CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50790|Reply: 229

Agama Orang Melayu Zaman Silam

[Copy link]
Post time 21-1-2008 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Kita tahu bahawa majoriti umat melayu sekarang ini beragama Islam. Tetapi 700 tahun lampau, kebanyakkannya mengamalkan agama Hindu yang dibawa oleh pedagang-pedagang dari India. Hasilnya, banyak amalan hindu/india yang mempengaruhi budaya melayu dari segi bahasa mahupun perbuatan. Boleh dikatakan dari sepuluh perkataan yang diucapkan di dalam bahasa melayu, 5 dari perkataan tersebut berasal dari perkataan sanskrit.

Tetapi saya ingin nyatakan disini bukanlah dari soal budaya atau bahasa tetapi lebih kepada agama. Kalau kita tanya orang ramai apakah agama lama orang melayu,mereka akan kata hindu. Selama 1300 tahun masyarakat melayu nusantara mengamalkan agama hindu, tetapi pernahkan kita tertanya-tanya apakah agama asal orang-orang melayu sebelum kedatangan agama hindu ini?

Kemungkinan besar, orang-orang melayu zaman dulu mengamalkan pemujaan nenek moyang seperti yang di amalkan oleh sesetengah orang asli di malaysia dan juga di filipina. Malah perkataan sembahyang juga terdiri dari 'sembah' dan 'hyang' yang bermaksud Offering to the Ancestor. Sayangnya perkataan sembahyang semenjak dua menjak ni seakan-akan hendak digantikan terus dengan perkataan solat untuk aktiviti sembahyang orang islam kerana takut membawa maksud yang lain (ini pandangan saya sahaja). *

Kenape menyembah moyang? Pada pandangan saya jika diikutkan sejarah, beribu-ribu tahun dahulu, orang melayu berpindah dari tanah Yunnan China ke Asia Tenggara. Seperti yang kita tahu orang-orang cina mengamalkan penyembahan moyang. Dan kemungkinan ia turut diamalkan oleh moyang-moyang melayu di yunnan. Tetapi setelah beribu2 tahun menetap dan membina tamadun di nusantara, maka dari segi agama, mereka juga semakin maju. Selain dari mengamalkan pemujaan moyang, mereka mula memuja dewa-dewi dari Pantheon melayu sendiri seperti yang dipetik dari laman http://www.sabrizain.demon.co.uk/malaya/hindu2.htm :

Mambang Kuning (Semangat Matahari)
Hantu Ayer (Semangat Air)
Mambang Angin (Semangat Angin)

Malah terdapat byk lagi dewa-dewi yang hanya dipuja mengikut kawasan. Contohnya seperti petikan dibawah di mana kawasannya terletak dikelantan dan pemujaan dilakukan pada musim menuai padi :

"The terms, "Father Sky and Mother Earth," occur in the Malay ritual of the rice-year, at the opening of mines and of theatrical shows and in the invocations of the Kelantan shaman. A Kelantan account relates that sun and earth once had human form, sun the form of a man and earth the form of a woman, whose milk may be traced in the tin-ore of Malaya and whose blood is now gold. Actors in the north of the Malay Peninsula say that "the earth spirit, whom actors fear, is the daughter of Seretang [1] Bogoh, who sits in the sun and guides the winds, and of Sang Siuh, the mother of the earth, who sits at the navel of the world.".
[1. A dialect form of Sultan.]

"The fishermen along the west of the Peninsula sacrifice to four great spirits " (also called mambang) "who go by many names but whose scope is always the same. One is the spirit of the bays, another that of banks or beaches, another that of headlands, and lastand fiercest is the spirit of tideways and currents." Three of thesebear primitive names used by the Proto-Malays. The spirit of the tidesis famous. The spirit of the bays is mentioned as a black genie and thespirit of headlands as a white. Was there originally a fourth spirit?To the three Proto-Malay names yet another, not convincingly authentic,is sometimes added. But only three of the four bear Sanskrit names."


Dipetik dari : http://www.sacred-texts.com/sha/sss/sss04.htm

Tidak diketahui apakah nama sebenar bagi 'Father Sky' dan 'Mother Earth' dalam bahasa melayu lama.

