CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adbrutals

SELANGOR RED GIANTS - caya la...kepala Rangel (1) vs Pahang (0)

[Copy link]
Post time 7-4-2014 10:01 AM | Show all posts
Insiden Penyokong Perak Selangor

Insiden yang berlaku diluar stadium Perak diantara penyokong2 Perak dan Selangor selepas perlawanan Liga Super diantara Perak mln Selangor pada 5hb April 2014.

http://www.youtube.com/watch?v=gJ_Pbcp8TAw

http://www.youtube.com/watch?v=f6dngMv1VOA

Sumber: Youtube.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2014 01:06 PM | Show all posts
Keganasan bukan budaya Red Giants


Rosman Ibrahim

KUALA LUMPUR - Bimbang insiden keganasan penyokong di Ipoh berulang membuatkan Persatuan Bola­sepak Selangor (FAS) memberi jaminan aspek keselamatan akan menjadi agenda utama pada aksi Liga Super Selangor menentang Perak di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Malah Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd. Ibrahim menyeru penyokong Selangor agar tidak melakukan provokasi yang mampu mencetus keganasan selepas mendapati terdapat unsur-unsur hendak 'membalas dendam' dalam kalangan segelintir penyokong seperti yang diuar-uar mereka di laman-lama sosial.

Tegas Rosman lagi, adalah menjadi budaya Red Giants menghormati tetamu dan perkara itu harus diamalkan apabila menerima kunjungan Bos Gaurus dalam perlawanan hujung minggu ini.

"Apa yang berlaku di Ipoh tidak sewajarnya berulang di Shah Alam kerana saya percaya ia hanya melibatkan sebilangan penyokong.

"Sebelum ini juga, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pernah menasihatkan penyokong agar menghormati tetamu (penyokong lawan) yang hadir untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

"Kami sebagai tuan rumah akan memastikan kawalan keselamatan pada perlawanan Sabtu ini ditingkatkan lebih daripada biasa untuk memastikan kedua-dua penyokong pulang dengan selesa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Pada perlawanan Sabtu lalu, penyokong Selangor mendakwa telah dipukul oleh beberapa ­penyokong ekstrem Perak di luar kawasan stadium selepas tamat perlawanan yang berkesudahan Sela­ngor menang 1-0 ke atas Perak.

Difahamkan pergaduhan antara penyokong Perak dan Selangor tercetus selepas tamat perlawanan kira-kira pada pukul 11.45 malam hingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak untuk mele­raikan keadaan dan dua orang penyokong Selangor dilaporkan mengalami kecederaan di kaki dan kepala.

Sementara itu, Rosman berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan wakil penyokong Se­langor bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden pergaduhan tersebut dan akan menghantar laporan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut.

"Saya juga harap selepas ini Persatuan Bolasepak Perak dapat lebih peka dengan soal keselamatan kerana tidak mahu perkara sama berulang kembali," katanya lagi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... iants#ixzz2yGh04Nrq
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 01:13 PM | Show all posts












T-Team vs Selangor

Sumber: facebook.com
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 05:14 PM | Show all posts
Selangor intai carta teratas
2014/04/08 - 07:24:32 AM Oleh Wan Fakhrul Bakar
Cetak Emel Kawan Tweet

Kuala Lumpur: Selangor bakal merampas tangga teratas Liga Super daripada Pahang andai skuad kendalian Mehmet Durakovic itu mampu menundukkan pasukan tangga ke-10, T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Perlawanan itu yang sepatutnya berlangsung 15 April ini, namun terpaksa diadakan awal kerana aksi keempat Piala AFC membabitkan Selangor dengan Arema Indonesia di Malang dipinda ke 16 April ini berbanding jadual asalnya, esok.

Namun bagi kapten Selangor, Bunyamin Umar, bukan kedudukan pendahulu liga menjadi keutamaan mereka, sebaliknya pemain bek kanan berusia 26 tahun itu berharap pasukannya tidak keciciran mata sepanjang baki tiga perlawanan bulan ini.

Ia membabitkan pertemuan dengan T-Team malam ini, sebelum disusuli Perak pada Sabtu ini dan Lions XII (19 April ini).

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini
http://www.bharian.com.my/bharia ... artateratas/Article
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 01:26 PM | Show all posts
T-Team Dan Selangor Terikat Seri 1-1 Aksi Tunggal Liga Super
Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 11:57 PM

Oleh: BERNAMA


Pemain T-Team, Muhd Syuhiran (kanan) cuba menghalang pergerakan pemain Selangor, Andik Vermansah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam Selsa. Foto BERNAMA

  (Ubah saiz teks) KUALA TERENGGANU: Wakil kelab Terengganu, T-Team dan Selangor berkongsi satu mata selepas seri 1-1 pada aksi tunggal Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam Selasa.

