CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21962|Reply: 365

◄☺☺ Nabil - Juara Raja Lawak 2☺☺►

[Copy link]
Post time 17-3-2008 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Nabil hos baru Gelanggang Lawak!
17-03-2008 12:07:59 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
MASUK hari ketiga bergelar juara Raja Lawak Astro, Ahmad Nabil Ahmad masih menjalani kehidupannya seperti sediakala dan normal seperti dahulu.

Melihat kepada kehidupannya, Nabil sememangnya menguasai sikap dan karektor seseorang yang gemar berlawak namun tidak bermakna beliau mudah untuk mencipta sesuatu komedi 'luar biasa' seperti yang dipersembahkan ketika Gelanggang Raja Lawak musim kedua yang baru sahaja berakhir pada Jumaat lalu.

"Apa yang penonton lihat saya dalam Gelanggang Raja Lawak, samalah juga dengan karektor saya di luar. Saya memang suka berlawak. Tetapi lawak atas pentas agak berlainan sedikit.

"Ketika saya buat persembahan, saya boleh melakonkan watak perempuan bernama Saliha dalam tema 'Tipikal Malaysia' namun saya tak mungkin bawakan karektor seperti itu di luar.

"Saya berasa selesa dengan lawak yang dipersembahkan dalam minggu pertama hingga ketiga.

"Namun semangat saya menurun ketika minggu keempat dan kelima kerana kurang puas hati dengan persembahan yang dilakukan.
"Bermula minggu keenam sehingga minggu seterusnya barulah semangat saya pulih dan saya mula melakukan yang terbaik demi memuaskan hati penonton.

"Mereka banyak mengundi saya, jadi saya tak nak sia-siakan apa yang mereka beri. Saya cuba membuatkan mereka ketawa dan suka dengan persembahan saya.

"Kadangkala saya terlalu memikirkan hal itu sehingga membuatkan jiwa tertekan. Namun, saya perlu belajar untuk melawan emosi tersebut, menjadi diri-sendiri dan jujur dalam setiap gerak-geri yang dilakukan," luah jejaka berusia 25 tahun ini.


Aksi Nabil melakonkan watak drakula ketika persembahan pertama

Apabila tiba hari persembahan, Nabil dilihat lebih selesa memakai pakaian yang ringkas bermula minggu pertama hingga minggu kesembilan.

"Saya lebih mementingkan cerita berbanding kostum atau yang lain-lain. Saya lihat dengan cerita dan lawak yang ditonjolkan, saya mampu membuatkan mereka ketawa.

"Saya tak kisah dengan kostum tetapi jika saya memakai kostum mungkin ia lebih membantu.

"Setelah masuk ke peringkat akhir, ada suara yang menyarankan saya memakai kostum maka sebab itulah saya mula mengenakan kostum dengan memikirkan idea membawakan karektor drakula," ujar Nabil yang terkenal dengan tagline "Lu pikir la sendiri".

Katanya, tagline tersebut muncul secara spontan ketika ayat tersebut menjadi suatu trademark disebabkan beliau terbiasa menggunakan kata-kata tersebut ketika bersama rakan-rakannya di Negeri Sembilan.

"Saya malas nak fikirkan tajuk rancangan dalam setiap persembahan yang dilakukan tetapi apabila dipentaskan, ia menjadi suatu benda baru," kata Nabil yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Berbalik kepada kehidupannya sekarang, Nabil sudah bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai situasi dan karenah manusia apabila berhadapan dengan dunia luar yang lebih menjulang popularitinya.

"Saya rasa situasi peminat di Malaysia ni masih terkawal kerana setakat ini saya belum berjumpa dengan peminat fanatik. Saya tiada masalah untuk melayan mereka jika sekadar ingin bergambar kerana tanpa mereka siapalah saya.


Nabil menceritakan kisah hidupnya bermula bayi sehingga tua
semasa persembahan kedua

"Saya sudah melangkah ke tahap sekarang, maka saya tidak mungkin berpatah balik dan menoleh ke belakang lagi.

"Walaubagaimanapun, saya perlu hadapi setiap cabaran yang mendatang dengan meminta tunjuk ajar daripada artis-artis lain.

"Sekarang ini, Nabil dalam proses pembelajaran dan mula mengenali beberapa orang rakan artis seperti Amylea AF3.

"Dia jujur berkawan dengan Nabil sebab melihat Nabil masih baru dan belum berpengalaman dalam industri ini.

"Dia juga banyak memberi tunjuk ajar dengan menceritakan pengalamannya. Bukan dia sahaja malah tenaga pengajar seperti Cikgu Shamsul Ghau Ghau turut membantu kerana beliau memahami saya," beritahu anak ketiga daripada tujuh beradik ini.

Menyentuh tentang perancangan Nabil selepas ini, katanya, "Saya sedang menanti panggilan untuk mengendalikan suatu program baru iaitu Gelanggang Lawak bersama peserta Raja Lawak musim kedua yang lain. Hari Rabu ini baru kami berjumpa dan berbincang tentang apa yang akan dilakukan nanti.

"Tentang fan club pula, ianya belum ditubuhkan secara rasminya. Ketika final, ayah Nabil telah menempah 100 helai baju t dengan gelaran 'Nabil Lovers Club' untuk dipakai oleh penyokong Nabil.

"Melihat kepada sokongan peminat, Nabil merancang untuk membuka fan club kepada orang ramai tidak lama lagi. Buat sementara waktu ini, mereka boleh melayari laman web My Space Nabil melalui emel  nabiw_tx@yahoo.com.


Para pemenang Raja Lawak bersama trofi mereka

"Di kesempatan ini, Nabil ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro yang menyediakan platform kepada semua peserta Raja Lawak terutama Pengurus Saluran Astro Prima, Khairul Anwar Salleh yang memberi semangat dan menjaga kami semua.