Apabila agama hindu mula berkembang di nusantara, kebanyakkan dewa-dewi ini tidak hilang begitu sahaja, malah ianya telah ditambah di dalam pantheon hindu melayu sendiri. Selain dari menyembah siva,seri dan dewa-dewa lain, mambang-mambang ini turut dipuja. Tetapi apabila Hinduisme semakin kuat bertapak. Kebanyakkan dewa-dewi melayu ini semakin pudar dan menjadi lesser god di dalam malay hinduisme. Kemungkinan besar ada yang terselamat, seperti di dalam hindu jawa, tak salah saya ada dewa/dewi hindu yang ditambah orang jawa sendiri (Ratu Kidul?).

Bermula tahun 1300 ke atas, proses dari transisi dari Hindu ke Islam bermula. Dan dari sini, dewa-dewi hindu telah ditinggalkan terus. Jika adapun hanyalah sekadar permainan pentas seperti wayang kulit. Bagaimanakan status dewa-dewi melayu asal? Mereka telah pun terselamat walaupun status mereka telah pun jatuh ke taraf Syaitan dan Jin sesuai mengikut agama Islam . (Ada juga yang menamakan anak mereka Mambang seperti di indonesia.) Hasilnya: Jadilah

Hey Mambang Tanah,Mambang Api, Mambang Kuning,Mambang Angin..
Mambang Berasal Dari guning Si mambang..
Datanglah padaku wahai si mambang..
Itulah saja pesanku wahai mambang..


Mungkin beginilah caranya datuk nenek moyang kita dahulu menyeru 'tuhan' mereka. Alhamdulillah, cahaya islam berjaya menerangi cucu cicit mereka.

Semua ini adalah dari kefahaman saya sendiri. Mungkin kawan-kawan semua boleh tambah atau bincangkan tentang hal ini terutama sekali Ijad..hehehe

*Tetapi perkataan sembah itu sendiri berasal dari perkataan sanskrit. Jadi ini bermakna seolah-olah pengaruh india itu masih kuat walaupun agama hindu belum disebarkan. Atau mungkin juga bahasa melayu ini ada talian dengan bahasa sanskrit seperti bahasa-bahasa di eropah (indo-european) cthnya perkataan inggeris Name asalnya dari Nama.

[ Last edited by  dCrook at 21-1-2008 04:03 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2008 04:03 PM | Show all posts

Reply #1 dCrook's post

Aku rasa terlalu complex  nak bicangkan benda ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2008 04:12 PM | Show all posts

Reply #2 skimax2's post

kenape complex? Ianya lebih kepada sejarah. Kalau orang egypt dan eropah boleh mengkaji agama lama mereka, kenapa tidak kita. Ia menunjukkan sejauh mana kita pergi dari sekadar penyembah berhala kepada orang yang beriman terhadap Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 08:17 PM | Show all posts
mujurla keluarga (paternal & maternal sides) aku bukan berasal dari penganut hindu...

datang2 tanah melayu dah islam..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 08:51 PM | Show all posts

Reply #1 dCrook's post

Originally posted by dCrook at 21-1-2008 03:46 PM
Mungkin kawan-kawan semua boleh tambah atau bincangkan tentang hal ini terutama sekali Ijad..hehehe


Kenapa ko sebut nama aku ekk??
Ko mcm dh tau2 je aku akan "reply" topik nih.....

Apa-apa pun, ini satu topik yang sangat menarik. Topik sebegini perlu dibincangkan dengan lebih mendalam. Maklumlah, sejarah Malaysia lebih berat kepada sejarah Kesultanan Melaka dan agama Islam saja... Akibatnya, semua sejarah negara yang berkaitan dengan agama Hindu, Buddha dan animisme Melayu sering diabaikan. Akhirnya, orang Melayu di Malaysia sendiri pun tak tau sejarah permulaan bangsanya sendiri...

KEPERCAYAAN ANIMISME MELAYU

Dari apa yang aku tahu, penduduk Nusantara sebelum ketibaan agama Hindu dan Buddha adalah 100% menganut kepercayaan Animisme (seperti yang diterangkan oleh dCrook di atas).

