lari punca merempit
Oleh AZIZI MAJID


SEBAHAGIAN daripada mat rempit yang ditahan dalam operasi
cegah lumba haram di ibu negara semalam.


KUALA LUMPUR - Hanya kerana tertekan selepas berpisah dengan teman wanitanya, seorang remaja melepaskan geram dengan merempit.

Bagaimanapun, tindakannya itu berakhir dengan dia ditahan polis.

Remaja berusia 20 tahun itu ditahan di Taman Tasik Titiwangsa oleh sepasukan polis yang melancarkan operasi mencegah lumba haram.

Semasa ditahan lelaki itu sedang ghairah melakukan aksi 'wheelie'.

Mengikut lelaki itu, ini merupakan kali pertama dia ditahan kerana melakukan aksi bahaya.

"Saya amat tertekan sekali, tetapi bila dah ditangkap rasa tak berbaloi pula apatah lagi ini kali pertama saya ditahan," katanya.

Dalam operasi yang dijalankan Skuad 42 Unit Trafik Kuala Lumpur ini, jurucakap polis berkata, seramai sepuluh penunggang dan tiga pembonceng motosikal termasuk seorang remaja perempuan kesemuanya berusia 17 hingga 25 tahun ditahan.

Operasi yang bermula pukul 12 tengah malam kelmarin dan berakhir pukul 5 pagi semalam itu dilakukan di sekitar Dataran Merdeka, Taman Tasik Titiwangsa dan Bulatan Pahang.

Turut dirampas dalam operasi itu, dua buah motosikal masing-masing dipercayai motosikal curi dan sebuah lagi motosikal yang telah diubah suai.

Kesemua mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

-----------------------------------------------------------------------------------------

bukan kekasih lari yang sebabkan dia merempit....
tapi pasal dia merempit la kekasih lari...  tak ada
gunanya bagi excuse buat kerja begini yang hanya
akan membahayakan nyawa orang... wonder apa
hukuman yang akan dikenakan.. hopefully something
yang akan buat dia swear off rempit sampai bila2 -
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 07:20 AM | Show all posts
pompuan tuh bertudong pulak tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 08:01 AM | Show all posts

Reply #505 demonagirl6's post

kalu dah join grup merempit ni, atas nampak le bertudung....bawah bertudung ker???.....................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2008 10:01 AM | Show all posts
mat rempit ni kebnykan .... budak melayu yg keje ponteng sekolah ...tk nk belajar ....sumenye pendek akal tau nk enjoy jerk .... org cam ni mmg tk leh nk nasihat dh ....amik je tindakan tegas ...

rampas moto .... hukuman sebat .... dan amik lesan derang smpai derang mampos .....  senang citer klau derang lumbe lg masukkan dlm jail dgn hukuman berat ..... klau derang wat hal lg ....hukuman mati je lah .... org cam menyusahkan .... mat rempit bukan ade sumbangan pd negara ...setakat kejer .... despatch ...mekanik cabut .... moto pon curi .... sampah masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 10:14 AM | Show all posts
diorang kalau ramai - ramai .. berani la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2008 10:51 AM | Show all posts
mat rempit nie bangsa melayu ke??Boleh tak ulamak mana2 keluarkan fatwa menembak mati mat rempit tidak berdosa.memang sampah masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 10:57 AM | Show all posts
http://paultan.org/archives/2008 ... be-any-enforcement/

Illegal road racers and Mat Rempits may face three strokes of rotan under proposed amendments to the Road Transport Act of 1987, according to Federal Traffic chief Senior Asst Comm II Datuk Hamza Taib. This is definitely the kind of headline we would like to be reading rather than ridiculous and insulting headlines of the past like the rebranding of Mat Rempits to 揗at Cemerlang
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 11:04 AM | Show all posts
Yang masih merempit tu agaknya tunggu giliran nak dibawa ke kutub utara kot

Sepatutnya budak2 rempit ni sekiranya tertangkap dipaksa masuk ke program khas Khidmat Negara, of course segregate kumpulan ni dari high school leavers. Biar kumpulan2 mat rempit tu aje dlm program khidmat negara tu nanti walaupun mereka pernah masuk program khidmat negara sebelum ini sekalipun.

