CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cimiau

Apa sebenarnya Ilmu LADUNNI...

 Close [Copy link]
Post time 3-3-2008 12:15 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 2-3-2008 02:11 PM


Hmmm... ini masalah istilah bila diterjemahkan dari bahasa Arab. Dalam Al Quran, berkaitan wudhu, Allah perintah kita basuh kaki sampai ke buku lali dengan menggunakan istilah masah (sapu), tapi maksudnya 'basuh'. Bahagian kepala juga digunakan perkataan masah tapi diterjemahkan sebagai sapu pula. Kadang2 kita tak boleh ikut logik... cuba check balik ayat pasal wudhu ni


Betul ker masah (sapu) tu bermaksud basuh??
Kalau dilihat pada surah Al-Maidah itu Allah membahagikan dua bahagian kepada anggota2 badan dan dengan dua cara yang berbeza tekniknya.
Satu bahagian ialah membasuh wajah dan tangan2 berserta dari siku manakala satu bahagian lagi ialah menyapu kepala dan kaki2 sampai mata kaki (pergelangan)
Jika ditinjau pengertian ayat ini bahwa bukan saja kepala yang wajib disapu, malah kaki pun sama, kerana perkataaan imsahu memberi pengertian sapu, dan huruf athaf di situ mestilah dikembalikan kepada yang lebih hampir sekali.

Di samping itu, ada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Sabda Nabi SAWW: "Wudhu itu dua basuh dan dua sapu", yaitu basuh muka dan tangan, adapun sapu ialah kepala dan kaki.

Bagi pencinta2 Ahlul-Bait tiada masalah bab wudhu ni sebab imam mereka ada menunjukkan cara yang sebenarnya sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah saaw.

Imam Al-Bāqir AS bertanya di hadapan khalayak ramai: 揂pakah kalian ingin saya nyatakan tentang wudhu Rasulullah SAWW?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2008 02:32 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 3-3-2008 12:15 AM


Betul ker masah (sapu) tu bermaksud basuh??
Kalau dilihat pada surah Al-Maidah itu Allah membahagikan dua bahagian kepada anggota2 badan dan dengan dua cara yang berbeza tekniknya.
Satu bah ...


Itulah ilmu fiqh ini hanya yang sampai ke tahap Mujtahid sahaja yang lebih memahami, tetapi sesiapa boleh saja tafsir ikut secara literal, terutamanya yang belajar bahasa Arab tapi tidak mendalami ilmu fiqh.

Kalau mazhab Ahlul Bait ambil pakai imsahu sebagai sapu kaki dalam semua keadaan, tapi ASWJ hanya ambil-pakai imsahu sebagai sapu bila pakai khuff kerana ada riwayat Nabi berbuat demikian. Wudhu Nabi dalam keadaan biasa pula basuh kaki, bukan sapu kaki. Dan inilah universalnya dan indahnya Bahasa Arab, imsahu tu boleh jadi basuh, atau boleh jadi sapu dalam keadaan tertentu.

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakansembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitubasuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dansapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamumeliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) makabersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kenaair), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang daritempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidakmendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamumdengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan keduabelah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikankamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendakmembersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNyakepada kamu, supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Maaidah, Ayat 6)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 07:12 AM | Show all posts
[quote]Imam Al-Bāqir AS bertanya di hadapan khalayak ramai: 揂pakah kalian ingin saya nyatakan tentang wudhu Rasulullah SAWW?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 28-2-2008 15:44


Cubo kaciakkan sikik tulisan wa'ang tu. Indak samuo orang siko yang rabun panglihatan. Urang Malaysia ko makanannyo enak2 balako dan tak rami yang ado sakik mato macam di Indonesia.


  Im laughing really hearing your language niii akhil karim   Let me translate it to minang language ok "Cubo lah agiah saketek tulisan angku tuu. Indak sadonyo urang disiko rabun panglihetannyo. Urang malaysia ko makanannyo lamak-lamak dan indak rami yang ado sakik mato macam di Indonesia...thats the rite translation.   But where do u get information Indo have eyes disease niii? lol.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 28-2-2008 22:33


Banyak kali dengar dah tareqat tu maksudnya "jalan", melawan nafsu dan membenci dunia... jalan bagi saya tu jalan syariat yang di bawa oleh Muhammad s.a.w bukan jalan hakikat yang di bawa ol ...


