CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Chow Kit / 41 Jln Chow Kit!!

[Copy link]
 Author| Post time 26-6-2009 08:53 AM | Show all posts
Chow Kit syurga warga asing

Oleh ROSLAH OTHMAN



Warga Indonesia gangnya sudah selesa dengan Chow Kit sehingga
mereka boleh menonton rancangan kegemaran mereka sambil duduk
dan bersembang di hadapan kedai elektronik seperti di rumah sendiri.
- UTUSAN/ ROY AZIS ABD AZIZ

KUALA LUMPUR 25 Jun - Jika berada di tengah-tengah 'perut Chow Kit', melihat dan berlaga bahu dengan warga asing terutama warga Indonesia bukanlah perkara luar biasa.

Sambil terpaku melihat gelagat peniaga memanggil pelanggan, lagu-lagu dangdut dari penyanyi seberang diputar untuk santapan telinga sehingga terasa seperti benar-benar berada di negara seberang.

Namun, suasana lebih dihangatkan apabila secara terang-terangan dapat menyaksikan pelacur pondan sedang tawar menawar, terutama di Lorong Haji Taib. Tidak terkecuali pengemis dan kutu rayau yang dilihat berkeliaran.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan berkenaan baru-baru ini mendapati dakwaan sesetengah bahawa pihak warga asing ini 'menjajah' tapak niaga kawasan tersebut memang benar.

Malah dalam tinjauan hampir dua jam itu juga mendapati begitu sukar melihat pengunjung tempatan, sebaliknya dipenuhi warga asing yang dikesan melalui cara mereka berpakaian.

Selain berniaga di gerai menjual sayur dan buah-buahan, ada antaranya dilihat bebas menjual pakaian dan kain tudung di tepi laluan pejalan kaki.

Malah, meninjau pasar basahnya sahaja, hampir 60 peratus gerai dijaga warga asing. Bukan sahaja warga Indonesia, tetapi juga Bangladesh dan Thailand.

Penulis sendiri apabila bertanyakan mengenai status mereka, kebanyakan mendakwa sekadar bekerja sebagai pembantu gerai.

"Tauke datang lambat. Saya cuma menjaga sahaja,''. Itu jawapan klise yang diberikan Erman, 23, yang enggan dirakamkan gambarnya.

Timbul persoalan, apakah pemilik gerai di sini masih tidak mengetahui arahan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail yang sebelum ini mengumumkan, selain Jalan Petaling, arahan hanya menggunakan khidmat warga tempatan turut dikenakan kepada peniaga di Chow Kit, Pudu dan Pasar Borong Selayang.

Sebenarnya, isu mengenai kebanjiran peniaga asing, kegiatan tidak bermoral dan jenayah di kawasan tersebut bukan perkara baru.

Namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk pihak yang bertanggungjawab tidak menaik taraf kawasan tersebut.

Difahamkan, isu untuk membangunkan kawasan Chow Kit dan sekitarnya termasuk pasar basah sudah dibangkitkan lebih sedekad lalu dan sudah beberapa kali Datuk Bandar Kuala Lumpur bertukar namun keadaan masih tetap sama.

Bagaimanapun, rata-rata warga kota yang ditemui masih lagi mengharapkan usaha membersihkan imej Chow Kit di bawah Program Gerakan Tumpuan Kawasan Chow Kit yang pernah dilancarkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada penghujung tahun lalu benar-benar dapat direalisasikan.

Jika selama ini Chow Kit dianggap sebagai 'kawasan hitam', pelaksanaan program berkenaan bermatlamat dapat menukar kawasan itu menjadi kawasan pelancongan dan destinasi membeli-belah.

Difahamkan, program berkenaan tidak hanya menumpukan kepada usaha meningkatkan infrastruktur di kawasan berkenaan, tetapi juga soal keselamatan, kebersihan dan penyusunan semula perniagaan.

