CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3961|Reply: 10

Air Pasang Besar

[Copy link]
Post time 28-11-2007 04:29 PM | Show all posts |Read mode
80 rumah musnah dipukul ombak air pasang besar


KOTA KINABALU: Lebih 1,000 penduduk perkampungan atas air di Tanjung Aru, disini dan Kudat di Utara Sabah hilang tempat tinggal selepas lebih 80 rumahruntuh serta rosak teruk dilanda ombak kuat kesan fenomena air pasang besar,semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kenyataan JabatanMeteorologi menyebut, ketinggian air pasang direkodkan pada paras 2.3 metersehingga 2.5 meter.

Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata lapanrumah runtuh, manakala 32 rosak teruk di bandar raya ini.

Katanya, air mula pasang kira-kira jam 9malam kelmarin dan berada pada tahap yang membimbangkan mulai jam 11 malamserta berterusan sehingga jam 1 pagi semalam.

揗enyedari paras air meningkat, pasukan penyelamat merangkumi Jabatan Bomba danPenyelamat, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikerah ketempat kejadian.

揜umah pertama dilaporkan runtuh di Tanjung Aru kira-kira jam 12 tengah malamdan disusuli beberapa rumah lain.
揔ita akan terus mengarahkan penduduk kampung meninggalkan kediaman untukkeselamatan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2007 04:34 PM | Show all posts

Air pasang besar banjiri Jakarta

Ratusan ribu penduduk tinggalkan kediaman masing-masing, jalan utama terputus


JAKARTA: Air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan di ibu kota Indonesia dibanjiri dengan air laut, memaksa beratus-ratus ribu penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan memutuskan jalan utama ke lapangan terbang antarabangsa, kata pegawai dan laporan media semalam.

Pihak berkuasa memasang pam untuk menurunkan paras air, setinggi 1.7 meter di beberapa daerah kecil hingga sejauh dua kilometer ke darat tetapi berkata mereka menjangkakan air pasang terus menimbulkan kekecohan hingga akhir bulan ini.

Penduduk di Jakarta Utara sudah biasa dengan keadaan banjir ketika kitaran air pasang besar setiap bulan tetapi kejadian kelmarin adalah yang terburuk dalam sejarah.

Bencana berpunca daripada sikap tidak mengendahkan amaran mengenai putaran air pasang besar luar biasa setiap 18 tahun, pakar banjir, Jan Japp Brinkman, dipetik sebagai berkata dalam akhbar Jakarta Post.

Keadaan diburukkan dengan kegagalan memperbaiki benteng penghadang laut yang pecah lebih seminggu lalu.
Sekurang-kurangnya 8,000 rumah dilanda banjir dan air laut menenggelamkan jalan yang menghubungkan Jakarta dengan lapangan terbang Soekarno-Hatta, menyebabkan beribu-ribu orang terkandas atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga beberapa kilometer panjang, lapor akhbar Kompas.

Banyak penerbangan terganggu atau terpaksa melakukan penerbangan dengan sedikit penumpang, kata pegawai bertugas di lapangan terbang itu, Muhammad Reski.  AP

[ Last edited by  redCeri^cet at 28-11-2007 04:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 04:47 PM | Show all posts
kalau ikut lunar cycle,
every 18.74 tahun, jarak bulan dengan bumi adalah paling dekat
oleh tu...air pasang besar akan berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 05:06 PM | Show all posts
erm..... kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 05:09 PM | Show all posts
simpati kat semua mangsa..

nasib baik takder kemalangan jiwa berlaku....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 05:16 PM | Show all posts

Reply #3 mozacs's post

yup setuju.....air pasang dan surut ataupun tide adalah bergantung kepada graviti bulan......semakin dekat bulan dengan bumi semakin besar kesan pasang surut......just to recap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2007 01:13 PM | Show all posts
tapi fenomena air pasang besar akan berlaku setiap 100 tahun
highest astronomical tide (HAT)

tapi since takde record, tak tahu bila next 100 years cycle tuh...
maybe banjir besar yg lepas bukan tertinggi....
maybe the next air pasang besar anytime soon....


- kepada Allah berserah-
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 06:13 PM | Show all posts
Lebih baik lakukan persediaan yang secukupnya dan berwaspada selalu bagi penduduk yang berada di pinggir laut dan tepian pantai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2007 08:36 AM | Show all posts
Seksyen A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI PERTAMA (Dikeluarkan pada pukul 5.00 Petang 13 Dis 2007)

Angin kencang timurlaut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombakmencapai ketinggian 3.5 meter yang berlaku di perairan Kelantan,Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak Timur, WP Labuan, Sabah Baratdan Kudat dijangka berterusan sehingga Selasa, 18 Disember 2007.

Selain daripada itu, kawasan pantai Semenanjung Malaysia, WP Labuan,Sabah dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air akibat fenomena air pasang besar (perbani). Keadaan ini dijangka berterusan sehingga hari Ahad, 16 Disember 2007.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil dan semua aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Seksyen B: AMARAN RIBUT PETIR (Dikeluarkan pada pukul 7.00 pagi 14 Dis 2007)

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan pantai Johor Timur danSarawak dijangka akan berterusan hingga tengahari, Jumaat 14 Disember2007.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahayakepada bot-bot kecil.

~ Jabatan Meteorologi Malaysia

[ Last edited by  redCeri^cet at 14-12-2007 08:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 03:12 PM | Show all posts
Ada baca dalam paper tadi...air pasang besar akan berlaku lagi dalam bulan Januari nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2008 04:54 PM | Show all posts
orang kampung aku kata air pasang ke|ing... tak pepasal je kena saman ngan hindraf kang!

[ Last edited by  sinalegna at 5-1-2008 04:57 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.071470 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list