CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: True-X

[Buku] SALINA - A SAMAD SAID. .

[Copy link]
Post time 8-4-2008 11:49 PM | Show all posts
Bahasa Terindah ~ A. Samad Said

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.


[ Last edited by  NickyAzrai at 8-4-2008 11:51 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2008 12:00 AM | Show all posts
Pak Samad tiada noktah untuk perjuangan seni

Oleh: ANI AWANG



SAMAD Said begitu sinonim dengan karya seninya yang puitis.

--------------------------------------------------------------------------------



Pada usianya 72 tahun kini, Datuk A.Samad Said masih juga aktif menulis. Selepas 50 tahun aktif memperjuangkan seni sastera, Sasterawan Negara itu kini sibuk menerbitkan semula karya-karyanya.

Ikuti temu bual wartawan sastera dan budaya, Ani Awang dengan A.Samad Said.

MEGA: Boleh Pak Samad ceritakan perkembangan karya terbaru Pak Samad.

A.SAMAD SAID: Sejak awal tahun ini saya sudah menerbitkan antologi puisi Rindu Ibu. Baru-baru ini, antologi itu dicetak semula untuk kali yang keempat. Kementerian Pelajaran telah membeli sebanyak 3,000 naskhah. Ini membuktikan kerajaan peka dengan karya Sasterawan Negara. Saya percaya dengan usaha itu akan membuktikan kerajaan memartabatkan karya seni.

Kenapa pilih karya terbaru ini?

A.SAMAD SAID: Kerana ia memberikan satu penekanan terhadap rukun hidup dan pengalaman hidup yang munasabah untuk diketahui oleh anak- anak serta menggalakkan mereka untuk membaca. Rindu Ibu merupakan sebuah kumpulan puisi kanak-kanak yang menceritakan mengenai seni kehidupan, hasil ciptaan luar negara, tempat yang saya lawati dan orang yang saya temui.

Saya tulis buku ini tidak semestinya untuk kanak-kanak, tetapi ia juga boleh dibaca oleh ibu dan nenek untuk anak dan cucunya. Ia boleh dibaca sebelum tidur.

Rindu Ibu begitu sesuai dengan perkembangan di sekitar kehidupan remaja. Ramai anak-anak sekolah gemar berinteraksi dengan saya dan kerana itu saya sewajarnya menulis sebuah antologi yang berlaku di sekitar kanak-kanak menjelang remaja.

Selain itu, saya juga menulis buku Ilham Di Tepi Tasik. Ia merupakan kumpulan esei saya mengenai beberapa perkara yang saya rasa wajar diketahui oleh khalayak. Ia baru diterbitkan empat bulan lalu dan sudah pun dijual sebanyak 800 naskhah kulit tebal dan 1,000 naskhah kulit nipis.

Dengar kata Pak Samad sedang berunding dengan Perpustakaan Negara untuk menyerahkan buku simpanan Pak Samad kepada agensi itu?

A.SAMAD SAID: Memang saya sedang dalam rundingan untuk menjual buku saya kepada Perpustakaan Negara.

Ini merupakan pengalaman saya yang pertama untuk melepaskan buku milik saya kepada Perpustakaan Negara.

Saya harap khalayak yang ingin tahu mengenai buku saya boleh melihatnya di perpustakaan dan urusan rundingan itu kini berjalan dengan baik.

Saya berharap buku milik saya boleh dimanfaatkan oleh khalayak.

Kerajaan Negeri Melaka juga membantu untuk menerbitkan karya Pak Samad. Bagaimana perkembangannya sekarang ini?

A.SAMAD SAID: Mulai tahun ini kerajaan Melaka memang membantu saya untuk menerbitkan karya-karya saya dalam tempoh tiga tahun. Melaka memperuntukkan RM150,000 bagi membantu syarikat saya, Wira Bukit Sdn. Bhd., menerbitkan karya-karya saya. Setakat ini 65 buah karya saya kini dalam proses penerbitan Wira Bukit. Tapi masih banyak lagi karya saya yang diterbitkan oleh penerbitan lain. Sekarang saya sedang berusaha untuk mendapatkan kembali buku-buku tersebut untuk diterbitkan oleh Wira Bukit.

