CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: MrWannabe

Guitar Murah RM300-1500

[Copy link]
 Author| Post time 8-1-2008 09:17 PM | Show all posts
geeeheheh tak sabar nak beli guitar nanti.heh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 08:07 AM | Show all posts
Pada aku, body shape juga adalah satu perkara penting yg perlu diambil kira dlm pemilihan. Sebagai contoh, aku sendiri la... tak pernah suka kepada design single-cut mcm LP tuu... Bukan le nak kata buruk, tapi playability. Lagi satu, LP yg set neck biasanyanya mempunyai heel yg besor... susah oo nak main kat higher fret. Di samping itu, aku rasa LP tak brp sesuai utk main ketika duduk (on your lap). Asyik nk tekucil jekkk..

Jadi, aku lebih suka design double cutaway .. terutama strat dan super strat.. dan aku paling suka yang mempunyai design neckthru (xde heel)
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 08:27 PM | Show all posts
ape beze fender usa dan fender jepun?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 05:51 AM | Show all posts
ASM.
Kalau nak kata beza, aku rasa tak ada beza sangat...Bila kita sebut "Fender"...semua orang yang tahu akan berkata, itu salah satu gitar terbaik dunia...

Fender ni satu ikon. Kalau satu orang tu memang hard-core main gitar ni, setau akulah, harus Fender menjadi salah satu gitar idamannya. Macam kereta, ramai orang nak pakai Mercedes Benz, gitulah lebih kurang...

Contohnya Stratocaster, Fender USA dan Fender Japan, setau aku yang tak tau nilah, sama aje. Terpulang pada yang empunya. Memang ada beza serba sikit dari segi craftmenship, hardware yang diguna tapi overall, dua2 punya keistimewaan sendiri. Kita juga tak boleh tolah Fender yang dibuat di Ensenada, Mexico sebab Fender dari Kilang tu (atau orang lebih ramai panggil Fender MIM) pun bukan calang2 gitar. Tak kurang artis ternama yang hanya guna Fender Mexico dengan Tex-MEx pick-up sahaja...

Fender USA dan Jepun ni kalau nak kata beza pun, ada lah sikit2 aje, macam sekarang ni Fender Japan dah tak dieksport lagi. Fender khususkan gitar2 yang dikeluarkan di Corona dan Ensenada untuk Export. Tu pun kalau aku tak silaplah.

Beza satu lagi dari segi nombor sirinya, tapi tu hal kecik jelah kot.

Fender Japan pulak banyak yang guna tremolo system (standard) yang tak dipasang pada gitar Fender USA. Lain pada tu ada orang kata Fender Japan lebih halus buatannya dari Fender USA. Tapi aku rasa ini subjektif lah. Sebuah Stratocaster USA (standard) aku rasalah, dah cukup baik dari apa segi pun.

Kesimpulannya, asalkan gitar tu Fender dan tak diubahsuai sebarangan, tak kira dari mana datangnya, segala ciri2 yang sepatutnya ada padanya, akan ada... tapi tentu sahaja dengan harga yang bukan calang pula...

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 07:26 PM | Show all posts
trime kaseh komeng..
dari segi harga pula bagaimana?kayu same gak ke?
aku ingat nak angkat telecaster...
saje je nak surveysurvey..nak survey kedai jauh..
aku kat kerteh..haha..
membe aku cakap kat singapure murah..
ntah la...tapi memang die shopping sana pon...
haritu dah belikan amp dari sana bawak balik malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 11:03 AM | Show all posts
ASM,
aku rasalah hetrek, dari segi harga Fender USA dan Japan ni sama mahal. he he he...tapi kalau aku tak salah lah, Fender Japan tak jual lagi kat kedai macam Fender USA sebab depa dah stop eksport. Kalau nak beli, kena gi Tokyo le gamaknye... Sekarang pulak kebanyakan Fender Japan yang dibuat sekitar 85, 87 contohnya, dah jadi "collectors item". So lagi la mahal... Standard stratocaster USA pulak aku rasa harganya sekitar USD1,400.00. Cuba cek harga kat Bentley misalnya, di KL.

Fender setau aku lah, aku pun tak tau sangat, guna solid-wood untuk semua model gitar electric depa, tak kira yang dibuat di Jepun, USA atau Mexico. TAk kira apa model pun kecuali squier lah. Gitar tu ada yang guna multiple layer wood sebab nak jimat kos. Solid-wood guitars ni beri kita tone dan sustainability yang lebih baik secara semulajadinya lah. Tapi, bahu boleh senget kalau tak biasa kandar

HArga guitar di Singapura aku tak tau sebab aku tak pernah gi survey kat sana. Kalau murah, apa salahnya. Cuma telecaster biasanya akan lebih mahal dari Stratocaster.

