CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10455|Reply: 28

Ikan di angkasa lepas

[Copy link]
Post time 23-12-2007 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Sempena kejayaan Malaysia menghantar angkasawan pertama (walaupun dah agak lama berlalu), ada satu persoalan yang ingin saya ajukan.

Apa agaknya yang akan terjadi jika ikan di dalam akuarium di angkasa lepas?

Adakah beliau akan berenang terbalik (kerana keliru dengan ketiadaan graviti) ? Ataupon sebaliknya?

Sila bincangkan secara bijaksana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2007 05:21 PM | Show all posts
hahahaha... a'ah kan.....

naper ko tak request soh dorg buat kajian tu skali kat sana hr tu...?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2007 06:35 PM | Show all posts
dia tak berenang tapi terapung macam burung kot...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2007 06:47 PM | Show all posts
kat angkasa kan hampagas...means kekurangan gas..so?..

ikan tuh maybe tak tahan..mati leww

kalau salah sorii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2007 11:28 PM | Show all posts

Reply #4 fredbok87's post

Maksud saya...katakan syeikh muzaffar bawak ikan kesayangan dia dalam akuarium masuk dalam ISS

Bukan biar ikan tu kat luar angkasa lepas...mmg la mati kalau camtu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 12:26 AM | Show all posts
Kalau bawak ikan dlm akuarium ke atas sebuah kapal angkasa ke angkasa lepas memang boleh. Dgn syarat, akuarium tu mesti tertutup rapat.

Let's make a thought experiment,

Bayangkan satu akuarium kaca berbentuk kuboid yg bahagian atasnya juga tertutup dgn kaca. Akuarium itu penuh dgn air dan ada seekor ikan emas berenang di dlm air tersebut. Selain itu, dlm akuarium tu juga ada benda2 macam batu2 karang, manik2 berkilat, rumpai laut dan sebagainya. Kita bawa akuarium special kita ni ke angkasa lepas.

Disebabkan keadaan low gravity, maka batu2, rumpai dan manik2 tu akan terapung serupa cam angkasawan terapung dlm kapal angkasa. Kalau air dlm akuarium tu tak penuh, maka air itu sendiri akan terapung dlm akuarium tersebut. Maksud aku, ada sesetengah bhg kat lantai akuarium tu tak bersentuh air. Atau, ada buih besar kat lantai akuarium tu. Takpun, kalau air dlm akuarium tu tak penuh, boleh wujud satu bebola air yg besar terapung dlm akuarium.

Kalau penutup kaca akuarium tu dibuka, maka air dlm akuarium tu boleh keluar dlm bentuk bebola air. Boleh jadi keluar satu bebola air dari akuarium itu dimana ikan emas kita ada di dalamnya. Perlu diingat, bebola air bukannya buih, tetapi spt titisan air yg besar! Ikan itu boleh berenang dan keluar dari bebola air yg terapung itu. Apabila ia keluar, ikan itu akan menggelupur dlm keadaan terapung di dlm kapal angkasa lalu mati. Ikan tidak boleh bernafas tanpa air.

Selesai sudah membincangkan kes akuarium di dalam kapal angkasa.

Katakan kita tidak membuka akuarium tersebut semasa di dalam kapal angkasa. Tetapi kita bawa akuarium tertutup kita ke luar kapal angkasa di angkasa lepas. Katakan dinding akuarium itu cukup kuat untuk menampung tekanan yg dihasilkan oleh air ke atas kaca akuarium. Jika dinding akuarium tidak cukup kuat, akuarium akan retak atau pecah.

Jika dinding akuarium cukup kuat, apa yg kita nampak dlm akuarium sama seperti apa yg kita nampak dlm kapal angkasa tadi. Jika kita membuka penutup akuarium tersebut...

Jeng jeng jeng...

Air dlm akuarium itu akan mendidih dgn cepat dan keluar dari akuarium! Rumpai laut, batu2 serta manik2 akan terapung di angkasa lepas. Ikan kita pula akan mati (mungkin mengembung sedikit disebabkan udara didalam badan ikan tersebut akan menekan ikan itu dari dalam. tak pun ikan tu meletup kot?) kerana ketiadaan air.

Apa yg berbeza antara kes di dalam kapal angkasa dgn kes di luar kapal angkasa ialah, dlm kapal angkasa ada udara, manakala luar kpl angkasa tiada udara. Sebab tu la air mendidih kat luar kapal angkasa walaupun eksperimen ni di lakukan di mana bumi menghalang pancaran cahaya matahari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2007 01:48 AM | Show all posts
mungkin mati sebab beza tekanan di bawah paras laut dgn di ISS besar...
teke jer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by szerone9 at 24-12-2007 01:48 AM
mungkin mati sebab beza tekanan di bawah paras laut dgn di ISS besar...
teke jer...