Since program khidmat negara memang dah wujud takkan dibuat utk belia2 lepasan SPM aje kot. Biar mereka diberi motivasi oleh pakar2 yang bertauliah ..mungkin pendekatan yg lebih insentif berbanding belia2 lepasan SPM tadi. Dari situ tenaga pengajar menilai taraf pendidikan mereka sekiranya keputusan peperiksaan tak berapa bagus dan tak melayakkan mereka masuk ke Universiti rekomen pulak mereka ni ke pusat2 kemahiran belia ..hanya cara sebegini saja kerajaan boleh membantu menyelesaikan masalah mat2 & minah2 rempit terutamanya mereka yang tak ada hala tuju hidup.

[ Last edited by  babybueno at 21-4-2008 11:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 07:33 AM | Show all posts
Padah merempit



MAT ZATAH (kanan) dibawa keluar dari
Mahkamah Majistret



KUANTAN - Gara-gara merempit, seorang penunggang motosikal dihukum penjara 20 bulan serta denda RM8,000 dan lesen memandu jenis B digantung tiga tahun di Mahkamah Majistret Kuantan di sini semalam.

Majistret Nordiana Abd. Aziz menetapkan hukuman itu terhadap Mat Zatah Mat Lazi, 22, selepas mendengar keterangan pegawai pendakwa, Cif Inspektor Hashim Yahya mengenai aksi berani tertuduh.

Menurut Hashim, berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa memandu secara berbahaya dengan menaiki pembahagi jalan di Jalan Tun Ismail dan melanggar dua lampu merah di sepanjang Jalan yang sama dan Jalan Penjara pukul 2.05 malam, 23 Januari 2005.

Katanya, tertuduh dari Felda Lepar Hilir 2 yang menunggang motor jenis RXZ bersama sekumpulan 19 mat rempit lain akhirnya dapat ditahan oleh polis setelah terjatuh di Jalan Bayam, di sini.

"Tindakan tertuduh memandu secara berbahaya boleh menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, tertuduh wajar dikenakan hukuman agar menjadi pengajaran kepada mat rempit lain," katanya sewaktu membacakan keterangan itu.

Mat Zatah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000.

Jelas beliau, mengikut rekod, tertuduh turut mempunyai empat saman trafik atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk satu waran tangkap bertarikh 10 Jun 2007 yang masih belum dijelaskan.

---------------------------------------------------------------------------------

dengan banyaknya kesalahan dia ni - rasanya penjara tak cukup - kena juga
sebat ni... biar jadi pengajaran pada mat2 rempit poyos yang lain -
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 08:50 AM | Show all posts

Reply #512 dexa's post

nape tak potong kaki sekali..apa hukum hudud bagi kesalahan merempit?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 02:14 PM | Show all posts
Mat rempit heret kepala di jalan

RAKAMAN aksi berani mat rempit di Jalan Sultan Mahmud,
Kuala Terengganu yang boleh disaksikan
di laman web YouTube.


KUALA TERENGGANU - Aksi heret kepala di atas jalan raya.

Begitulah gaya tunggangan 'berani mati' yang kini dikatakan semakin menjadi kegilaan di kalangan mat rempit di Terengganu.

Lagak ala pelakon ngeri itu semakin kerap ditunjukkan oleh mat rempit dengan menjadikan laluan di Jalan Sultan Mahmud di sini, sebagai gelanggang aksi mereka.

Salah seorang  yang ingin dikenali sebagai Salam memberitahu, beliau terserempak dengan mat rempit menunjukkan aksi yang dianggap paling 'ekstrem' itu pada waktu malam minggu lalu.

Menceritakan gaya tunggangan yang dimaksudkan itu, ujarnya, mat rempit menaiki motosikal dengan membonceng rakan di belakang.

Jelasnya, penunggang akan membuat wheelie dan dalam masa yang sama pembonceng berbaring hingga topi keledar yang dipakainya mencecah permukaan jalan raya.

" Penunggang akan memecut kenderaan sehingga kelajuan 80 kilometer sejam dan mengheret rakannya yang kepalanya bergesel dengan jalan raya," katanya.

Katanya, lebih mengejutkan apabila pembonceng berkenaan tidak memegang rakannya atau mana-mana bahagian motosikal.

"Hanya pedal motosikal yang digunakan bagi menahan kedua-dua belah kakinya. Aksi ini memang bahaya dan saya terperanjat mereka berani buat macam tu," katanya.




pada aku sula ajer mat rempit nih!! :@   teruk sgt dah dok buat perangai bodo lak!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 02:17 PM | Show all posts

Reply #514 amazed's post

lolx tahun 2004 pon dah ade aksi ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 02:25 PM | Show all posts
Patut mat2 rempit yg kene tahan, kasi hukuman sebat je. Baru serik sket. :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2008 02:32 PM | Show all posts
jgn langgar hak-asasi mat2 rempit...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 11:56 PM | Show all posts
kecundangnya sorang mat rempit @ wira umno......


