CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: si bulat

Nahas Bas - Latest : Bas Ekspres Terbalik Di Sg Petani, 5 Cedera (p21)

[Copy link]
Post time 11-12-2007 11:27 PM | Show all posts

Reply #80 PlutoNium's post

kite berupaya halg mati ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2007 11:41 PM | Show all posts

Reply #81 033589's post

Cuba nko tanya Highlander...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 11:56 PM | Show all posts
Penumpang tersepit di celah tempat duduk
11-12-2007 09:57:32 PM

IPOH:  Bomba dan Penyelamat Ipoh terpaksa menggunakan pintu kecemasan yang berada di bahagian belakang bas untuk menyelamatkan mangsa dan mayat yang tersepit di hadapan bas yang terlibat dalam kemalangan maut apabila merempuh sebuah lori tangki susu getah di Plaza Tol Jelapang awal pagi tadi.




Anggota bomba menemui mayat seorang lelaki dan seorang
wanita tercampak keluar dan tersepit di bahagian bawah tayar bas




Penguasanya, Nazri Zakaria berkata penumpang-penumpang yang terselamat kebanyakannya tersepit di celah kusyen tempat duduk yang patah dan tertolak sehingga ke bahagian hadapan bas.

"Anggota bomba mengunakan pintu kecemasan di belakang bas untuk menyelamatkan penumpang bas yang ketika itu sedang bertindih antara satu sama lain selain dihempap dengan kerusi bas yang tercabut.

"Keadaan penumpang di dalam bas juga panik dan ada yang masih terkejut dan trauma," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya semasa sampai di tempat kejadian, anggotanya mendapati mayat seorang lelaki dan seorang wanita tercampak keluar dan tersepit di bahagian bawah tayar bas persiaran terbabit.

Nazri berkata 21 anggota bomba dengan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 pagi, dan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa yang terperangkap selesai pada pukul 7.15 pagi.

Kemalangan bas persiaran itu merupakan kemalangan terburuk di plaza tol yang akan dirobohkan enam bulan lagi itu ekoran desakan pengguna Lebuh Raya Plus Utara Selatan kerana kedudukannya yang terletak di cerun dan di bawah kaki bukit.

-------------------------------------------------------------------------

tak sampai beberapa bulan pun mengenai bus express
yang accident yang meragut 22 nyawa-  now ada lagi -

tak kira berapa yang maut this time but fact is the driver
is responsible for the passengers and he should be
reprimanded for speeding and put the passengers
in danger --    mesti trauma pada passengers yang
terselamat -  a nightmare for them

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 11:57 PM | Show all posts
Originally posted by PlutoNium at 11-12-2007 11:24 PM


tu la pasal aku pun heran manusia ni...bila bab mati saja serah pada Allah.
bab-bab lain, pemerintahan dan undang-undang  kita serah pada British ?


aku nak tumpang heran sekali boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 12:08 AM | Show all posts

Reply #80 PlutoNium's post

La  ni depa tak serah pada British , depa serah pada kroni British , puak2 UMNO tu sendiri :@
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 06:34 AM | Show all posts
takziah utk keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2007 07:00 AM | Show all posts
bantuan mencurah2........adakah krn kejadian merupakan kesilapan PLUS dan LLM krn lewat menyiapkan TOL baru atau ada sebab2 lain?


Sementara itu, semasa melawat mangsa di Hospital Ipoh, Samy Vellu mengumumkan, PLUS dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersetuju menyumbangkan bantuan kewangan masing-masing sebanyak RM1,000 seorang untuk meringankan beban keluarga setiap mangsa.

Turut menghulurkan sumbangan ialah Tajol Rosli yang akan memberi RM1,000 kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan RM500 kepada mangsa yang cedera.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:11 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 11-12-2007 10:31 PM


mungkin utk sesetengah orang, kematian orang lain merupakan suatu benda yg lawak. mungkin kalau yg mati tu penyokong parti sendiri barulah tak berapa lawak. mungkin itulah akhlak orang yg men ...


OFF TOPIC skit....

Cuber miker fikir skit.
Kenapa sampai begitu sekali deme memperkatakan perihal AMENO dan ahli partai tersebut???
Sampai tiada lagi belas ihsan dari deme.

