CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18932|Reply: 53

Foto TTM.. Pak Lah

  [Copy link]
Post time 3-3-2008 07:28 PM | Show all posts |Read mode
tengah dok syok goggles..terskodeng lak gambar nie.. nak gelak...Ampon yaaa (takde kena mengena ngan PRU2008 nieee..)tapi insyallah..selagi termampu...wa sokong BN lerr..(sebab dah takde alternatif parti lain kannn).. ni salah satu koleksi foto Macam-Macam Lah.. ..ekecli.. alahai..wa confuse sket ngan konsep Islam Hadari itew....?? can anybodi help me?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2008 07:54 PM | Show all posts
kat CI dah ade dah... malah lebih byk. muehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 07:54 PM | Show all posts
aku plak smpi skunk tak brape nak paham ngan konsep islam hadhari nih....
anybody can xplain???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 07:58 PM | Show all posts
well..ni masa zaman duda trang..tang..tang..wa guess Pak lah was just being 抯pontaneous
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 08:51 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by anakencana at 3-3-2008 07:58 PM
well..ni masa zaman duda trang..tang..tang..wa guess Pak lah was just being 抯pontaneous
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 06:12 AM | Show all posts
aku lagi tak faham apa tu Islam hadhari .......setahu aku islam ni ada satu aje.. just ISLAM ..........hadhari tu lak cam mana??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2008 06:50 AM | Show all posts
islam hadhori..islam yg sederhana kata paklelah gusdur...tapi kan islam tu sendiri galakkan sederhana..kenapa perlu rebrand ISLAM itself???hahahah..paklah al tidori kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 08:00 AM | Show all posts

Reply #1 anakencana's post

Ana sampai la ni wa pon x paham apanya Hadhari Pak Lah tu, kalo tengok dalam famili Pak Lah pon rasanya cara keluarga Islam yang dia warwarkan pon memang cam x true form of Islam.... ntahlah cam korang gak pada wa, Islam tu satu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2008 08:03 AM | Show all posts

27/03/06

Apa? Apa itu Islam Hadhari :.

Islam Hadhari rancangan jangka panjang

Oleh HASHNAN ABDULLAH

SEPANG 25 Mac - Pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah perancangan jangka panjang bagi melihat masyarakat di negara ini mengamal nilai-nilai ajaran Islam dalam konteks yang lebih luas.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, tempoh masa itu perlu supaya 10 prinsip dalam Islam Hadhari itu tidak menimbulkan salah faham dan kebimbangan dalam negara yang komposisi rakyatnya berbilang kaum dan agama.

"Pendekatan Islam Hadhari samalah seperti konsep pertanian yang hasilnya tidak boleh dinikmati dalam tempoh jangka pendek kerana perkembangannya berlaku secara berperingkat-peringkat.

"Kami tidak mahu Islam Hadhari dianggap sebagai salah satu retorik politik kerana ia mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri dari segi penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran selain dapat memperbetulkan sebarang salah anggap bukan Islam,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja `Pengenalan Konsep Islam Hadhari' di Seminar Kebangsaan Islam Hadhari dan Pembangunan Ummah di sini, hari ini.

Dalam pembentangan itu, Mustafa telah menggariskan beberapa ciri penting yang terdapat dalam pendekatan Islam Hadhari yang berupaya menentukan hala tuju kehidupan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata, antara ciri penting tersebut adalah ilmu, pembangunan seimbang, harta kekayaan, kesihatan dan menikmati perhiasan hidup.

"Ilmu merupakan asas kepada pendekatan Islam Hadhari kerana ia bukan hanya kunci iman tetapi juga mampu menjana pembangunan ekonomi umat Islam itu sendiri.

"Ciri kedua yang penting adalah pembangunan seimbang yang tidak hanya tertumpu kepada perkara fardu ain tetapi juga merangkumi ilmu yang tergolong dalam fardu kifayah,'' katanya.

Beliau berkata, Islam menganggap harta kekayaan sebagai satu nikmat tetapi ia mesti disuburkan mengikuti lunas-lunas agama manakala ciri kesihatan pula penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal.

"Islam tidak pernah mengajar umatnya memandang perhiasan dunia sebagai suatu yang jijik dan mendekatkan diri kepada syaitan,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 08:04 AM | Show all posts

Kredit to blog Krong Krang

asSalamualaikum. ana tertarik sangat-sangat dengan berita ini. Pendekatan Islam Hadhari dijalankan sedikit-sedikit, katanya. Begitukah wahai pihak JAKIM? Begitukan pendekatan Islam Hadhari?

