CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Angkasawan Negara: Latest - Tonjolkan Sikap Luar Biasa Dlm Akademik: Faiz

[Copy link]
Post time 15-11-2008 10:15 PM | Show all posts
Faiz berkata, program angkasawan itu wajar diteruskan kerana ia memberi keuntungan jangka panjang kepada negara kerana ia membabitkan kajian-kajian yang membawa keuntungan untuk negara.

``Kita sudah memulakan program ini dan sekiranya ia dihentikan adalah satu kerugian kerana bukan mudah untuk kita miliki peluang seperti ini,’’ katanya---

{kalau budak2 mesti kata mcm nih...Tk kira aku ank jugak , nak jugak naik roket ke langit... huaaaa.... }


kepunan lah si faiz nie nak naik roket... naik jet sudah ler dgn nurul....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2008 10:52 PM | Show all posts
kita perlukan harga makanan, bil api, minyak, etc yang lebih murah dan bukan lagi seorang angkasawan yang akan bergelar datuk setelah pulang dari ISS. projek angkasa lepas ini ekslusif untuk negara maju dan berkemampuan sahaja. keadaan ekonomi negara tidak mengizinkan kita berbuat demikian. kalau nak buat eksperimen dalam keadaan graviti sifar, kita antar je sample dan biar orang lain buat. kalau kaya, dah tak tau macam mana nak guna duit, sesuailah kita menghidupkan semula projek angkasawan nie.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 11:00 PM | Show all posts
kasi to doc naik lrt dulu... dah comfortable naik lrt baru leh naik roket... kalau nak naik gak, gie aaa... pakai duit sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 11:59 PM | Show all posts
UMNO/BN ni pasti ada suatu kebaikan disebalik projek2 macam ni...projek pertama hantar seorg pelancong ke angkasa...berjuta2 dah dibayar (dgn % masuk pocket dah)

siap balik, satu jam dapat 8ribu (%masuk pocket lagi)...

cerita pelancong pertama dah habis,....tiada alasan untuk rasuah lagi...

jadi, masa ini lah untuk launch "projek angkasawan ke-2"
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:04 AM | Show all posts
kalau kempunan jangan pi mengadu nasib kat batu belah batu bertangkup pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:44 AM | Show all posts
haah,elok la tu...
pastu bila balik ke bumi, nak start besar kepala...:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2008 12:45 AM | Show all posts
kempunan la doc ni nk pegi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 07:40 AM | Show all posts
Kontrak Faiz sampai 2010

KUALA LUMPUR - Kontrak angkasawan kedua negara, Dr. Faiz Khaleed (gambar) bersama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) disambung selama dua tahun lagi iaitu 2009 hingga 2010.



Menurut Faiz, ia membolehkan beliau memantapkan persiapan untuk menghadapi misi ke angkasa dengan menjalani latihan di Rusia.

Bagaimanapun beliau memberitahu, latihannya di Rusia masih lagi dalam proses perancangan dan belum ditetapkan bila dia akan ke negara tersebut.

"Kontrak baru ini menunjukkan keyakinan kerajaan untuk meneruskan program angkasawan atas kesedaran ia memberi impak besar kepada sains dan teknologi negara.


***********************************************************************

tapi still unsure nak hantar 2011 - masih dalam perundingan dan perancangan rasanya -
sebab pasal nak hantar atau tidak ni debatable sebab ramai juga yang kata waste of
money - ye la cost hantar dr muszaphar pun 20juta - ni mungkin lagi mahal -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2008 07:50 AM | Show all posts
Dr. Faiz sambung latihan tahun depan

MELAKA 22 Dis. - Angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed dijangka meneruskan semula latihan tahun depan sebagai persiapan meneruskan misi ke angkasa lepas dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.


Beliau berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang membuat perancangan teliti tentang modul-modul latihan yang sesuai untuk beliau ikuti.

Menurutnya, kementerian juga di peringkat perancangan untuk menstruktur semula kajian-kajian yang akan dibuat pada program angkasawan akan datang.

''Kalau program pertama dulu tertumpu kepada kajian dalam bidang perubatan dan sains hayat tetapi akan datang akan diperkembangkan lagi dalam bidang lain," katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas Seminar Pengukuhan Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah Dalam Dunia Melayu (DMDI) di sini hari ini.

Dr. Faiz berkata, beliau belum dimaklumkan sama ada latihan tersebut akan diteruskan di Rusia atau Amerika Syarikat kerana keputusan mengenainya akan dibuat oleh kerajaan.

''Saya percaya tugas angkasawan kedua nanti akan lebih mencabar berbanding program pertama sebelum ini," kata beliau sambil mengesahkan kontraknya bersama MOSTI telah disambung untuk tempoh dua tahun lagi.



**************************************************************************

.. tapi misi 2011 pun belum confirm lagi -
dah beribu kena retrenchment sebab ekonomi teruk
so kalau buat masa sekarang macam blur sikit nak hantar
lagi angkasawan ke angkasa lepas lagi even in 2-3 years
- bukan belanja macam nak naik bas dari kl ke bangi -
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 08:41 AM | Show all posts
tak payah hantar budak ni larr....

what achievements will malaysia get??  duit ni patut settle dgn masalah kat mesia sekarang ni...

program PLKN pun kucar kacir..

