CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Angkasawan Negara: Latest - Tonjolkan Sikap Luar Biasa Dlm Akademik: Faiz

[Copy link]
Post time 4-4-2008 04:02 PM | Show all posts
Kesian pulak kat Mjr tu kalu tak jaid peginya..
Tapi kesian lagi kat rakyat yg masih belum berumah...boleh pulak tinggal dlm tandas....tolonglah jawab pak menteri ooiiii.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2008 04:02 PM | Show all posts
Kesian pulak kat Mjr tu kalu tak jadi peginya..
Tapi kesian lagi kat rakyat yg masih belum berumah...boleh pulak tinggal dlm tandas....tolonglah jawab pak menteri ooiiii.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 04:25 PM | Show all posts
aku dgr mase die faiz dan sheikh ni dok kat rusia..selalu naik bis class@ first class balik mesia..besh woooooooo..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 06:03 PM | Show all posts
membazir nak mampus
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 06:05 PM | Show all posts
Ok ape...

Malaysia kan Kaya....

Angkasawan yg memula tu mane? Senyap je?... Yg aku nampak buat advertisement pasal kete kat TV1...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by starcity at 4-4-2008 03:31 PM
hantar je naik roket DAP tu


hahahhahahahahhaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2008 06:10 PM | Show all posts

Reply #22 Lina66's post

U r right............aper citer ttg kajian2nye kat sinun tu??????????X der perkembangan pun???????yg paper dok gembar-gemburkan ttg dr sms nak kawin.X abis2 pasal isu yg tah aper2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 06:29 PM | Show all posts
hhehe semalam baru je g dengan anak2 murid aku kat PWTC..sempena dgn PROGRAM NILAM peringkat Kebangsaan.. Dr Muzafar bz bg motivasi utk budak2 sekolah.. hurm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2008 06:36 PM | Show all posts
Originally posted by Lina66 at 4-4-2008 06:05 PM
Ok ape...

Malaysia kan Kaya....

Angkasawan yg memula tu mane? Senyap je?... Yg aku nampak buat advertisement pasal kete kat TV1...


iklan moto pun ada.. iklan untuk moto kawa zx14.. hahahah dia kata 'moto pilihan angkasawan'

macam haremmmmmmmmmmmmmmmmmm..... itu ja hasil dia balik mai bumi ni... bodo piang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 06:39 PM | Show all posts
dia boleh tumpang rokcet DAP

tapi rocket dah out dated

Originally posted by gimme69 at 4-4-2008 03:13 PM
dulu pun kalau ikut sumber berhabisan dekat RM 150 juta
kalau yg ke 2 nie mau lagi lebih... sebab roket pun makin advance
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 07:12 PM | Show all posts
haaa..hantar lah angkasawan lagi pakai duit negara..nak kena bantai dlm parlimen?...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 08:13 PM | Show all posts
sudah-sudahlah dengan program angkasawan tourist ni.. perabih duit je.. buat malu Malaysia je.. sebok dok canang angkasawan tersohor padahal space tourist je..

Dennis Tito tu selamba kodi je bayar pakai duit sendiri... dan beberapa space tourist lain yang bayar pakai duit sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 08:14 PM | Show all posts
Originally posted by gimme69 at 4-4-2008 02:54 PM
baru kejap ni aku dengar berita kat Radio,
Kerajaan Malaysia nak kaji semula Penghantaran
Angkasawan Malaysia ke 2 tahun 2011.. kerana
Perbelanjaan Masih dalam perbincangan...

agak2 korang  ...



pelancong angkasa tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 03:02 AM | Show all posts
15 April, 2008  

Keputusan Hantar Angkasawan Sebelum Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia perlu segera memberi jawapan kepada Rusia sebelum akhir tahun ini mengenai keputusan untuk menghantar angkasawan negara kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kata Pengarah Program Angkasawan Negara Kol Dr Zulkeffeli Mat Yusof.

Katanya Malaysia bertuah kerana Rusia memberi jaminan untuk membawa seorang lagi angkasawan pada 2011 atau 2012.

"Tempat untuk angkasawan ke ISS adalah sangat berharga dan terhad. Oleh itu kita mestilah memberi jawapan dengan segera bagi meneruskan program penghantaran seorang lagi angkasawan negara," katanya kepada Bernama.

Semalam Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata kerajaan memerlukan tempoh kira-kira dua bulan bagi membincangkan perkara itu sebelum memberitahu Agensi Angkasa Rusia (ROSKOSMOS) mengenai hasratnya.

Zulkeffeli berkata yang membimbangkannya adalah bakal angkasawan kedua negara ke ISS Mejar Dr Faiz Khaled berkemungkinan perlu menjalani latihan asas semula di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City.

"Latihan yang dibuat sebelum ini adalah seperti lesen dan bertahan hanya setahun dan bulan Oktober ini nanti tempoh masa satu tahun itu akan tamat," katanya.