Mungkin tempoh enam bulan sejak program berkenaan dilancarkan belum cukup untuk menilai hasilnya, namun perkara-perkara asas seperti aspek keselamatan, kebersihan, penjaja tanpa lesen, pengemis dan kutu rayau mungkin sudah boleh dinilai perkembangannya.

Apa yang diharapkan ialah Menteri Wilayah Persekutuan yang baru, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dapat meneruskan kesinambungan usaha untuk menaik taraf kawasan Chow Kit.

Chow Kit sebenarnya mempunyai segala-galanya. Dengan kemudahan prasarana yang serba lengkap dan lokasi yang strategik, ia dilihat mampu menjadi alternatif, kalau tidak sebagai pesaing terbaik kepada Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan Jalan Petaling yang sememangnya sudah terkenal sebagai antara pusat membeli-belahdi ibu negara.

Jika Chow Kit sedikit waktu dahulu pernah mencatatkan sejarah apabila dibanjiri lautan warga kota menyaksikan konsert penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, tidak mustahil sejarah sama berulang.

Jika imej Chow Kit dapat dipulihkan, pastinya warga kota akan menjadikan kawasan itu sebagai salah satu daripada destinasi mereka terutama untuk membeli-belah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2009 08:54 AM | Show all posts
Realisasikan pembangunan Chow Kit

KUALA LUMPUR 25 Jun - Bukan sekadar cadangan di atas kertas. Apa yang penting ia benar-benar direalisasikan. Begitu antara yang diluahkan oleh sebahagian warga kota yang ditemui terhadap keadaan di Chow Kit.

Mereka berpendapat, perkara-perkara asas seperti masalah kebanjiran peniaga warga asing, kegiatan pelacuran, jenayah serta pengemis perlu ditangani lebih dahulu, sebelum memikirkan usaha-usaha menaik taraf kawasan berkenaan.

Warga emas, Jamil Abdul Tahir, 75, berkata, Chow Kit bukan lagi asing kepadanya kerana dia sendiri lahir dan dibesarkan di ibu negara.

Katanya, dari semasa ke semasa banyak perubahan dapat dilihat di kawasan berkenaan, namun lebih banyak perkara yang menjelekkan termasuklah kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan daripada perkara-perkara ke arah kebaikan.

"Saya antara orang yang paling bersetuju jika kawasan ini dibangunkan. Bagaimanapun, jika ia dibangunkan semata-mata untuk warga asing saya tidak bersetuju,'' tegasnya,

Katanya, Chow Kit adalah contoh paling mudah untuk melihat bagaimana warga asing menguasai sesuatu kawasan.

Justeru, katanya, pihak berkuasa tempatan harus mengekang kemasukan mereka pada peringkat awal lagi.

Bagi Evi Yusnor, 16, dia memang agak bimbang dengan keselamatan semasa membeli belah di kawasan berkenaan dan sebagai langkah berjaga-jaga, dia lebih senang keluar secara berkumpulan.

Katanya, selain harga yang ditawarkan murah, kepelbagaian barangan juga menyebabkan Chow Kit menjadi pilihan kepadanya untuk membeli-belah.

"Sebagai salah seorang yang dibesarkan di ibu kota, saya melihat kawasan ini mempunyai tarikan sendiri. Sudah tiba masanya, kawasan ini dibangunkan terutama pasar basahnya,'' ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Safwan Mohammad, 45, berpendapat suasana Chow Kit pada hari ini jauh bezanya daripada apa yang dilihatnya pada lima atau 10 tahun lalu.

Katanya, jika dahulu kawasan berkenaan terkenal dengan imej 'lendir' atau kawasan maksiat, hari ini ia ditenggelamkan pula dengan kebanjiran peniaga warga asing.

"Seharusnya pihak berkuasa lebih melihat isu ini secara lebih serius. Jika benar-benar kawasan ini hendak dimajukan, pelbagai perkara perlu dilihat dan dibasmi terlebih dahulu termasuk peniaga haram serta kegiatan tidak bermoral di kawasan ini,'' ujarnya.