Antara Tuhan / Semangat yang pernah disembah oleh penduduk Nusantara (Kepulauan Melayu) sebelum ketibaan agama Hindu dan Buddha ialah:-
  • Pontianak (Malaysia) atau Kuntilanak (Indonesia) atau Matianak (Orang Asli) atau Tiyanak (Filipina)
  • Penanggalan (Malaysia dan Indonesia) atau Manananggal (Filipina)
  • Toyol atau Tuyul (Indonesia, selatan Thailand, Malaysia dan Singapura).
Sebelum kedatangan Islam, penduduk Nusantara percaya bahawa Pontianak, Penanggalan dan Toyol adalah Tuhan / Semangat yang perlu disembah. Namun selepas kedatangan Islam, penduduk Nusantara hanya menganggap ketiga-tiganya sebagai hantu sahaja.

Malahan, 'usia' hantu Pontianak, Toyol dan Penanggalan adalah dipercayai setua dengan umur bangsa Melayu itu sendiri. Buktinya, ketiga-tiga jenis hantu ini ditemui di seluruh Nusantara. Ketiga-tiga jenis hantu ini merupakan saki-baki tinggalan agama purba orang Melayu yang masih wujud hingga sekarang.

Antara Tuhan / Semangat yang pernah disembah oleh orang Melayu di Malaysia sebelum ketibaan agama Hindu dan Buddha ialah:-
  • Hantu Raya
"Hantu Raya in early Malay animism, refers to a supreme ghost or demon that acts as a double for a black magic practitioner. Hantu Raya originates in Malaysia and is said to be the master of all "hantu". It is the leader of the underworld legion and those who make alliance with it, are considered powerful.

Older Malay people were said to have practiced animism. Some deviated further, into spirit worship. In the case of Hantu Raya, the owner is said to have formed a pact with Djinn or inherited it from older generations in the form known as "Saka" or legacy which is handed on down the generations. In return for the advantages and power, the owner agrees to provide for the ghost and appoints a new owner for it before dying."
  • Pelesit
"Pelesit is a Malay term for an inherited spirit or ghost that originates from a genie which serves a master. It is found in early Malay animism. It is the female version of Hantu Raya which confers great power on the owner. This practice is popular among Malays who are animists and involved in the so-called Saka (the inheritance of the dark spirit from one generation to another)."
  • Mambang Air (juga dikenali sebagai Hantu Air atau Puaka Air).
"For a long time the Malay Archipelago was ruled by animism {the believe in spirits} and people tended to associate almost anything with the spiritual world including nature such as water.

There is a ceremony that is still popular among the local older Malays called Semah Pantai especially in the East Coast of Malaysia. It is a ceremony whereby fishermen and seafarers honor the sea spirits and at the same time ask for blessings and protection when they venture out to sea to catch fish."

SELEPAS KETIBAAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI NUSANTARA

Orang Melayu pada zaman dahulu bukanlah penganut sejati agama Hindu atau Buddha. Mereka cuma menjadikan Hindu dan Buddha sebagai PELENGKAP kepada kepercayaan asal mereka (animisme Melayu). Orang Melayu telah menggabungkan kepercayaan Animisme mereka dengan diselit sedikit sebanyak unsur-unsur agama Hindu dan Buddha. Maka, lahirlah agama Hindu-Buddha - sejenis agama campuran antara Hindu, Buddha dan kepercayaan animisme Melayu.

Dewi Shri atau Dewi Sri merupakan salah satu dewi yang disembah oleh orang Bali yang beragama Hindu. Dewi Sri tidak ditemui di dalam ajaran agama Hindu kerana watak tersebut berasal dari kepercayaan animisme orang Bali. Begitu juga dengan Sedana - abang kepada Dewi Sri, juga tidak ditemui di dalam ajaran agama Hindu.

