CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: soulha

Pokok Ati-ati

[Copy link]
Post time 11-1-2008 10:19 AM | Show all posts
byknya hangnye collection.. Mana nk dpt ni? haku nk gi cari la..berkenan sgt pokot ati2 ni.. sbb kalernya mmg cantik2 belaka. Lagipun senang nk jaga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2008 01:07 PM | Show all posts
luv ada ati gak nak bela pokok ati-2 ni...
dulu ada beli...saiz kecik gak
RM 4...tp tak mau jadik...
lama-2 makin bantut dan dah masuk icu...
bukan stakat tawar ati...patah ati jadinyer...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 02:15 PM | Show all posts

Reply #13 soulha's post

ha'ah..... banyak pokok yg org2 lama suka tanam...antaranya pokok nie...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 02:16 PM | Show all posts

Reply #16 Unagi's post

Unagi..yg atas skali tue tak pernah jumpe lah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 01:53 PM | Show all posts
Nama Tempatan: Ati-ati
Nama Saintifik: Coleus Blumei
Nama Lain: Nilam, bangun-bangun, ati-ati
Famili: Labiatae
Lokasi dijumpai:  
Asal:  

keterangan:
pokok hati-hati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.
kegunaan:
daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari.selain itu campuran daun hati-hai, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim.Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secaan, campurkan sedikit gula batu dan minum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 07:54 PM | Show all posts

Reply #24 razifah's post

saya pun baru nampak terus je beli buat collection...unik sangatt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2008 09:18 AM | Show all posts

Reply #26 Unagi's post

teruja lah pulak.....pokok nie perlu tempat redup ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 10:42 AM | Show all posts
pokok ati2 ni ble tanam guna keratan ke anak? umah sebelah ada pokok ni..ble la minta sket..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2008 11:53 AM | Show all posts

Reply #27 razifah's post

saya letak kat bawah porch...tapi mesti jugak terkena sinaran matahari supaya warna daun nya terang...kalau kat panas terus, daun jadi layu..seperti yg pernah saya cuba...sebab kalau pagi saya takde masa nak siram..tuh yg buat daun nya layu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 12:00 PM | Show all posts

Reply #28 Mas916's post

kerat je batang yg matang..pastu cucuk jek at tanah...senang hidup
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 03:18 AM | Show all posts
banyak jugak koleksi ati2 yg dalam gambar2 ni akak pernah ada dulu.last sekali akak buang yg jenis daun kelabu yg dalam gambar  Unagi kat atas tu ( 2nd bambo )
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 03:23 AM | Show all posts
pokok dalam gambar dibawah ni katogeri  pokok ati2 gak ke?





pokok ni masih ada lagi.. sayang nak buang.lagipun tanam dalam pasu2 kecil ciput je.cantik.. batang pink,daun hijau,urat2 kaler kuning.

[ Last edited by  ayasofiya at 22-1-2008 03:25 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 12:19 PM | Show all posts

Reply #32 ayasofiya's post

lawa kan yg ni..tapi tak sure kalau masuk dalam category ati ati..saya ada yg macam ni tapi warna daun & batang nya semua warna merah maroon...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 01:15 PM | Show all posts

Reply #33 Unagi's post

memang dua2 pokok tu spesis yg sama.. kira adik beradik lee.cuma kaler je lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 05:43 PM | Show all posts

Reply #34 ayasofiya's post

a'ah ...diorang species sama...btw, aya simpan kat tempat semi shade ke atau terus expose kat cahaya matahari?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 02:46 AM | Show all posts

Reply #35 Unagi's post

dulu2 letak kat semi shade.. tapi sekarang ni letak direct cahaya(tengahari & petang) tapi pasu tu saya lapik dengan bekas tapuware aiskrim.siram banyak2 air.lebihan air akan bertakung dalam bekas tu.pokok ni memang kuat serat air.letak semi shade pun kalau 2 hari tak siram layu dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2008 10:38 AM | Show all posts
semalam gi tengok kat nursery sg buluh, dia jual 3 polibag rm10. cantikkk....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 12:01 AM | Show all posts
Pokok Ati-ati, sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.

Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.

Varieti Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.

Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 12:01 AM | Show all posts
Pokok ati-ati sesuai dengan tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak menakung air akan membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik.

Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik.

Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak secara lansung / terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.

Oleh itu, selepas berbunga, adalah disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 10:28 AM | Show all posts
x der sesapa ka nak lelong pokok ati2 neh.... nak wat kolesi ler... dolu nya pokok da abis kena serang binatang perosak.... LELONG LA.... LELONG LA kat saya ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.082214 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list