CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Kes Dera & Abuse Anak - Latest: 2 Beradik Diseterika, Patah Kaki (p8)

[Copy link]
Post time 30-6-2008 11:43 PM | Show all posts
ibu nak racun anak sendri ? tidak terfikirkan kamu semua ini mungkin di sebabkan oleh sihir? maybe ada manusia yang hasad dengki /tak puas hati terhadap ibu ini, manusia nie macam2 ada, kalau ikut akal manusia yang waras..., tak mungkin perkara ini berlaku. Maybe you all akan kata , nilah melayu, sikit2 sihir, tahyul, santau, etc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 12:40 AM | Show all posts
Originally posted by redbun at 28-6-2008 04:49 AM



perkara cam nih.. terjadi gak kat my sis.. semua hutang rumah, keta, perabut, belanja anak-anak my  sis yang tanggung.. hubby dia lepas tangan.. tapi sebaik la my sis tak ambik keputusan ca ...


hubby your sis tu cuma sperm donor aje :@ Tahu buat anak aje, tak tahu tanggungjawab seorang bapa dan ketua keluarga...Nasib baik your sis tabah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 02:27 AM | Show all posts
Originally posted by redbun at 28-6-2008 04:49 AM



perkara cam nih.. terjadi gak kat my sis.. semua hutang rumah, keta, perabut, belanja anak-anak my  sis yang tanggung.. hubby dia lepas tangan.. tapi sebaik la my sis tak ambik keputusan ca ...

laki tu patut dipotong punai dan dibagi kain suruh duduk rumah...
tahap hampeh punya jantan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 02:28 AM | Show all posts
Originally posted by fibo at 30-6-2008 10:43 AM
ibu nak racun anak sendri ? tidak terfikirkan kamu semua ini mungkin di sebabkan oleh sihir? maybe ada manusia yang hasad dengki /tak puas hati terhadap ibu ini, manusia nie macam2 ada, kalau iku ...

nah, more pada tekanan jiwa akibat tekanan idup..
tapi kenapa dia nak bunuh anak anak dia..
next time bunuh diri sendiri aje.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 02:51 AM | Show all posts
err..kes yang bagi anak racun nih.. dah tau ke sebab apa sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 01:07 AM | Show all posts
x ingat kes di us ke uk...yg budak lelaki umur 3 or 4 thn didera sampai mati olh datuk n neneknye....
pernah disuruh minum air tandas...dipukul....mcm2lah....kesian btl budak tuh....x dpt nak bayangkan kesakitan yg dia alami....sedih btl...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-8-2008 06:58 AM | Show all posts
Anak Amir Ukay's disyaki didera
Oleh TURMADZI MADUN
dan NUZULSHAM SHAMSUDDIN




GOMBAK - Penyanyi Amir Ukay's (gambar) membuat laporan polis baru-baru ini kerana mengesyaki anak yang dijaga bekas isterinya menjadi mangsa dera ekoran kesan lebam pada badannya tanpa menuduh sesiapa.


Difahamkan, Mohammad Imran, 11, mengadu kepada Amir mengenai nasib yang menimpanya ketika penyanyi itu datang ke rumah bekas isterinya di Taman Seri Gombak di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, penyanyi yang popular dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu itu membuat laporan polis di Balai Polis Gombak malam Jumaat lalu.

"Dia mendakwa, anaknya dipukul seseorang sejak beberapa bulan lalu selepas mendengar aduan dari anaknya.

"Terdapat kesam lebam seperti dipukul di paha kanak-kanak itu dan kita telah menghantarnya ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan keesokan harinya," katanya di sini semalam.

Tambahnya, polis bagaimanapun masih menanti laporan perubatan dari pihak hospital sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Ujar beliau, setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan dari Amir dan anaknya yang akan disusuli oleh bekas isteri dan bapa tiri kanak-kanak itu.