Keputusan itu membolehkan pasukan Selangor naik satu anak tangga ke kedudukan kedua liga dengan 21 mata, satu mata di belakang pendahulu, Pahang manakala T-Team kekal di tangga ke-10 dengan 13 mata.

Pada perlawanan berkenaan, Selangor jelas menguasai permainan pada babak pertama dengan banyak melakukan serangan ke kubu skuad 'The Titans' sebaik sahaja pengadil perlawanan, Mohd Fairuzi Mat Desa meniupkan wisel perlawanan.

Mereka berjaya berada di hadapan pada minit ke-15 menerusi penyerang, A. Thamil Arasu yang menanduk masuk sepakan penjuru daripada Mohd Azmi Muslim untuk menceriakan segelintir penyokong mereka yang hadir ke stadium.

Bersambung babak kedua, pasukan T-Team kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah mengubah corak permainan dengan melakukan asakan bertali arus ke kubu Selangor untuk mencari gol penyamaan.

Usaha mereka berhasil selepas penyerang import dari Indonesia, Patrich Wanggai melakukan tandukan kencang hasil sepakan percuma daripada Nelson Sam Martin pada minit ke-80 bagi menyamakan kedudukan.

Mereka bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Wanggai dilayangkan kad merah oleh Mohd Fairuzi pada masa kecederaan separuh masa kedua
selepas beliau dikatakan menumbuk kepala Arasu.

Keputusan itu kekal sehingga tiupan wisel perlawanan oleh Mohd Fairuzi untuk membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Perlawanan berkenaan yang sepatutnya diadakan Selasa depan, diadakan pada Selasa berikutan Selangor akan beraksi dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Arema Indonesia pada 16 April ini di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia.

T-Team akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan menentang Pahang manakala Selangor akan melayan kunjungan Perak di Stadium Shah Alam dan kedua-dua perlawanan akan berlangsung, Sabtu ini.

Sumber: http://www.mstar.com.my/sukan/bo ... tunggal-liga-super/
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 01:30 PM | Show all posts
Selangor Draw 1-1 With T-Team And Lose Chance To Go Top
Published on Wednesday, 09 April 2014 09:15 .0 Comments


Paolo Rangel

SELANGOR and T-Team couldn't have been more apart in terms of their recent fortunes. Selangor went into the match third in the league with a match in hand, whereas T-Team were third from bottom.

However the home team were bolstered by the inclusion of their latest signing, Brazilian forward Evaldo Gonçalves, while Selangor fielded the same players that they had the day before the April transfer window opened, despite rumours that they are seeking to replace a few foreign players in their employ.

The first significant chance of the match came in the 12th minute when following an exchange of passes, Paulo Rangel fed the ball to Indonesian winger Andik Vermansyah, but Andik's attempt from an angle was blocked by Titans goalkeeper Shahril Sa'ari.

However Selangor found their goal minutes later, the 15th minute to be exact. A Selangor corner was not headed away cleanly by a Titans' defender, and was headed in by the Red Giants' forward Thamil Arasu.

Nine minutes later Andik hit a volley from a Hadi Yahya cross from the right, but it went straight to the keeper.

In the the 25th minute, T-Team were denied an equaliser when another Indonesian player in the match, Patrich Wanggai fed Azrul Hazran in the Selangor box. Azrul's shot was blocked by Selangor keeper Farizal Marlias, and the ball rolled away infuriatingly and lazily towards the wrong side of the post.

Five minutes from the halftime whistle, Rizal Fahmi almost find his team's second and his first of the season off a corner. He squeezed away from his marker to stick a foot out for an attempt, got a touch, but Shahril kept it out with a gravity-defying leap.

Just before the halftime whistle was blown, Rangel got on the end of a long freekick, but his header did not get enough of the ball, and it went agonisingly wide.

Right off the second half whistle, Thamil almost added his and Selangor's second when he was fed by Rangel. He tried to lift the ball over the onrushing Shahril from an angle, but his attempt went wide.

Three minutes later Wanggai sent in a very good freekick. His ball curled towards the top far corner, but did not go in.

However 10 minutes from time, Wanggai finally found the equaliser for the home side. A freekick from the right of the penalty box found Wanggai's head, and the header flew in near the far post to make it 1-1.

But hero turned villain one minute before time, when Wanggai retaliated badly to a physical challenge by Thamil and S Veenod by punching not just one, but both of them in the back.