Is it really Kupia? The old kupia ana ingat amat tradisional pemahaman Islamnyer, but now....masha Allah. Good explanation akhil kareem
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 10:13 AM | Show all posts
bezakah dunia dan akhirat???
dunia atau akhirat???
dunia kahirat???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2008 10:55 AM | Show all posts
siko tabang siko lapeh
tabanglah juo nan ka rimbo
oi takanang juo..

ayam den lapeh....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 11:10 AM | Show all posts

Reply #108 kupia's post

tumpang gelak... tp sebenarnya tak faham pe2 pun.... huhuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2008 11:53 AM | Show all posts
oi takanang juo..

ada nostagia yang indah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 3-3-2008 11:10 AM
tumpang gelak... tp sebenarnya tak faham pe2 pun.... huhuu


In, yang tu lagulah, lagu orang minang {urang awak}dulu dulu... (indonesia bilang orang padang) tajuk lagunya "ayam dah terlepas"...
dima hati den indak an rusuoh, oi la malang juo...

Ada kena mengena jugak dengan "ilmu ladunni" sebab banyak urang padang dulu dulu pengamal tareqat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by Bruxelle at 1-3-2008 18:06
Skrg ni mmg bukan zaman tarekat, tetapi ia mmg pernah wujud suatu ketika dahulu. Sekarang ni ramai org bertarekat dan bekerja sekaligus. Engineer ada, pensyarah UIA pun ada, walaupun mrk nampak b ...


Thats too far akhi...Perkataan antum tidak berarti apa-apa, dan tidak bisa menjadi pemenaran atas ajaran tarekat ini. Yang penting dalam agama kite ini masya Allah semuanya sudah diatur dengan lengkap, PERFECT tak perlu tambahan dan pengurangan. TIDAKLAH SEMUA YANG DAPAT MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH MELAINKAN SUDAH DIJELASKAN DALAM ISLAM INI, DAN TIDAKLAH SEMUA YANG DAPAT MEMASUKKAN SESEORANG KEDALAM NERAKA MELAINKAN SUDAH PULAK DIJELASKAN DALAM ISLAM INI. Dan Islam yang original itulah yang kita harus lakukan, yang asli dari Nabi, yang PERNAH dilakukan dan di amalkan Nabi, yang pernah di ajarkan Nabi kepada para sahabat lalu para sahabat melakukannya dengan berlomba-lomba, dan THE RESULT pun sudah terbukti dengan terciptanya Izzah (harga diri) yang luar biasa di atas bumi ini. Islam menjadi jaya, 2 negara adidaya waktu itu dapat di kuasai, yakni dengan aqidahnya para sahabat, ajaran Islamnya para sahabat.

And NOW I ask you...adakan diajarkan oleh Nabi ajaran-ajaran tarekat ini? Atau adakah di amalkan para sahabat? Atau at least di jelaskan dan di rekomendasikan oleh ulama ahli hadits or imam yang 4? ADAKAH? Jika ada then give me any dalil yang sahih? Jika TIDAK ADA, then you should know that we dont need tarekat tuu. Dengan mengikuti ISlam yang sahih SUDAH TERBUKTI Allah -azza wa jalla- RIDHO dan menolong hambaNya, sekarang jika kita mengikuti tarekat, siapa yang dapat menjamin? Sejarah mana yang telah melukiskan bahwa ada penganut tarekat ini yang mendapatkan kemenangan ?!? Ana dapat menuliskan banyaknya karomah para sahabat dan para ulama ahlussunnah (bukan tarekat) sebagai bukti ditolongnya mereka oleh Allah, dan dengan riwayat yang dapat di pertanggungjawabkan, can you give me any riwayat that said someone ahli tarekat who have karomah from Allah? Riwayah yang sahih dan mendapatkan persaksian para ulama of course. Jika ade, then you should let us know
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 3-3-2008 12:25


In, yang tu lagulah, lagu orang minang {urang awak}dulu dulu... (indonesia bilang orang padang) tajuk lagunya "ayam dah terlepas"...
dima hati den indak an rusuoh, oi la malang juo.. ...