Sunday June 22, 2008 MYT 5:30:17 PM
Mat Rempit dies trying to flee police roadblock
By RA#HA A. HAMID

KUALA LUMPUR: A Mat Rempit (illegal racer) died in his bid to flee a police roadblock near KM2.7 of the Sprint highway early Sunday morning after his motorbike rammed into a BMW.

Hafisuddin Wahid, 22, was heading to the city in the 1.55am incident. He died on the spot due to severe injuries to his head and body.

Petaling Jaya deputy OCPD Supt Abdul Razak Elias said Hafisuddin was apparently trying to escape via the opposing lane when he had realised there was a police roadblock up ahead.

Hafisuddin's motorbike rammed into the BMW before he was dragged some 20m away from the scene.

His body was sent to the University Malaya Medical Centre for a post mortem.

"We have recorded a statement from the BMW driver, who is in his 30s, to facilitate investigations," Abdul Razak said when contacted.

He added that police were conducting an operation against illegal racing when the incident took place. Police seized 41 motorbikes in the operation; one of the men they detained has a previous record for stealing motorbikes.

"Three of them tested positive for drugs and 151 summonses were issued in the operation," Abdul Razak said.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/22/nation/20080622172104&sec=nation
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 06:54 AM | Show all posts
Rempuh dan belasah
Oleh NORAINI A. GHANI


Sekumpulan remaja serang anggota polis



KONSTABEL KAMIL menunjukkan bahagian sikunya yang cedera akibat
dibelasah sekumpulan 'mat rempit' di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala
Terengganu kelmarin.


KUALA TERENGGANU - Hanya kerana mahu 'menyelamatkan' dua gengnya, sekumpulan 25 remaja bertindak ganas menyerang empat anggota polis yang sedang membawa dua remaja tersebut ke Balai Polis Daerah Kuala Terengganu.

Itulah yang berlaku pada pukul 3.45 pagi kelmarin, apabila sekumpulan remaja nekad merempuh dan membelasah anggota polis berkenaan di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini.

Semasa kejadian kira-kira satu kilometer dari balai polis, anggota polis itu juga menunggang motosikal.

Menurut salah seorang anggota polis itu, Konstabel Kamil (bukan nama sebenar), 21, ketika itu, beliau dan tiga rakan setugas dari Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu melakukan rondaan cegah jenayah.

"Pada waktu itu kami yang menaiki dua buah motosikal ternampak kelibat dua remaja lelaki melepak di tepi jalan dan salah seorang daripada mereka dipercayai mempunyai rekod jenayah dadah.

"Kerana kelakuan mereka mencurigakan, kami menyapa dan menahan mereka untuk dibawa ke balai bagi tujuan ujian saringan air kencing," kata beliau semalam.

Bagaimanapun katanya, tindakan mereka mengarahkan suspek ke balai polis telah diperhatikan oleh seorang lelaki dipercayai pengedar pil kuda yang berada di tempat kejadian.

Ceritanya, selepas bergerak kira-kira 200 meter menuju ke balai polis, tiba-tiba sekumpulan remaja dengan menunggang kira-kira 25 buah motosikal menuju ke arah mereka.

"Mereka datang merempuh kami menyebabkan kami terjatuh ke atas jalan raya. Apabila rebah, tiga orang rakan saya lari mendapatkan pertolongan, manakala dua lagi remaja yang dibawa ke balai melarikan diri.

"Melihat hanya saya yang berada di situ mereka menyerang saya menggunakan topi keledar, ada juga yang membaling topi berkenaan dan menyepak tubuh saya
," katanya dengan memberitahu tiga rakannya itu berpangkat Koperal.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

mat rempit ni memang dah lama tak takut polis kalau depa ramai2 --
ada yang sampai bunuh membunuh - kalau kita baca cerita tentang mereka
di sini --

hukuman setakat fine or 2-3 bulan penjara is nothing -- depa ni mesti kena
diberi hukuman yang cow cow - sebat  adalah salah satu untuk reducekan
mat rempit ni -- dan kalau caught - MESTI jalankan hukuman tu - tak boleh
nak elak elak lagi... sebab depa akan manipulate lagi system tu sendiri -
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 02:10 PM | Show all posts
Bagus mati...kurang sket liabiliti negara...:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.135124 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list