P/S: Sebenarnya byk lagi yg aku tau tp aku malas nak taip sebab byk sgt ler... nnt dari masa ke semasa, aku akan bgtau korang yang selebihnya...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 21-1-2008 09:33 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 08:52 PM | Show all posts
Maaf tumpang lalu..Kami amat setuju thread ini dibincang dan dikupas lebih lanjut yang juga melibatkan pelbagai aspek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2008 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 21-1-2008 08:17 PM
mujurla keluarga (paternal & maternal sides) aku bukan berasal dari penganut hindu...

datang2 tanah melayu dah islam..hehe


Hina sangat ke bila orang Melayu pernah beragama Hindu?

[ Last edited by  ijad_adiputera at 21-1-2008 10:25 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2008 11:44 PM | Show all posts

Reply #5 ijad_adiputera's post

Bagi aku kemungkinan besar perkataan mambang dan hantu tu sendiri pada asalnya membawa maksud yang signifikanr dalam erti ketuhanan silam. Mungkin sebelum adanya perkataan dewa dewi (asal dari bahasa sanskrit), orang melayu menggunakan perkataan mambang dan hantu sebagai kata utk dewa-dewi. Kalau kita rujuk agama iban pon, Salah satu tuhan mereka adalah Antu.Adakah ia ada kena mengena dengan Antu/Hantu air yang dipuja orang melayu/nusantara silam.

Entah-entah, agama iban adalah saki baki agama asal orang nusantara. Tak dinafikan bahawa orang iban sendiri adalah salah satu suku tua di kawasan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2008 01:06 AM | Show all posts
ade berbilang-bilang...malah melayu dulu adalah dari pengikut nabi Ibrahim ...mereka tinggal di Himalaya...akibat selalu berperang mereka 'turun' sampai ketanah melayu.....Himalaya itu bermaksud Melayu Bukit
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 02:34 AM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 21-1-2008 11:44 PM
Bagi aku kemungkinan besar perkataan mambang dan hantu tu sendiri pada asalnya membawa maksud yang signifikan dalam erti ketuhanan silam.Mungkin sebelum adanya perkataan dewa dewi (asal dari bahasa sanskrit), orang melayu menggunakan perkataan mambang dan hantu sebagai kata utk dewa-dewi.


Aku pun fikir macam tu...
mungkin istilah 'mambang' dan 'hantu' digunakan ketika orang Melayu masih mengamalkan animisme sepenuhnya...
Setelah agama Hindu dan Buddha bertapak di Nusantara, barulah orang Melayu menggunakan istilah 'dewa', 'dewi' dan 'betara' bagi merujuk kepada tuhan-tuhan Hindu.. (namun istilah 'mambang' dan 'hantu' terus digunakan bagi merujuk kepada tuhan / semangat animisme Melayu)..

Originally posted by dCrook at 21-1-2008 11:44 PM
Kalau kita rujuk agama iban pon, Salah satu tuhan mereka adalah Antu. Adakah ia ada kena mengena dengan Antu/Hantu air yang dipuja orang melayu/nusantara silam.

Entah-entah, agama iban adalah saki baki agama asal orang nusantara.Tak dinafikan bahawa orang iban sendiri adalah salah satu suku tua dikawasan ini.


Di Indonesia, agama orang Dayak (termasuk suku Iban) dikenali sebagai Kaharingan. Ia merupakan sejenis agama campuran di antara Animisme Dayak dan agama Hindu Jawa. Cuba rujuk di wikipedia atau sumber2 yang lain tentang Kaharingan...

Pada pendapat aku, kalau kita nak kaji semula agama animisme Melayu, kita haruslah mengkaji kepercayaan animisme suku-suku lain di Nusantara yang masih wujud seperti kepercayaan animisme suku Orang Asli, Batak, Dayak dan Mentawai. Kemudian, kita cari persamaan di antara semua kepercayaan tersebut. Selain daripada itu, kita juga boleh mengkaji kepercayaan animisme Melayu melalui bacaan semula kitab-kitab Melayu lama...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 22-1-2008 03:13 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2008 09:30 AM | Show all posts

Reply #9 Lloni's post

Himalaya tuh dalam bahasa sanskrit bermaksud  Gunung Salji. Orang Melayu itu dalam bahasa sanskrit bermaksud orang bukit. Malaya bermaksud Gunung/Tanah gunung sebab zaman kerajaan kedah tua, mereka menggunakan Gunung jerai sebagai petunjuk.Tapi ini bagi orang india.Orang melayu tak panggil tanah melayu ni malaya..mereka panggilnya Hujung Tanah (ref: Suma Oriental).Kita sendiri tahu kedah tua dan india mempunyai hubungan sejarah yang agak kuat walaupun ending dia kedah di rampok kerajaan chola india.