Normayati Yusof, 16, pula berkata, sehingga ke hari ini, dia tidak melihat banyak perubahan yang dilakukan di kawasan Chow Kit kecuali kemudahan awam seperti bas dan monorel.

Katanya, sebagai generasi baru dia amat mengalu-alukan perubahan ke atas kawasan itu lebih-lebih lagi bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan mahupun luar negara.

"Saya berharap usaha memajukan kawasan ini dapat direalisasikan dalam waktu terdekat,'' ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 09:56 AM | Show all posts
4/9/2009






12/9/2009
















Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 03:58 AM | Show all posts
chow kit ni ramai golongan marhaen
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 12:54 PM | Show all posts
dolu aku penah keje kat hankyu tuh... jadi store boy mase cuti skolah... tawon 95 kot... taim makan pegi makan kat gerai2 blakang tu... tak pun lepak kat kedai game sbelah hankyu tu... mana tah member2 seperjuangan kat situ dulu... hankyu pun lama dah tutup....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2009 10:31 AM | Show all posts
yang buat kotor banyak orang INDON buat kotor......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2009 07:12 PM | Show all posts
Aku selalu g jalan Hj Taib sebab kat situ banyak kedai borong. Pondan-pondan ni bukan malam je buat bisnes tengahari pun dah mula mencari mangsa.
Bukan stakat pondan, pelacur indon pun ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 02:04 PM | Show all posts
hari hari  lalu chow kit..... dah biasa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2010 10:41 AM | Show all posts
Nov 18, 2010See Chow Kit in a different light


            Colourful representation: The ‘Chow Kit Kita’ project mural done after the first phase.
            

THE first ever Pesta Chow Kit Kita will be held on Saturday to showcase Chow Kit and its community through the eyes of teenagers living there.

The festival is a showcase of the results gained from a four-month series of workshops conducted at KL Krash Pad.

The workshops include illustrations, mural painting, photography, video, acting, t-shirt-painting and research done by 10 teenagers.

Chow Kit Kita is a community mapping project and the first phase of the project covered the ethnic and religious diversity in Chow Kit.

The results of all the phases will then be compiled into a map in the form of a mural at KL Krash Pad.

“For the first phase, we covered the religious and ethnic part of Chow Kit. So the children did research on all the religious places and used the skills they learnt in the workshops to get data,” said programme director Fahmi Reza.

“Many people here do not know their own community. That’s why we started this project to raise awareness among them. It is also good for them to make friends, know their own community and understand one another,” he said.

Project manager Lew Pik Svonn said the teenagers’ portrayal of Chow Kit was crucial to show a different face of Chow Kit, which is known for negative activities.

“By working on this project, it will give the youth a greater sense of pride, ownership and responsibility towards the community.
“It can be good for them to learn these skills as it could be used in the future,” she said.

Besides the launching of the mural, there will be many activities on site, namely a photography exhibition, exhibition of road name origins, video screening and a street performance.

There will also be a T-shirt printing station, live graffiti demonstration, music and dance as well as a best traditional costume award.

The festival will be held at KL Krash Pad, 346, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, Kuala Lumpur from 2pm to 7pm. Admission is free.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 01:36 PM | Show all posts
aku salah seorang penonton konsert sudirman kat chow kit... tahun 1984... dia bukan menyanyi atas pe ...
lebaimandraguna Post at 5-5-2008 10:08



    bukan ke atas skylift TNB(LLN) masa tu gua ada gak
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 01:40 PM | Show all posts
Reply 64# VoluptuousAmber


    ada ketika rasa macam dok kt kodiang Kedah,sebab ramai org Kedah meniaga kat sini,(pasar Raja Bot)
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 01:42 PM | Show all posts
Reply 13# Maxx


    Dulu orang panggil Batu Road kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 02:46 PM | Show all posts
Satu-Satunya Rumah Tradisional Di Chow Kit, Kini Semakin Hilang




Isnin, 7 Disember 2015

Nurulwahida Othman



Rumah kecil ini, mengingatkan kita kepada kartun Disney bertajuk ' Up ' .



