CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20701|Reply: 232

SM Nasimuddin- CEO Naza dah meninggal

[Copy link]
Post time 2-5-2008 08:17 AM | Show all posts |Read mode
Nasimuddin meninggal

KUALA LUMPUR: Pengerusi Naza Motor, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin meninggal dunia di Amerika Syarikat kira-kira jam 10 pagi waktu Amerika (10 malam tadi waktu Malaysia) kerana barah paru-paru.

Allahyarham berada di Amerika untuk menemani isterinya menjalani rawatan kanser di sebuah pusat rawatan di sana.

Ahli keluarga Allahyarham sedang membuat urusan untuk membawa pulang jenazahnya ke tanah air untuk dikebumikan.

Allahyarham menerajui Kumpulan Naza, sebuah kumpulan perniagaan terkemuka yang diasaskan pada 1974.

Kumpulan Naza sebanarnya terdiri daripada 14 bahagian perniagaan termasuk penjualan kereta motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, mesin dan jentera, kejuruteraan, perladangan, pengedaran, kredit dan pajakan, bot, hartanah, hotel dan agensi insurans.

Nasimuddin terkenal sebagai seorang usahawan yang low profile. Bagaimanapun, dengan mengambil kira jumlah jualan yang direkodkan, empayar automotifnya dianggarkan sudah mencatat hasil lebih RM4 bilion.

Di Malaysia, keuntungan sebuah syarikat automotif yang berdaya maju dianggar berdasarkan nilai jualan yang dicatatkan. Justeru, keupayaan kumpulan itu membuat tawaran membeli 40 peratus kepentingan dalam Proton Holdings Bhd dan membangunkan kilang pemasangan dan kejuruteraan di Bertam, jelas menunjukkan ia syarikat yang kaya tunai.

Sehubungan itu, penganalisis mengangarkan Kumpulan Naza bernilai lebih RM6 bilion terutama dengan mengambil kira prestasi yang dicatatkan bahagian automotif, hartanah dan perhotelannya.

Dilahirkan pada 1955, Nasimuddin meminati kereta dan industri automotif sejak menuntut di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pada usia 21 tahun, bermodalkan RM80,000 yang ditabung hasil upah kerana pembantu bapanya seorang kontraktor, beliau mula terbabit dalam perniagaan kereta mewah terpakai memanfaatkan dasar Permit Import (AP) untuk Bumiputera pada 1975.

Dengan RM80,000 itu beliau membeli 20 AP dan terbang ke Jepun. Selepas tiga bulan mendalami selok belok perniagaan kereta terpakai, Nasimuddin membawa pulang 20 kereta dan habis menjualnya dalam tempoh tiga bulan.

Nasimuddin memulakan perniagaan automotif di sebuah rumah kedai di Taman Maluri. Pada 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan menjual antara 40 hingga 60 unit kereta sebulan.

Kebangkitan Nasimuddin dalam industri automotif adalah sepantas kereta sport mewah yang diminatinya seperti Porche dan Ferrari.

Perjalanan perniagaannya bukan tanpa cabaran, terutama daripada aspek pembiayaan dan bagaimana untuk meyakinkan pelanggan membeli kereta terpakai, tambahan pula ketika itu ramai pengguna yang kurang berkeyakinan terhadap kereta Jepun.

Bagaimanapun, minat mendalam terhadap apa yang dilakukannya membolehkannya melalui semua itu dan hinga kini, beliau muncul sebagai antara tokoh automotif paling digeruni dengan menawarkan kereta mampu milik seperti Naza Sutera hinggalah kepada kereta import mewah seperti Naza-Brabus.

[ Last edited by  atira at 2-5-2008 02:02 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 08:20 AM | Show all posts

Reply #1 mawarbduri's post

takziah.............
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:22 AM | Show all posts
takziah..................

haa.......forumner yg isap rokok tu bawak2 la berenti.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:23 AM | Show all posts
Al Fatihah utk Tan Sri

aku baru je jumpa dia kat LA last month.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:24 AM | Show all posts
Al - Fatihah ....   hilang lagi seorg usahawan Melayu yg berjaya....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:25 AM | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2008 08:27 AM | Show all posts
takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:27 AM | Show all posts
aku baca kat board VVIP...dia p US temankan isteri dia buat rawatan breast cancer... pastu dia check, dia plak ada lung cancer...

hubby opismate aku tak smoking pun, tp dia terdedah kepada bahan yg merosakkan peparu dia. lepas dia tahu dia ada lung cancer... tak smpt buat first kimo pun... 3 bln lepas tahu, dia meninggal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 08:29 AM | Show all posts
al-fatihah

takziah buat keluarganya

muda lagi...
tapi kepastian yg ini tiada siapa yg tahu bila datangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:29 AM | Show all posts
takziah. mcm x caya jer
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:29 AM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 2-5-2008 08:27 AM
aku baca kat board VVIP...dia p US temankan isteri dia buat rawatan breast cancer... pastu dia check, dia plak ada lung cancer...

hubby opismate aku tak smoking pun, tp dia terdedah kepada bah ...


takkan takda tanada apa2 sebelum tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:31 AM | Show all posts
Al-fatihah.. kehilangan besar bg dunia automotif negara..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:31 AM | Show all posts
Al-fatihah
muda2 dah arwah..baru 50 lebih
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:34 AM | Show all posts
Takziah kepada keluarga Allahyarham.seorang lagi tokoh perniagaan dijemput Illahi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:34 AM | Show all posts
takziah


alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:35 AM | Show all posts
Takziah..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 08:35 AM | Show all posts

Reply #11 petola's post

menurut kata doktor... masa awal sakit mmg susah nak detect (lung cancer). kiranya macam takde sakit langsunglah...

hubby kawan aku tu pun sihat walafiat, siap join kitorg snor****** sblm dpt tahu dia ada cancer. tak silap aku dia mula mengadu sakit dada, susah nk bernafas, sejuk dan mula demam-demam... bila pergi check, doc sahkan dah stage 3... kira waktu kritikal utk pesakit kanser..

kesiannya..dia baru prepare nk pegi China utk berubat...aku pun br nak arrange trip utk dia ke sana... tup-tup...padam!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:35 AM | Show all posts
Al-Fatihah.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yg soleh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:38 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun.takziah buat keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:42 AM | Show all posts
inalillahhh...alfatihah kepada arwah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.099124 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list