Maybe thats ade benarnye, tapi should remember too that para ulama ahlussunnah banyaknye yang berasal dari west Sumatera ini. Contoh Syaikh Khatib Al Minangkabawi, beliau ini ulama ahlussunnah yang pertama kali pernah menjadi imam di masjidil Harom, lalu ada juga Syaikh Imam Bonjol yang mengadakan pembaharuan di daerah west Sumatera ini. He was a mujahid in his time, and ade juga Buya Sutan Mansyur, dan a lot more.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 04:52 PM | Show all posts

Reply #112 ikhwanindo's post

Anda bertanya sejarah mana yang telah melukiskan bahwa ada penganut tarekat ini yang mendapatkan kemenangan ?!?.....

ada spt Abu Yazid al Bustami, al Halaj (kalau tak silap) yg dibunuh kerana mengatakan 'Aku adalah Allah' (sewaktu dia berada dalam keadaan fana) dan Sheikh Abdul Qadir al Jailani.

Maaflah, saya tak mampu nak menerangkan kpd anda tentang dalil2 dan sebagainya krn saya tak mempunyai kepandaian itu. Saya pun tak reti nak menulis dgn panjang lebar. Kitab rujukan saya tentang tarekat ini hanyalah dari kitab Ihya ulumiddin dan kitab2 SAQJ dan Syeikh Abd wahhab Asy-Sya'rani. InsyaAllah, kalau saya tahu sesuatu dalil ke apa saya akan tuliskan di sini. Salam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 06:39 PM | Show all posts

Reply #114 Bruxelle's post

saya juga sebenarnya tidak mengikuti mana2 tarekat,tapi sebenarnya amalan tasawuf sebenarnya telah bermula dari zaman nabi adam as,cuma kita tidak dinyatakan secara khusus.mereka semua juga bersuluk(mengasingkan diri dari manusia dan menyucikan hati dengan zikir dan solat diwaktu malam.berikut saya petik dari blog saudara Syahir Makin golongan yg telah mencapai kemenangan di jalan ini.

Apabila seseorang murid itu telah hilang ciri-ciri dzuknya, biasanya seseorang Murshid itu akan memestikan 'suluk' kepada muridnya. Mengikut Al-Quran, 40 malam seperti yang diPerentahkan kepada Musa a.s. Melalui sunnah, 30 malam seperti yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w di gua Hira selama 7 tahun berturut-turut pada bulan Ramadhan. Mengikut sunnah 10 malam seperti yang diamalkan oleh Rasullullah s.a.w pada bulan-bulan Ramadhan di Madinah. Tujuannya ialah untuk mengelak perkara-perkara yang tidak diingini, menjaga kesucian ugama dan membendung gejala fitnah.

Ini adalah kerana fana itu mempunyai 4 darjah/darjat:
1. Fana fil af'al.
Contoh; Al-Junaidi Al-Bhagdadi merayau-rayau di pasar Bhagdad dan memakan buah-buahan jualan dan diikuti oleh Sheikh Abdul Kadir Jailani, murid beliau.( Mungkin tolong bayar duit buah, agaknye) .
2. Fana fil asma:
Contoh: Laungan Mansur Al-Hallaj dengan kalimah, "Ana Al-Haq.".
3. Fana fil sifat:
Contoh: Riwayat oleh Al-Bukhari dimana Rasullullah berdiri dalam sembahyang baginda pada waktu sembahyang malam sehingga hampir sahabat yang memakmumkan baginda tidak mampu berdiri lagi.
4. Fana fil dzat: "hilang tanpa kesan"

Persiapan yang rapi ke arah dan sebelum sampai ke makam fana adalah penting dan perlu sangat dititikberakan dengan bersungguh-sungguh kerana ia akan mempengaruhi darjah/darjat yang akan dialami. Ia tidak mempengaruhi tinggi rendah kedudukan seseorang sufi itu, cuma kerenah yang akan diharungi adalah lebih berbagai, lebih rumit dan mungkin membawa padah yang tidak diingini, jika mencapai darjah yang lebih bawah. Ini adalah kerana salik tidak dapat hendak menentu maupun mengawal keadaan dirinya semasa fana.

