CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Gempa Bumi di China - Update: Gempa Bumi Lagi Di Sichuan 5.6 richter!!

[Copy link]
Post time 12-6-2008 10:30 AM | Show all posts
Guru dibidas tinggalkan pelajar ketika gempa bumi

BEIJING - Seorang guru yang bertindak menyelamatkan diri dengan meninggalkan para pelajarnya ketika satu gegaran gempa bumi di barat daya China pada 12 Mei lalu mendapati dirinya menjadi perdebatan di kalangan media.

Guru itu, Fan Meizhong yang mengajar di Dujiangyan meninggalkan para pelajarnya di mana mereka terselamat ketika gempa bumi bermagnitud 8 pada skala Richter itu berlaku.

Dalam gempa bumi itu, hampir 80,000 orang dipercayai terbunuh.

Guru itu digambarkan sebagai seorang pengecut kerana mempertahankan diri sendiri dalam laman web.

Fokus perdebatan itu tidak banyak memperkatakan mengenai tindakan guru tersebut.

Namun, satu kenyataan melalui laman web yang ditulis oleh guru tersebut sepuluh hari selepas gempa berlaku mencetuskan perdebatan.

"Saya merupakan orang yang mencari keamanan dan keadilan tetapi saya bukannya orang yang mengutamakan kepentingan orang lain dan bersedia untuk mengorbankan diri," katanya dalam laman web tianya.cn.

Meizhong turut mempertahankan dirinya melalui televisyen manakala pengetua sekolahnya juga membela tindakan guru tersebut dan enggan memenuhi desakan supaya dia dipecat. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2008 10:01 PM | Show all posts
13 Jun, 2008            

Rakyat Malaysia Di China Sumbang Berjuta Ringgit Bantu Mangsa Gempa Sichuan


Oleh Tham Choy Lin

BEIJING, 13 Jun (Bernama) -- Rakyat Malaysia di China menderma dengan banyaknya kepada mangsa gempa bumi 12 Mei di Sichuan, menambah lagi sumbangan negara selain daripada kerajaan Malaysia serta pertubuhan lain di tanah air.

Kedutaan Malaysia dalam kenyataannya pada Jumaat berkata beberapa syarikat Malaysia yang beroperasi di tanah besar memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk membantu berjuta-juta rakyat China yang menjadi mangsa gempa bumi dahsyat itu.

Pengeluar suplemen kesihatan Perfect Company yang berpejabat di wilayah selatan Guangdong menyumbang sebanyak 17 juta yuan (RM8 juta) dan 10 juta yuan (RM4.7 juta) lagi dalam bentuk produk kesihatan, katanya.

Parkson China dan Berjaya China menderma wang masing-masing sebanyak 4 juta yuan (RM1.9 juta) dan 500,000 yuan (RM238,000).

Pada Khamis, Duta Malaysia ke China Datuk Syed Norulzaman Kamarulzaman menyerahkan US$500,000 (RM1.63 juta) bagi pihak Yayasan Al-Bukhary kepada Timbalan Menteri Hal Ehwal Awam Jiang Lia.

Persatuan Sahabat Malaysia-China menderma RM700,000 manakala Tabung Amanah Cheng Ho Multi Culture menyerahkan HK$2.2 juta(RM912,000) kepada Biro Hal Ehwal Agama China semasa menerima kunjungan sekumpulan pemimpin agama Malaysia dua minggu lepas.


Kedutaan itu juga menerima 100,000 yuan (RM48,000) daripada para pelajar Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing bagi membantu mangsa gempa bumi itu.

Kerajaan Malaysia menerbangkan US$1.5 juta (RM4.9 juta) bahan bantuan termasuk perubatan, khemah dan selimut ke Sichuan pada Selasa.

"Sumbangan daripada Malaysia, tunai dan barangan, untuk membantu mangsa gempa bumi itu turut dilakukan oleh pelbagai persatuan, yayasan dan syarikat dari sektor korporat Malaysia," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 04:24 PM | Show all posts
China pindahkan 70,000 penduduk

SANSHUI: China memindahkan lebih 70,000 penduduk berhampiran pusat gempa bumi kuat bulan lalu bagi mengelak sebarang kemalangan jiwa baru akibat tanah runtuh dan bencana berkaitan berikutan musim banjir ketika ini.

Hujan lebat dan banjir yang bertumpu di selatan negara yang juga kawasan perindustriannya, meragut sekurang-kurangnya 176 nyawa manakala 152 lain hilang setakat ini.

Ia berlaku ketika pihak berkuasa bergelut menyediakan tempat tinggal kepada kira-kira lima juta penduduk yang hilang tempat tinggal dalam gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter di wilayah Sichuan pada 12 Mei lalu.

Pihak berkuasa di wilayah Aba sudah memindahkan 72,000 orang yang hidup di curam bahaya mukim Wenchuan � pusat gempa itu, ke kawasan selamat menjelang hujan lebat kelmarin, lapor agensi berita Xinhua, semalam.