Kenaper yer??

Mcm kes kapalterbang tentera US terhempas, mati kesemuer penumpangnya.
Adakah mendapat SIMPATI dari oghang2 Islam di Afghanistan, Pakistan, Iraq, Iran, Somalia, Sudan etc???

Kat mana SILAP/SALAH nya Pihak US tersebut sehingga tiada mendapat simpati dari rakyat negara Islam??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 07:29 AM | Show all posts

Reply #88 niceghost2005's post

cuba kita fikir kalau yg mati tu wanita DAP & diketawakan oleh orang lain kematian mrk disebabkan berbeza pahaman politik?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:36 AM | Show all posts
Agak agak yang imamkan depa Ustaz UMNO ka PAS?

amat malang kalau ustaz PAS yang uruskan.. mesti depa tak suka

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:39 AM | Show all posts
Apa apa pun takziah pada mangsa yang terlibat..

Innalillahiwainnailaihirojiun..

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali..

sebab itu kita mesti ikut apa yang Allah turunkan bukan bangkang dan menolak aturanNya..

kalau undang-undang telah ditetapkan Allah, berdosa kita memilih hidup dgn undang undang atau aturan hidup selain Allah tetapkan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:43 AM | Show all posts
Pemandu jerit brek tak berfungsi'

Penumpang dakwa bas hilang kawalan sebaik melepasi Terowong Menora sebelum rempuh lori

IPOH: Seorang mangsa, Shamshum Ishak, 52, dan anaknya, Mastura Izzati Mat Isa, 17, bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan yang meragut tujuh nyawa di Plaza Tol Jelapang, awal pagi semalam.


Shamshum yang patah tulang rusuk kiri dan paha kanan berkata, beliau dan anaknya menyertai rombongan bas itu untuk ke Cameron Highlands.

"Saya terjaga kerana bas terbabit seperti hilang kawalan sebaik melepasi Terowong Menora dan terdengar bunyi bising, selain mendengar pemandu memberitahu brek tidak boleh berfungsi.


"Dalam sekelip mata, bas yang kami naiki merempuh bahagian belakang lori tangki.

"Ketika itu, semua penumpang berada dalam keadaan cemas dan ketakutan. Lebih membimbangkan saya apabila terdengar jeritan anak saya yang meminta tolong.

Apa yang bermain di fikiran saya ketika itu adalah mengenai keselamatan anak saya," katanya yang ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Mastura yang cedera ringan berkata, sebelum kejadian beliau tidur dan terjaga apabila bas terhuyung-hayang, selain keadaan kecoh.

"Saya ingat bas berkeadaan begitu kerana sudah sampai ke Cameron Highlands tetapi sangkaan saya meleset kerana tidak lama selepas itu terdengar bunyi dentuman kuat dan saya lihat semua mangsa terhumban ke hadapan dan bertindih antara satu sama lain, malah kerusi turut tercabut, selain beg bertaburan.

"Asap tebal menyebabkan saya sesak nafas dan kerana bimbang bas itu berkemungkinan akan meletup, saya nekad keluar melalui tingkap untuk menyelamatkan diri," katanya.

Seorang lagi mangsa yang terselamat, Siti Aishah Saidin, 17, berkata beliau sepatutnya mengikuti rombongan itu bersama ibunya, bagaimanapun ibunya demam dan tempatnya digantikan sepupu, Umi Kalsom Wan Dollah, 16, yang cedera ringan.

"Akibat kemalangan itu, saya terpelanting ke hadapan dan paha saya retak, selain sakit di dada dan tulang belakang," katanya.

------------------------------------------------------------------------------------------

besar kemungkinan bas tak diperiksa thoroughly --
sampai brake pun non function - nak berjalan jauh sana
selalu berlaku macam ni     serupa macam dulu tu
bas yang dah lama, bas yang tak dapat full inspection
dan tak dapat lepasan puspakom sendiri -
yang jadi mangsa adalah penumpang-penumpang
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:47 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 12-12-2007 07:29 AM
cuba kita fikir kalau yg mati tu wanita DAP & diketawakan oleh orang lain kematian mrk disebabkan berbeza pahaman politik?