Sesetengah melayu payah nak terima hakikat yang nenek moyang mereka dulu bukan islam..kenape? Orang iran yang diperintah oleh ulama pon masih bangga dengan sejarah zaman silam mereka yang menganut zoroaster. Mereka bangga dengan moyang2 'kafir' mereka walaupun kini islam mereka kuat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2008 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 22-1-2008 02:34 AM
Di Indonesia, agama orang Dayak (termasuk suku Iban) dikenali sebagai Kaharingan.Ia merupakan sejenis agama campuran di antara Animisme Dayak dan agamaHindu Jawa. Cuba rujuk di wikipedia atau sumber2 yang lain tentangKaharingan...

Pada pendapat aku, kalau kita nak kaji semula agama animisme Melayu,kita haruslah mengkaji kepercayaan animisme suku-suku lain di Nusantarayang masih wujud seperti kepercayaan animisme suku Orang Asli, Batak,Dayak dan Mentawai. Kemudian, kita cari persamaan di antara semuakepercayaan tersebut. Selain daripada itu, kita juga boleh mengkajikepercayaan animisme Melayu melalui bacaan semula kitab-kitab Melayulama...


aku dah check, dan mungkin aku silap gak, sbb maksud antu tuh lebih kepada sprit dan Gawai Antu tu bermaksud Festival of the Dead.

The traditional Iban beliefs show traces of an influence from theJavanese and the Hindus. They worshipped a triumvirate of gods whichcome under the authority of Singalang Burung, a deity identified withwar."

Dari http://allmalaysia.info/msiaknow/ethnicity/iban_ethnicity.asp.




[ Last edited by  dCrook at 22-1-2008 09:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 05:37 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 21-1-2008 08:17 PM

mujurla keluarga (paternal & maternal sides) aku bukan berasal dari penganut hindu...

datang2 tanah melayu dah islam..hehe


Keturunan Arab/Nabi ka?


Originally posted by ijad_adiputera at 21-1-2008 09:25 PM

Hina sangat ke bila orang Melayu pernah beragama Hindu?


Itu la pasal. Sedangkan org2 Arab yg memeluk Islam selepas kedatangan Nabi Muhammad tu pun nenek moyang mereka menyembah berhala, pada zaman Jahiliyah.

So what kalo Melayu zaman purba dulu menganut agama Hindu-Buddha, kan ijad? Tak faham dgn mentaliti sesetengah orang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 21-1-2008 08:51 PM

Kenapa ko sebut nama aku ekk??
Ko mcm dh tau2 je aku akan "reply" topik nih.....

Apa-apa pun, ini satu topik yang sangat menarik. Topik sebegini perlu dibincangkan de ...


So ijad, menurut pendapat ko, org Melayu dulu sebenarnya bukan penganut Hindu/Buddha - cuma mereka ambik sket2 (ke banyak? ) dan gabungkan dgn kepercayaan animisme pontianak toyol segala.

Buku teks Sejarah Tingkatan 4 (syllabus bermula 2004) m/s 81 menyatakan:

" Pada abad kelima hingga abad ke-10 Masihi, penduduk Kedah Tua menganut agama Buddha dan selepas abad ke-11 Masihi, mereka menganut agama Hindu pula."

Apa pandangan ko tentang excerpt tersebut? Tak sangka lak agama Hindu dan Buddha tu pengaruhnya bleh datang berasingan di Kedah Tua?

