CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Poptu

Kipas Susah Mati SPIDER

[Copy link]
Post time 25-4-2011 10:54 AM | Show all posts
showcase kitasatu spider
hard rock cafe penang
28th April 2011
8pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 11:43 AM | Show all posts
dekat setahun sunyi sepi thread ni

jap nak letak artikel kosmo hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 11:44 AM | Show all posts
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Percubaan solo Tam




TAM akan muncul solo tanpa ahli kumpulan Spider? Itulah yang akan cuba ditampilkan Tam Spider atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 39, apabila bakal muncul solo tanpa ahli Spider yang lain pada tahun ini dengan membawakan imej dan genre muzik yang baharu.
Tam juga akan tampil dengan sisi yang cukup berbeza berbanding ketika bersama kumpulan Spider dahulu. Persoalan yang bermain di minda, kenapa Tam mengambil keputusan bergerak solo? Adakah kerana sambutan terhadap grup itu yang hampir tidak dipedulikan telah membuat Tam mengambil keputusan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sebagai seorang penyanyi secara solo.
Bertemu dengan lelaki yang tak makan dek usia itu di Studio Luncai Emas milik Datuk M. Nasir di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini, Tam mengakui, keputusan untuk bergerak solo bukan kerana perbalahan yang berlaku di antara dirinya dengan ahli-ahli Spider lain. Sebaliknya dia teringin untuk mencuba dan mengikut arus peredaran penyanyi berkumpulan yang bergerak solo seperti Awie Wings dan Amy Search.
"Saya sudah terlalu lama dengan Spider. Teringin juga nak ikut arus peredaran seperti artis berkumpulan yang bergerak solo.
"Saya ambil keputusan bergerak solo ini bukan mudah. Kena fikir semua aspek. Saya tahu banyak cabaran baharu yang perlu ditempuhi dan banyak juga benda baharu yang perlu saya terokai apabila muncul solo tanpa ahli kumpulan kelak," ujarnya yang sudah mengumpul lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam albumnya nanti.
Ditebak soalan sama ada dia akan membawa genre rock seperti yang dibawanya bersama Spider, Tam yang juga merupakan penggubah lagu itu masih tidak tahu genre muzik apa yang akan dipilihnya.
"Lagu sudah ada cuma kena pilih sahaja tetapi sehingga kini saya masih tidak tahu genre apa yang harus dipilih. Apa yang pasti, kemunculan solo saya nanti adalah berbeza sama sekali dengan diri saya semasa dengan Spider," ungkapnya yang gembira kerana rakan-rakan di dalam Spider memberi sokongan penuh kepadanya untuk muncul solo.
Malah celah Tony, Napi dan Ayie ketika Tam ditemu bual Kosmo!, mereka tidak sabar melihat Tam muncul solo nanti.
Buang perasaan malu
Tanpa berselindung, penyanyi Rela Ku Pujuk itu juga mengakui, terpaksa membuang perasaan malu ketika muncul solo nanti.
"Memang sangat berat bila fikirkan macam mana keadaan saya bergerak solo nanti. Tapi saya kena biasakan. Sebab, saya memang teringin untuk merasai bagaimana perasaan menyanyi solo tanpa ahli kumpulan," jelasnya yang juga merancang untuk berduet bersama penyanyi Aizat dan Alyah.
Tidak bermakna apabila Tam muncul solo kelak dia akan meninggalkan terus rakan-rakan Spidernya. Malah, sudah ada sesuatu yang dirancang Tam bersama rakan-rakannya.
Bagi Tam, keutamaannya masih dengan kumpulan Spider. Malah, dia juga mengakui, sedikit sebanyak kemunculan solonya nanti juga akan membantu menaikkan nama kumpulan Spider.
Bercerita tentang projeknya bersama kumpulan Spider, ungkap Tam, bulan April tahun lalu, Spider sudah muncul dengan album baharu berjudul KitaSatu.
Malah lagu single ketiga mereka, Tapi Bagaimana sedang diputarkan di corong-corong radio dan juga digunakan untuk runut bunyi drama bersiri Vanila Coklat.
Promosi kurang?
Mengenai kenapa kemunculan album KitaSatu tidak begitu diketahui peminat, promosi yang kurang menjadi alasan Tam dan rakan-rakannya.
"Sebagai artis kami memang mengharapkan promosi. Memang promosi untuk album baharu Spider KitaSatu kurang. Kami rasa mungkin pihak promosi anggap nama kumpulan Spider sudah kukuh jadi tidak perlu melakukan promosi yang gempak," tutur Tam.
PROFESIONAL. Keputusan Tam untuk muncul solo diterima oleh anggota kumpulan Spider yang lain, (belakang dari kiri) Aie, Tony dan Napi.