The sacking did not do much to affect the game, and moments later the whistle was blown by the referee. Selangor dropped two precious away points, and the chance to go top.

sOURCE: http://malaysiandigest.com/sport ... ance-to-go-top.html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2014 01:32 PM | Show all posts
Gaduh: FAM belum terima laporan

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum mene­rima laporan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Sela­ngor (FAS) berhubung insiden pergaduhan melibatkan penyokong Selangor dan Perak yang berlaku selepas tamat perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, pihaknya hanya akan menjalankan siasatan lanjut selepas menerima laporan rasmi daripada pasukan yang terlibat.

"Saya baru dapat tahu mengenai kejadian itu berdasarkan laporan akhbar dan saya tidak dapat nak beritahu apakah tindakan yang bakal dikenakan.

"Esok (hari ini) saya akan hubungi mereka bagi mendapatkan maklumat lanjut selain menunggu laporan rasmi daripada pihak persatuan," katanya.

Dalam perlawanan yang berlangsung Sabtu lalu, penyokong Selangor mendakwa telah dipukul beberapa penyokong ekstrem Perak di luar stadium selepas tamat perlawanan yang berkesudahan Red Giants menang 1-0 ke atas Bos Gaurus.

Difahamkan pergaduhan antara penyokong Perak dan Selangor tercetus sekitar pukul 11.45 malam. Insiden lebih buruk dapat dihalang selepas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) meleraikan keadaan dan dua penyokong Selangor dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan kaki.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... poran#ixzz2yMeDbjqt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 01:33 PM | Show all posts
Polis sahkan ada pergaduhan

IPOH - Polis semalam mengesahkan berlaku pergaduhan antara di penyokong Perak dan Selangor selepas tamat perlawanan Liga Super melibatkan dua pasukan itu di Stadium Perak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai pergaduhan tersebut yang berlaku di jalan masuk ke stadium berkenaan dari arah Jalan Ghazali Jawi kira-kira pukul 11.45 malam.

Katanya, pergaduhan itu bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan penyokong bersurai pada pukul 12.30 pagi.

"Selepas sejam tamat perlawanan, penyokong tuan rumah telah berbaris di kiri dan kanan jalan dimana ketika itu bas pasukan Selangor masuk ke kawasan perkarangan stadium.

"Bagaimanapun, dua lelaki secara tiba-tiba telah bertindak memecahkan lampu dan cermin sisi bas berkenaan sebelum mereka kemudiannya melarikan diri," katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Chang Keong berkata, semasa penyokong Selangor berjalan keluar dari kawasan stadium, penyokong Perak mula melakukan provokasi dengan mengejek pasukan itu sehingga berlakunya adengan tolak menolak antara penyokong dua pasukan berkenaan.

Katanya, dalam kejadian itu, dua penyokong Selangor mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk mendapatkan rawatan.

"Setelah FRU sampai, penyokong melarikan diri sehinggakan ada yg terjatuh dan disyaki mengalami kecederaan. Bagaimanapun, tiada pergaduhan ganas berlaku.

"Kita hanya menerima satu laporan iaitu daripada pihak polis mengenai kejadian itu manakala tiada tangkapan dilakukan setakat ini," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... duhan#ixzz2yMeWlLPZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 01:39 PM | Show all posts
Nazmi arkitek baru Selangor
2 0Google +0 0 0Cetak Oleh Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Selangor bakal menambah kekuatan menerusi jendela perpindahan pemain ketika ini apabila mendapatkan pemain tengah PKNS FC, Mohd Nazmi Faiz Mansor dan dua pemain import dari Brazil bagi mengharungi baki cabaran Merah Kuning di Liga Malaysia.

Nazmi, 20, yang kini beraksi untuk PKNS FC pernah diangkat pemain tengah berbakat negara sehingga berjaya mengikat kontrak bersama kelab utama Portugal, SC Beira Mar SC pada 2012 namun pulang ke tanah air secara mengejut selepas enam bulan di negara itu.

Difahamkan peluang untuk Nazmi bersama Merah Kuning amat cerah dengan rundingan berlangsung antara Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan PKNS FC.

“Dia sebenarnya sudah melahirkan hasrat untuk bersama Selangor dengan rundingan kini berlangsung bagi mendapatkan harga yang berpatutan bagi kedua-dua pasukan sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain tempatan.

“FAS kini menunggu reaksi balas PKNS FC untuk meneruskan perpindahan ini,” menurut sumber semalam.

Nazmi sebelum ini membuat kejutan apabila meninggalkan SC Beira Mar untuk mengikat kontrak tiga tahun bersama PKNS pada 2013 dan pemain kelahiran Lembah Keramat itu kini mempunyai kontrak berbaki setahun setengah bersama kelab itu.