Usaha yang dibuat oleh kerajaan Melaka ini sebagai satu pengiktirafan kerajaan dalam membantu menerbitkan karya yang bermutu untuk khalayak.

Saya berharap kerajaan-kerajaan negeri lain juga dapat membantu menerbitkan karya SN seperti Allahyarham Datuk Usman Awang, Datuk Noordin Hassan, Datuk Abdullah Hussein dan Datuk Shahnon Ahmad, (Kedah) dan S. Othman Kelantan (Kelantan). Tidak ada ruginya kerajaan negeri membantu kerana hasil karya SN terbukti bermutu untuk tatapan generasi akan datang.

Melalui bantuan itu diharap dapat mengatasi kerenah birokrasi oleh sesetengah penerbit di negara ini terutama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mengambil masa terlalu lama untuk menerbitkan karya-karya SN. Sepatutnya usaha menerbitkan hasil-hasil karya SN tidak perlu ada kerenah birokrasi.

Sebagai contoh, masih ada tujuh buah karya saya di DBP yang belum diterbitkan. Sementara 12 lagi karya saya sudah dikembalikan tahun ini. Saya berharap DBP dapat mengembalikan baki karya yang lain tahun ini kerana saya mahu menerbitkannya sendiri.

Apa pandangan Pak Samad tentang generasi sekarang yang lebih banyak meminati novel popular?

A.SAMAD SAID: Karya sastera terus diminati kerana ia telah menjadi subjek wajib di sekolah.

Ini kerana kita mempunyai khalayak terutama golongan muda yang masih bersekolah dan mereka mahu mengetahui atau pun membaca novel terutama kesusasteraan pop.

Generasi muda begitu meminati karya pop kerana mereka perlu melalui dunia yang akan mereka hadapi seperti dunia asmara.

Kesusasteraan pop kini bukan terhad kepada buku tetapi filem, muzik dan akhbar serta majalah yang banyak melayan selera generasi muda.

Kita berbangga kerana mempunyai beberapa penulis yang mampu menulis karya remaja dengan begitu baik sekali.

Kita perlu menyedari karya pop itu tidak salah kerana kelompok generasi muda mahukan karya meriah, ghairah dan erotik.

Saya harap mereka tidak terlalu berfikir tentang isu yang ghairah semata-mata, tetapi berfikir bagaimana buku yang ditulis itu dalam bentuk yang berseni. Kerap kali generasi muda tidak mempedulikan hal-hal seni tetapi tanggungjawab kita ialah untuk memberikan satu karya seni yang bermutu dalam meningkatkan mutu seni sastera negara.

Perlukah kita mengimport buku dari luar?

A.SAMAD SAID: Mengimport buku dari luar tidak mempunyai halangan jika buku itu terkenal dan telah memenangi beberapa hadiah berprestij.

Kita ingin tahu kandungan buku itu dan kerana itu kita mengimportnya. Kita tidak akan terjejas dengan usaha itu.

Dengan usaha itu juga kita dapat menghasilkan karya yang lebih bermutu dan mampu bersaing dengan penulis tersohor.

Apakah karya terbaru Pak Samad?

A.SAMAD SAID: Keghairahan itu memang ada tetapi sekarang terlalu banyak perhatian saya kepada ceramah dan membaca.

Antologi Rindu Ibu mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

Apakah pandangan SN terhadap kesusasteraan di negara ini?

A.SAMAD SAID: Saya selalu bersuara, agar hasil karya setiap SN diwajibkan untuk bacaan di sekolah.

Dengan adanya Penghayatan Komponen Sastera (KOMSAS) yang diajar di sekolah ia sekarang ini mampu meningkatkan khalayak kesusasteraan.

