CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Benazir Bhutto : Dalam Kenangan -

[Copy link]
Post time 28-12-2007 01:06 PM | Show all posts

Reply #48 ashna's post

Ya lah. Klu dia tak balik...sure ni semua tak terjadi. Tapi dia dah tau kot the price she has to pay for coming back & she was willing to take the risk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2007 01:08 PM | Show all posts

Reply #52 chekshu's post

Exactly. Tu lah org Indon & Filipina  yg seangkatan dgnnya tak nak balik negara asal mereka. Mereka sanggup buat apa je to stay here.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 01:13 PM | Show all posts
dah ajal dia mati cara tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 01:13 PM | Show all posts

Reply #60 Unagi's post

Nak tanya...suicide bomber ni apa statusnya menurut pandangan Islam. Dibenarkah? Apa yg I tau suicide for Muslims untuk tujuan apa sekali pun tak dibenarkan. Atau ada dah fatwa yg membolehkan suicide killing ni?

Setahu saya..it was started by the Palastinians kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 01:33 PM | Show all posts
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Alfatehah aku sedekahkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by chekshu at 28-12-2007 10:30 AM
yip laling

a bit confusing.. taww
ada newspaper tulis dubai.. ada yg tulis london...


CNN or BBC tadi...... duduk dubai dan london.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2007 02:11 PM | Show all posts
Al-Fatihah utk Benazir, ............menjawablah engkau apa bila di soal kubur.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by PrinCessMaya at 28-12-2007 09:34 AM
tetiba aku teringat kat Arial Sharon yg koma tu..apa citer dia skrg eh?  

Koma lagi kotttt.............. allah nak kasi dia rasa azab kat atas dunia ni dulu .......... kat akhirat kelak lagi dasat azab dia
ada orang kata ada anggota badan dia dah membusuk.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2007 02:46 PM | Show all posts

Reply #68 Risma's post

aah dia tgh koma lg..tak titiik lg..gila lama dia koma..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 02:58 PM | Show all posts
Originally posted by newyork at 28-12-2007 02:46 PM
aah dia tgh koma lg..tak titiik lg..gila lama dia koma..

azab tuhan la tu atas kekejaman beliau dulu............ berapa ramai yang terkorban gara2 dia nih..... macam dalam peristiwa penyembelihan Sabra dan Shatila tuhhh

[ Last edited by  Risma at 28-12-2007 03:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 03:04 PM | Show all posts
Alfatihah ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 03:15 PM | Show all posts

Reply #68 Risma's post

they want to keep him alive sebab mungkin one day derang dpt hidupkan dia balik..seriously lah since he his rotting in his deathbed, let him be lah..biar dia rasa seksa nak mampus..balasan Tuhan tuk org2 kafir yg jahat mcm dia..the butcher of sabra & shatila...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 03:25 PM | Show all posts
yg nak dibunuh cuma sorang je...
pastu yg terkorban..YA ALLAH..ramainya....
napela bengong sgt pemikiran diaorg nih...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by chekshu at 28-12-2007 10:30 AM
yip laling

a bit confusing.. taww
ada newspaper tulis dubai.. ada yg tulis london...

Die balik to pakistan baru2 ni from Dubai
Anak2 pun di Dubai
Baru je keluar dlm mag Hello edisi middle east last month
kat london tu di antara rumah2 yg die ade la kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 05:04 PM | Show all posts
Originally posted by asamfish at 28-12-2007 04:50 PM

Die balik to pakistan baru2 ni from Dubai
Anak2 pun di Dubai
Baru je keluar dlm mag Hello edisi middle east last month
kat london tu di antara rumah2 yg die ade la kot

kalau dok kat dubai tu kan ke senang lenang, duit pung dah berkepuk agaknya dalam bank... goyang kaki je............. tapi semangat orang politik ni lain.... walaupun tahu berisiko tinggi utk  dia balik pakistan, tapi dia tetap balik......
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 05:21 PM | Show all posts
pengebom berani mati ni mesti hormon adrenalin dia tgh tinggi memuncak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2007 07:17 PM | Show all posts
Benazir yang berani dan berhati waja
28-12-2007

KUALA LUMPUR: "Saya tidak takut mati ... Saya tak fikir ia boleh berlaku kecuali jika ia sudah ditakdirkan kerana ramai yang sudah cuba mahu membunuh saya."


