CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6803|Reply: 30

Rufaqa oh Rufaqa

[Copy link]
Post time 7-11-2007 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Baru dengar berita sejak balik dari outing di Tasik Banding bahawa isteri Al-Abuya Asaari Muhammad telah kena tahan beserta 37 orang pengikut2nya. Could this be the end of the road for rufaqa Corporation???

Sayang sekali sebuah pertubuhan Islam yang memperjuangkan ekonomi Islam akan terkubur akibat strategi mereka yang silap. Sepatutnya dari dulu lagi mereka belajar dari kesilapan al-Arqam namun mereka sombong dan angkuh sehingga tidak langsung boleh menerima kritikan dan teguran. Memanglah ajaran-ajaran yang dibawa oleh Asaari tu bertentangan dengan aliran arus perdana namun sepatutnya mereka perlu berstrategi untuk memperjuangkannya. Inilah kesilapan mereka yang tidak dapat membezakan antara matlamat jangka panjang dan jangka pendek.

Aku bukannya sokong sangat ajaran songsang abuya tu tapi agak terkilan sikit jika Rufaqa akan ditutup terus. Rufaqa adalah perniagaan yang berprinsipkan Islam dan boleh menjadi model kepada pertubuhan Islam yang lain tapi disebabkan oleh kegelojohan pemimpinnya maka sayang seribu sayang.....ekonomi Islam juga yang akan terjejas.

Mana ada pertubuhan Islam lain yang memperjuangkan ekonomi Islam kecualilah individu2 seperti aku...hehehh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2007 11:04 PM | Show all posts
kejap lg mai ler tuh......
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 11:05 PM | Show all posts
agreed, diorang ni ada good strategy dlm marketing & economy. tapi malangnya, landasan yang dipilih tu salah.

imagine dulu, al-arqam punya empayar, sikit punya maju .. skrg, bukak rufaqa pun masih tak berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 12:12 AM | Show all posts
Originally posted by azzida at 7-11-2007 11:05 PM
agreed, diorang ni ada good strategy dlm marketing & economy. tapi malangnya, landasan yang dipilih tu salah.

imagine dulu, al-arqam punya empayar, sikit punya maju .. skrg, bukak rufaqa pun  ...


kalau mrk sanggup buang bab2 yaqazah & aurad muhammadiyah sure ramai boleh terima mrk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 12:16 AM | Show all posts

Reply #4 tobby's post

setujuuu.........

xmo sbb semua tu ekonomi org melayu jd hancur.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2007 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 8-11-2007 12:12 AM


kalau mrk sanggup buang bab2 yaqazah & aurad muhammadiyah sure ramai boleh terima mrk.


Mereka tak perlu buang bab2 yaqazah dan aurad muhammadiyah kerana itu adalah hak mereka untuk mengamalkannya jika itu yang mereka yakini. Yang menjadi masalah ialah apabila cuba menyebarkannya kepada masyarakat ramai secara terbuka dan seolah-olah seperti memaksa menerimanya. Inilah yang menjadi masalah besar apabila cuba melanggar peraturan undang2 negara kerana sesuatu ajaran yang diistiharkan sesat maka ia tidak boleh disebarkan secara terbuka.
Satu hal lagi yang mereka silap ialah apabila cuba mencabar pihak2 berkuasa ugama. Kan ker dah sakit sekarang ni dibuatnya??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2007 10:25 PM | Show all posts

Reply #4 tobby's post

masalahnya mereka nak lantik ashaari jadi pm tu yg mahathir marah tu . .  mana leh ambil kerusi dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 10:47 PM | Show all posts
banyak persoalan yg timbul dlm benak haku nih.....bab pengharaman arqam nih bg haku adalah perkara subjektif.......yg boleh mendedahkan kepincangan sesuatu keputusan keputusan yg telah dibuat.......adakah keputusan yg dibuat benar2 mengikut sandaran al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas.......dan terhindar dari pengaruh luaran yg tidak bersangkutan dgn amalan agama sesuatu kumpulan......adakah keputusan yg dibuat lebih menjurus kepada keputusan dan kehendak sesuatu parti politik.........sbbnya amat jelas.....ketika menteri JPM, datuk abdullah mat zain bercakap dlm parlimen bhw arqam/rufaqa berhasrat utk menubuhkan kerajaan bani tamim.......selang beberapa hari serbuan dibuat di p.pinang......dan 51 org tertangkap dan dibawa ke mahkamah..........adakah ini kerana politik atau amalan aurad derang itu sememangnya sesat.....
haku hanya sekadar pemerhati dan bukan dr geng2 rufaqa..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2007 11:53 PM | Show all posts

Reply #6 Gravedigger's post

hahahaa.....

So, kena buat Macam Syiah lah ye......