Assuming kita guna ikan emas, beza tekanan tak akan menyebabkan ikan mati. Kalau kita bawa ikan yg dari lautan dalam ke kawasan cetek (tetapi masih dlm air), ikan tu bleh mati disebabkan perbezaan tekanan juga, tak perlu bawa ke angkasa lepas.

Tekanan dlm akuarium di dalam kapal angkasa sama jer dgn tekanan kat dlm akuarium di atas bumi. Sebab tekanan udara dlm kapal angkasa lebih kurang jer dgn tekanan udara kat atas bumi.

Dlm kapal angkasa, selagi ikan tu berada dlm air, ikan tu boleh hidup. Tetapi kat luar kapal angkasa, di angkasa lepas, air tidak wujud dlm keadaan cecair. Bila ko buka jer, akuarium, air akan mendidih dan menyejat dan ikan pun mati disebabkan kekurangan oksigen dan juga tekanan yg berubah secara tiba2.

Tekanan dgn daya graviti dlm hal ni tak bersangkut paut.

[ Last edited by  meitantei at 24-12-2007 06:33 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2007 09:35 PM | Show all posts
ikan tu ok je.. tp bawak ikan sardin la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 03:59 PM | Show all posts
Haha, mungkin belum sampai angkasa lepas, ikan tu dah mati masa launch.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 04:02 PM | Show all posts
meitantei, jawapan yang baik...tapi rasanya itu tak menjawab soalan asal dia...dia nak tau cara ikan tu berenang kat ISS, bukan sama ada ikan tu ble hidup ke tak di ISS.

Dasawarsa, ikan masih bole hidup di ISS. Tapi dari kajian yang pernah dibuat oleh saintis Jepun, ada didapati ikan tu berenang secara terbalik...mungkin sebab tak dapat bezakan pengaruh graviti.

Dulu, ada jugak yang timbulkan persoalan, macam mana angkasawan boleh makan kat ISS,sebab takda graviti,so makanan tak boleh turun ke dalam perut.

Proses makanan turun dalam perut tak perlukan graviti...ada istilah sains untuk ini, tapi tak ingat....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 04:18 PM | Show all posts

Reply #11 Halilintar's post

Cara ikan berenang susah sikitla nak tahu. Memang kena wat eksperimen. Kalau ikan berenang terbalik, maknanya graviti memainkan peranan dlm cara ikan berenang? Aku tak pernah nampak ikan berenang terbalik. Hehehe...

Pasal proses makanan turun dlm perut istilah yg digunakan ialah peristalsis. Memang tak payah pakai graviti. Tak payah pegi angkasa lepas pun leh wat eksperimen ni. Gantung diri sendiri secara terbalik, pastu cuba makan. Makanan akan sampai perut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 04:31 PM | Show all posts

Reply #12 meitantei's post

A'ah peristalsis...tadi puas perah otak nak ingat...thanx sebab tlg recall.

Dah ada saintis Jepun wat kajian ikan nih...dari kajian ni, ada kemungkinan pengaruh graviti bagi kesan pada cara ikan berenang. Banyak lagi kajian yang dah dibuat...sampai ada binatang yang dibiarkan bertelur di angkasa untuk tgk pengaruh tanpa graviti pada pembiakan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 06:16 PM | Show all posts
hmm...nampaknya takda graviti membawa makna yg besar utk renangan ikan...

plus....bila tak da graviti...maka tiada titik rujukan utk tanah....maka kalau ikan berenang terbalik pun bukan dia sedar....

eh....terbalik nie terbalik undur ke terbalik  upside down?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 10:20 PM | Show all posts
Rasanya terbalik upside down la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 11:15 PM | Show all posts
Originally posted by meitantei at 25-12-2007 10:20 PM
Rasanya terbalik upside down la...


kalau terbalik upside down maka tak jadi persoalan lagilah kan...?

normal la kan...kan space mana ada rangka rujukan untuk tanah....

kalau dok dlm kapalterbang...kita still tahu mana tanah berdasarkan graviti, tapi kalau kat spaceship...terbalik pun rasa sama ja.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2007 02:35 PM | Show all posts

wait ...wait ..water will boil outside the ISS? hmm interesting....

saya tertarik pada klausa ini:

: jika dibuka aquarium itu di LUAR ( OUTSIDE) ISS atau stesen angkasa, air akan mendidih?

saya tetanya source of energy outside the space shuttle/ station - tentulah tenaga haba yg dipindahkan dari matahari menerusi proses sinaran sebab tak der udara kat luar iss.

okay - tapi kita diberitahu yg suhu kat luar kapal angkasa itu kekadang sampai subzero - extremely cold dan ada jugak panas. so ...boleh terangkan macam mana mekanisme air mendidih kat luaq kapal angkasa sedangkan proses pendidihan mengikut kimia fzikal adalah proses kesimbangan tekanan atmosfera pada sesuatu tempat dengan ketinggian dan suhu piawai tertentu dan tekanan tertentu so dah tak der udara macam mana pendidihan berlaku? i presume heat can be obtained from / didapati daripada sinaran cahaya matahari. tapi nak equate / samakan dengan tekanan atmosfera? how's that possible?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 02:38 PM | Show all posts
tapi menarik kan kalau kita dapat tengokikan tu berenang dalam bebola air yg besaq?