Disinilah makamnya yang akan menampakkan sifat-sifat sebenar salik dan didikan awalannya dalam kesufian pada aspek-aspek perlakuan dan adab yang terpuji yang cuba dipupuk disamping yang cuba disingkirkan oleh tasawwuf pada diri seseorang itu. Inilah yang dimaksudkan oleh Shaykh, Sidi Muhammed Sa'id Al Jamal, Imam dan Khatib, Masjidil Al Aqsa, Al Quds; "Tasawuf, dengan definasi, diambil daripada Safa'. Dengan kata lain, ia adalah gandingan dua perkataan, Tahliya dan Takhliya. Tahliya, bermaksud untuk mengambil setiap sifat-sifat peradaban yang baik, dan Takhliya, ialah untuk membuang setiap sifat-sifat peradaban yang buruk yang tidak diterima maupun disukai oleh Allah Tabaraka wa Ta'ala."

Amatilah bahawa semasa fana fil af'al, pasar mungkin bukan tempat itu saja yang kita akan berjalan-jalan, sebaliknya tidak mustahil ke tempat yang amat keji di sisi masyarakat dan ugama. Ataupun sebaliknya tidak mustahil juga orang akan terpandang kita berada dimana-mana masjid. wallahu a'lam. Semua bergantung kepada didikan diri. Berbeza dengan hal yang jangka waktu fananya adalah lebih singkat, pada makam fana, fana juga boleh berlaku bukan saja semasa melakukan riadhah kesufian, tetapi juga semasa kita tidur, terutama pada tidur siang.

Catitan:
Sufi Book of World Record bagi makam fana:
1. Ashabul Kahfi (390 tahun)-Makam fana fil sifat.
2. Nabi Udzair a.s (100 tahun)-Makan fana fil dzat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 08:08 PM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 3-3-2008 06:39 PM
saya juga sebenarnya tidak mengikuti mana2 tarekat,tapi sebenarnya amalan tasawuf sebenarnya telah bermula dari zaman nabi adam as,cuma kita tidak dinyatakan secara khusus.mereka semua juga bersu ...


Salam Mif, sebelum apa2 mintak maaf dulu ya kalau kesat tulisan saya, sesama manusia saya anggap awak adik dan saudara saya.

"saya juga sebenarnya tidak mengikuti mana2 tarekat"...
Saya tau awak sangat teruja untuk menyampaikan sesuatu yang awak tau akan ditentang oleh sebahagian orang.  Cuba berdalih dalam masa yang sama awak sendiri mendedahkan siapa awak sebenarnya....

Peliharalah diri kamu dan takutlah daripada berdusta atas nama Rasulullah s.a.w. kerana kamu tahu apa hukumannya..

Tidak ada satu pun dalil yang dirujuk samada dari Al-Quran dan dari hadis-hadis sahih dalam riwayat yang kamu bawa. Setau saya (betulkan kalau salah) Rasulullah saw tidak pernah melalkukan solat sunat malam lebih dari 11 rakaat.

Ada banyak lagi imam-imam besar yang boleh diikuti selain dari apa yang diajar oleh al-junaid dan al-halaj...

Sila jawab satu persatu bantahan yang dibuat ke atas "ilmu ladunni" yang di bawa dalam thread ini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 08:31 PM | Show all posts
Kitab rujukan saya tentang tarekat ini hanyalah dari kitab Ihya ulumiddin dan kitab2 SAQJ dan Syeikh Abd wahhab Asy-Sya'rani. InsyaAllah, kalau saya tahu sesuatu dalil ke apa saya akan tuliskan di sini. Salam..


Ihya Ulumuddin kitab tareqat?  Tasawuf atau tareqat?
Riyadussalihin kitab tareqat atau tasawuf?  Juga Bahrul Mazi kitab tareqat atau tasawuf?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2008 08:47 PM | Show all posts

Reply #116 kupia's post

minta maaf en kupia saya kesuntukan masa nak jawap semua soalan sekaligus tapi izinkan saya berikan definisi ilmu ladunni itu dahulu.


Ilham adalah kesan Wahyu. Wahyu adalah penerangan Urusan Ghoibi manakala Ilham ialah pemaparannya. Ilmu yang didapati menerusi Ilham dinamakan Ilmu Laduni.