Ana ingin mengulas sedikit. Ya, tidak dinafikan, memang pada permulaan da'wah Rasulullah s.a.w yang tercinta, da'wah itu dijalankan secara sedikit-sedikit, secara senyap-senyap. Kemudian, barulah da'wah terbuka dan akhirnya kepada peperangan, atau Qital, peperangan yang dinamai Jihad Fi SabiliLlah, ataupun berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah s.w.t. Memang ada peringkat-peringkatnya, namun hakikat itu perlu diterima. Kita lihat kembali antara sebab da'wah dilakukan pertama kalinya dengan senyap-senyap. Ketahuilah, Sa'id Ramadhan Al-Buti menulis di dalam Fiqh Sirah I, hal ini disebabkan agar pihak kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya kerana mereka semua terlalu fanatik dengan penyembahan berhala. Namun, da'wah tetap da'wah, kerana Allah s.w.t berfirman :

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)."[Al-Muddathir:1-2]

Kemudian, turun ayat Allah yang lain :

"Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, (Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).[Al-Hijr:94-96]
Setelah turunnya ayat ini kepada Rasulullah s.a.w yang tercinta, nak taknak, Rasulullah s.a.w sudah tahu, perlu ada seruan secara terang-terangan. Lantas Rasulullah s.a.w. mengumpulkan puak Quraisy (Bani Fihr & Bani 'Adi) di bukit Safa. Dipendekkan cerita, apabila Rasulullah s.a.w. menyeru umatnya kepada Islam, bangkitlah Abu Lahab yang berkata "Binasalah engkau hai Muhammad, apakah untuk ini sahaja yang engkau kumpulkan kami?" Dan sebagai janji Allah s.w.t, maka Allah s.w.t turunkan ayat ini :

"Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!"[Al-Lahab : 1]

Kemudian berlakulah siksaan terhadap umat Islam sehingga hijrah ke Yathrib, dan ditukar kepada Madinah. Digubal Piagam Madinah, agar Islam itu diletakkan pada tempat yang sepatutnya, bersepadan dengan firman Allah s.w.t :

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"[Al-Baqarah:208]

Itulah perlembagaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w yang tercinta melalui kuasa politik. Rasulullah s.a.w pertama-tama kalinya di Madinah menurunkan masjid, kemudian pada tahun kedua Hijrah barulah dibina pasar. Dan setelah itu, dipendekkan cerita, akhirnya Allah s.w.t menurunkan ayat yang mengizinkan perang :

"Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan"[Al-Hajj:39-41]

Setelah itu, berlakulah beberapa ghasiyyah dan sariyyah sehinggalah pembukaan Kota Mekah. Kemudian Islam tersebar di negara-negara lain, seperti Rom,Konstatinople dan Parsi.

Okay, cukup sekadar itu untuk bab sirah. La, ana nak tanya sahabat sekalian. Di manakah umat Islam Malaysia sekarang? Adakah umat Islam berada di keadaan da'wah senyap-senyap, atau terbuka ? Terbuka. Ya, terbuka. Umat Islam Malaysia sudahpun memegang tampuk kekuasaan negara. Akan tetapi, Islam itu masih tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Hukum Islam masih lagi dipermain-mainkan. INGAT! EKONOMI DILETAKKAN DI TEMPAT KEDUA SELEPAS BAB AKIDAH. NAMUN, AKIDAH UMAT ISLAM MALAYSIA MASIH LAGI ROSAK DENGAN BERLAKUNYA KES-KES RASUAH, BLACK-METAL, KES UMAT ISLAM MURTAD, SEDANGKAN BAB EKONOMI DIPERJAJA DI SINI DI SANA. EKONOMI BERASASKAN ISLAM, AKAUN MUHIBBAH, SAHAM-SAHAM ISLAMIK, INI DAN ITU. RETORIK SEGALA-GALANYA. TAK GUNA SEMUA ITU JIKA BAB ZAKAT MASIH TERUMBANG-AMBING.

Wahai pihak yang berkepentingan. Ingatlah, jangan main cakap-cakap sahaja. Ana bukannya seorang ulama' dan sebagainya, ntum mungkin lebih tahu daripada ana di dalam bab-bab ini. Namun, mengapa ntum senyap dan ikut sahaja. Ingatlah golongan ashabul kahfi, apabila disuruh mengatakan apa yang tidak sepatutnya diperkatakan, mereka tetap dengan Allah s.w.t. Firman Allah :

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."[Al-Kahf:13-14]

Ingat, ntum orang yang boleh mengubah segala-galanya. Perkukuhkanlah iman ntum, perkuatkanlah hidayah,teguhkanlah hati sesama ntum, dan bangunlah melawan arus sekularisma ini. Tidak perlu jangka panjang lagi. Ntum ada suara. Suarakanlah apa yang benar.

waLlahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 08:07 AM | Show all posts
asmk.boleh tanya soalan sedikit, apa kah yang dimaksudkan dengan islam hadhari yang telah negara kita telah amalkan konsep nya.- Ariep

Jawapan
Terima kasih kerana sudi bertanya.. Soalan ini sgt bagus..

Saya cari2 dlm internet berkenaan Islam Hadhari dan ini adalah dari website JAKIM sendiri mengenai profil apa itu Islam Hadhari, prinsip2, pendekatannya, soalan2 lazim mengenainya dan lain2.