Namun, timbul pula persoalan sama ada promosi yang kurang terhadap Spider disebabkan kumpulan itu dipinggirkan dek kerana promosi lebih tertumpu ke arah kemunculan kumpulan-lumpulan baharu yang tumbuh bak cendawan selepas hujan sekarang ini?
Akui mereka, sudah menjadi adat industri muzik apabila muncul sesebuah kumpulan baharu maka ia lebih difokuskan. Tetapi mereka tidak ambil peduli, kerana bagi mereka nama Spider sudah begitu kukuh kepada peminat-peminat muzik malah sampai satu tahap ia akan naik semula.
Tidak hanya tertumpu kepada projek Spider semata-mata, Tam juga memberitahu, ahli-ahli kumpulan Spider banyak menghabiskan masa bekerja di studio untuk menghasilkan lagu-lagu baharu masing-masing.
Bagi salah seorang ahli Spider, Ayie yang juga merupakan adik kepada Along Exist, dia banyak menghasilkan lagu nasyid untuk pelajar-pelajar universiti yang menubuhkan kumpulan nasyid. Malah, Ayie juga merancang projek istimewa bersama Along untuk menghasilkan album.
"Selain memberi fokus dengan Spider, saya juga ada buat projek sendiri bersama Along. Kami menghasilkan lagu-lagu metal. Malah, kami yakin dapat tarik peminat kerana ia bukan muzik metal yang berat," katanya yang tetap meletakkan keutamaan kepada Spider.
Sementara itu, bagi Napi pula, dia banyak menghabiskan masa di studio untuk menyusun lagu. Salah satu lagu yang disusun Napi adalah lagu nyanyian Hafiz AF iaitu Awan Nano.
Malah, Napi juga banyak melakukan susunan lagu untuk artis-artis popular lain seperti Datuk DJ Dave dan Datuk Jeffrydin.
Bagi Tony pula, selain menghasilkan lagu buat kumpulan Spider, dia juga ada menghasilkan lagu sendiri dan buat penyanyi lain seperti kumpulan Massa. Menghasilkan lagu pelbagai genre, sehingga kini Tony sudah menghasilkan sebanyak 40 buah lagu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 09:33 PM | Show all posts
HIBURAN                                      Selasa Mac 6, 2012         
                      Bakal Muncul Solo, Tam Tidak Tinggalkan Spider         
                     
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI        Tam Spider.

PETALING JAYA: Penyanyi kumpulan Spider, Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah menafikan dakwaan kononnya dia akan meninggalkan kumpulan tersebut dalam masa terdekat kerana ingin bergerak secara solo.
Tam berkata, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan rakan-rakanya dalam kumpulan itu dan tiada sebarang sebab untuk meninggalkan Spider.
Namun dia tidak menafikan akan muncul dengan album solo pada tahun ini.
"Dakwaan saya tinggalkan Spider adalah tidak berasas selama sekali kerana tidak pernah ada niat untuk berbuat demikian.
"Projek solo yang bakal saya lakukan adalah kerana untuk mencuba sesuatu dalam kerjaya saya," ujarnya kepada mStar Online.
Tam ditemui ketika menghadiri Festival Muzik Belia 2011 bersama Barisan Nasional (BN) di sini, Ahad.
Dalam pada itu, Tam memberitahu, rakan-rakannya dalam Spider iaitu Hanafi, Ayie dan Tony yang  memaksa dia untuk menghasilkan album solo kerana merasakan sudah tiba masanya untuk dia melangkah jauh dalam bidang muzik.
Tam berkata, ia bukanlah keputusannya sendiri tetapi mendapat sokongan daripada teman-temannya.
"Saya dah berfikir untuk buat solo hampir tiga ke empat tahun lalu, tetapi hasrat tergendala kerana mahu memberi tumpuan kepada Spider yang mempunyai pelbagai projek ketika itu.
"Bagaimanapun sekarang adalah masalah sesuai untuk saya mengorak langkah setapak lagi dalam kerjaya saya," ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai konsep album yang akan dibawa nanti, Tam berkata ia akan berbeza daripada konsep yang dibawa bersama kumpulan Spider.
Tam berkata, dia masih belum mempunyai sebarang genre khusus untuk album solonya nanti tetapi tidak menolak kemungkinan akan beralih kepada muzik pop.
"Yang pasti ia akan berbeza daripada muzik Spider kerana kalau bawa konsep sama maka tidak memberi perbezaan. Ia boleh jadi pop, pop rock atau pun pop tradisional, saya sendiri belum tahu," ujarnya.
Tambah Tam, album berkenaan akan mempunyai lima buah lagu dan akan diterbitkan bersama syarikat rakamannya Luncai Emas dan Universal Music.


http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/3/6/mstar_hiburan/20120305123251&sec=mstar_hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 08:06 PM | Show all posts
rindunya posting2 kat sini...ekceli rindu sama masa lalu di rumah lama

http://mforum.cari.com.my/forum. ... t=spider&page=1

tp da x bole pos kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:09 PM | Show all posts
yellowtulip posted on 22-7-2012 08:06 PM
rindunya posting2 kat sini...ekceli rindu sama masa lalu di rumah lama

http://mforum.cari.com.my/ ...

depa dah tutup eh rumah lama tu
nampaknya kita layann kat sini saje la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2016 08:58 PM | Show all posts
Salam 1 Malaysia!