Ilmu Laduni ialah ilmu yang tidak ada perantaraan dalam mendapatkannya di antara jiwa dan Allah Taala. Ia adalah seperti cahaya yang datang dari lampu Qhaib jatuh ke atas Qalbu yang bersih, kosong lagi halus(Lathif).
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 09:11 PM | Show all posts
Originally posted by Bruxelle at 3-3-2008 15:52
Anda bertanya sejarah mana yang telah melukiskan bahwa ada penganut tarekat ini yang mendapatkan kemenangan ?!?.....

ada spt Abu Yazid al Bustami, al Halaj (kalau tak silap) yg dibunuh kerana mengatakan 'Aku adalah Allah' (sewaktu dia berada dalam keadaan fana) dan Sheikh Abdul Qadir al Jailani.


Astaghfirullah al azhim, lalu antum membenarkan si kafir Al Hallaj ini yang mengatakan "Aku adalah Allah", he was even worse than fir 'aun. Do U think its ok ok aje to say that? Its kafir to say Im Allah, dan orang-orang kafir itu KEKAL dalam neraka. Apa Al hallaj ini yang antum banggakan yaa akhil karim bruxelle? wallahu yahdik. Dan si dajjal Ibnu Arabi ini pulak yang mengatakan:

揗aha suci Dia yang telah menampakkan sifat naasuut (insaniyah)-Nya lalu muncullah kami sebagai laahuut (ilahiyah)-Nya

Kemudian Dia menampakkan diri kepada makhluk-Nya dalam wujud orang yang makan dan minum

Sehingga makhluk-Nya dapat melihat-Nya dengan jelas seperti pandangan mata dengan pandangan mata
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 09:15 PM | Show all posts

Reply #118 miftahuljamilah's post

pemaparan ilmu laduni ini sekadar yang saya tau apabila kita telah mencapai tingkat makrifatullah pada Allah yang tinggi.Untuk berada ditahap ini kita seharusnya menyuci hati iaitu bermula dengan taubat nasuha,seterusnya melazimkan diri beribadah diwaktu malam , seterusnya dengan zikir 2 memuji dan memujaNya.

firman Allah dalam surah Al-Furqan ayat64:

"Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah)yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri"

surah Al Ahzab ayat 41-43:
wahai orang2 yang beriman,(untuk bersyukur kepada Allah)ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;


"dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.


Dialah memberi rahmat kepada kamu-dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu)_untuk mengeluarkan kamu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dan adalah ia sentiasa melimpah2 rahmatNya kepada orang2 beriman(di dunia dan di akhirat)

jelas didalam ayat ini Allah menyeru kita mengingatinya dengan memperbanyakkan zikir dan beribadah..supaya kita akan memperolehi cahaya dan bebas dari kegelapan.Jika kita membiasakan amalan ini Insyaallah Allah akan memberikan cahaya petunjuk(ilmu laduni)sebagaimana yang diperolehi para wali Allah.

ulasan seterusnya akan disambung kemudian jika saya mempunyai kelapangan..

[ Last edited by  miftahuljamilah at 4-3-2008 09:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 09:18 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 3-3-2008 08:08 PM


Tidak ada satu pun dalil yang dirujuk samada dari Al-Quran dan darihadis-hadis sahih dalam riwayat yang kamu bawa. Setau saya (betulkankalau salah) Rasulullah saw tidak pernah melalkukan solat sunat malamlebih dari 11 rakaat.


Nampaknya thread ni semakin panas!

Dalil Nabi tak pernah solat sunnat 11 rakaat waktu malam tu dari Hadith Sayyidatina Aisha R.Anha dan Ulama Ahli Sunnah telah memberi penjelasan bahawa yang dinamakan solat malam itu Solat Tahajjud

Nabi Solat Tarawih 20 Rakaat (takut pula sat lagi mula la perang 20 rakaat lawan 8 rakaat). Tak mengapa. Pilih lah yang mana kita rasa dalil yang kita nak ikut:

1. Ijma Para Sahabat: 20 Rakaat (dipersetujui Umar, Uthman, Ali, Ibni Abbas, Abu Darda dan lain-lain secara keseluruhannya)
2. Tafsiran Hadith dari Ulama terkemudian selepas 4 Imam Mujtahid: 8 Rakaat + 3 rakaat witir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.107958 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list