Selangor turut menggantikan pemain import dari Brazil, Junior dengan Cleber Barbosa Viana, 28, yang turut beraksi di posisi penyerang dan sayap manakala Evaldo Silva Dos Santos, 31, dijangka menggantikan Steve Pantalidis untuk beraksi pada posisi pertahanan tengah.

Junior mengalami kemerosotan prestasi sejak kebelakangan ini manakala pemain dari Australia, Pantalidis dilihat mempamerkan tahap permainan yang tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan pemain tempatan.

FAS dijangka mengikat dua pemain kelab Caxias FC dari Brazil itu dalam masa terdekat selepas rundingan awal namun kudrat Junior dan Pantalidis terus ditagih untuk baki dua perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC kerana pendaftaran pemain baru hanya dibenarkan sekiranya Selangor layak ke pusingan seterusnya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 01:40 PM | Show all posts



























Selangor vs Perak

Sumber: facebook Last edited by sofianbm on 16-4-2014 12:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:49 PM | Show all posts
Tiket Habis Game Selangor vs. Perak
Posted on April 13, 2014 by Fauzi Blues
inShare.0


Buat pertama kalinya tiket bola dalam perlawanan bola Liga Super 2014 kat Stadium Shah Alam HABIS!!! Aku agak terkejut dengan situasi semalam. Setelah sekian lama Stadium Shah Alam gagal menarik jumlah penonton yang ramai untuk game Selangor melainkan game Piala Sultan Selangor sebab ramai yang dapat tiket free je. Tapi semalam,adalah jumlah kehadiran penonton tertinggi ke Stadium Shah Alam sejak Liga Super 2014 bermula.

Rupanya bukan aku sorang yang terkejut, rupanya ramai lagi fans Selangor yang terkejut dengan situasi semalam. Aku seperti biasa mula gerak ke Stadium Shah Alam dari Putrajaya lepas solat maghrib kat rumah. Walaupun sebenarnya dah janji dengan Blogger Shakiddo dan Blogger Melastik Bintang untuk sama-sama ke stadium. Tapi sebab aku lambat, diorang masuk la dulu ke dalam stadium. Lagipun diorang fans Perak, mana boleh duduk sekali…heheheh..standard team pun tak sama kan..hahahah… macam langit dengan bumi. Ranking Selangor dalam Liga Super 2014 selepas 13 game duk kat nombor dua, ranking Perak dalam Liga Super 2014 pulak kat bawah sekali…kan tak sama tu.

Berbalik kepada isu kena beratur panjang untuk beli tiket semalam, kedengaran hanya satu kaunter je dibuka untuk jualan. Penyokong yang beratur dah mula marah-marah apabila game dah start. Tak lama lepas sepak mula, kitorang dengan sorakan GOLLLLL!!! dari fans yang dah ada dalam stadium.. pastinya gol jaringan untuk Selangor. Lagi la penyokong Selangor yang tengah beratur kat luar stadium ni bengang. Aku pun dah mula rasa nak ke kaunter belah VIP plak. Tapi aku tahan je la niat aku tu..takut kat belah sana pun sama kena beratur panjang. Lagipun kat sebelah sana tempat masuk untuk fans pelawat. Selepas 15 minit game berlangsung, ada beberapa fans yang bersuara bagitau tiket game Selangor vs. Perak dah habis!!! Kitorang yang memang sedia bengang jadi semakin bengang..tapi nasib baik tak buat benda bangang laaa..


Tak lama tu, aku tengok ramai fans yang beratur tadi berlari ke arah pintu masuk Stadium Shah Alam. Dalam hati “apahal plak ni?”.. rupa-rupanya memang sah tiket dah habis!!! Dan pagar dibuka bagi membolehkan semua yang beratur tu masuk. Aku pun ikut la join berlari ke arah pintu masuk stadium. Dalam kepala otak terpikir gak “ada lagi ke tempat kosong sedangkan tiket dah habis dijual?” Bila dah masuk ke dalam stadium, rupanya memang banyak lagi tempat duduk yang kosong dalam stadium yang mempunyai kapasiti tempat duduk 90,000 penyokong.


Lega…aku terus ke lengkuk hijau, GATE U, bawah scoreboard Stadium Shah Alam tempat di mana UltraSel berada. Aku port kat situ sampau habis game. Nanti aku ulas sikit pasal game semalan kat entri lain ye..