Sementara itu, Amir ketika dihubungi untuk mendapatkan pengesahan mengenai kejadian tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Maaflah saya tidak mahu kes ini dihebohkan kerana masih dalam siasatan dan biarlah polis yang akan menentukannya," katanya ketika dihubungi semalam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------'

tak kiralah itu anak siapa - point is dera budak adalah crime dan mesti diambil tindakan
jika sabit kesalahan -  budak 11 tahun tahu siapa yang sokmo pukul dia dan boleh beritahu
dan mengadu tentang itu juga - dan polis boleh menyiasat perkara ini -
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 07:25 AM | Show all posts
bukan ke anak amir tu ada penyakit jantung.... kalo tak silap.. diaorg tu kembar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2008 03:30 AM | Show all posts
2 beradik lari rumah sebab jadi mangsa dera
Oleh TURMADZI MADUN


Salah seorang daripada kanak-kanak yang
disyaki didera keluarga sendiri dirawat
di Hospital Ampang semalam.




KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki menghubungi polis sebaik menjumpai dua beradik perempuan dalam basah kuyup di sebuah pasar raya di Bukit Belacan di sini membongkar satu rahsia apabila mereka dipercayai menjadi mangsa dera.

Semasa ditemui pukul 5 petang kelmarin, kedua-dua beradik berusia lima dan sembilan tahun itu berjalan dalam hujan lebat dan tidak mempunyai arah tuju.

Lelaki yang bersimpati dengan kedua-dua beradik itu kemudian membawa mereka pulang ke rumahnya di Lembah Jaya sebelum menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, dua jam sebelum kanak-kanak itu ditemui, polis menerima satu laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anaknya diculik.

"Wanita itu mendakwa kedua-dua anaknya diculik di sekitar rumahnya di Taman Melor yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tempat lelaki itu menemui mereka,'' kata beliau.

Malah menurutnya, wanita berusia 32 tahun dan merupakan suri rumah itu mendakwa kedua-dua anak perempuannya telah diculik dua lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Katanya, bagi menyakinkan polis, wanita itu mendakwa kejadian itu disaksikan oleh jirannya.


*********************************************************************************************


typical parents yang akan claim anak kena culik la.. hilang la..
walhal depa dok seksa abuse anak2 malang yang tak berdosa tu -
harap polis siasat betul2... dan kalau benar dia dera anak2 dia tu
tak boleh benarkan anak2 tu tinggal dengan dia -
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 07:54 AM | Show all posts
kaverline mak dia...last2 dera
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 07:49 PM | Show all posts
3 ditahan kes kanak-kanak lelaki mati didera
05/11/2008


TAIPING 5 Nov. – Polis menahan tiga orang termasuk seorang wanita yang dipercayai terbabit mendera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kematian mangsa di Hospital Taiping pada Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Supritendan Syed A. Wahab Syed A. Majid berkata, ketiga-tiga mereka yang berketurunan India berusia antara 21 hingga 37 tahun ditahan selepas mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis di sini malam tadi.

“Salah seorang suspek merupakan bapa mangsa dan kesemua mereka ditahan reman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Syed A.Wahab berkata, kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Taiping pada pukul 3 petang Ahad lepas oleh ketiga-tiga suspek kerana mengalami beberapa kecederaan serius di badan.

Bagaimanapun doktor yang merawat kanak-kanak malang itu mengesahkan mangsa telah meninggal dunia manakala kesemua suspek menghilangkan diri sebaik sahaja menghantar mangsa ke hospital itu.

Bedah siasat mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan serius akibat dicucuk dengan besi panas di bahagian badan, tapak kaki dan tangan, katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati.


