CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Kes Dera & Abuse Anak - Latest: 2 Beradik Diseterika, Patah Kaki (p8)

[Copy link]
Post time 10-1-2009 07:27 PM | Show all posts
adakah si ibu itu STRESS? or dah SEWEL...   kdg2 marahkan nyamuk kelambu dibakar hangos... anak yg tak bersalah jadi mangsa

nak tanye la.. ape hukuman or tindakan undang2 terhadap ibu2 yg sewel mcm ni?

[ Last edited by  Lina66 at 10-1-2009 07:29 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2009 07:12 PM | Show all posts
Ibu tiri tekap seterika
Oleh Sarah Zulkifli


KUALA LUMPUR: Akibat tidak tahan menjadi mangsa dera ibu tiri sejak setahun lalu, termasuk dipukul dengan batang besi dan tubuhnya ditekap dengan seterika, seorang remaja perempuan terpaksa membocorkan kejadian menimpanya kepada jiran bagi mendapatkan bantuan.


Berikutan itu, jiran yang bersimpati dengan nasib menimpa membawa mangsa untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.

Difahamkan, remaja terbabit yang berusia 15 tahun turut dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat luka pada beberapa bahagian tubuh, termasuk paha dan betis selepas laporan polis dibuat.

Menurut jiran mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari pada Jumaat lalu, anaknya membawa balik remaja berkenaan ke rumahnya di Rumah Panjang, Jinjang Utara, Kepong di sini.

揂nak saya memang berkawan dengan mangsa kerana kami berjiran dan saya tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya.

揘amun, saya amat terkejut apabila remaja itu memberitahu dia didera ibu tirinya sejak setahun lalu, serta menunjukkan kesan tubuhnya yang ditekap dengan seterika,
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 09:54 PM | Show all posts
aaaaaaaa saketnye aku tengok
kesiannye...
bebudak lagi...jangan laa pukol cenggitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 10:51 PM | Show all posts
kejamnya manusia... :@

org2 sekarang cepat jadi gila lah... sampai hilang pertimbangan....

ingat anak tu kain buruk ke? senang2 nak dera macam tu...:@
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 11:34 PM | Show all posts
Sedihnya aku tengok....napelah buat bebudak ni gini....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 01:23 AM | Show all posts
ni mak bapak ke setan durjana.........dasar lahanat!..buat anak nak...jage anak tak tau...cilakak betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2009 01:34 AM | Show all posts
kesian budak ni. mak tiri dia x tau ke seterika tu bole buat masak benjo??panassss tau tak!!:@
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 01:47 AM | Show all posts
cam cite cinderella plak dah

bapak cam xdak la pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 01:52 AM | Show all posts
yang mak satu lagi tu........sanggup tgk anak kena pukul

bf x guna pon disimpan

kalo aku, lama dh aku clash

yg bf dera anak kat umah derang apa kes?

duduk serumah ke? zina ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2009 07:16 PM | Show all posts
Ibu tunggal dan kekasih didakwa dera anak
21/01/2009

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Seorang ibu tunggal bersama kekasihnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan mendera anak kandung lelakinya yang berusia empat tahun sehingga cedera.

R. Chittra Devi, 30, dan penganggur R. Vigneswaran, 27, didakwa melakukan kesalahan itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal anaknya di No. E-32, Tingkat 1, Taman Kok Doh, Segambut di antara November 2008 hingga Januari 2009. - Bernama

*************************************************************************************

dera mendera ni.. tak kira bangsa agama -
ada masalah jiwa personal problem; relationship problem
anak2 yang jadi mangsa --
budak umur 4 tahun.. apa yang depa boleh buat --
defenseless -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2009 06:20 AM | Show all posts
Bayi dicabul dengan jari

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID



CYNTHIA menunjukkan bayinya yang disyaki menjadi mangsa
deraan seksual ketika ditemui di rumahnya di Bandar Baru Sentul semalam.


KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 09:03 AM | Show all posts
seriau aku baca berita nih..celaka betul org yg sanggup mendera baby yg masih kecil..!!dh takde perasaan langsung :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 09:30 AM | Show all posts
hancur luluh hati kalau tau orang buat anak macam nih....tak paham macam mana boleh sampi hati buat bebudak macam nih...baby pulak tu....kesiannya....nak cakap sakit kat mana tak tau....dah dua bulan keadaan macam nih.....sedihnya baca....bayangkan sampai kat lampin pun bedarah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2009 07:04 AM | Show all posts
Dua beradik diseterika, didera sampai patah kaki

Oleh RAIS YEOP JOHARI



SITI FATIMAH meriba Noor Dea Ariana yang patah kaki
bersama Noor Auni Dafina yang didakwa didera pengasuh
di Port Dickson semalam.


PORT DICKSON
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 05:37 PM | Show all posts
menggeletar badan baca.....tak dapat nak dibayangkan budak umur 1 / 2 taun dibuat macam nih....if i were the mother i'd go crazy with rage.....:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 07:18 PM | Show all posts
Originally posted by anya8797 at 1-3-2009 05:37 PM
menggeletar badan baca.....tak dapat nak dibayangkan budak umur 1 / 2 taun dibuat macam nih....if i were the mother i'd go crazy with rage.....:@ :@


bukan tu jah...aku bunoh sekali....tikam ngan pisau berkali2 ..pahtuh claim self defense...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2009 01:23 AM | Show all posts

Balas #196 makcikmengamok\ catat

betul makcik...:@ :@ :@ ...memang beginilah rasanya nak buat pada baby sitter yang macam nih....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 03:07 AM | Show all posts
aku rasa x patutla sokabar letak gambar mak ngan bebudak nih...lagi la pulak muka si mak tu x dimosaickan...
kan ada tulis budak tu sampai koyak kemaluan..maybe kena rogol atau cabul...
kalau jiran/famili/org luar kenal si mak nih, mesti dorang assume anak tu x de dara sudah...
mulut melayu becok bukan senang nak tutup..kang sampai budak tu remaja kot orang dok canang citer budak ni x de dara, kena cabul etc..kan ke kesian tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 10:37 PM | Show all posts
Bayi patah tulang paha dipercayai didera

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan patah kedua-dua belah tulang paha, dipercayai akibat didera di Kampung Gong Badak, dekat sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintenden K Manoharan, berkata kes itu terbongkar apabila pegawai perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) membuat laporan polis semalam.

"Kecederaan yang dialami bayi terbabit dipercayai mengandungi unsur dera kerana tulang pahanya seperti dipulas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada 14 Februari lalu, seorang wanita menghantar bayi berkenaan ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan kerana dikatakan terjatuh dari katil di rumah mereka di Gong Badak.

Berikutan itu, pegawai perubatan HSNZ membuat laporan dan polis sudah berjumpa dengan ibu bayi berkenaan dan wanita itu memberitahu perkara yang sama berlaku ke atas anaknya itu.

"Selepas dua minggu bayi itu dimasukkan ke wad HSNZ, pegawai perubatan dan beberapa doktor lain membuat pemeriksaan rapi pada Isnin lepas dan mendapati kedua-dua tulang paha bayi itu seperti dipulas," katanya.

Manoharan berkata, satu lagi laporan polis dibuat oleh pegawai perubatan HSNZ semalam dan polis sudah ke rumah ibu bayi berkenaan untuk membantu siasatan tetapi wanita tersebut gagal dikesan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan keadaan bayi tersebut kini berada dalam keadaan stabil serta masih dirawat di HSNZ. - Bernama



pshawwwww...     baru 6 bulan dah kena dera sampai patah  peha.... kalu dah besar  mau patah tengkok atau mati  bayi yg malang nih.... kurang ajaq kalu betul ler tu parent dia yg buat...  :@

alangkan worang dewasa  sakit kalu patah tulang.. ni kan pula dak kecik mcm nih.... apakejadah  pi PULAS  peha dak umur 6 bulan... apaler bayi besar tu tahu.....  makan tido berak dan nak kasih sayang ajer... weyyyy..!!  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.451573 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list