View: 7242|Reply: 6
|
Persatuan Angkasawan Negara
[Copy link]
|
|
Persatuan Angkasawan dilancar Julai
KOTA BHARU 22 Mei - Persatuan Angkasawan Negara yang diusahakan penubuhannya pada awal tahun ini, akan dilancarkan Julai ini bagi membantu menyemarakkan minat dan penglibatan rakyat dalam bidang angkasa.
Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berkata, persatuan ini akan turut didokong oleh 59 calon akhir angkasawan tempatan yang terlibat dalam program angkasawan negara.
Menurutnya, persatuan tersebut akan bergabung tenaga dengan pelbagai pihak menjelajah negara bagi menyebarkan maklumat berkaitan bidang astronomi dan angkasa kepada orang ramai.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Angkasawan Pulang ke Gagang, di Kolej Poly-Tech Mara, Kampus Kejururawatan 2, Kemumin, Pengkalan Cepa di sini hari ini.
Seramai 500 pelajar program kejururawatan kolej menyambut kedatangan Dr. Sheikh Muszaphar dan mendengar dengan penuh minat pengalaman serta cabaran yang dihadapi oleh beliau dalam misinya.
Turut hadir Pengarah kolej, Hasbullah Seman dan Timbalan Rektor Kolej Poly-Tech MARA, Dr. Fatanah Mohamed.
Katanya, maklumat akan disebarkan terutama kepada kanak-kanak dan remaja sebagai galakan kepada mereka untuk berjaya berjaya dalam pelbagai bidang yang bakal diterokai.
Contohnya, ujar beliau, kedatangannya itu diharap dapat memberi inspirasi kepada golongan jururawat melonjakkan status karier bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi hingga ke peringkat antarabangsa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
Bagus Dr. Sheikh ni...
byk melibatkan diri dlm aktiviti kemasyarakatan |
|
|
|
|
|
|
|
huhuh..suker dr sheikh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan Angkasawan Malaysia gagal daftar
Oleh MAZLINA MAJID
mazlina@kosmo.com.my
SUBANG JAYA - Hasrat 57 calon Program Angkasawan Negara untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Angkasawan Malaysia tidak kesampaian meskipun sudah hampir sembilan bulan berusaha ke arah itu.
Jurucakap persatuan itu, Kapten Mohammed Faiz Kamaludin mendakwa, kegagalan itu dipercayai berpunca daripada masalah nama persatuan tersebut sebelum didaftarkan di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Ada pihak memberitahu nama 'Persatuan Angkasawan Malaysia' akan mengelirukan rakyat," kata juruterbang Malaysia Airlines (MAS) itu ketika ditemui baru-baru ini.
Faiz yang merupakan antara empat calon akhir disenarai pendek menjalani sesi pemilihan di Rusia memberitahu, idea menubuhkan persatuan itu dicetuskan oleh bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman.
Menurut beliau, keahlian persatuan itu adalah seramai 57 orang daripada 59 calon Program Angkasawan yang mula digerakkan pada tahun 2003 sebagai hasil persetujuan timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Rusia. |
|
|
|
|
|
|
|
mmm...
nak tanya sikit ar, apa sumbangan ANGKASAWAN NEGARA ni kat Malaysia?
aku dengar dia bagi talk pun demand....btol ke? |
|
|
|
|
|
|
|
wah de heir.. persatuan angkasawan negara...... baru sekor naik space ship dah gebang satu donia |
|
|
|
|
|
|
|
baik masuk peratuan pemandu kereta sewa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|