Menyebarkan dakyah secara sonyap-sonyap dolu.........

al-maklum.....ajaran sosat....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 03:43 PM | Show all posts
Ini cuma satu ujian kecil saja untuk Rufaqa. Rufaqa' dah lepas ujian yang lebih besar daripada ini. Ko semua tak tengok sejarah ka?

Rufaqa'  yang bermodalkan hanya Tuhan iaitu dengan sepenuh penyerahan diri 100 % pada Tuhan, ikut syariat Tuhan dan mempunyai rasa  Takut, Cinta, gerun dan sayang pada Tuhan maka tidak ada apa lagi yang perlu kami takut.

Pada Allah adalah segala2nya. Pada Allah jua sebaik2 Pelindung , sebaik2 Pengaduan dan sebaik2 memohon Pertolongan.

Rufaqa' akan tetap terus hidup sehingga daulah Islamiyah akan hidup segar kembali.

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 9-11-2007 03:43 PM
Ini cuma satu ujian kecil saja untuk Rufaqa. Rufaqa' dah lepas ujian yang lebih besar daripada ini. Ko semua tak tengok sejarah ka?

Rufaqa'  yang bermodalkan hanya Tuhan iaitu dengan sepenuh ...


Kita doakan sajalah supaya org yg membenci jemaah kita ini mendapat hidayat dari Allah swt. Tentu satu hari nanti mereka akan insaf.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by pizzafin at 15-11-2007 12:53 PM


Kita doakan sajalah supaya org yg membenci jemaah kita ini mendapat hidayat dari Allah swt. Tentu satu hari nanti mereka akan insaf.


Tul tu...memang suatu hari nanti "aku" akan insaf jua akhirnya.....setelah "ku" lihat sekujur tubuh itu diusung ke kubur.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 02:55 PM | Show all posts
dari segi legal sebg syarikat, Rufaqa masih sah lagi di bawah akta pendaftaran syarikat....

sekdr makluman...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 10:53 PM | Show all posts

Reply #11 pizzafin's post

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 02:52 PM | Show all posts
Pada 23/11/07, jam 8.30 - 10.30 pagi di Hotel GoodHope, Skudai, Johor Bahru akan diadakan slot Penjelasan Isu-Isu Al-Arqam (Rufaqa) : Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Usaha-usaha Untuk Menghidupkan Semula Al-Arqam.

Kalau nak tau lebih banyak penipuan Al-Arqam dan Rufaqa sila layari laman web JAKIM http://www.islam.gov.my/ajaransesat/
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 03:39 PM | Show all posts
ye..jemput ramai-ramai ke sana....

aku rasa senjata akan makan tuannya sendiri.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2007 06:06 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 19-11-2007 03:39 PM
ye..jemput ramai-ramai ke sana....

aku rasa senjata akan makan tuannya sendiri.....


Tul tu..memang senjata dah pun makan tuan.

Dan Abuyah Asaari sedang menerima habuannya sekarang.....semoga ianya akan menjadi iktibar kepada sesiapa sahaja yang sanggup berdusta atas nama nabi dengan mendatangkan dakwaan2 palsu keatas baginda.:@
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 19-11-2007 06:06 PM


Tul tu..memang senjata dah pun makan tuan.

Dan Abuyah Asaari sedang menerima habuannya sekarang.....semoga ianya akan menjadi iktibar kepada sesiapa sahaja yang sanggup berdusta atas nama  ...


dari dulu lg sejak belum aku lahir, Abuya di fitnah....tetapi sampai la ini, dia masih tetap berjuang malah di terima di luar negara arab dan sgt2 dihormati oleh ulamak2 di sana......

tetapi yg menentang n menfitnah Abuya, yg terpinggir dan ada yg lgsung dah tk der apa2....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 04:24 PM | Show all posts

Reply #18 rainbows's post

Berjuang apanya.... Bukan ke dia dah lama terlantar sakit. Dengar citer dah pakai lampin pakai buang pun. Betul ke? Sekarang ni bukan perjuangan Abuya lagi dah... Perjuangan Ummu Jah dan anak2 Asaari seperti Abu Zar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 02:53 PM | Show all posts
Kenapa tak keluar lagi Imam Mahadi Arqam ni?
Sepatutnya sudah keluar sekarang ini melihatkan suasana yang berlaku hari ini. Pemuda Bani Tamim tu dah bertambah tua dan sakit pulak la ni. Arqam sudah diharamkan dan Rufaqa pula sekarang ni nampak nyawa-nyawa ikan saja. Khatijah Aam pun mungkin terketaq-ketaq sekarang ni sb bakal didakwa.

Awat forumner pro-Abuya senyap ajer la ni?? Masih belum terlambat jika kalian sudah insaf dan mengakui kesilapan kerana terpedaya dengan helah Asaari yang berserban songket tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.169140 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list