Telecaster ni selalunya orang pakai untuk dua sebab; tone & sustain. Kalau kita dengar bunyi "clean" sebuah telecaster dan stratocaster, kita akan dapat bezakan. tele lebih "metallic" biasanya dan sustain lebih lama secara semulajadi. Stratocaster pulak, lebih "bluesy" siket. tah lah, ni semua terpulang pada minat dan preference kita lah kan,. tapi tele tak adalah tremolo system macam sebuah strat. JAdi vibrato tali, kita kena buat sendiri dengan jari le gamaknye.

kalau hang betul2 nak beli telecaster, mungkin telecaster USA satu pilihan terbaik. gitar tu kalau aku tak salah ada 22 fret, jadi mudah siket kalau kita bend tali 1 untuk dapatkan note "E". Maknanya, kita main gitar tu dengan octave yang sama dengan gitar 24 fret (macam ibanez ke contohnya).

Satu lagi tele ni dia punya bend, tone dan sustain cukup bagus. Cuba tengok video Youtube, "Canon Rock Final" oleh mattrach (hang tentu biasa dah tengok). Dia guna telecaster, dengan 21 fret kalau aku tak silap lah. Cuba tengok pada '1.42", dia bend tali 1 sampai abis. HArus dia guna tali dengan gauge rendah tapi yang penting, bend tu "perfect" dan tone dan tune tak lari bila dia release balik.

tu jelah cerita aku kat hang, aku nak beli tak mampu, mahal giler gitar2 macam ni.

salam & wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2008 01:14 PM | Show all posts
carik jer brand squier atau sx....copy fender strat dgn harge yg murah...byk skarang nih...ini utk beginner jelah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 09:58 PM | Show all posts
canon rock..aku penanh tengok funtwo punye je..
gile babeng...ko ni musti shreder neh..hehe..
tabikkktabikk.....aku takleh la main camtu..huhuu..
aku ingat kalo nak angkat..
angkat fender je tros fuego..
ye lakan..alangalang...
trime kaseh komeng atas pandangan kau..
banyak kau tau neh..hehe....
dulu aku tengok kat bentley 3300 tak silap aku..
fender usa telecaster ash tak silap aku..
adeh....

[ Last edited by  hetrek at 20-1-2008 10:27 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2008 01:23 AM | Show all posts
ASM.
aduuu....aku tak tau banyak hetrek, kata orang banyak membaca banyak pengetahuan! ewah

tapi aku setuju kalau engkau nak beli terus gitar yang baik, kalau aku ada duit, aku buat gitu lah. sebab bukan hari2 kita beli gitar beribu2 lemon macam tu. satu lagi, kalau hang beli gitar "high-end" macam stratocaster, telecaster, RG @ JEM series Ibanez, dll ni, hang carilah amplifier yang baik dan effect pedals yang baik jugak. Cable pun penting. sebab yelah, bunyi yang baik bukan hanya datang dari gitar yang baik kan!

aku juga cadang hang beli satu squier atau gitar biasa satu, untuk latihan macam Fuego cakap tu. bukan apa, kalau putus tali ke, terlepas ke, apa ke, tak lah ralat sangat. lagi pun hang boleh try macam2 "aksi" dan teknik daring dengan gitar tu tanpa risau rosak  dsbnya lah. Tapi, kalau dapat, pastikan saiz neck, fret board dan jarak antara tali sama dengan hang punya gitar utama sebab nanti jari boleh confuse pulak.

satu lagi, kita tak perlu main laju giler macam "shredder" player tu semua. Aku ada dengar orang pandai kata, kelajuan tu datang secara semulajadi kalau fingering kita dah sempurna dan jari dah kuat. Yang penting, kita tekankan "note clarity", rhythm, melody & harmony permainan. aku rasa latihan fingering adalah asas segala asas kalau nak main gitar, khususnya gitar elektrik lah... tak tau lah, kalu aku salah maap yo!

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 06:14 AM | Show all posts
Originally posted by hetrek at 20-1-2008 09:58 PM
canon rock..aku penanh tengok funtwo punye je..
gile babeng...ko ni musti shreder neh..hehe..
tabikkktabikk.....aku takleh la main camtu..huhuu..
aku ingat kalo nak angkat..
angkat fender je  ...


owh btol tu..alang2
lebih baik stret angkat fender jer..
cam bro sikomeneng ckp tuh..kumpul sikit2 pastu sambar yg terbaik!.....byk info dia musti org lame ni...uhhu
cam aku nih biler la nk merase strat sendiri..tunggu dah kayo nnt kot
yg ade skang ni pon strat copy jek...akan ku usaha dapat yg ori

[ Last edited by  fuego at 21-1-2008 09:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 01:53 PM | Show all posts
I wonder if the original poster of this thread has bought his guitar yet?  I forgot about one guitar that might be suitable for someone on a budget-the Yamaha Pacifica
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 12:08 AM | Show all posts
ASM.
Aku rasa MrWannabe dah beli kut gitar tu. Sebab tu dia senyap je, tengah belatih giler2 dengan gitar tu

apa pun, tak kira apa jenis gitar yang kita ada, yang paling penting diri kita yang main. Kalau bagi gitar murah dan sempoi pada pro, bunyi yang keluar pun pro lah juga gamaknye...kadang tu gitar bagus pun elok juga, boleh beri motivasi sikit sebanyak untuk berlatih
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.057571 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list