Ditenggelami di antara deretan kedai-kedai setinggi empat tingkat, rumah kayu kecil berusia 90 tahun ini telah diduduki oleh 4 generasi sebuah keluarga.





Rumah ini masih utuh berdiri walaupun telah melalui beberapa peristiwa seperti pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua, kebangkitan komunis, kemerdekaan Malaysia, banjir-banjir besar di Kuala Lumpur serta pembangunan yang mengubah komuniti asal kawasan ini.

Rumah kecil ini menyaksikan perkahwinan, kelahiran serta pemergian insan-insan tersayang. Rumah ini juga merupakan tempat tinggal seorang wanita kecil dan lemah berusia 80 tahun.





Norma Manjawali tinggal di rumah kayu ini hampir keseluruhan hayat beliau, sejak lahir pada tahun 1932.

Norma dibesarkan, berkahwin serta membesarkan anak di rumah ini. Beliau adalah satu-satunya pewaris kampung masyarakat Mandailing yang masih tinggal di situ, buat berabad-abad lamanya.

Tetapi, tiba-tiba, penduduk Chow Kit tersedar bangunan bersejarah yang lebih dikenali sebagai 'Rumah Pusaka Chow Kit' atau ' Rumah Degil ' ini sudah tiada lagi.

Dalam kartun Disney ' Up ' , Carl Fredricksen, seorang lelaki tua masih mahu terus tinggal di dalam rumahnya walaupun dihimpit oleh pembangunan pencakar langit di sekelilingnya. Akibat tidak tahan dengan desakan pemaju, Carl mengikat rumahnya dengan beribu-ribu biji belon dan terbang bersama-sama dengannya.

Akan tetapi ' Rumah Degil ' tidak dapat terbang dengan beribu-ribu biji belon, kata Fatulrahman Ghazali. Penerbit filem ini sedang merakamkan sebuah dokumentari tentang sebuah projek amal yang mencerai, memulih dan memindahkan rumah lama itu ke tempat lain.






Pada awal tahun ini, pasukan ini menceraikan rumah lama itu dengan tujuan untuk membinanya semula.

" Terdapat banyak sejarah rumah ini ," kata Fatulrahman. Rumah ini dibina oleh datuk Norma iaitu Haji Jaafar Sutan Mengatas. Keluarga ini dipercayai merupakan keturunan Sutan Puasa, iaitu salah seorang pengasas Kuala Lumpur, di samping Raja Abdullah dan Yap Ah Loy.

Rumah ini dibina oleh kontraktor berbangsa Cina pada tahun 1926. Ia merupakan salah sebuah di antara deretan rumah-rumah yang dimiliki oleh keluarga besar Sutan Mengatas, yang terlibat dalam perniagaan perlombongan.


" Mereka memulakan perniagaan perlombongan di sini. Keluarga ini dipercayai berasal daripada keluarga bangsawan, dan berpindah ke sini untuk mengembangkan perniagaan, " kata Fatulrahman.

Setelah masa berlalu, satu demi satu rumah di situ ditelan oleh arus pembangunan pesat kawasan Chow Kit. ' Rumah Degil ' adalah satu-satunya rumah tunggal pewaris kepada sejarah silam Chow Kit.

Sedihnya, kesukaran menjaga rumah berkenaan akhirnya memaksa kumpulan pewaris-pewaris tanah berkenaan menjual tapak tanah itu yang berharga berjuta-juta ringgit.






Pada bulan Mac tahun ini, pasukan ' Rumah Pusaka Chow Kit ', atau lebih dikenali sebagai RPCK, iaitu sekumpulan sukarelawan yang berusaha untuk memelihara warisan asli Kuala Lumpur ini, memulakan kerja amal mereka dengan membuka dan menceraikan bahagian-bahagian rumah ini.

Usaha mereka untuk mendapatkan status warisan terhadap rumah berkenaan daripada kerajaan, tidak berjaya.