— BERNAMA


*************************************************************************************

apalah nak jadi - bapa sendiri sanggup dera anak sampai mati -
cucuk besi panas, kat tapak kaki dan tangan -
apa lah dosa nya budak kecil 3 tahun yang masih tak tahu apa2 tu -
jika sabit kesalahan harap2 sebelum digantung sampai mati bapa kejam ni -
kena cucuk gak besi panas kat dia -- tak kiralah cucuk kat mana pun
biar dia rasa sakit yang dia buat pada anak dia sendiri -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2008 07:34 AM | Show all posts
2 budak disyaki didera bapa

KANGAR 14 Nov. - Dua adikberadik berusia 9 dan 12 tahun mengalami kecederaan dan lebam di bahagian badan dipercayai menjadi mangsa penderaan bapa kandung dan ibu tiri mereka sejak beberapa tahun lalu di Taman Seri Wang, Arau di sini.


Mangsa, Noriman Syahirah, 12, dan Mohd. Danial, 9, dipercayai menjadi mangsa dera selepas bapa mereka menikahi ibu tiri pada tahun 2004.

Menurut datuk mangsa, Yahya Man, 58, kedua-dua cucunya itu sudah beberapa kali mengadu dipukul oleh ibu tiri dan bapa kandung mereka tetapi dia tidak mengambil peduli kerana menyangka kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu hanya ingin 'mengajar' sahaja.

Katanya, dia juga menyedari setiap kali kedua-dua cucunya itu mengadu dipukul akan terdapat kesan lebam pada badan mereka.

''Jika sekali dua tidak mengapa kerana mungkin itu tindakan biasa ibu bapa kepada anak- anak untuk 'mengajar' atau disebabkan kenakalan mereka.

''Tetapi mereka (cucu) sudah banyak kali mengadu dipukul ibu tiri dan bapa kandung dan mereka pernah memberitahu ingin lari daripada rumah... yang terbaru semalam saya diberitahu mereka dipukul lagi kerana gagal melakukan kerja rumah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Yahya berkata demikian ketika ditemui di Wad Pediatrik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sewaktu menemani kedua-dua cucunya itu mendapatkan pemeriksaan lanjut bagi mengesahkan kecederaan yang dialami.

Difahamkan ibu tiri kanak-kanak itu bekerja sebagai pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini.

Noriman ketika ditemui di Wad Pediatrik menunjukkan kesan lebam pada lengan kanan dan bahu kiri dan adiknya lebam pada bahu kiri dan belakang badan didakwa kesan penderaan ibu bapanya menggunakan rotan selepas gagal melakukan kerja rumah, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 40-an itu ditahan di rumah mereka di Taman Sri Wang, Arau di sini, kira-kira pukul 3 petang ini.

**********************************************************************************

bapa kata nak 'ajar' mereka - apalah dosanya budak baru 9 dan 12 tahun.. sampai kena
pukul teruk sekali...bukan tak boleh nak ajar tapi sampai cederakan anak jadi anak
trauma, bukan lah ajar namanya.. tu kurang ajar - - ingatkan bila dah jadi bapa tu, protect
anak yang tak ada emak - emak tiri kerja professional macam tu tapi dok dera anak orang -
harap sangat anak2 itu tidak dibenarkan tinggal dengan bapa mereka lagi dan kalau
convicted - biar undang2 pula 'ajar' emak tiri dan bapa tu pula -
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 08:40 AM | Show all posts
bila agama dipinggirkan....inilah jadinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2008 06:41 AM | Show all posts
Berjalan lima kilometer - Mahu mengadu tidak tahan didera ibu tiri


MUHAMAD RIDZUAN menunjukkan kesan lebam
pada pahanya di Hospital Ampang semalam


AMPANG JAYA - Seorang kanak-kanak tahun empat sebuah sekolah rendah bertindak nekad dengan berjalan sejauh lima kilometer semata-mata untuk mengadu dia didera ibu tirinya di Pandan Indah di sini kelmarin.

Tujuannya ialah untuk pergi ke rumah ibu saudaranya di Lembah Maju selepas tidak tahan menjadi mangsa dera wanita tersebut yang didakwa telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, Muhamad Ridzuan Amir, 10, akan dicubit, diketuk dengan senduk dan dipukul dengan tangan hanya kerana kesalahan kecil seperti lambat makan dan tersalah membaca ketika mengaji.