"Tidak ketinggalan tenaga pengajar iaitu Cikgu Adlin Aman Ramli, Apek, Zaibo, Shamsul Ghau Ghau, Fauziah Nawi, Mamat Khalid, Radhi Khalid, Aznil, AC Mizal, kepada pengkritik jemputan minggu lepas seperti Salleh Yaacob dan Afdlin Shauki.

"Turut serta kepada tag team iaitu Adnan, Mia, Jaja, Su dan Chuk serta kru dari Homegrown iaitu Farid, Latip, Ghanesh, Krishna, David dan Michael Simon juga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan program Raja Lawak.

"Saya juga menghargai jasa kedua ibu bapa saya iaitu Ahmad Haji Ismail dan Rohaizah a.k.a Kak Jah, adik-beradik, kawan-kawan dan semua yang mengundi Ahmad Nabil Ahmad dengan mendoakan kesejahteraan mereka," ucap Nabil yang gemar melakukan aktiviti lasak ketika waktu lapang.

Seawal usia 15 tahun, Nabil sudah menceburi sukan skate board dan pernah mewakili negeri dalam Festival X-treme Games di Pulau Pinang.
Ketika peringkat akhir Gelanggang Raja Lawak pada Jumaat lalu, Nabil dinobatkan sebagai juara setelah mendahului peratusan sebanyak 77 peratus dalam persembahan bertemakan 'Bebas' dan 'Ini Cerita Saya'.

Sementara kumpulan Cham yang dianggotai oleh Asrul Zaidi Jamaluddin (Azrul), 34 dan Muhammad Nizamudin Ahmad (Along), 25 berjaya menyandang tempat kedua dengan peratusan 19 peratus.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd Fadhil Mohd Nasir (Anu) dan Nor Azhar Buyong (Pak Cu) yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan XN3 dengan peratusan empat peratus.

Dengan kejuaraan yang diungguli oleh Nabil itu, kira-kira 800 orang penonton di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan jutaan penonton di seluruh Malaysia dan Brunei yang menonton saluran 105 Astro Prima malam tadi dapat menyaksikan beliau yang berjaya membawa pulang sebuah kereta Nissan Latio Sedan 1.8 Auto Premium, percutian ke Gold Coast, Australia, wang tunai berjumlah RM10,000 dan sebuah trofi bersalut emas.

Manakala kumpulan Cham berjaya meraih percutian ke Gold Coast, Australia, wang tunai berjumlah RM8,000 dan sebuah trofi bersalut perak.

Hadiah percutian ke Gold Coast, Australia, wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi bersalut perak turut dimenangi oleh kumpulan XN3.
Persembahan peringkat akhir yang gilang-gemilang itu dihoskan oleh Johan dan Zizan serta turut dimeriahkan oleh pengkritik undangan iaitu pengarah dan penerbit filem tersohor, Mamat Khalid, Afdlin Shauki serta pelawak, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salleh Yaacob.

Seperti minggu-minggu lalu dalam musim kedua ini, pengkritik tetap tiga finalis tersebut adalah pelawak dan pelakon Zaibo, Enot dan Harun Salim Bachik.



[ Last edited by  houdini at 7-4-2008 12:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2008 12:53 PM | Show all posts
nabil... bestttt, he deserved to win.... pecah perut aku ketawa....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 12:53 PM | Show all posts
nabil ni lawak la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2008 01:00 PM | Show all posts
sbb tu tajuk thread tuk dia Gelanggang Lawak

kang tulis sarkas, lain macam plak maksud nye kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2008 01:04 PM | Show all posts
dia nih dari satu sudut, nampak mcm ensem plak

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 01:12 PM | Show all posts
ala2 fan club ke ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2008 01:16 PM | Show all posts
memang kelakar bang bil ni...

keep it up....semoga dapat idea2 yang segar dalam berkomedi

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 01:18 PM | Show all posts
mawas tak lawak ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2008 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by snor at 17-3-2008 01:18 PM
mawas tak lawak ke

sapa mawas???
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 01:23 PM | Show all posts
err. kalau tujuan sbg kelab penyokong nabil.. err.. bulih dibincangkn nnti di kabinet neh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2008 01:24 PM | Show all posts

Reply #6 jac_diehard_fan's post

iyolah..

tapi mak tak reti nak buat kaler bintang bagai semua tu

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 01:49 PM | Show all posts
go nabil go nabil:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 02:07 PM | Show all posts
Oh NABIL....

will u marry me
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 02:23 PM | Show all posts
wah dah ada kelab bang bil ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 08:39 PM | Show all posts

Reply #5 Syd's post

slmz....hiks,,,
a'a le....mggu2 nk last bru nmpk kehensemannya,,,

caya laaa nabil!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by kurusss at 17-3-2008 01:20 PM

sapa mawas???


mawi kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2008 10:18 PM | Show all posts
Setuju...Nabil xtraordinarily talented...go Nabil!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 07:47 AM | Show all posts
cuba tulis sat lawak lawak dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by puterikhaleeda at 18-3-2008 07:47 AM
cuba tulis sat lawak lawak dia.....

kalu tulis ...rasa tak lawak...

cuba tengok sendiri kat youtube tu....

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 09:15 AM | Show all posts
nabil..... satu lagi produk malaysia yg tinggi kualitinya...:victory:

p/s: yg heran.. naper lar muka si meon kat opis akak ni kuar lebih 30 kali kat tv lebih dr mak mertua dia, kak jah yg makin fofular tu.... pasan artis dah abang ipar nabil nih...kat opis muka dia..! kat tv muka dia....! akak lanun muntah jap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.148308 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list