Sumber: http://www.fauziblues.com/2014/0 ... -selangor-vs-perak/
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:56 PM | Show all posts
Selangor 1-0 Perak: Rangel's gain is Silver State's loss
The Selangor hitman haunts his former team with the decisive goal in an action-packed encounter


thestar.com
BY    OOI KIN FAI     Follow on Twitter

The second round of the Malaysian Super League 2014 for Selangor starts with them hosting Perak at Shah Alam Stadium. The two teams met in the reverse fixture just a week ago that was settled by a solitary Paulo Rangel penalty goal. The corresponding match last season ended 1-1, a result that will suit neither side in their respective cause; one in their title chase, the other to battle against relegation.

Mehmet Durakovic faced an injury crisis with regards to his midfield and had to select Shukur Jusoh and Hadi Yahya in midfield as K. Gurusamy and S. Veenod are both absent from the squad. The Australian coach even had to push Steve Pantelidis into midfield with Evaldo Silva slotting in at the back. Meanwhile, Abu Bakar Fadzim is able to field newly signed, Abdulafees Abdulsalam in attack.

It didn’t take long for the home side to get ahead when Kyaw Zayar Win lost the ball in midfield and Rangel drove forward with dangerous intent. The Brazilian striker needed no second invitation and his shot rifled into the top corner. Going down a goal behind with just 8 minutes played is not within Abu Bakar’s plan as his team struggled to keep hold of possession.

Selangor had a chance to double their lead in the 22nd minute, when Thamil Arasu broke through and managed to square the ball to Rangel but Syazwan Roslan’s last minute challenge did just enough to put off Rangel. Perak’s best chance came from a counter attack from Selangor corner kick. The quick-fire raid forward saw Nasir Basharuddin presented with the chance to shoot and his shot sailed just over the bar.

With everything seemingly going smoothly for the Red Giants, events close to half time turned the tide in favour of the away side. Evaldo rose high to challenge with Zayar Win and looks to have connected with his elbow first on the Burmese. The referee Zulkifli Ahmad showed Evaldo the yellow card only to change his mind after seeing the extent of Zayar Win’s injury. The yellow was switched to red and that decision incensed Durakovic, who remonstrated with the referee after the half time whistle was blown.

The expected onslaught in the second half from Perak never came. Tactically, Abu Bakar pushed his midfielders closer to Abdulafees, with Raffi manning the area just in front of the defence. However, the passes from the defences to wide areas were not good enough to trouble Selangor.

Rangel was left isolated up front with the home side defending in numbers. To his credit, Rangel tried to take on the entire Perak defence, at times up against 3 players and still managed to earn free kicks off them. His strike partner from the start, Thamil, was forced to drop into midfield to help out with his team.

Then in the 65th minute, Perak shot themselves in the foot. Raffi clattered into Fitri Shazwan unnecessarily near the halfway line to earn himself an early bath. The referee had no choice but to show Raffi his second yellow card of the game after being booked in the first half. That meant it was down to just 10 versus 10 for the balance 25 minutes of the match.

Durakovic shored up his defence by bringing on Shahrom Kalam while Perak went for broke by bringing on Hardi Jaafar for right back Tuah Iskandar. Ridzuan constantly became Perak’s only attacking outlet down on the right. Which Selangor countered by bringing on Raimi Nor to give extra protection to Azmi Muslim.

In the end, the score match that of a week ago, with Selangor coming out on top yet again. Durakovic will no doubt be pleased that his charges stood firm despite going a man down early on. As for the fans of Bos Gaurus, it is another defeat that will give no help to their chances of surviving the drop. Just like last week, Rangel is the only name on the scoresheet.

Source: http://www.goal.com/en-my/match/ ... -vs-perak-fa/report
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:06 PM | Show all posts
Isnin, April 14, 2014

Liga Super 2014: Selangor, 1-0, Perak FA di Stadium Shah Alam.






































Bersambung...

Last edited by sofianbm on 16-4-2014 01:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:31 PM | Show all posts










I
Liga Super 2014: Selangor, 1-0, Perak FA di Stadium Shah Alam.Alhamdulillah, Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) dan Retro Bola Sepak (RBS) berkesempatan menyaksikan perlawanan pusingan kedua Liga Super 2014; di antara Selangor dan Perak di Stadium Shah Alam (SSA).  Dalam situasi yang jarang-jarang berlaku, SSA dipenuhi dengan ramai penonton, sehingga ramai terpaksa beratur panjang di luar stadium untuk membeli tiket, laksana sebuah perlawanan penting membabitkan skuad Gergasi Merah. Bagi mengelakkan situasi tidak diingini, para penyokong yang beratur panjang sehingga pukul 9.15 telah dibenarkan masuk secara percuma oleh pihak keselamatan serta pengurusan stadium.