PERSONALLY, teman tetap SEDEY setiap manusia yg meninggal tak kira jantina or anutan deme.
Lelebey lagi yg bukan berAgama Islam kerana maka bertambah seronok lah IBLIS LAKNATULLAH dan bertambah lah ISI neraka jahanam.

Tapi miker BELUM jawab pertanyaan teman di atas.
KENAPA ada pihak yg macam TIADA BELAS/SIMPATI dari pihak Pejuang Islam/Taliban pabila BALA/MALAPETAKA timpa ke atas asokar US ???  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:50 AM | Show all posts

Reply #93 niceghost2005's post

jauh sangat analogi askar US dgn wanita penyokong kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:50 AM | Show all posts
Badan pemandu terputus dua
Oleh Ridzuan Yop, Shamsul Kamal Amarudin, Zatul Iffah Zolkiply dan Raja Norain Hidayah

Penumpang terhumban, bertindih satu sama lain dan kerusi bas tercabut

IPOH: "Sebaik sampai di tempat kemalangan, saya dapati bahagian depan bas itu remuk teruk dan keadaan begitu kelam kabut," kata pemandu kereta tunda, Nasir Kamaruddin, 31.

Nasir yang ditemui di tempat kejadian berkata, keadaan pemandu bas terbabit amat mengerikan kerana badannya terputus dua, manakala penumpang lain terhumban ke hadapan dan bertindih antara satu sama lain.


Katanya, kerusi di dalam bas turut tercabut akibat rempuhan yang kuat dan ketika itu semua mangsa berada dalam keadaan ketakutan dan kebingungan

------------------------------------------------------------------------------------------

masyaAllah - sampai badan terputus dua --
mengerikan kemalangan ni -- pada kita yang hidup ni
insyaallah akan sentiasa berhati hati di jalanraya ---

macam kata radio KL punya dia --
biarlah kita pandu dengan selamat sampai ke rumah
bukan ke rahmatullah - something like that --
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:53 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 12-12-2007 07:50 AM
jauh sangat analogi askar US dgn wanita penyokong kerajaan.


OFF TOPIC sekali lagi....

Tak jauh..............dekat jer.
Hanya di persimpangan..........................

One more time, miker LUM JAWAB soklan teman mengenai ASOKAR US tu.

p/s masih menunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 07:54 AM | Show all posts

Reply #95 dexa's post

Kira putus dua . Ada YB UMNO kena kerat sampai berbelas-belas badan .Tak silap aku YB Pahang
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:55 AM | Show all posts
Originally posted by Ayun_Maiden at 12-12-2007 12:08 AM
La牋ni depa tak serah pada British , depa serah pada kroni British , puak2 UMNO tu sendiri :@

...aku pun tumpang heran gak.... ...'penyerahan terpimpiin'
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:57 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 12-12-2007 07:43 AM
besar kemungkinan bas tak diperiksa thoroughly --
sampai brake pun non function - nak berjalan jauh sana
selalu berlaku macam ni     serupa macam dulu tu
bas yang dah lama, bas yang tak dapat full inspection
dan tak dapat lepasan puspakom sendiri -
yang jadi mangsa adalah penumpang-penumpang


Dexa,

Kalau itu bas................melepasi TOL JELAPANG.
Then dier naik CAMERON HIGHLANG.

Tup tup.....bas tu menjunam lam gaung di Cameron Highland akibat dari brek nya gagal berfungsi.
Akan ada ker SUARA SUARA yg menyuruh agar di TARAH jalan ghayer di situ agar jadi LEVEL ke semuer nyer???

Akan adakah SUARA SUARA yg menYALAHkan jalan di Cameron Highland???

We should go back to the BASIC CAUSE of the accident.
Human n Mechanical fault.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:57 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 12-12-2007 07:53 AM


OFF TOPIC sekali lagi....

Tak jauh..............dekat jer.
Hanya di persimpangan..........................

One more time, miker LUM JAWAB soklan teman mengenai ASOKAR US tu.

...


askar US aku pun tak kesian. tapi wanita UMNO aku tetap kesian, sebab kawan2 aku dlm PAS ada yg parents mrk masih lagi UMNO, dan mrk sayangkan parents mrk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.083716 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list