View: 31817|Reply: 245
|
Faizal AF4 artis Maestro yang paling bermasalah ? Adam tempat kedua
[Copy link]
|
|
PETIKAN BERITA HARIAN
16 Nov 2007
Maestro 'psiko' artis tak berdisiplin
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Bincang hati ke hati setiap kali selepas ambil gaji
MASALAH disiplin membabitkan artis di bawah pengurusan Maestro Talent and Management Sdn Bhd (Maestro) sejak kebelakangan ini semakin menjadi buah mulut ramai apabila ada segelintir artis naungan mereka sudah buat hal dengan beberapa pihak termasuk media.
Tidak datang sesi fotografi yang diatur lebih awal dengan pihak media, gagal menghadirkan diri bagi menjayakan konsert yang sudah dipersetujui adalah antara masalah yang sering dilaporkan sehingga diakui masalah ini memeningkan pihak Maestro.
Dan antara artis yang menduduki senarai teratas artis Maestro bermasalah ialah juara AF musim keempat, Faizal. Banyak betul cerita yang didengar mengenai jejaka dari Kuala Terengganu, Terengganu itu. Sering datang lewat ke lokasi penggambaran dan ada kalanya tidak muncul langsung seperti yang pernah terjadi manakala bintang AF musim kedua Adam dilaporkan gagal menghadirkan diri bagi menjayakan sebuah konsert seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid mingguan (bukan terbitan The New Straits Times Press), baru-baru ini.
Justeru, pada majlis rumah terbuka anjuran Maestro di pejabat mereka di Bukit Damansara baru-baru persoalan itu turut ditimbulkan. Bagi meleraikan kekusutan yang timbul, Ketua Bahagian Pengurusan Artis Maestro, Norliza Ilias, menganggap masalah membabitkan Faizal sudah diselesaikan apabila dia menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
揊aizal ada mengemukakan sijil cuti sakit sebagai bukti dia tidak dapat menghadirkan diri pada sesi fotografi pada hari itu. Memang sejak pulang daripada melakukan umrah Ramadan lalu, Faizal tidak berapa sihat.
揔eadaan kesihatannya bertambah teruk kebelakangan ini dan untuk memastikan kesihatannya kembali pulih, Faizal terpaksa berehat panjang dan tidak dapat menghadiri mana-mana majlis atau konsert, |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk pengetahuan, Faizal dah lebih 4 kali tukar manager
Manager bermasalah atau Faizal yang bermasalah ?
|
|
|
|
|
|
|
aeza This user has been deleted
|
Bebudak ni agaknya culture shock lagi kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 houdini's post
pembetulan......... termasuk yg terbaru 7 sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 houdini's post
bersangka baik... manager yg ada masalah...
apa teruk benar sakit si faizal tu? kalau betul dia sakit ok la...
kalau tak sakit, di buat2 sakit, bila nak maju dek oooiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 houdini's post
molek sgt kalau dini yg jadi manager faizal ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 houdini's post
PA....... ko ingat tak cite ubat batuk dan sewaktu dgnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 houdini's post
tak ada vote ke |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 houdini's post
lor... sakit miang rupanya...
naper tak di kawinkan saja.. kan lebih senang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 sRbA's post
aku rasa musti diorang kutuk aku kat thread fabuloso kan.... smlm dah kena dah
realitinya paejah btul2 mengejutkan aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 houdini's post
faizal sakit nak jual albumnya |
|
|
|
|
|
|
|
itu la artis hangat2 taik ayam ni...
nak jadi artis beria2... dah jadi artis malas pulak..
elok sgt, di bubarkan kelab peminat faizal ni... |
|
|
|
|
|
|
|
susah2 resign je lah terus
x yah artis |
|
|
|
|
|
|
|
sakit ke buat2 sakit?
nampaknya masih ramai yang mudah tertipu dengan mamat ni. aku dah cakap dulu... dia ni penipu besar. dulu kat AF cakap asal orang susah la apa la.... tengok rumah bagus je. pastu cakap tak pernah nyanyi lagu nirvana padahal sebelum tu seronok je jamming lagu nirvana dengan bebudak lain. dasar penipu tu penipu jugak la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|