Ini adalah kata-kata Benazir Bhutto, wanita yang pernah disenaraikan oleh People Magazine sebagai Lima Puluh Personaliti Tercantik.

Dengan mengambil risiko yang membahayakan nyawanya, beliau kembali ke Pakistan selepas tinggal dalam buangan selama lapan tahun untuk bertanding dalam pilihanraya pada 8 Januari, semuanya kerana mahu mengembalikan demokrasi di tanah airnya.

Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan selepas kepulangannya, Benazir menemui ajalnya pada 27 Disember, dibunuh selepas berucap di hadapan ribuan orang yang membanjiri ceramah kempen pilihanrayanya di Rawalpindi, bandar yang sejak minggu-minggu kebelakangan ini menjadi sasaran pengebom berani mati.

Secara ironisnya, Benazir telah merancang untuk mengadakan perhimpunan di Rawalpindi bulan lepas tetapi dipaksa oleh Presiden Pervez Musharraf untuk membatalkannya, atas alasan keselamatan.

Ahli politik licik


Selain diiktiraf sebagai ahli politik Pakistan yang paling licik, Benazir yang mendapat pendidikan di Oxford dan Harvard juga dianggap sebagai heroin untuk kaum hawa. Ini memandangkan dalam setiap kempennya beliau sering menyentuh isuisu perkhidmatan baru untuk wanita di samping menentang diskriminasi jantina.

Dalam kempen-kempen pilihanrayanya, beliau sering menyuarakan keprihatinannya mengenai isuisu sosiol dan kesihatan wanita termasuk isu diskriminasi terhadap wanita. Benazir juga telah mengumumkan rancangan untuk mewujudkan balai polis wanita, mahkamah wanita dan bank pembangunan wanita.

Benazir, 54, dan ibu kepada tiga orang anak, juga berjanji untuk menolak ordinan hudud dan zina yang penuh kontroversi yang menyekat hak wanita di Pakistan.

Benazir adalah anak kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto yang digantung pada 1979 selepas satu rampasan kuasa tentera.

Bagi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said, pembunuhan Benazir merupakan satu tindakan pengecut yang dilakukan oleh pihak yang tidak dapat menerima perubahan politik yang dirancang Benazir.

"Selaku pemimpin, saya merasa amat sedih dengan apa yang berlaku kerana Benazir sendiri bagaikan seorang rakan pejuang, wanita berhati kental yang tidak gentar meneruskan perjuangan politiknya untuk membawa perubahan yang amat diperlukan di Pakistan.

"Di sebalik keadaan yang bergelora yang perlu dihadapinya, Benazir tabah menghadapi semuanya itu. Beliau masih meneruskan usahanya untuk memulihkan demokrasi di Pakistan dan untuk mengubah kehidupan kaum wanita di negara tersebut kepada yang lebih baik," beliau memberitahu Bernama sebagai mengulas berita kematian Benazir.

Benazir model contoh untuk semua

Bagi Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabuddin, naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia juga presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO), Benazir merupakan seorang pemimpin yang berani dan berazam tinggi, berdedikasi serta komited untuk membawa demokrasi di Pakistan.

"Beliau adalah tokoh untuk dicontohi. NCWO berasa amat sedih dengan tindakan keganasan ini. Konflik dan perbalahan tidak seharusnya diselesaikan menerusi kekejaman dan keganasan. Kematian beliau lebih terasa kerana beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang membawa banyak harapan tetapi berjuang tanpa sedikit pun perasaan gentar demi untuk mengembalikan demokrasi di Pakistan.

"Amat dikesalkan kerana perjuangannya untuk mendapatkan lebih kebebasan dan ruang untuk bersuara terhenti secara tiba-tiba. Saya berdoa bukan semata-mata kerana beliau seorang wanita, supaya orang yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan ini akan diburu habis-habisan dan dibawa ke muka pengadilan."

Komitmen untuk memartabatkan kaum wanita

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia Zaitun Kasim berkata beliau masih tergamam dengan berita kematian Benazir.

"Saya amat terperanjat dengan berita ini. Ketika Benazir kembali selepas tinggal dalam buangan selama lapan tahun, terdapat sedikit harapan yang beliau dan Nawaz Sharif boleh bekerjasama untuk membawa kestabilan di Pakistan. Malangnya, ini tidak akan menjadi kenyataan.