Ibu saudaranya, Amdita @ Tinah Kaling, 29, memberitahu, dia yang sedang membuat kerja rumah ketika itu terkejut sebaik melihat Muhamad Ridzuan terpacul di depan rumahnya pukul 10.30 pagi.

"Ketika saya hendak bertanya kepada dia, saya telah menarik tangannya dan dia memberitahu jangan berbuat demikian kerana sakit.

"Saya tanya kenapa tetapi dia tidak mahu cakap kerana takut dan apabila diperiksa, saya dapati ada kesan lebam begitu juga pada kedua-dua belah pahanya,'' katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, selepas didesak, barulah Muhamad Ridzuan hendak bercerita.

Menurut Amdita, dia kemudiannya telah membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Ampang untuk membuat laporan pukul 12.15 tengah hari sebelum dirujuk ke Hospital Ampang.


*********************************************************************

salah sikit macam tu pun nak seksa budak kecil macam ni -
ibu tiri tu kena pergi counselling dan tak patut jaga budak ni sebab
tak boleh nak bersabar dan abusive begini -- cubit ketuk sepak semua
tu form of deraan pada budak - apatah lagi baru 10 tahun...
dah kena macam2 - tak selamat sebab
dia akan trauma dan beri kesan yang besar bila dia remaja dan dewasa nanti --
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 08:03 AM | Show all posts
Originally posted by mieza386 at 28-6-2008 04:40 PM
bila kos sara hidup mekin meningkat....
rakyat makin terdesak nak mengharungi hidup nih..
dgn gaji kecik, harga barang2 mahal..
inilah yg kerajaan amno mahukan...
masih tiada perasaan lagi k ...

loh.....laki bini kerja...apa yg tak cukup lagi. kerja nurse tu byk elaun. Entah2 berhutang sebab nak hidup mewah.
Lainlah macam pemerintahan Taliban kat Afghan dulu...nak sekampit beras pon sampai terpaksa jual anak pompuan.
umno jugak yang disalahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 23-11-2008 06:41 AM
Berjalan lima kilometer - Mahu mengadu tidak tahan didera ibu tiri

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1123/Kosmo/Negara/ne_02.1.jpg
MUHAMAD RIDZUAN menunjukkan kesan lebam
pada pahanya  ...


kesiannya, nasib baik tk kene culik mase dlm perjalanan tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2008 10:27 AM | Show all posts
keje nurse  ptt nye lagi penyayang sifatnya..ni mesti jenis nurse yg menengking pesakit kat spital.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 10:17 AM | Show all posts
Mangsa dera kekasih ibu
Oleh OTHMAN YAHAYA


KESAN dirotan yang masih terdapat di belakang badan Nurul Fatin


SUNGAI PETANI - Dua beradik termasuk salah seorang daripadanya gadis lembam mendakwa menjadi mangsa dera oleh teman lelaki ibu mereka sejak beberapa bulan lalu.


Lebih menyedihkan gadis lembam, Suraini Mohd. Shuib, 16, dan adiknya, Nurul Fatin Nabila, 6, didera di depan mata ibu mereka, Normah Hamid, 46.

Ibu kepada dua beradik tersebut pula mendakwa dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana turut dibelasah oleh teman lelakinya berusia 36 tahun dan dikenali kira-kira 10 bulan lalu itu.

Semua kejadian dera itu berlaku di rumah tiga beranak tersebut di Kampung Baru, Bakar Arang di sini.

Dalam kes terbaru Isnin lalu, Suraini cedera di bahagian matanya akibat ditumbuk selepas dia didakwa tidak tahu menanam sayur.

Adiknya pula cedera di paha dan belakang badan akibat dirotan selepas dia tidak fasih berbahasa Inggeris.

Namun, setelah terlalu kerap menjadi mangsa dera sejak kebelakangan ini, tiga beranak itu yang sudah tidak tahan lagi telah membuat laporan polis.