Klik di sini untuk ke penjelasan JAKIM mengenainya

Untuk ketahui lebih mendalam/soalan lanjut boleh rujuk link di atas atau hubungi:

Sekretariat Islam Hadhari
Cawangan Islam Hadhari,Bahagian Dakwah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 7, Blok D7
Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62519 W.P Putrajaya

E-mail : islamhadhari@islam.gov.my

WALLAHU'ALAM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2008 10:07 AM | Show all posts

Reply #6 Yang_Jelita's post

islam hadhori..islam yg sederhana kata paklelah gusdur...tapi kan islam tu sendiri galakkan sederhana..kenapa perlu rebrand ISLAM itself???hahahah..paklah al tidori kantoi


Jawapannya, pimpinan Umno sendiri pertamanya tidak mengamalkan Islam Hadhari dalam kehidupan seharian, dan keduanya, jika ditanya mengenai Islam Hadhari, yang pastinya mereka pun tidak faham. Jadi seelok-eloknya, biarlah Pak Lah dan yang faham sahaja yang bercakap.

Yang pastinya, konsep Islam Hadhari masih mengelirukan. Yang banyak diterangkan ialah Islam Hadhari adalah Islam yang progresif. Adakah Islam tidak progresif? Islam Hadhari
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 10:16 AM | Show all posts
JANGAN UNDI BN
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by Yang_Jelita at 4-3-2008 06:12 AM
aku lagi tak faham apa tu Islam hadhari .......setahu aku islam ni ada satu aje.. just ISLAM ..........hadhari tu lak cam mana??


bila lagi nak tunjuk kita dah buat sesuatu untuk Islam .....just tukar sikit nama..kosmetik sikit and promote!!
kat kubur nanti malaikat tanya pun ....kamu ugama Islam hadhari ke??ekek
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 10:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2008 10:53 AM | Show all posts

Reply #9 yipun78's post

Dari segi istilah perkataah 'Hadhari' membawa maksud 'yang betamadun' atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai 'Civilizational Islam' dan dalam Bahasa Arab sebagai 'al-Islam al-Hadhari'.

Yip,

Betul lar...hanya rakyat yang mampu memastikan hak mereka terjamin. tetap NO-NO to BARISAN ALTERNATIVE(PAS,DAP,ADIL N OTHER COMPONENT) :@

ni hanyaLAH cetusan pendapat.. harap uols jangan tersinggung.. cuma seciput luahan rasa/tunjuk sifat demokratik...kan negara kita demokratik. Jadi, sesape berhak meluahkan pendapatnya... betul tak?

..bukak topik nie tak bermaksud nak kondem kerajaan (BN/UMNO)..wa tetap sokong BN..tanpa prejudis... (oppssss! undi anda adalah rahsia katanyer )..cuma kekadang pemimpin2 nie kena cakap mau serupa bikin ler..tu jerrr!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2008 11:38 AM | Show all posts
islam hadhari..hadhari yg hampeh...
igt bagus sgt ke nk rebrand2 nih..:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2008 12:44 PM | Show all posts

Reply #14 haliem's post

Menurut cerita lah, memula kuar gambar nie Pak Lah cukup sensitif dengan sebarang usaha untuk menggugat projek Islam Hadharinya...naik hangin satu badan jap.

Tapi kan soal tangan nakal manja2 nie boley jadi "Isu besar".. pembangkang nak kondem imej islamik BN/UMNO secara amnya.. tup2 konsep Islam Hadhari yang dipeloporinya dah jadi bahan lawak dan gurauan? Saper nak jawab kannn...:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 02:31 PM | Show all posts

Reply #16 anakencana's post

for some, the devils they know is much preferable, wa understand mende tu... dulu wa pro BN gak, bila wa saja je switch nak tengok camne BA beroperasi wa surrise gak ngan certain komen mereka ni pasal konon pemimpin BN kasi $$$ laaa, kasi barang ler, kasi trip sana sinun ler... frankly speaking masa wa hardcore jadi member, wa x de lak di'offer' mende tu sumer.... and it makes me wonder betul ke segala allegiation yang BA buat kat BN?

At this moment wa cuba open my mind untuk memahami camne BA ni beroperasi n camne nak tengok BN luar dari konteks sebagai bekas ahli

Kuasa ditangan kita semua dalam menentukan siapa yang menjadi wakil kita dalam 4 tahun akan datang... like my mom, dia kata dia x mo memperjudikan undi dia untuk vote parti yang maki hamun orang lain, parti yang sekular (cam parti wa sokong skang ni) dan dia x mo vote parti yang segala tumpuan parti itu pada seorang individu saja.... well thats her choice
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 03:49 PM | Show all posts

Reply #19 yipun78's post

yeap agreed.... dulu wa pun hardcore.. la ni slow motion plak hahahhahahaha

& never sekali pun wa di offer hatta Rm10 hengget pun... tu yg wa muyskil

as for PKR... abg wa ada involved dlm pembikinan pilem.. so one day derang (baru2 ni) gi rumah this fellow.. somewhere in bangi & that fellow inform wa punye abg dia skrg gantung bendele PKR, PAS coz pkr upah RM30k utk turunkan bendela Dacing huhuhuhuhuhuhu

so pendek kata semua politik itu kotor apabila dikotori oleh tangan2 yg tamak haloba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.074544 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list