Dalam perlawanan sebelum ini, Selangor berjaya menewaskan Perak 1-0 di Ipoh, tetapi seri 1-1 dengan T-Team, sekaligus mengagalkan selangor untuk menduduki tangga pertama, dan akhirnya sekadar menduduki tempat kedua liga. Selain tewas kepada Selangor, 0-1 di laman sendiri pada 5hb April 2014, keputusan FAM menolak satu mata dan menghadiahkan 2 mata kepada T-Team berikutan insiden pertukaran pemain di bawah 48 jam, merudumkan lagi moral pemain perak. Bukan itu sahaja, berbagai konflik dalaman terpaksa dihadapi oleh skuad Perak dengan pemain import yang digugurkan, meski belum sempat beraksi. Perak juga dahagakan penyerang dalam sentuhan mendapatkan gol, selain ketandusan idea di atas padang.

II
Sementelah, pasti ramai yang mengenali sosok penyokong sejati Gergasi Merah ini. Kelibatnya yang sering melaungkan “1, 2, 3…. Ombak!” kepada para penyokong Selangor sebelum diikuti dengan alunan lambungan ombak ‘Mexican Wave’ sepanjang stadium sedari era Stadium Merdeka lagi. Beliau yang dimaksudkan ialah Saudara Osman Ombak, yang berasal dari Batu 9, Kampung Medan, Telok Panglima Garang, Banting, Selangor dan berkhidmat dengan Proton. Beliau yang dianggap sebagai penyokong ‘Otai’ dan ‘Legenda Selangor’ kebiasaannya melaksanakan ‘tugas’ selaku pelaung ‘sorakan ombak’ itu di Pintu 8, SSA.

III
Meskipun SSA sudah agak lama tidak digunakan memandangkan terdapat kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan dilakukan, masih terdapat kekurangan yang signifikan iaitu soal keselesaan Jemaah yang ingin bersolat di Surau SSA. Hal yang demikian, adalah sangat diharapkan agar pihak pengurusan stadium dapat memperbaiki serta memperbesarkan surau tersebut memandangkan keluasannya yang agak kecil sehingga menyebabkan para penyokong terpaksa menunaikan solat di luar surau, selain tiada kemudahan tempat solat untuk kaum wanita. Masalah keselesaan untuk mengambil wudhu’ juga berlaku, di mana tekanan air yang keluar agak rendah, sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa menunggu lama.


IV
Dalam usaha Selangor memperkukuhkan pasukan untuk saingan seterusnya dalam Liga Super dan Piala AFC, mereka telah mengikat dua pemain dari Brazil iaitu Clebinho dan Evaldo Silva Dos Santos. Berdasarkan rekod, Clebinho atau nama sebenarnya Cleber Barbosa Viana pernah beraksi untuk kelab divisyen dua Brazil iaitu Guarani FC sebagai pemain penyerang. Manakala Evaldo Silva pula adalah pemain pertahanan yang pernah beraksi untuk kelab-kelab seperti Sao Caetano dan FC Tokyo.

Clebinho akan menggantikan pemain import Selangor yang juga dari Brazil iaitu Junior Aparecido yang tidak menunjukkan prestasi yang baik disebabkan masalah keluarga. Manakala Evaldo akan menggantikan tempat pemain dari Australia iaitu Steve Pantelidis yang juga kurang beraksi dengan baik untuk Selangor.

Ini akan menjadikan Selangor mempunyai trio import dari Brazil iaitu Paulo Rangel, Evaldo dan Clebinho yang juga kali pertama buat Selangor dalam saingan Liga Malaysia. Andik Vermansyah dari Indonesia masih kekal untuk import kuota Asia dan persembahan beliau juga dipuji oleh banyak pihak.








Bersambung...
Last edited by sofianbm on 16-4-2014 01:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:49 PM | Show all posts







































Bersambung...