Pasukan RPCK bercadang membina semula rumah itu, selepas mendapat dana dan mengenal pasti tapak yang sesuai.

Norma sekarang tinggal dengan anak perempuannya di Putrajaya.


Video dibawah pula dirakam oleh Fatul Ghazali pada tahun 2007.





Sources : http://thevocket.com






Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooooo camtu ek
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:40 PM | Show all posts
apa cerita rumah klasik kt chokit ni skrg?

dipindahkan ke mana ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 02:10 PM | Show all posts
menjadi kenangan rumah tu da siap ker pembinaan balik rumah macik tu, saper2 da terkini punye gamba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2017 01:53 PM | Show all posts
Mitos ‘sultan bunuh’ dan insiden amukan Chow Kit 1987 disorot kembali



Melissa Darlyne Chow
| August 9, 2017





Peristiwa berlaku 30 tahun itu sarat dengan pelbagai khabar angin, dan seorang wartawan berazam merungkai kesemuanya dalam sebuah buku selepas bertemu sendiri dengan Prebet Adam Jaafar.


KUALA LUMPUR : Kisah Prebet Adam Jaafar, yang 30 tahun lalu menembak rambang di pusat bandar raya menggunakan sebuah senapang M16 dari kem tentera di Ipoh, menggemparkan seluruh warga Lembah Klang malah seluruh negara, tetapi sarat dengan pelbagai kekeliruan dan dongeng.

Seorang wartawan Syahril A Kadir, bagaimanapun cuba merungkai pelbagai isu berkait kisah itu, termasuk dakwaan anggota tentera itu cuba membalas dendam pembunuhan adiknya di tangan Sultan Johor.

Syahril A Kadir, penulis buku “Amok at Chow Kit” yang menceritakan insiden berlaku Oktober 1987 di sekitar Chow Kit, berkata Adam mudah membawa keluar senjata M16 daripada kem di Ipoh.

Dia hanya memasukkannya ke dalam beg, sebelum menuju ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, pengawal pintu masuk kem tidak mencurigai pergerakan keluar masuk Adam di kem itu kerana Adam selalu keluar masuk menggunakan pintu yang sama.

“Cuma pada waktu berkenaan dia tidak sedar yang Adam menyeludup keluar senjata M16).

“Apabila dia keluar kem, hanya satu tabik hormat kepada pengawal keselamatan di pintu utama kem,” kata Syahril bercakap dalam sebuah wacana mengenai bukunya Isnin lalu.

Ia juga mudah bagi Adam membawa keluar senapang tersebut kerana ia boleh diceraikan menjadi komponen lebih kecil.

Begitulah caranya Adam membawa senjata M16 itu dari Ipoh ke KL pada hari malang itu.

Menurut Brigadier Jeneral (Bersara) Datuk Abdul Ghani Abdullah yang bertanggungjawab memujuk Adam menyerah diri ketika itu, Adam tidak mempunyai masalah ketika tiba di ibu kota.

“Dia pergi ke restoran, menyaksikan perlawanan bola sepak di televisyen dan kemudian kembali ke hotel.

“Masalahnya bermula apabila pemilik hotel bertanyakan bayaran penginapan yang kemudiannya menimbulkan kemarahan Adam.”

Ketika itu, tercetusnya drama yang menjadikan Chow Kit gempar. Adam berlari sambil melepaskan tembakan secara rambang yang membunuh seorang mangsa.

Ghani berkata pagi Isnin itu bermula seperti biasa, sehinggalah saat beliau menerima panggilan telefon dari pasukan operasi pertahanan.

“Saya ketika itu bertugas sebagai pegawai operasi kakitangan dan saya diminta untuk memujuk Adam sebelum tindakan lain diambil.

“Saya diperintahkan untuk ke Chow Kit diiringi pegawai risikan,” kata Ghani.

Beliau berkata, pihaknya tiada rancangan bagaimana memujuk Adam yang ketika itu 23 tahun, untuk menyerahkan diri.