Generasi muda semakin berminat dengan sastera dan semangat untuk membaca karya sastera telah meningkat dari semasa ke semasa.

kredit : Utusan Malaysia Online, 9 April 2008

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 07:41 PM | Show all posts
aku dah tandatangan petisyen tuntutan hakcipta novel Salina A.Samad Said dari DBP kat pesta buku semalam.
DBP tak ulangcetak.kalau kamu ke pesta buku jangan lupa ke ruang wirabukit di dewan 2.atau petisyen online

http://www.petitiononline.com/ass2008/petition.html

maklumat lanjut http://helmysamad.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 06:11 PM | Show all posts
Dekat pwtc tadi ada 400 lebih tandatangan...dekat petisyen online tak banyak lagi. Marilah kawan2 kita tolong Pak Samad dptkan semula haknya! please.....

Sign la dekat link yang neezie bagi tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 10:07 PM | Show all posts

Reply #44 Hamyhaireen's post

ada nampak tandatangan aku tak masa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 08:13 AM | Show all posts
aku dpt sheet baru, bila tanya Emila cakap dah simpan yang terdahulu tu.
Tapi bestla booth Wira Bukit...santai bak kata Helmy.

Ohlupa ...ini facebook Pak Samad....
http://www.facebook.com/pages/A-Samad-Said/10916577161?ref=mf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2008 09:25 AM | Show all posts

Reply #46 Hamyhaireen's post

haah.paling santai skali.rileks je.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 02:04 PM | Show all posts
Pak Samad relex je aku lak excited gila jumpa Pak Samad.
Banyak ke ko beli buku dia? Murah kan,  rugi kalau tak beli semua tapi budget aku x mencukupi da......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2008 07:24 PM | Show all posts

Reply #48 Hamyhaireen's post

beli dua je sbb tempat dia yang terakhir aku pegi.duit tinggal helaian yang terakhir.

# Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri/Wira Bukit/A. Samad Said RM25.00
# 68 Soneta Pohon Ginkgo/Wira Bukit/A. Samad Said RM20.00

tu je.

rugi tak beli adik datang.terhad.aku tengok kat wirabukit.com dah habis stok :|
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 11:31 PM | Show all posts

Reply #43 neeziee's post

saya dah sain online. harap pak samad berjaya dlm tuntutannya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 12:27 PM | Show all posts

Reply #49 neeziee's post

aku pun x dpt beli banyak sebab belum gaji
tapi aku rembat gak semua buku kanak2 dia ....beli dua percuma satu
dan buku yg ko beli ni # Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri/Wira Bukit/A. Samad Said RM25.00

Aku nak beli semua tapi apakan daya. Memang rugi tak beli semua sebab Bulan tak bermadu harga asal rm45. Lepas ni tak dptla harga tu lagi.
Next year aku nak simpan duit byk2 tempat pertama aku tuju ialah booth Wira Bukit...aku nak beli buku dan kalau Emila Yusof ada sekali aku nak beli kad, book mark dia banyak2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #50 buahcinta's post

thanks.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #50 buahcinta's post

thanks.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #50 buahcinta's post

thanks.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #50 buahcinta's post

thanks.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 12:35 PM | Show all posts
aku, sil & kuc
serbu booth Wira Bukit hari sabtu lps

seronok sgt dpt jumpa pak Samad & mintak
authograph kat Salina
cool betul pak Samad , siap panggil kitaorg
duduk kat sebelah lg berchit chat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2008 03:04 PM | Show all posts

Reply #56 NickyAzrai's post

tak jenuh nak beratur panjang mintak tandatangan macam booth lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 09:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 07:33 PM | Show all posts
pernah baca buku salina masa kecik-kecik dulu, masa tu umur 14 ke bawah, tak ingat exact berapa................ tapi walaupun kecik, baca buku tu sampai habis, siap leh rasa tersentuh lagi hati sanubari...........

jalan cerita menarik, cara penulisan juga menarik........... baca sekali tu jer, tapi ingat buku tu sampai sekarang......... walau tak ingat secara detail.............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 07:54 PM | Show all posts
salina memang BEST!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.068270 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list