Last edited by sofianbm on 16-4-2014 01:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:57 PM | Show all posts
V
V
Pusingan kedua Liga Super 2014 bermula dengan nota positif buat pasukan Selangor FA, selepas merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Perak di Stadium Shah Alam. Jaringan tunggal The Red Giants diperoleh menerusi pemain penyerangnya, Paulo Rangel pada minit ke-8. Jaringan pemain Brazil itu juga memastikan kedudukannya di puncak carta penjaring terbanyak Liga Super terus kukuh dengan 10 gol.
Babak pertama perlawanan menyaksikan permainan dikuasai Selangor namun mereka dikejutkan dengan insiden pemain dibuang padang melibatkan pemain pertahanan, Evaldo Silva Dos Santos yang mengutip kad kuning kedua pada minit kecederaan separuh masa pertama. Insiden itu memberi peluang kepada pasukan Bos Gaurus untuk memberi tekanan kepada Selangor pada babak kedua.
Meskipun begitu, pasukan yang menduduki tangga tercorot liga itu tidak mampu mengancam pertahanan Selangor. Misi mereka mencari tiga mata penting juga semakin sukar dicapai apabila Muhd Rafiq Faeez turut dibuang padang. Kejadian itu membuka peluang kepada kedua-dua pasukan untuk bersaing dengan kekuatan sama banyak sehinggalah wisel penamat ditiup pengadil, Zulfikfli Ahmad.
Kemenangan Selangor memastikan mereka dalam saingan memburu kejuaraan liga apabila berada di tangga kedua dengan 24 mata di belakang pendahulu liga, Pahang yang mempunyai 25 mata.
Kekalahan buat Perak pula bermakna mereka terus bergelut dalam zon penyingkiran di kedudukan tercorot dengan hanya lapan mata selepas 12 perlawanan. Semoga Perak FA bangkit semula. Kejor Yob Kejor; Ipoh Mali Tala Sombong. Forza Selangor. Maju Selangor. Viva Selangor.
Bersama kita tolak hooliganisme dan samseng dalam bola sepak. Juga, bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu.
-----------------------------------------------
Sumber:
Last edited by sofianbm on 16-4-2014 02:08 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 02:12 PM | Show all posts










Arema Cronus vs Selangor

Sumber: Facebook Last edited by sofianbm on 16-4-2014 02:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 02:22 PM | Show all posts
PIALA AFC, Arema Cronus Vs Selangor FA (16/4), Menang Itu Wajib Singo EdanNewswire Selasa, 15/04/2014 19:32 WIB


Antara Sesi Latihan Selangor FA di Malang

Kabar24.com, JAKARTA - Andik Vermansyah absen saat klubnya Selangor FA Malaysia menghadapi Arema Cronus Indonesia, Malang pada laga lanjutan penyisihan grup F Piala AFC di Stadion Kanjuruhan Kepanjen, Kabupaten Malang, Rabu (16/4).

"Tanpa diperkuat Andik Vermansyah, kami tetap menargetkan kemenangan atas Arema Cronus," tegas Mehmet Durakovic, Pelatih Selangor FA, di Malang, Selasa (15/4).

Dia menjelaskan jadwal pertandingan yang cukup padat dan sangat berat.  Namun, dia  tetap optimistis mampu meraih poin sempurna di kandang Arema.

"Arema itu tim bagus, tapi apapun yang terjadi, kami tetap ingin menang melawan Arema," ungkapnya dalam konferensi pers di Malang.

Menurut Mehmet, Andik Vermansyah tidak bisa diturunkan karena cidera. Namun demikian, keputusan itu tergantung pada kondisi terakhir Andik menjelang pertandingan.

Dia mengemukakan dalam 29 hari terakhir, anak asuhnya harus menjalani 10 pertandingan, sehingga pemainnya kelelahan. Apalagi, dari 10 pertandingan, enam di antaranya adalah pertandingan luar kandang.

Menyinggung strategi yang diterapkan ketika meladeni Arema, Mehmet mengatakan semua pemain lawan patut diwaspadai, terutama Cristian Gonzales.

Sementara itu kapten Selangor FA Bunyamin mengatakan, seluruh pemain memang mengalami keletihan. "Apalagi perlawanan besok sangat ketat, namun pemain sudah kuat mental hadapi penonton Arema yang sangat banyak," ujarnya.

Pelatih Arema Cronus Indonesia Suharno mengaku kekalahan dengan skor 3-2 saat dijamu Persib Bandung beberapa waktu lalu sudah dilupakan Arema Cronus dan fokus pada laga menghadapi Selangor FA Malaysia.

Kemenangan lawan tim asal Malaysia tersebut, kata Suharno, merupakan hal penting yang harus diraih Arema. Dengan kemenangan, langkah Ahmad Bustomi dkk untuk lolos ke babak 16 besar AFC Cup akan semakin mudah.

"Untuk lolos 16 besar, kuncinya Arema harus menang lawan Selangor FA dan untuk meraih kemenangan itu, saya minta pemain untuk tidak terbebani. Meski pertandingan besok sangat menentukan, pemain harus bermain lepas dengan dukungan dari Aremania," tegasnya.
Selangor FA, lanjutnya, juga merupakan tim yang bagus, apalagi anak asuh Mehmet Durakovic telah mengalahkan wakil Vietnam, Hanoi T&T dengan skor 3-1.