Ekoran itu, polis telah menahan seorang pengawal keselamatan untuk membantu dalam siasatan kes tersebut. - kosmo -


*******************************************************************************

ya allah - kesian nya tengok belakang budak tu -
apa hal mak dia tak nak protect anak2 dia dari didera lelaki jahat tu -

kesian betul - kena rotan, tumbuk semua - harap lelaki tu kena tangkap dan kena hukuman
sebat at least 10 sebatan - and put in jail --  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 10:20 AM | Show all posts
Apasal b/f boleh dera anak2 g/f dia? Diaorg duduk serumah ke? Kalau saya jadi emak saudara budak2 tu saya lempang muka lelaki tu. Memang kurang asam mendera budak2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 07:18 PM | Show all posts
Seksaan ibu kandung
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi



JOHOR BAHRU: Seorang ibu tergamak menekap pisau panas pada kaki dua anak kandungnya sendiri hingga melecur dan membiarkan luka itu melarat sampai membengkak, bernanah dan tidak boleh berjalan.

Penderitaan dua beradik berusia empat dan tujuh tahun itu hanya disedari apabila sepasukan polis dari Taman Universiti, Skudai dekat sini, menyelamatkan mereka jam 1 pagi kelmarin.

Polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan dan lelaki itu selepas menerima aduan daripada pengasuh yang mempunyai pertalian saudara dengan mangsa, selepas tidak tahan melihat derita ditanggung dua beradik itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan (gambar), berkata sebaik mendapat maklumat daripada pengasuh itu, sepasukan polis dihantar ke rumah pengadu di Jalan Perubatan, Taman Universiti, kelmarin.


“Ketika pegawai penyiasat tiba, mangsa yang lengkap berpakaian kelihatan seperti kanak-kanak biasa. Namun, apabila diperiksa seluruh tubuh badan, kami mendapati ada kesan lebam pada punggung dua beradik itu.

“ Pemeriksaan juga mendapati kedua-dua mangsa cedera serius apabila melecur pada tapak kaki akibat ditekap dengan benda panas.

“Malah, kecederaan pada kaki mangsa agak teruk hingga membengkak dan bernanah. Kami dapati kanak-kanak terbabit tidak mampu berjalan berikutan kecederaan itu,” katanya.

Ruslan berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya kesan lecur pada tapak kaki mangsa akibat ditekap dengan pisau panas, manakala kecederaan di punggung belum diketahui puncanya.

Katanya, kanak-kanak terbabit kini dirawat di Wad Pediatrik Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut berikutan kecederaan mereka agak serius.

Menurut beliau, polis menahan ibu mangsa berusia 32 tahun di rumahnya kira-kira jam 9 malam kelmarin untuk membantu siasatan.

“Bagaimanapun, kami sedang menjalankan siasatan terperinci termasuk menyoal siasat wanita itu bagi mendapatkan gambaran sebenar kes ini,” katanya.

Katanya, polis mendapatkan perintah tahanan reman wanita itu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama tiga hari berakhir esok.

Ruslan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya atau jaminan berkelakuan baik.

Sementara itu, menurut sumber, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu melakukan kekerasan terhadap anaknya untuk mendidik serta mendisiplinkan mereka.

Katanya, suspek yang juga pekerja kilang di Singapura menjalani kehidupan secara berasingan dengan suaminya sejak empat tahun lalu.

Dia menghantar kedua-dua anaknya untuk dijaga sepasang suami isteri ketika bekerja mengikut syif.

sos. hm.





aku ada tengok gambaq dia tadi... tapi  tak dapat nak paste ler pulok...  tapi  kalu betul ler dia yg seksa anak2 dia;   ini ler yg aku panggey   mudder from hell!!!     sama laknat dgn yahudi gak!! jenis tak patut jadik mak!!   cissssssssss  :@

nak disiplin  bley disiplin... tapi  yg ni bukang disiplin... ni namanya   penderaan... aper ler manusia mcm nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.084198 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list