Or, maybe org Kedah Tua jerr kot yg betul2 menganut agama Hindu dan Buddha, tapi org2 lain kat Tanah Melayu tidak. Ini dibuktikan dgn kewujudan candi2 kat Lembah Bujang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2008 06:51 PM | Show all posts

Reply #14 *Orseas_Urusha's post

Erm, tak salah aku, sri vijaya pernah menakluk kedah, dan telah memperkenalkan agama buddha kepada penduduk setempat. Hindu pula bertapak apabila Raja Chola dari India menyerang kedah dan menjajahnya dari sri vijaya. Secara tak langsung memperkenalkan hinduisme.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 02:11 AM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 22-1-2008 06:51 PM
Erm, tak salah aku, sri vijaya pernah menakluk kedah, dan telah memperkenalkan agama buddha kepada penduduk setempat. Hindu pula bertapak apabila Raja Chola dari India menyerang kedah dan menjaja ...

Oh. Maka sebab tu la agama Buddha terlebih dahulu dianuti mereka. Sebelum ni bila aku baca ayat tu, mmg rasa pelik sangat sebab kan agama Hindu tu lebih tua drpd agama Buddha, dan selalunya kita faham yg perkembangan kedua2 agama tu kat Nusantara berlaku pada era yg sama. Thanks dCrook for the info, much appreciated. :pompom:

Srivijaya mmg tempat pendidikan Buddhisme yg sangat masyhur kan. Sampaikan org Tibet pun belajar kat situ kaedahnya :eek:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2008 02:27 AM | Show all posts
Patutnya, dlm post aku kat atas tu (#14), tak payah ada perkataan "Or". Harap saudara ijad tidak keliru.

Apa yg aku nak tegaskan, di Tanah Melayu pada zaman dulu - kemungkinan hanya masyarakat Kedah Tua yg kita bleh anggap sebagai penganut agama Buddha atau Hindu yg sejati, sedangkan masyarakat Tanah Melayu yg lain2 tidak; mereka cuma mengambil sebahagian drpd ajaran kedua2 agama tu dan digabungkan dgn animisme. It's just my opinion! Kalo salah harap dibetulkan.

Agama org Bali pun gabungan Hindu, Buddha dan animisme (itu pasal agama mereka sewajarnya dipanggil Balinese Hinduism utk membezakan dgn agama Hindu yg dianuti masyarakat India). Begitu juga dgn orang Tengger di pergunungan Jawa Timur. Tapi kita fahamla Hindu dan Buddha mana bleh dipisahkan, maklum saja adik-beradik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 12:50 PM | Show all posts

Reply #1 dCrook's post

Perkataan yang tu datang dari perkataan sanskrit yang bermaksud tuhan. Jadi SEMBAH YANG bermaksud sembah tuhan dalam perkataan melayu lama....

Hari ini ada orang menggunakan tafsiran.. SEMBAH YANG MANA? jadi persoalan dalam ilmu-ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 22-1-2008 09:30 AM  
Sesetengah melayu payah nak terima hakikat yang nenek moyang mereka dulu bukan islam..kenape? Orang iran yang diperintah oleh ulama pon masih bangga dengan sejarah zaman silam mereka yang menganut zoroaster. Mereka bangga dengan moyang2 'kafir' mereka walaupun kini islam mereka kuat.

Originally posted by *Orseas_Urusha at 22-1-2008 05:37 PM  
Itu la pasal. Sedangkan org2 Arab yg memeluk Islam selepas kedatangan Nabi Muhammad tu pun nenek moyang mereka menyembah berhala, pada zaman Jahiliyah.

So what kalo Melayu zaman purba dulu menganut agama Hindu-Buddha, kan ijad? Tak faham dgn mentaliti sesetengah orang.


Itulah sebabnya kenapa subjek sejarah di sekolah lebih fokus kepada sejarah Kesultanan Melaka dan agama Islam sahaja. Itu maknanya segelintir pemerintah kita sendiri pun malu nak mengaku nenek-moyang mereka pernah menganut agama Hindu-Buddha
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by *Orseas_Urusha at 22-1-2008 06:01 PM  
So ijad, menurut pendapat ko, org Melayu dulu sebenarnya bukan penganut Hindu/Buddha - cuma mereka ambik sket2 (ke banyak?) dan gabungkan dgn kepercayaan animisme pontianak toyol segala.


Aku tak pernah kata sikit atau banyak, tapi aku gunakan istilah 憇edikit-sebanyak抂/b].. Hehehe.. Faham-faham sendirilah yerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.241569 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list