Katanya Dr Faiz pada masa ini tidak menjalani sebarang program atau latihan bagi persediaan ke ISS pada 2011 biarpun kini dipinjamkan sepenuh masa dengan Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Zulkeffeli berpendapat Program Angkasawan Negara perlu diteruskan bagi meneruskan kesinambungan yang telah dimulakan sebelum ini.

"Kita telah berjaya mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya program ini semasa menghantar Dr Sheikh Muszaphar Shukor dalam misi yang pertama. Apa yang penting sekali program ini juga adalah sebuah program untuk menyatupadukan rakyat," katanya.

Program Angkasawan Negara bermula 2003 apabila Rusia bersetuju menghantar rakyat Malaysia ke ISS sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM buatan Rusia bernilai RM3.42 bilion.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 03:23 AM | Show all posts

Reply #114 dexa's post

"Kita telah berjaya mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya program ini semasa menghantar Dr Sheikh Muszaphar Shukor dalam misi yang pertama. Apa yang penting sekali program ini juga adalah sebuah program untuk menyatupadukan rakyat," katanya.

tak faham bagaimana program angkasawan boleh menyatupadukan rakyat ? boleh sesiapa tolong explain.
Kalau projek perumahan rakyat mungkin juga ??%#?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 07:12 AM | Show all posts

Angkasawan Negara Hendak Jadi Calon Ke Marikh

Angkasawan negara tawar diri sertai misi ke Marikh

KUANTAN: Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sedia menawarkan diri untuk dihantar menjalani misi angkasa ke planet Marikh selama hampir dua tahun walaupun terpaksa berdepan risiko kehilangan nyawa.

Beliau berkata, menjadi angkasawan menyebabkannya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku termasuk 'tidak dapat kembali semula ke bumi'.

"Misi ke Marikh mengambil masa 18 bulan iaitu masing-masing enam bulan untuk perjalanan pergi dan balik, selain perlu berada di planet itu selama enam bulan.

"Kajian sebelum ini menunjukkan ada air di Marikh dan ini sesuatu yang menarik. Jika ada tempat, saya sanggup pergi ke Marikh walaupun ia dianggap sebagai tiket sehala (mungkin tidak kembali ke bumi)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 1,000 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam majlis Sepagi Bersama Angkasawan Negara di kampus UMP, dekat sini semalam.

Difahamkan, misi ke Marikh, yang akan membawa lima hingga enam angkasawan terpilih dari seluruh dunia, akan dilancarkan bagi tempoh 2016 hingga 2020.

Russia sudah menghantar jemputan kepada Malaysia untuk terbabit dalam misi itu dan menghantar calon angkasawan berkelayakan menjalani latihan khas selama kira-kira 500 hingga 600 hari.

Jarak antara Marikh ke bumi dianggarkan antara 55.7 juta hingga 401.3 juta kilometer dan perjalanan ke planet ke empat dari matahari itu dikatakan mengambil masa sehingga 250 hari.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, selepas berjaya menjejakkan kaki ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober tahun lalu, dia kini menyimpan dua lagi cita-cita yang perlu dipenuhi iaitu mahu menjadi juruterbang dan membantu kanak-kanak malang di Afrika.

"Saya menetapkan sasaran memiliki lesen juruterbang pada 2013 kerana itu antara impian peribadi saya.

"Sekarang jadual harian saya ketat dan masih belum mendaftar untuk menjalani latihan membawa kapal terbang," katanya.

Mengulas ketahanan mental dimilikinya sehingga berjaya melepasi pelbagai halangan untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar berkata, dia juga berasa sedih jika sesuatu yang menyentuh hati berlaku dalam hidupnya.

"Kejayaan meneroka angkasa menyebabkan perspektif hidup saya berubah, malah menjadi lebih kental dan tidak peduli lagi perkara remeh-temeh yang berlaku di sekeliling saya.

"Bagaimanapun, saya akui menangis selama tiga hari apabila adik, Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie atau Ajil, meninggal dunia pada 22 Oktober tahun lalu.

"Allahyarham sangat rapat dengan saya, tetapi saya tidak sempat bertemu dengannya, malah tidak dapat menyaksikan majlis pengebumian jenazahnya," katanya.

Sementara itu, Dr Sheikh Muszaphar berkata, setakat ini buku bertajuk Reaching For The Stars hasil karya Allahyarham adiknya itu sudah dijual melebihi 15,000 naskhah.

"Semua hasil jualan buku ini disalurkan kepada dana untuk membantu dua anak Allahyarham, Sheikh Aiman, 3, dan Balkish,1.

"Saya harap orang ramai boleh mengetahui akrabnya hubungan kami sekeluarga apabila membaca karya Ajil,

terutama penghargaannya yang begitu tinggi apabila saya berjaya menjadi angkasawan negara," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2008 07:18 AM | Show all posts
huhuhuhuhuhu.. duk sana terus lah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 07:40 AM | Show all posts
huhuhu...mamat hensem.
sayangnyerrrr.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 07:41 AM | Show all posts
huiyo, dia tak kisah tiket sehala.....

teringat cerita armageddon....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 07:41 AM | Show all posts
bolehhh... tp pakai duit sendirik ler...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.082584 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list