ini may be ader kaitan dengan konsep tegangan luas permukaan / surface tension , kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 07:45 PM | Show all posts

Reply #18 mbhcsf's post

Yep. Disebabkan surface tension, satu bebola air akan membentuk sebuah sfera sebab untuk satu isipadu, V, sfera la yg mempunyai luas permukaan yg paling kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:09 PM | Show all posts

Reply #17 mbhcsf's post

Perkara ni agak rumit sikit. Biar aku cuba terangkan.

Katakan kau ader satu kontena tertutup (bentuk kuboid). Pastu kau keluarkan semua udara dalam kontena tu. (Eksperimen ini dijalankan kat bumi, okeh? In lab conditions) Skrg kontena tudah jadi vakum, kosong, udara pun takde. Pastu, ko masukkan sejumlah air dlm kontena tu. Aper akan jadi? Air akan mendidih dan menjadi gas!

Yg paling penting aku nak kata kat sini ialah, dlm vakum, pada suhu bilik, air akan menjadi gas.

Kenapa?

First skali, kita kena paham kenapa air berubah menjadi wap. Proses perubahan air kpd wap ialah sejenis phase transition di mana cecair berubah menjadi gas. Dlm bilik, air berada dlm bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan molekul air di permukaan air tu ada cukup tenaga utk melepaskan diri dari cecair tersebut dan menjadi gas. Molekul2 air ni dpt tenaga dari perlanggaran antara molekul udara dgn molekul air di permukaan gas. Molekul udara mempunyai tenaga yg besar. Apabila molekul udara ni berlanggar dgn molekul air di permukaan air, molekul udara itu akan memindahkan tenaganya kpd molekul air tersebut. Akibatnya, kelajuan molekul udara tersebut akan berkurang, manakala kelajuan molekul air tersebut meningkat (dgn kata lain, tenaga molekul air yg dilanggar itu meningkat). Jika molekul air tersebut menerima tenaga yg cukup, ia akan melepaskan diri dari permukaan air dan berubah menjadi gas. Inilah yg dinamakan proses penyejatan/evaporation di mana cecair berubah kpd gas di bawah takat didihnya.

Proses pendidihan/boiling juga sejenis phase transition di mana cecair berubah kpd gas. Bezanya dgn penyejatan ialah pendidihan hanya berlaku pada takat didih. Dlm keadaan bilik (room conditions) air tulen (pure water) mempunyai takat didih 100 darjah celcius. Suhu bilik ialah lebih kurang 25 darjah celcius (kat Msia ni mungkin tinggi skit). Jadi utk mendidihkan air, kita perlu memanaskan air. Atau dgn kata lain menyalurkan tenaga haba kepada air tersebut. Ini boleh dilakukan dgn contohnya memanaskan air menggunakan penunu bunsen. Apabila air dipanaskan, molekul2 air akan bergerak dan bergetar dgn lebih pantas dan laju. Dan akhirnya, apabila molekul2 ini menerima tenaga yg cukup, ia akan melepaskan diri ke atmosfera.

Dlm proses penyejatan, cuma molekul2 di permukaan air mempunyai tenaga yg cukup utk berubah menjadi gas. Tetapi dlm proses pendidihan, semua molekul air dlm bekas tersebut mempunyai tenaga utk berubah menjadi gas.


Baiklah, skrg aku akan terangkan mengapa air berubah menjadi gas dlm vakum? Semua cecair mempunyai vapour pressure. Ini adalah tekanan yg dihasilkan oleh molekul2 pada permukaan cecair tersebut ke atas atmosfera. Sebilangan molekul pada permukaan cecair tersebut mempunyai tenaga yg cukup utk melepaskan diri dari cecair dan membentuk gas. Molekul2 yg bertenaga ini menekan udara sekeliling cecair tersebut. Sebab mengapa air berada dlm bentuk cecair dlm keadaan bilik ialah tekanan atmosfera lebih besar drp vapour pressure/tekanan wap ni.

Takat didih sesuatu cecair tidak tetap. Ia juga bergantung pada tekanan atmosfera. Semakin tinggi kita pergi, semakan rendah tekanan atmosfera. Sebab itu di gunung Everest, air tulen mendidih pada suhu di bawah 100 darjah celcius. Di angkasa lepas, tekanan atmosfera hampir sifar. Disebabkan vapour pressure air lebih tinggi drp tekanan udara/atmosfera disekelilingnya, maka air akan mendidih dlm vakum walaupun kita tidak memanaskannya.

[ Last edited by  meitantei at 28-12-2007 08:17 PM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.072801 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list