"Selangor FA tim yang bagus dan tangguh, namun kami berharap Arema bisa jadi tim yang lebih bagus, sehingga mampu meraih angka sempurna," ujarnya. (Antara)

Editor: Bambang Supriyanto

Sumber: http://bola.kabar24.com/bola-nasional/read/20140415/45/216214/piala-afc-arema-cronus-vs-selangor-fa-164-singo-edan-wajib-menang- Last edited by sofianbm on 16-4-2014 02:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 02:29 PM | Show all posts
Durakovic: Selangor kehabisan 'gas'
Wartawan Sinar Harian
16 April 2014 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0


Aksi penyerang Selangor, Andik Vermansyah (kiri) ketika perlawanan menentang Arema di Selayang, 25 Februari lalu.- Foto oleh Sharifudin Abdul Rahim

"KAMI alami keletihan yang luar biasa."

Jelas pengendali Selangor, Mehmet Durakovic menjelang pertembungan dengan kelab Indonesia, Arema Cronus saingan pusingan kedua Kumpulan F, Piala AFC di Stadium Kanjuruhan, Malang, hari ini.

Menurutnya, skuad Merah Kuning beraksi 10 perlawanan dalam masa 29 hari tetapi enggan menjadikan alasan untuk tidak menyajikan permainan bermutu.

"Pemain akan bermain sebaik mungkin walaupun beberapa tonggak tidak cergas termasuk Andik Vermansyah.

"Kami tahu Arema cukup berbeza berbanding sebelumnya. Saya akan lakukan persiapan akhir bagi menghadapi pertandingan esok (hari ini)." katanya.

Kapten Pasukan, Bunyamin Umar juga mahu mempersiapkan mental kerana mengetahui peminat Arena cukup hebat daripada segi sokongan.

Sementara itu, jurulatih Arema, Suharno siap siaga dengan corak permainan dipamerkan pasukan Merah Kuning.

"Kami tidak takut dengan permainan keras Selangor kerana sudah biasa. Paling penting menyapu bersih tiga mata," katanya.

Pada pertemuan pertama di Malaysia, 25 Februari lalu, kedua-dua pasukan seri 1-1.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/ul ... abisan-gas-1.270988
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 11:52 AM | Show all posts
Selangor bawa misi wajib menang

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Hanya kemenangan sahaja yang akan membantu Selangor untuk terus menghidupkan peluang ke pusingan kedua Piala AFC apabila mereka menentang Arema Indonesia dalam perlawanan kelima Kumpulan F di Stadium Kanjuruhan, Malang hari ini.

Kekalahan akan menutup terus ruang buat Red Giants, sementara keputusan seri bermakna mereka terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir antara Arema dan Hanoi T&T, selain wajib mengalahkan kelab dari Maldives, Maziya SR&C di Stadium Shah Alam pada 23 April nanti.

Menurut jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, walaupun pemainnya amat kepenatan kerana terpaksa bermain 10 perlawanan dalam tempoh 29 hari, beliau meniupkan cabaran kepada anak-anak buahnya untuk mengejutkan Arema di laman sendiri.

“Memang situasi kami ketika ini sangat sukar. Kami perlu menang dalam perlawanan esok (hari ini) dan tiada cara lain jika kami mahu melangkah ke pusingan seterusnya.

“Situasi memang sukar kerana enam daripada 10 perlawanan terakhir kami adalah di tempat lawan. Saya akui kami terpaksa bekerja keras esok, apatah lagi Arema memang sebuah pasukan yang bagus.

“Kemungkinan saya juga terpaksa melupakan khidmat Andik Vermansah, namun semuanya bergantung kepada latihan terakhir petang ini (semalam) dan dari situ saya akan buat keputusan," katanya pada sidang akhbar di Malang, Indonesia semalam.

Sementara itu, ketua pasukan Selangor, Mohd. Bunyamin Umar bersedia menghadapi tekanan daripada penyokong lawan yang dijangka mengganggu rentak mereka setiap kali menguasai bola pada perlawanan hari ini.

“Memang semua orang tahu begitu dahsyat penyokong Arema tetapi saya dan rakan sepasukan akan menguatkan mental bagi menghadapi permainan esok.

“Apa yang mustahak, kami semua kena fokus kepada permai­nan kerana misi kami di sini adalah mahu mendapatkan tiga mata dan mencerahkan laluan ke pusi­ngan seterusnya," katanya.

Selangor yang memungut lima mata selepas empat perlawanan berada dalam momentum terbaik selepas mengalahkan pendahulu kumpulan, Hanoi T&T 3-1 di Stadium Shah Alam pada 1 April lalu.

Jika berjaya mengalahkan Arema, Selangor mampu memintas kelab Indonesia itu dengan kelebihan satu mata sebelum berdepan kelab yang berada di tangga ter­corot kumpulan, Maziya SR&C.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... enang#ixzz2z71IlWRD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.712596 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list