"Usaha pemindahan tiga hari besar-besaran itu tamat jam 8 malam, dua jam sebelum hujan lebat berkenaan," lapor Xinhua memetik pegawai bencana tempatan.

Ia tidak pula menjelaskan bagaimana kawasan yang teruk terjejas itu masih didiami ramai penduduk atau sama ada mereka menghuni di perkhemahan sementara.
Pihak berkuasa sudah memulakan usaha memindahkan hampir 40,000 penduduk dari kawasan lain wilayah sama, Ahad lalu.

China sememangnya berdepan masalah banjir, kemarau dan bencana lain di negaranya yang luas itu, setiap tahun. Pihak ibu pejabat Kawalan Banjir dan Penyelamat berkata angka korban itu setakat ini lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Sejak kejadian gempa bumi yang meragut lebih 69,000 orang, mukim Wenchuan saja sudah mengalami kira-kira 5,000 bencana geologi, termasuk ratusan tanah runtuh dan banjir lumpur.

Imej yang dipaparkan di kaca televisyen menunjukkan penduduk membawa barangan dan berhati-hati ketika menuruni laluan curam. � Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 07:22 PM | Show all posts
01 Ogos, 2008   
Gempa Susulan Kuat Gegarkan Sichuan



BEIJING, 1 Ogos (Bernama) -- Gempa susulan kuat melanda barat daya wilayah Sichuan lewat tengah hari Jumaat, iaitu kejadian terbaru lebih dua bulan selepas gempa bumi dahsyat pada 12 Mei yang mengorbankan 69,000 orang.

Gempa dengan magnitud 6.1 mengakibatkan tanah runtuh yang teruk di laluan sebelah timur menghala ke pusat tarikan utama pelancong iaitu Jiuzhaigou dan Huanglong, menurut laporan Agensi Berita Xinhua.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Pusat gempa itu berada antara wilayah Pingwu dan Beichuan, satu daripada kawasan yang paling teruk musnah dalam kejadian Mei lepas.

Beribu-ribu gegaran susulan melanda Sichuan dan gempa pada Jumaat dirasai di ibu kota wilayah, Chengdu.

-- BERNAMA


wowzie..

2 bulan dah berlalu...  pung ada  aftershocks weyyy  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2008 07:48 PM | Show all posts
Gempa 6.0 magnitud gegar Sichuan

BEIJING: Gempa berukuran 6.0 skala Richter melanda Wilayah Sichuan di Selatan China, berhampiran kawasan sama membabitkan bencana terburuk, awal tahun lalu.

Gempa itu melanda 48 kilometer di utara Bandar Guangyuan, jam 5.49 petang waktu tempatan.

Gegaran turut dirasai sejauh Bandar Xi抋n di Wilayah Shaanxi, Utara China.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


tak ada news lagi tentang kemusnahan dan fatality -
kita boleh update from time to time -

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2008 05:43 PM | Show all posts
Angka korban gempa di China meningkat 25 orang

BEIJING: Pasukan penyelamat terus dikerah ke kawasan bencana hari ini apabila gempa berukuran 6.1 skala Richter di barat daya China kini meningkat sekurang-kurangnya 25 orang dan 300 lagi cedera.


Gempa kuat di sempadan antara Wilayah Sichuan dan Yunnan, semalam menyebabkan lebih 30,000 rumah di Yunan saja rosak teruk atau runtuh, lapor agensi berita Xinhua, hari ini.

Sichuan pada 12 Mei lalu dikejutkan dengan gempa 8.1 skala Richter - paling buruk dalam sejarah 30 tahun China dengan lebih 88,000 orang terkorban dan ribuan lagi masih hilang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dah 4 bulan berlalu pun kena lagi.... kesian fikirkan nasib rakyat kat sana...
ni baru 25 orang... angka ni mesti meningkat ni..... tapi rasanya tak seramai
bulan may dulu --   yang hilang dulu pun dah tak jumpa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2009 07:02 AM | Show all posts
Gempa sekali lagi landa Sichuan

BEIJING 30 Jun - Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan wilayah Sichuan di barat daya China, awal hari ini, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut laman web Pentadbiran Gempa China, pusat gempar itu terletak 40 kilometer dari Mianzhu, sebuah bandar di satu kawasan yang terjejas teruk akibat gegaran berukuran 7.9 magnitud pada 12 Mei 2008, yang menyebabkan hampir 90,000 orang terbunuh atau hilang dan lima juta lagi kehilangan tempat tinggal.

Dalam kejadian hari ini, tiga buah rumah musnah di sebuah kawasan perbandaran dalam wilayah Mianzhu dan sistem telekomunikasi terputus.

"Gempa bumi boleh dirasai di ibu negeri wilayah Chengdu, 80 kilometer dari pusat gempa," katanya. - AP



bila sebut sichuan ajer......debar dah jantung aku.. tingat peristiwa mei last year!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.064844 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list