CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Orang Malaysia dan Membaca- Update : Perpustakaan Desa (P5)

[Copy link]
Post time 18-4-2009 10:35 PM | Show all posts
Pesta Buku KL kembali

Oleh DG KU MAHIRAH AG BINTING



ORANG ramai mula mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra yang mula dibuka kepada umum sejak semalam.

KUALA LUMPUR 17 April - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai dan kali ini, tentunya di kalangan peminat-peminat buku.

Selama sepuluh hari bermula hari ini, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009 akan diadakan di situ, salah satu daripada acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh peminat buku.

Sebanyak 663 buah gerai yang terdiri daripada syarikat tempatan, agensi-agensi kerajaan dan juga syarikat luar negara mempamer dan juga menjual buku-buku, majalah dan pelbagai bahan bacaan yang lain.

Pesta tersebut adalah anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Majlis Industri Buku Malaysia (MBIC).

Penolong Pengarah Projek PBAKL, Norhayati Razali berkata, pihaknya mensasarkan lebih 2 juta pengunjung akan datang ke pesta buku itu tahun ini.

"Sasaran ini dibuat berdasarkan jumlah pengunjung yang datang pada tahun lepas iaitu sebanyak 2.2 juta pengunjung tetapi kami berharap bilangan pengunjung akan bertambah pada tahun ini," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemilihan PWTC dijangka mampu membantu meningkatkan jumlah pengunjung kerana selain sebagai lokasi tetap pesta itu, ruang yang luas dan kemudahan pengangkutan dilihat antara faktor penarik.

Mengenai tarikan pada pesta tahun ini, beliau memberitahu, untuk tahun ini pihak penganjur membawakan tema 'Buku : Lakaran Masa Depan'.

Selain itu, katanya, pada pesta itu, pihak penganjur juga akan mengadakan Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia yang akan diadakan pada 23 April ini.

" Program ini dilakukan untuk mempromosi budaya membaca, menggalakkan aktiviti penerbitan dan juga melindungi harta intelek menerusi perlindungan hak cipta,'' jelasnya.

Selain itu, Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah turut diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.

Ia merupakan forum untuk penerbit ilmiah, ahli akademik, pegawai penyelidik, pustakawan, penulis dan sebagainya dari seluruh dunia berkumpul untuk bertukar-tukar pengalaman, idea dan ilmu ke arah memperkasakan industri itu.

" Peningkatan jumlah agensi antarabangsa menghantar wakil setiap tahun juga menunjukkan kerjasama yang baik daripada Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA) serta sokongan masyarakat dunia pada pesta buku ini,'' katanya.

Pelbagai aktiviti menarik lain turut diselitkan sepanjang pesta buku berlangsung, antaranya persembahan pelajar dari institusi pengajian tinggi, pelancaran buku dan banyak lagi.

Norhayati berharap PBAKL bukan sahaja akan terus berkembang menjadi setanding dengan pesta buku antarabangsa terkenal di dunia tetapi juga dapat menggalakkan tabiat membaca di kalangan warga Malaysia.

Pesta buku itu akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong esok.

Pesta itu berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 8 malam pada hari Isnin hingga Khamis, manakala pada hari Jumaat hingga Ahad sehingga pukul 9 malam.




saper2 ada pi  pesta buku kat PWTC nih??   

           
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2009 01:05 AM | Show all posts
bahan bacaan perlulah menarik agar orang ramai ada minat untuk membacha, contohnya Harian Metro punya style
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 01:07 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 18-4-2009 22:32
pada aku bukan tak leh baca mags or newspaper... bley.. tapi kalu magsyg tak bagi aper nak improve idop tu... tak yah ler perabihkan duittu...  


Harian Metro..akhbar no 1 di Malaysia...

gambar hiasan..













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 06:35 AM | Show all posts

excellent article to ponder -

Gedung ilmu penduduk desa

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


Kerajaan mementingkan budaya membaca. Untuk penduduk desa, kerajaan menggerakkan Perpustakaan Desa yang memberi keahlian percuma, pinjaman buku, penggunaan komputer dan Internet kepada ahli.



DERETAN buku-buku memenuhi rak-rak yang ada di Perpustakaan Desa Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Ia kemas dan tersusun rapi bagai menyambut kehadiran penulis bersama jurugambar, Nooradzrene Mohd. Noor pada pagi Khamis lalu.

Kedatangan kami kemudian disambut baik oleh Pegawai Penyelaras Perpustakaan, Suria Noor Lina Sulaiman yang sudah 11 tahun bertanggungjawab menguruskan perpustakaan tersebut sejak beliau mula bertugas pada 1998.

Perpustakaan Desa Batu 14 mula beroperasi sejak Mei 1985. Namun, ketika itu ia ditempatkan di bangunan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) buat permulaan.



KANAK-KANAK biasanya menjadi
pengunjung setia Perpustakaan Desa.



"Bagaimanapun, bermula pada November 1998 iaitu selepas 13 tahun penubuhannya, barulah perpustakaan ini dapat dipindahkan ke bangunan sendiri di atas peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Sejak itu saya telah diamanahkan untuk menjaga dan menyelia perpustakaan ini sehinggalah sekarang. Meskipun pada awalnya saya tidak mempunyai asas atau pengalaman sebagai seorang perpustakawan, tetapi lama-kelamaan ia bertukar kepada keseronokan.