“Ia berlaku sekelip mata.”

Berjaya pujuk Adam

Menurut Ghani, beliau terpaksa memperoleh kepercayaan Adam dengan menunjukkan dirinya tidak bersenjata dan sebagai penggalak keyakinan Adam, beliau tidak memakai jaket kalis peluru.

“Ia suasana yang tegang kerana dia terlatih dan tenang. Dia kelihatan bersedia untuk menyerang bila-bila masa.

“Saya kena bijak, saya tidak cuba merampas senjatanya, tetapi memujuk agar meletakkan senjatanya dan kemudian menyolang tangannya ke belakang.

“Adam kemudian mengambil balik senapang itu. Apa yang membuat saya berdebar adalah ia masih mempunyai 27 peluru yang bersisa.”

Ghani berkata susuk tubuhnya tidak padan dengan Adam yang muda, gagah dan berbadan sasa.

“Saya memegang tangannya, menyilang ke belakang dan kemudian merebahkan badannya.

“Tetapi dia menolak, seolah-olah dia berlawan. Dia masih dalam keadaan keliru,” kata Ghani.

Akhirnya, Adam menyerah diri kepada pihak atasannya selapas mencetuskan sejarah “Amukan Prebet Adam”.

Ketika itu, hangat khabar angin yang mendakwa Adam berbuat demikian sebagai membalas dendam kematian adiknya di tangan Sultan Johor.


Kisah Sultan bunuh adik Adam


Menurut cerita itu, kononnya Sultan Johor ketika itu memukul adiknya dengan kayu golf.

Syahril berkata memang benar adiknya meninggal dunia semasa usianya masih muda.

“Dia meninggal dunia di depan mata Adam apabila rumahnya di Pulau Pinang terbakar dan dia ditimpa sisa kebakaran.

“Dia melihat sendiri bagaimana adiknya mati. Dia bukan mati disebabkan terkena kayu golf yang dihayungkan oleh sultan,” tambah Syahril.

Syahril mengakui beliau turut dipengaruhi khabar angin itu.

“Selama 30 tahun, kita disogokkan cerita Prebet Adam mengamuk kerana adik perempuannya dibunuh sultan.

“Sebagai wartawan, saya turut percaya sehinggalah satu hari saya memuat naik soalan di Facebook: Apakah benar insiden itu bagi membalas dendam kematian adik perempuannya di tangan seorang sultan?”

Beberapa jam selepas soalan itu dimuat naik, Syahril menerima panggilan daripada seseorang yang berkata beliau bersama Adam, lelaki sama yang mencetuskan huru hara pada 1987 itu.

Beliau kemudian ke Pulau Pinang untuk berjumpa Adam, dan mendapati lelaki itu kini sudah berusia, menjangkau 50 tahun tetapi keadaan fizikal menyerupai seorang berusia 60 tahun.

Dalam pertemuan itu, Adam yang merupakan gelandangan, menceritakan kisah benarnya, dan berkata dia disisihkan masyarakat dan keluarganya.

Dia turut menafikan cerita mengenai sultan.

“Ia tidak benar, tiada kaitan,” kata Adam kepada Syahril.

Buku Syahril yang menceritakan insiden itu pada mulanya menerima halangan, susulan kebimbangan penerbit melibatkan diri.

Akhirnya, ia diterbitkan Dubok Press, dan buku itu kini dalam cetakan kedua.



Sources : http://www.freemalaysiatoday.com/


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 03:25 PM | Show all posts
masuk bang masuk..
main dulu bayar kedian..
ujar apek yg berbaju pagoda lusuh pada setiap pengunjung pasar malam lorong haji taib.

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 08:12 AM | Show all posts
Kedai runcit mamak tu dh xde. Skrg jadi kedai runcit melayu yg bukak 24jam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 08:13 AM | Show all posts
Klu malam lalu jln hj taib banyak peniaga bukak table jual ubat kuat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.063261 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list