Wahhh lama nya tidak bersiaran kat sini, tak sangka thread ni  masih idup.

Spider baru melancarkan album ke 6 bertajuk Ankabut hari Ahad yang lalu 28Ogos 2016.
Album ke 5 keluar sekitar 2010 - 2011.

4 tahun rumah in sunyi Dan sepi.
Ramai yang dah beralih ke media sosial.

Sebelum ni, Spider dah release 1st single bertajuk Ayat Penyengat. Lagu ni tak berapa menjadi di pasaran.

Awal tahun ritu, Spider release 2nd single ,Hidupku. Tak meletup tapi lagu ni lebih diterima drpd Ayat Penyengat.

Setelah lama kami peminat menunggu akhirnya Ankabut siap tercetak.
Mengandungi 10 lagu baru : Akulah Cerminmu, Dahku Faham, Hanya Terleka, Waduh! Tijah, Jadikan Aku Wira, Kelawar Vampira, Kekasihku, Jadilah, Hidupku & Ayat Penyengat.

Secara peribadi saya namakan album ini 18PL

18 kerana album ini lambang kematangan Spider, mereka banyak bereksperimen untuk album terakhir dalam  kontrak dgn Luncai Emas. PL - album ni ada berbagai rasa dan warna.

Berpeluang mendengar full album sebelum di release, lagu pilihan saya ketika itu adalah Jadilah.

Setelah memiliki album penuh, saya terpukau dengan pesona tanpa penawar - Waduh! Tijah.


Boleh dengar prebiu di I-tunes.




Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 10:33 AM | Show all posts
yellowtulip replied at 1-9-2016 08:58 PM
Salam 1 Malaysia!

Wahhh lama nya tidak bersiaran kat sini, tak sangka thread ni  masih idup.

im back....yellow tulip jom ke RTM....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2016 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
test2..lupa pernah singgah sini ke x sebelum ni..hai kak  @arenis mohon ingat saya lg..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
arenis replied at 23-9-2016 10:33 AM
im back....yellow tulip jom ke RTM....

akakkkkk!

baru perasan ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
yellowtulip replied at 1-9-2016 08:58 PM
Salam 1 Malaysia!

Wahhh lama nya tidak bersiaran kat sini, tak sangka thread ni  masih idup.

waduh tijah yang unik tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 05:46 PM | Show all posts
arenis replied at 23-9-2016 10:33 AM
im back....yellow tulip jom ke RTM....

Kakkkk.....kemana gerangan menghilang.

Kami pergi angkasapuri kelmarin, Akak pergi tak?
Dah beli ke belum Ankabut?


Aiman & summer Welkam Home!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
yellowtulip replied at 28-9-2016 05:46 PM
Kakkkk.....kemana gerangan menghilang.

Kami pergi angkasapuri kelmarin, Akak pergi tak?

lauk apa dihidang ni

alang2 dah masuk umah



kak arenis where r u
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
yellowtulip replied at 28-9-2016 05:46 PM
Kakkkk.....kemana gerangan menghilang.

Kami pergi angkasapuri kelmarin, Akak pergi tak?

eh sama la kita kak tulip...kita pon g jgk angkasapuri aritu..   
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 08:28 PM | Show all posts
cmf_summer_snow replied at 29-9-2016 08:12 AM
lauk apa dihidang ni

alang2 dah masuk umah

Lauk ku dah cukup cukup masin....la

Lagi mau tanya ka

Ilang balik kak @arenis

Kakkk📢📢📢📢
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 08:31 PM | Show all posts
one_aiman replied at 29-9-2016 02:57 PM
eh sama la kita kak tulip...kita pon g jgk angkasapuri aritu..

Laaaa....pegi juge ker?

Ni mesti  geng kerumun pentas ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2016 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
yellowtulip replied at 29-9-2016 08:31 PM
Laaaa....pegi juge ker?

Ni mesti  geng kerumun pentas ni....

eh mana tau ni hahaha..kita ada join geng rela ku pujuk tu    
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 11:06 AM | Show all posts
saja gatai tangan nak up kan thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 08:58 AM | Show all posts
waduhhhh tijah...


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 08:23 PM | Show all posts
Excellentooo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.233182 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list