"Sebagai pegawai yang menyelaras Perpustakaan Desa ini, saya banyak berkomunikasi dan berhubung dengan masyarakat tempatan termasuklah orang dewasa, remaja dan kanak-kanak yang sering berkunjung ke sini.

"Tambahan pula, saya turut diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengendalikan kerja-kerja di perpustakaan melalui kursus latihan yang dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor," jelas Suria yang mengakui selesa dengan tugasnya itu.

Antara perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Desa itu ialah keahlian percuma, pinjaman buku, penggunaan komputer dan Internet kepada ahli serta kemudahan mencetak dan mengimbas dokumen mahupun gambar.

Perpustakaan Desa Batu 14 merupakan salah satu daripada 1,089 unit Perpustakaan Desa yang telah diwujudkan di seluruh negara.

Program Pembangunan Perpustakaan Desa diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2005. Ia dilancarkan bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi perpustakaan sekali gus meningkatkan tabiat membaca di kalangan masyarakat.

Justeru, kerajaan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengambil pendekatan terbaik mewujudkan program tersebut yang berjaya mendapat sambutan memberangsangkan.

Sehingga Disember 2008, sebanyak 1,089 unit Perpustakaan Desa telah diwujudkan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 614 unit dibina di bawah peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Keenam yang ditadbir oleh Perpustakaan Awam Negeri.

Sebanyak 475 unit lagi dibina di bawah Peruntukan Khas Belanja Mengurus Kerajaan Persekutuan. Bermula tahun 2005, sebanyak 200 unit Perpustakaan Desa telah diwujudkan di mana ia melibatkan pengubahsuaian bangunan awam sedia ada.

Pada tahun 2006, sebanyak 225 unit Perpustakaan Desa dibina yang melibatkan pembinaan bangunan baru di atas tapak yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Kemudian, pada tahun berikutnya, 50 unit lagi Perpustakaan Desa ditambah semata-mata untuk memberi kemudahan kepada orang ramai menggunakannya.

Menurut Ketua Pengarah PNM, Raslin Abu Bakar, objektif utama Program Pembangunan Perpustakaan Desa adalah untuk memberi peluang kepada penduduk luar bandar mempunyai platform menimba ilmu menerusi pembacaan bahan-bahan berilmiah yang disalurkan di setiap Perpustakaan Desa.

"Melalui kewujudan Perpustakaan Desa di seluruh negeri di Malaysia, saya berharap orang ramai akan memanfaatkan kemudahan tersebut dengan sebaik-baiknya.

"Sehubungan itu, PNM juga akan memastikan sasaran untuk mewujudkan Perpustakaan Desa di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terlaksana dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya dalam temu bual di pejabatnya di Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apa yang menarik mengenai perkhidmatan Perpustakaan Desa ialah keahlian yang ditawarkan adalah percuma dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak, pelajar sekolah, golongan remaja, orang dewasa, warga emas mahupun orang kurang upaya (OKU).

Semua bahan bacaan yang disalurkan di setiap Perpustakaan Desa diuruskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri masing-masing yang turut dipantau oleh pihak PNM bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar.



PERPUSTAKAAN Desa Batu 14 di Hulu Langat ini mula
beroperasi di bangunan sendiri sejak tahun 1998.

Bagi Penolong Pegawai Perpustakaan, Hartini Md. Yatim yang bertugas di Perpustakaan Desa Kampung Paya Datuk di Alor Gajah, Melaka, langkah pihak kerajaan mewujudkan program sebegini sangat proaktif dan harus dipuji.

"Dengan adanya Perpustakaan Desa di kawasan luar bandar, ia boleh dijadikan sebagai pusat perkembangan ilmu untuk penduduk yang tidak berkesempatan ke Perpustakaan Awam Negeri bagi mencari bahan bacaan terkini dan berilmiah.

"Tidak terkecuali, kemudahan ICT melalui Perpustakaan Jalur Lebar yang disediakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke Perpustakaan Desa.

"Pada saya, projek Perpustakaan Desa ini mampu menjadi wadah terbaik dalam membentuk masyarakat yang berilmu pengetahuan dan tidak ketinggalan zaman dengan pelbagai teknologi canggih yang ada pada hari ini," ujar Hartini ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Kampung Paya Datuk pada 25 April lalu.




*****************************************************************************************

.. dah pernah pergi few times perpustakaan desa kat batu 14 hulu langat ni -
tak jauh la dengan dusun tua tu -- what a transformation - masa mula2 buka
so small - buku pun tak banyak sangat; budak2 or orangramai pun tak banyak
yang visit - nowadays - lots of great books - banyak juga orang dermakan -
and daily pun - ramai kanak2 yang datang untuk membaca dan meminjam buku -

memang dapat galakkan terutama kanak2 (dan orang dewasa juga) jadikan
tabiat membaca amalan harian - juga beri peluang penduduk2 luar bandar
jadi ahli pun FOC - so not bad - boleh terus sign up aje -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053233 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list