30,000 malaysians still in UK...  thousands still in US..


p/s- mamat ni kalau nak pergi gak, suruh dia cari duit tajaan sendiri.. ataupun suruh dia jual bontot kat donald trump...  hari2 dia boleh gi ISS..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 08:59 AM | Show all posts
sorang dah pergi melancong kat angkasa tu dulu, cukupla....     sekarang nak hantar sorang lagi melancong ke angkasa buat apa..?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 07:44 PM | Show all posts
Saturday January 31, 2009

Angkasawan No 2 gets two-year extension
By DHARMENDER SINGH

PUTRAJAYA: The Science, Technology and Innovations Ministry has offered a two-year extension to second Angkasawan Mejar Dr Faiz Khaleed抯 contract with it.

Dr Faiz said he had accepted the offer that would extend his contract that ended at the end of last year until early 2011 and was thankful for the trust that the ministry had shown in him.

揑 am honoured by the offer to extend my contract and I have pledged to do my best to push the Angkasawan programme even further,
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 10:11 AM | Show all posts
kan russia dah kata...kalu nak pergi lagi...beli ajer soyuz tu dgn depa...sendiri jadi pilot, bawak ler brp ramai pun...smpi JJ terkedu malu sendiri kekdahnya, menteri bulih kena malu tgh2 khalayak ramai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2009 07:51 AM | Show all posts
Tonjolkan sikap luar biasa dalam akademik - Dr. Faiz

ALOR GAJAH 3 April - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) disaran bersikap luar biasa yang dapat menonjolkan diri dalam kecemerlangan akademik untuk menjadi insan berguna pada masa depan.


Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed berkata, seseorang itu perlu berusaha mendahului dalam apa juga bidang yang memberi kebaikan.

Menurutnya, ini kerana itu salah satu contoh sikap luar biasa yang perlu diterapkan dalam diri setiap penuntut.

Tambah beliau, universiti tidak seharusnya dijadikan tempat memperoleh segulung diploma atau ijazah semata-mata, sebaliknya ia juga boleh dijadikan pusat untuk pembentukan diri yang mantap.

"Kita perlu berusaha tentang bagaimana untuk menggunakan peluang ini bagi menajamkan kemahiran bekerja dengan persekitaran dan kualiti kepimpinan.

"Kalau di universiti, kita janganlah terlalu bergantung kepada tugasan yang diberi pensyarah sebaliknya gunakan status mahasiswa semaksimum mungkin untuk membuatkan kita lebih daripada rakan-rakan yang lain," katanya.

Faiz berkata demikian dalam Ceramah Motivasi Bersama Angkasawan Negara yang dihadiri kira-kira 300 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu di sini hari ini.

Program itu anjuran Kelab Usahawan Muda (SIFE) UiTM Melaka itu. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP), Baharim Samuri dan Penasihat SIFE, Zaliha Hashim.

Penuntut UiTM tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bertanya pelbagai soalan kepada Dr. Faiz sehingga program tamat pada 12.30 tengah hari.

Faiz dijemput menyampaikan ceramah untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri penuntut UiTM selain berkongsi pengalamannya sewaktu melakukan latihan persediaan untuk ke angkasa lepas.

Sementara itu, beberapa penuntut yakin ceramah motivasi Faiz mampu menyemarakkan semangat mereka untuk menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Penuntut Diploma Pengurusan Bank, Syaheedatul Hafeeza Zainuddin, 21, berkata, kehadiran Dr. Faiz membuka minda golongan pelajar agar lebih terdedah dengan isu semasa sekali gus menarik minat mendalami bidang sains.

"Sebelum ini, saya hanya mendengar pengalaman beliau di televisyen atau membacanya dalam akhbar tapi hari ini saya rasa sungguh bertuah kerana melihat dan mendengar cerita darinya sendiri.

"Rasa macam tidak percaya dalam usia baru 29 tahun, Dr. Faiz sudah mempunyai banyak pengalaman begitu berharga," katanya.

Bagi penuntut Diploma Perakaunan, Shakirin Azim Mustapha, 19, berkata, walaupun tidak mempunyai kaitan dengan sains, tetapi dia tetap meminati untuk mengetahui proses melahirkan seorang angkasawan negara.

Penuntut Diploma Pengurusan Bank, Ismail Mohd. Hasan, 20, berkata, banyak pengetahuan baru yang dipelajarinya pada ceramah motivasi tersebut.

"Antaranya, baru saya tahu, setelah beberapa negara maju lain ke angkasa lepas, Malaysia adalah yang pertama dapat melakukan pengkristalan enzim untuk kegunaan kajian lanjut.

"Saya rasa sungguh teruja dan membuatkan saya semakin ingin tahu tentang dunia angkasa lepas," katanya.

Seorang lagi penuntut Diploma Komunikasi Massa, Nurliyana Effindi, 19, berkata, ceramah motivasi itu dapat menjana minda mereka agar lebih memandang ke hadapan.

"Saya rasa dia mampu menjadi ikon terbaik buat semua masyarakat," katanya.


*******************************************************************************
another 2 years aje lagi... kalau betul la dr faiz ni dapat pergi ISS...
tu pun perbelanjaan bukan lagi 20 juta dah... mesti lagi lebih -
tapi motivation program dia memang bagus.. pernah dengar sekali
masa dia bagi seminar.... ramai pelajar yang berminat dengan science
especially outer space sana bila pergi seminar dr faiz ni -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.076255 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list