CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6218|Reply: 9

[DRAMA MELAYU] [R-TV] Adik-Adikku [RTM1 @ 7pm - Isnin]

[Copy link]
Post time 19-2-2008 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 10-2-2010 11:33

UJI BAKAT REALITI TV

UJI BAKAT rancangan Realiti TV Kanak-Kanak Adik-Adikku akan diadakan pada 23 & 24 Februari (Sabtu hingga Ahad) pukul 10 pagi hingga 5 petang di RTM Johor dan studio Jakim, Aras 2, Blok D9, Kompleks D, Putrajaya. Uji bakat ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 9 hingga 15 tahun. Peserta akan diuji dari segi kepetahan berpidato, membaca al-Quran, azan, bernasyid, berzanji dan pengetahuan am. Untuk sebarang pertanyaan hubungi penerbit di talian 013-351 2960.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2008 04:53 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

kanak2 skalian.. sile r join
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2010 11:32 AM | Show all posts
Jakim terbit program realiti TV pertama kanak-kanak

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menerbitkan sebuah rancangan realiti TV kanak-kanak berkonsepkan ilmiah dan hiburan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, penghasilan rancangan bertajuk Adik- Adikku itu diharap mampu memberi mesej berguna kepada penonton.

"Walaupun ini rancangan kanak- kanak, namun saya percaya ia mampu menarik minat golongan dewasa untuk menontonnya.

"Kanak-kanak yang terbabit dalam rancangan ini dipilih dari seluruh Malaysia oleh juri-juri yang berpengalaman," katanya yang ditemui pada sidang akhbar majlis pelancaran program tersebut di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau berkata, 20 peserta akhir yang terpilih untuk menyertai program itu juga mempunyai bakat yang hebat.

"Bakat mereka cukup mengagumkan. Rugi sekiranya kita ketinggalan untuk menonton rancangan yang menarik seperti ini," jelasnya.

Seramai 400 kanak-kanak berumur antara sembilan tahun hingga 14 tahun hadir pada sesi uji bakat yang diadakan pada penghujung tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, hanya 20 peserta sahaja yang dipilih untuk ke pusingan akhir.

Mereka yang terpilih akan dibimbing oleh beberapa orang pembimbing yang diketuai oleh komposer nasyid terkenal, Farihin Abdul Fatah sebagai pengetua bermula 29 November hingga 23 Disember lalu.

"Kesemua finalis tersebut akan diberi pemarkahan daripada tiga aspek iaitu kebolehan berpidato dan bertaranum serta akhlak," jelas Farihin.

Tambahnya lagi, enam peserta akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 18 Mac di Dewan Serbaguna Masjid Persekutuan pada pukul 9 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Program Adik-Adikku yang mengandungi 25 episod itu akan disiarkan di TV1 pada pukul 7 malam bermula 15 Februari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 05:27 PM | Show all posts
menarik rupa rancangan neh....anak aku 2 thn siap amik bantal dok tergolek ngk...final taun ni biler?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:45 PM | Show all posts
duk tgk final...ahkak pink pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 10:12 AM | Show all posts
Tengok gak malam tadi...mmg best dan terpegun melihat aksi adik-adik yg ke final ni...yg menang adik munir tu kan....pakej yg lengkap...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2011 11:08 AM | Show all posts
citer yang menarik tapi satu je yang tak menarik.... akak pink tu semua org pakai tudung litup, even siti nurhaliza pun pakai tudung. kan ni program ilmiah. dia sorang yang pakai selendang ngan rambut juntai2

hisshhhh!!! tak menghormati majlis tul
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 11:21 AM | Show all posts
citer yang menarik tapi satu je yang tak menarik.... akak pink tu semua org pakai tudung litup, even ...
edlina Post at 22-3-2011 11:08 AM


ya, perasan pasal tu kemudian dia nyer muka mmg susah nak senyum ke ekk?..masam jer raut wajah dia malam tadi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 03:47 PM | Show all posts
ahkak pink ngan muka yang masam.... membebel panjang sampai saya terlepas sape pemenang... last2 sedar jam 12.30mlm....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 09:52 AM | Show all posts
pergi hari tu....sokong adik munir....tp malam tu adik siha mantap....yg lain pun best2.....zaid kiuttt sgt....bagus budak2 nie.....elok program camni ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.140543 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list