"Benazir menjadi Perdana Menteri Pakistan ketika berusia 35 tahun, menjadikan beliau perdana menteri wanita termuda bagi sebuah negara Islam. Sesungguhnya beliau seorang yang berani untuk memimpin negara yang bergelora seperti Pakistan. Dalam mana-mana program latihan saya mengenai wanita dan membuat keputusan, nama Benazir pasti muncul sebagai pemimpin wanita yang ulung yang pasti diingati oleh wanita di mana-mana pun," Zaitun memberitahu Bernama.

Menurut Zaitun, beliau ternanti-nanti apa perubahan yang bakal dilakukan oleh Benazir sekiranya beliau sekali lagi menjadi perdana menteri Pakistan.

"Malang sekali beliau hanya sempat menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali untuk tempoh yang singkat dan kemudiannya terlibat dalam tuduhan rasuah yang menyebabkan usahanya untuk membawa perubahan di Pakistan terbantut. Dan sekarang beliau sudah dibunuh, kita tidak akan tahu apa perubahan yang ada di dalam pemikirannya yang telah dirancang untuk negaranya.

"Bagaimanapun, saya harus mengakui bahawa Benazir adalah seorang wanita yang berhati waja kerana beliau berani menerokai bidang yang dikuasai kaum lelaki dan cuba memberikan kepada rakyat Pakistan peluang untuk menggunakan hak mereka. Beliau bukan sahaja seorang wanita yang berpendidikan tinggi tetapi juga pintar dan sejarah telah menunjukkan bahawa baik di India mahupun Pakistan, pemimpin wanitanya adalah jauh lebih berkelayakan daripada lelaki. Ini yang telah dibuktikan oleh Benazir."

Benazir yang tidak kenal lelah

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dr Chiam Heng Keng memberitahu Bernama bahawa beliau amat terkejut dengan berita pembunuhan Benazir Bhutto.

Pada pandangan beliau, tidak akan ada lagi seorang pemimpin yang dapat muncul sebagai ikon demokrasi di Pakistan.

"Benazir tiada tolok bandingnya. Membunuhnya tidak memberi sebarang makna. Kematian beliau bukan sahaja satu kerugian besar terutamanya kepada kaum wanita di Pakistan tetapi membuktikan kelemahan keselamatan di Pakistan.

"Kematiannya satu perkara yang siasia. Apa yang dicapai dengan membunuhnya? Perbuatan ini adalah tindakan pengecut kerana orang yang bertanggungjawab tidak berani untuk menentang Benazir secara demokrasi menerusi proses pilihanraya. Sungguh memalukan dan membimbangkan. Yang pasti keganasan tidak akan menghasilkan apa-apa," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 02:24 AM | Show all posts
Innalillah...
Tragis betul kehidupan keluarga Benazir Bhutto ni. Lebih kurang macam keluarga Indira Gandhi dan JFK...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2007 07:28 AM | Show all posts
Benazir disemadi - *Lebih 100,000 hadir *Rakyat merusuh mahu Pervez dihukum



PENYOKONG fanatik Benazir membakar dan memusnahkan
sebuah bank ketika merusuh di Larkana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2007 07:32 AM | Show all posts
Perjalanan politik Benazir penuh onak, duri
Oleh: DR. AZHARUDIN MOHAMED DALI



GAMBAR Keluarga - Benazir Bhutto (kanan) bersama
keluarganya pada Julai 1978. (Dari belakang, kiri) ibunya
Nusrat Bhutto, adiknya Shahnawaz Bhutto, bapanya bekas
Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto, Sanam Bhutto
adik perempuannya dan Murtaza Bhutto (depan, kiri). - AP



TANGGAL 27 Disember 2007 pastinya akan terpahat sebagai satu tarikh hitam dalam sejarah politik Pakistan. Pada hari itu Pakistan kehilangan anak watannya, srikandi yang bersuara lantang dan dihormati sama ada kawan mahupun lawan politiknya.


Kepulangan beliau dari buangan sekitar dua bulan lepas semata-mata untuk memastikan agar Pakistan kembali kepada demokrasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 1.771954 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list